Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday

Let Go the Pretty Lady…. LEPASKAN!!!!


Salam..

Hari ni aku nak LEPASKAN satu RASA… melalui cerita ini, RASA itu timbul dan aku sedar BEBAN YANG AKU GALAS ini TERLALU BERAT RUPANYA.. AKU NAK “LEPASKANNYA”….. I WANT TO LET GO THE “PRETTY LADY”!!!...


The Pretty Lady

Pada suatu masa dahulu, di suatu hari, seorang tok guru yang alim sedang dalam perjalanan dengan anak muridnya dari masjid pulang ke pondok mereka belajar (dan mengajar). Untuk kembali ke pondok mereka, mereka perlu menyeberangi sebatang sungai. Akan tetapi, pada hari tersebut, jambatan sungai itu telah roboh. Mereka perlu menyeberangi sungai itu dengan meranduk air sungai.

Sebelum sempat mereka menyeberangi sungai itu, datang seorang “Perempuan Cantik” yang turut ingin menyeberangi sungai tersebut. Akan tetapi “Perempuan Cantik” itu tidak mahu bajunya basah terkena air sungai kerana dia mempunyai acara di seberang sana. “Perempuan Cantik” meminta bantuan Tok guru untuk menyeberangi sungai tersebut. Tok Guru bersetuju. “Perempuan Cantik” itu gembira bukan kepalang. “Perempuan Cantik” itu dikendong oleh Tok guru itu dan membawanya menyeberangi sungai tersebut.

Perbuatan Tok Guru mengendong “Perempuan Cantik” itu mengundang ‘tanda-tanya’ di hati murid kecil tadi. Hatinya berdengus “Apahal Tok Guru ini?. Dia ajar aku supaya tak boleh pegang perempuan. Kan hukumnya “HARAM”!!. Tapi kenapa dia dengan senang hati boleh kendong “Perempuan Cantik” tu. Mentang-mentang perempuan tu cantik, ambil kesempatan la ni”, hatinya merungut marahnya. Tapi anak murid itu tidak berani bersuarakan kepada Tok Gurunya. Dia hanya mengikut Tok Guru menyeberangi sungai dengan mengendong “Perempuan Cantik” itu sambil hatinya berdengus geram.

Setibanya di seberang sungai, Tok Guru tersebut meletakkan “Perempuan Cantik” itu dan sesudah “Perempuan Cantik” itu mengucapkan terima kasih, mereka pun meneruskan perjalanan masing2.

Sepanjang perjalanan balik ke pondok, anak murid tersebut masih bergumam di dalam hati sambil di kepalanya masih terbayang perbuatan Tok Guru mengendong “Perempuan Cantik” itu dan hatinya bertanya seribu persoalan dan yang pastinya, dia tidak puas hati dan MARAH dengan perbuatan Tok Gurunya. Dan yang bertambah membuatkan dia geram apabila Tok Guru itu dilihat tidak berkecenderungan untuk menjelaskan situasi tersebut kepadanya. Tapi dia masih berdiam diri tidak berani bersuara.

Akhirnya, setibanya di pondok (selepas satu perjalanan yang jauh utk sampai ke pondok daripada sungai tadi), anak murid tadi sudah tidak tahan lagi. Dia lantas menghamburkan segala amarah dan ketidakpuasan hati yang terbuku di kepala dan hatinya kepada Tok Gurunya “Tok nampak macam warak, alim, cakap pasal agama, mengajar halal dan haram, tapi Tok tak sedar ke yang perbuatan tok tu adalah HARAM dan salah di sisi AGAMA!. Tok memang hipokrit. Ajar tak serupa amal. Tergamak Tok pegang perempuan tu. Kenapa? Sebab dia “Perempuan Cantik”. Maka Tok ambil kesempatan atas niat nak menolong kononnya?”. Puas hatinya menghamburkan segala yang terbuku di dada.

Dengan nada terkejut Tok Guru itu menjawab
“Ya Allah Ya Rasul, telah Tok TINGGALKAN “Perempuan Cantik” itu selepas menyeberang sungai tadi, kenapa kamu “BAWA” dia bersama kamu di sepanjang perjalanan yang panjang ini?.


Aduh!.. aku terasa.. memang aku terasa… selama ini, itulah PERANGAI DAN SIKAP AKU… aku akan KENANG DAN INGAT perbuatan mereka-mereka-mereka itu.. MENGUNGKIT, BERCERITA PADA ORANG LAIN, MENYATAKAN KETIDAKPUASAN HATI YANG BERTERUSAN… keep babbling and babbling and babbling…
KONON MACAM DIRI AKU BAGUS SANGAT, PERFECT SANGAT DAN BETUL SANGAT…

Aku tak bersedia untuk “LEPASKAN” segala perbuatan orang yang bagi aku ”salah” pada pandangan mata aku.. nak plak kalau orang buat 'naiya' kat aku.. LAGILAH AKU TAKKAN “LEPASKAN” dari kotak fikiran dan hati aku.. Walaupun ’peristiwa2” itu semua telah LAMA BERLALU... tapi aku masih ”BAWANYA BERSAMA DI DALAM HATI DAN KEPALA AKU”...

YA ALLAH…. “KEJINYA PERANGAI AKU WEH!!!!”… sedangkan, Allah telah anugerahkan kepada aku perjalanan yang LEBIH BAIK DAN SANGAT BAIK di atas setiap “aniaya” yang orang lakukan pada aku… (macamlah aku tak ada buat salah pada orang… aku pun banyak gak buat orang tak puas hati dan marah dengan sikap aku… aku bukan Nabi, bukan Malaikat, jadinya aku pun tak terlepas dari dosa dan lakukan kesalahan..)

Aku PERLU LEPASKAN SEMUANYA… “LET GO THE PRETTY LADY FROM MY MIND, MY HEAD AND MY HEART”… Selagi aku tak LEPASKAN.. selagi itulah hati aku SAKIT, PEDIH, MARAH, BENCI, KESAL, dan EGO MEMBUAK-BUAK DALAM DADA…

“I MUST GO THROUGH THE ZERO MIND PROCESS (ZMP)”..… baru aku akan lega… akan hilang ego (dan paling penting boleh halang setan-setan gondol yang banyak melekat dan berpesta ria dalam hati aku…) - selagi aku “BAWA PEREMPUAN CANTIK” itu bersama.. selagi itu aku tak tenang…. Macam mana nak BERIBADAT DENGAN KHUSYUK KALAU HATI TAK TENANG?.. KALAU JIWA TAK BERSIH?...

Ya Allah.. berikan aku kekuatan utk “MELEPASKAN” semua “BAGASI-BAGASI KENANGAN ITU” dari membelenggu dan berlingkar menjadi lingkaran hitam di hati aku!!!.... ALLAHU AKHBAR!!...

Astaghfirullahal ‘aziim… Astaghfirullahal ‘aziim… Astaghfirullahal ‘aziim…

Hari ini aku dengan redha melepaskan:

1) Kenangan perit di I*U.. dendam dan benci pada mereka-mereka itu… aku ‘LEPASKAN’.. maafkan aku kerana membenci kalian selama ini.. maafkan aku..

2) Peristiwa di awal 2008 (peristiwa yang akhirnya membuatkan aku jadikan blog sebagai tempat mengalihkan perhatian)… bukan aku yang patut marah pada ‘dia dan dia’….. bukan aku… aku tidak punya apa2 hak utk marah kalian… aku kembalikan kepada Allah segala urusan.. sungguh aku redha…

3) Kes panas di penghujung 2008 (semasa aku tengah RANCAK BERBLOG)… aku juga redha dengan apa yg jadi.. aku tidak menunding jari pada orang lain.. selayaknya aku yg patut dipersalahkan.. kerana “BLOG AKU” maka tercetusnya peristiwa itu.. dan aku telahpun memohon MAAF, mohon HALAL dan berterima kasih kepada ‘semua yang terlibat’!...

4) ‘Percutian’ aku selama 4 bulan tempohari… aku lepaskan segala sebab musababnya dan aku kembali BERMUHASABAH DIRI… aku belajar dari kesilapan… dan aku masih belajar..



Sekali lagi.. di sini.. di kanvas maya ini.. aku titipkan di sini kepada yang mengikuti.. yang membaca dan yang menjadi ‘silent reader’..

MAAFKAN AKU..
Andai ada perbuatan, percakapan, penulisan, kata-kata aku yang membawa BENCI, SAKIT HATI, GERAM, MARAH, atau mengundang rasa JELAK, JIJIK, JEMU, JANGGAL, di hati dan mata dan minda kalian.. AKU MOHON SESUNGGUHNYA…. MAAFKAN AKU!!!...

Aku tidak mahu menjadi “PRETTY LADY” dalam kotak fikiran dan hati kalian… tolong “LEPASKAN AKU”.. sebagaimana aku telah LEPASKAN segala bagasi-bagasi itu dari minda dan hati aku..

Innalillahi wainna Ilaihi Raji’uunnn…

Science is organized knowledge. Wisdom is organized life.
salam..

Saturday

70 dan Selamat Hari Bapa…

Kisah petang tadi…

Seusai solat asar…. Abang duduk di sofa… aku ambil tempat utk duduk di birai sofa, sambil badan mengadap abang…

Aku tanya abang…

Aku : “Abang, leen nak tanya skit… kalau ada org nak bagi kat abang RM70 abang nak tak?.. ke abang cuma nak RM1?..

(abang antara nkjawab dan tak nak jawab je…..- aku tahu, abang tgh fikir ‘rasional’ atau ‘tricky’ di sebalik pertanyaan aku..)

Then aku gelak.. aku kata – “soalan yg simple jer lah.. takkan nak fikir lama kot?”.. hihihi..

”Sincerely, ask yourself.. if someone said that he wants to give you RM70.. will you take the RM70 or you let go the RM69 and just take RM1/=?..” aku kembali bertanya.. (masa ni aku berusaha tahan muka utk tak gelak atau mimik yg boleh mencurigakan… hahhaha)

“Jawab lah abang.. sincerely.. without pretending… Allah knows your right answer k…”, masa ni aku dh tersenyum skit…

“oklah.. abang amik RM70 tu ler.. dh org “insist” nak bagi kan...” abang cuba menjawab tapi nampak sgt cam tak yakin dgn jawapan... sbb dia tahu bini dia ni suka soal something yg ada “IMPLIED MEANING”.. hahahahhaaaa...

MEMANG PUN... then aku gelakkan abang... (sebenarnya gelakkan diri sendiri gaks.. huhuhuhu)..

“Naper”, tanya abang.. (tak puas hati ler tuh... hahahhahaa....)

”Tak... kita ni lah kan... Allah dah "INSIST" nak bagi 70 pahala kalau berjemaah.. tapi kita tolak mentah..sombong betul kita kan.. padahal dosa berbakul tak tentu lagi dapat bersihkan.. Allah dh offer nk bagi pahala berlipat ganda, tapi kita amik satu jer... boleh dgn lapang dada pulak tu abang solat kat depan sorang-sorang, leen solat kat bilik sorang-sorang... PADA MASA YANG SAMA DAN TAKBIR YANG SAMA BESERTA SALAM YANG SAMA... tapi SECARA SENDIRIAN!!!!! YA ALLAH... sombong dan bongkak kan kita bang... PERASAN macam dah banyak sgt pahala dan macam betul sgt ler kengkonon dah solat, dh buat rukun wajib.. DAH SETTLE lah konon... betapa ruginya kita kan bang kan.... kita kutip satu jer pahala dan kita ’ABAIKAN RM69 tuh”...”, aku menyuarakan apa yg terbuku seusai solat asar aku tadi... (selepas bagi salam solat asar tadi, terdengar suara abang pun bagi salam.. masa tu aku tersedar... YA ALLAH... kenapa kami tak berjemaah?????... RUGINYA!!!!)

Maghribnya, terus abang ajak aku solat berjemaah dan baca Yaasin sementara menunggu Isyak... sejurus salam isyak masa abang tgh berzikir... aku tak dpt tahan air mata... mencurah2 lajunya... CUKUPKAH PAHALA AKU UTK MENCUCI SEGALA DOSA YG AKU LAKUKAN SECARA SENGAJA ATAU TIDAK... SECARA SEDAR ATAU TIDAK dan SECARA TERANG ATAU TIDAK????...

AKU BENAR2 HARAPKAN PENGAMPUNAN DARI ALLAH... aku tidak mahu berjumpa Allah dgn keadaan diri yg masih penuh dosa yg tak terampun.. MALU!!!!...

ASTAQFIRULLAH HAL ’AZIM....

Apapun... untuk abang... untuk AYAH yang tersayang.. untuk ayah mertua… untuk Boss… dan utk semua yang bergelar BAPA… (hari-hari pun hari bapa kan kan kan...)

“SELAMAT HARI BAPA”…. Jagalah amanah yang Allah berikan kepada kalian…. You are so special and the selected person that Allah choose to be a FATHER!!!.....

TAHNIAH KEPADA BAPA-BAPA YANG REDHA MEMIKUL DAN TIDAK PERNAH MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG ALLAH LETAK DI PUNDAKNYA….

Thursday

Sharing ESQ 165 - Angkatan 34


Ini sharing aku dengan sesiapa yang ingin bertanya kepada aku… APA YANG KAKTINY DAPAT DI PROGRAM ESQ 165 TU????

Selama aku mengikuti pelbagai training, aku tidak pernah ‘TERKESAN” sebegini “DALAM” dengan pengisian yang disampaikan. Tetapi Training ESQ 165 membawa aku mencari diri, berfikir dan terus berfikir dan terus mengingati, mencari dan menghayati pengisian yang aku perolehi sepanjang 3 hari itu...

Aku boleh simpulkan training ini ibarat 2 dlm 1...
1) Ilmu Tauhid
2) Ilmu Pengurusan Sumber Manusia


Gabungan pencarian diri untuk makna hidup di DUNIA dan AKHIRAT... MENCARI KEREDHAAN DAN RAHMAT ALLAH.. MENCARI SYURGA ALLAH...


PENGAJARAN 1: ILMU TAUHID.

165 itu sendiri menyedarkan aku tentang kewujudan Hati, Rukun Iman dan Rukun Islam adalah tatacara hidup yang SEBENARNYA harus diikuti. Sedari kecil aku hanya menghafal 6 Rukun Iman, 5 Rukun Islam... tetapi PENGHAYATAN sebenar tentang dimensi-dimensi di dalamnya ”KOSONG”... aku belajar kerana aku dilahirkan sebagai seorang MUSLIM yang WAJIB TAHU dan AMALKAN Rukun Iman dan Rukun Islam... tetapi PEMAHAMAN dan PENGHAYATAN – bagi ku ”ZERO”...

Terus terang ku nyatakan.. aku lakukan Rukun Islam kerana AKU WAJIB melakukannya.. selama kelmarin (sebelum mengikuti training ESQ), aku tidak rasa bahawa aku lakukan kerana KEREDHAANKU sebagai ciptaan ALLAH... bukan kerana RASA KASIHKU pada AGAMAKU.. bukan kerana rasa CINTAKU pada ALLAH tetapi aku lakukan kerana AKU TAKUT dengan HUKUMAN (yang aku belajar dan ketahui) yang akan aku terima jika tidak mengamalkannya... aku juga takut BALASAN yang akan ALLAH berikan jika tidak melakukannya... tidak ada rasa KECINTAAN yang HAKIKI kepada PENCIPTA YANG AGUNG... YA ALLAH... AMPUNI AKU!!!!!.....

Sebelum ini, dalam doaku di setiap solatku, AKU MOHON KEPADA ALLAH AGAR BERIKAN KEBAHAGIAAN, KETENANGAN, KEJAYAAN, KEBERKATAN, KEKAYAAN, KECEMERLANGAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT KEPADAKU, KEPADA KEDUA IBU BAPAKU, KEPADA SUAMI DAN ANAK-ANAKKU JUGA KEPADA ADIK-BERADIK, SAHABAT, SAUDARA MARAKU JUGA MEREKA-MEREKA YANG PERNAH MEMBERI KEBAIKAN KEPADAKU.....

Apa sebenarnya yang AKU MOHON?... AKU HANYA MOHON SESUATU UNTUK KEPENTINGAN DIRI AKU SAHAJA serta kepentingan mereka-mereka yang ada KEPENTINGAN dengan DIRIKU!!!!!.... "ASTAQFIRULLAH HAL ’AZIIM”....
SELFISH NYA AKU!!!... betapa aku SOMBONG dan BONGKAK dengan meminta-minta dan terus meminta... tetapi tidak mengakui dan menyedari bahawa Yang Maha Pengasih dan Penyayang itu sentiasa mendengar doaku... SUBHANALLAH...

MALU.. Sungguh aku MALU... mengikuti training tersebut menyedarkan aku bahawa LANGKAHKU, SOLATKU, SUJUDKU, DOAKU.. AKU HANYA INGIN PENGAMPUNAN DARI ALLAH... dirahmati dan diberkati utk aku kembali kepada-Nya dengan tenang dan diterima .... segala yang aku mohon utk di dunia tak mampu ku bawa mengadap-Nya kelak.... YA ALLAH... AMPUNI AKU YA ALLAH...


PENGAJARAN 2: Ilmu Pengurusan Sumber Manusia

Dalam training ini juga aku menyedari sesuatu, selepas pengajaran 1 aku perolehi dan hayati, aku alihkan ia utk kehidupanku... Berkatalah Abdullah Bin Amru: Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu hidup untuk selamanya, beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari"..

Meskipun aku sedar dan insaf dengan dosa-dosaku, namun tidaklah aku perlu mengubah terus cara hidup aku... tidak sampai aku harus berhenti kerja, duduk rumah, atau pergi masjid tiap pagi petang dan malam utk beribadat....

Hari ini dan ketika ini, Allah menjadikan aku seorang insan, anak, isteri, menantu, ibu, kakak, adik, ipar, saudara, sahabat, teman, rakan, dan pada masa yang sama sebagai pekerja dan pelajar.. ini adalah amanah Allah kepadaku yang harus aku bawa dan bertanggungjawab ke atasnya di dunia ini...

Di sini, pengajaran kedua meresap ke dalam hati dan jiwaku... aku adalah makhluk Allah yang di anugerahkan akal, emosi dan hati... selain tubuh badan dan pancaindera yang cukup sempurna.. ALHAMDULILLAH... Allah memberikan amanah-manah itu utk aku pikul... dan setiap kejadian yang Allah jadikan kepadaku bersebab dan bermanfaat...

Dengan 7 Nilai Utama: JUJUR, TANGGUNGJAWAB, WAWASAN, DISPLIN, KERJASAMA, ADIL, dan PRIHATIN - menyeluruh sikap sebagai warga kerja dan bagi peningkatan prestasi yang berterusan.... ALLAHU AKHBAR...

Kaizen yg diamalkan di Jepun!!!!... Continuous Improvement (Penambahbaikan Berterusan)... salah satu modul yg disampaikan dlm training ini... AKU SETUJU SGT… sememangnya kita perlu sentiasa menambahbaikkan hidup kita... seumpamanya, SOLAT... takkan kita solat seminggu jer, then kita STOP... kita buat setiap hari... dan BERTERUSAN.... dengan azam utk sentiasa menambahbaikkan amalan kita... AMAL MAARUF, NAHI MUNGKAR... sama jugak macam kerja... itukan amanah kita... setiap hari kita lakukan.. dan dengan azam untuk PENINGKATAN PRESTASI... lakukan yang terbaik utk organisasi dan tidak melanggar peraturan dan undang-undang yg ditetapkan...
(MAAF... itu hanya pandangan aku dan apa yang aku dapat daripada pemahaman aku sendiri.. bagi org lain.. aku tak tahu... siapa nak sokong atau bangkang.. terserah!)

Sebagai pekerja... dulu, tujuan aku bekerja adalah untuk mendapat GAJI, KEDUDUKAN yang selesa serta manfaat-manfaat yang boleh aku dapat daripada Organisasi...
Namun, setelah mengikuti training ini.... seperti yang aku katakan kepada Penolong Pengurus Sumber Manusia di pejabat aku...
“I don't mind if Company declare NO BONUS this year"… and if the company tell us that for this 3 months, Company cannot offer a salary to staff and whoever wants to resign, please do so, THEN MY ANSWER WILL BE - NO”!!.. I won’t resign… But LET'S WORK TOGETHER to find a solution HOW to ensure that ONLY ONE MONTH WE DO NOT GET PAY.. but the entire month we will make sure that things back to normal… everybody will earn the salary and will get the benefits as before!!...” – itu yang aku rasa..

Aku sekarang berfikir lebih kepada “WHAT CAN I GIVE TO THE COMPANY” rather than thinking of “WHAT COMPANY CAN OFFER ME”!!!..

Itu yang aku rasa hari ini, saat ini dan ketika ini… oleh kerana RASA itu maka kini aku dalam proses pencarian... mencari apakah yang mampu aku SUMBANGKAN kepada Organisasi, kepada keluarga, kepada AGAMA, BANGSA DAN NEGARA????.....

Aku masih tidak menemui jawapan itu…Jawapan tentang APA YANG BOLEH AKU SUMBANGKAN kepada semuanya?... ketika ini aku ”KOSONG”.. benar-benar ”AKU ZERO MIND”... dan aku masih dalam proses menenangkan dan meneutralkan diri untuk mengatur semula langkah dan perjalananku yang kacau bilau, berterabur dan bercelaru hala tujuannya.....


Bagi aku.. dalam proses membentuk jatidiri... perlu (pandangan aku sahaja... utk aku menginsafi dan memperbaiki kelemahan diri..):-

Pertamanya adalah dengan mengetahui dan memahami ISI AL-QURAN... bukan sekadar membaca, khatam, menghafal surah2 tertentu utk amalan solat dan SUDAH!!!...
dengan memahami maksud dan isi cerita Al-Quran, maka… akan sampai ke peringkat kedua...

Keduanya adalah perlu wujud rasa KECINTAAN kepada Nabi Muhammad S.A.W…. selama ini aku meyakini bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.. dan SETAKAT ITU SAHAJA... Tidak benar-benar “mengenalinya”, “mengasihinya” dan “menyintainya” sebagaimana “BELIAU” benar-benar menyintai AKU UMATNYA... di penghujung nyawanya... bukan isterinya, ibunya, bapanya, anak2nya atau sesiapa yg disekelilingya yg disebut... tapi AKU... (UMATTI... UMATTI... UMATTI...).. aku yang disebut... UMATNYA yang masih belum WUJUD di dunia ciptaan Ya RABB ini... “ASTAQFIRULLAHAL ‘AZIIMMM”... Beliau menangis untukku... beliau berdoa untukku.. tapi berapa banyak kasih yang aku curahkan kepada beliau?... YA RASUL!!!!.... AL-FATIHAH utk junjungan mulia - MUHAMMAD S.A.W...
Apabila rasa kecintaan pada Rasul itu sampai, maka lbarulah dapat mencapai tahap yang sepatutnya..

Ketiga.. tahap mengenali dan mengakui KEWUJUDAN ALLAH YANG ESA... menginsafi dan memahami AS-MAUL HUSNA... (aku dh rasa nk pengsan kat sini..)...
TAKUT, GERUN, GENTAR, MENGGELETAR... rasa-rasa itu terjadi apabila benar-benar tahu hakikat kebenaran...

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahman)

Aku malu pada Allah.. Dia ciptakan aku dari setitis air yang ”hina”.. tapi aku bongkak dan berlagak di dunia dengan mengakui kehebatan diri dan mempamerkan kelebihan diri.. sedangkan ianya semua milik Allah... bukan langsung milikku... PERASAN... EGO... malah.. BODOH SOMBONG dengan anugerah yang Allah kurniakan...

Mengaku khatam Al-Quran tapi tak tahu makna.... mengaku kenal Rasul Allah - Muhammad tapi tak menyintainya sepenuh jiwa... mengaku Allah penguasa langit dan bumi tapi tak pernah takut dan gentar akan kewujudan-Nya...
Mengaku kalimah ”ASYHADUALLAILAHAILLAH... WAASYHADUANNAMUHAMMAD RASULLULLAH”... tapi sekadar membaca umpama burung kakak tua mengucapkan ”SELAMAT PAGI”... tiada penghayatan... tiada pengisian.... MAKA... SIAPA YANG LEBIH BONGKAK DARI AKU HAMBA-NYA YANG HINA INI??????????...... ASTAQFIRULLAH HAL AZIIIMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....
(BETAPA AKU HAMBA-NYA YANG RUGI KERANA TAK SEDAR DIRI!!!...)

- dan apabila mengenali kesemua itu, maka baru aku akan merasai "TUJUAN HIDUP"... "APA YANG AKU MAHU... DI DUNIA DAN DI AKHIRAT"!!!!!

Bagi teman, rakan dan taulan.. saudaraku sekalian... aku war-warkan di sini... PERGILAH Training ESQ itu... cubalah kembali merenung diri... mencari ilmu untuk keseimbangan duniawi dan ukhrawi...

Jika kalian hadirinya... permintaanku agar...

Pergi dengan redha dan ikhlas utk mencari apa yang boleh kalian perolehi di situ... terangkan minda, tenangkan emosi dan buka mata hati...

Satukan IQ, EQ dan SQ anda... pergi dengan nawaitu untuk MENUNTUT ILMU... ia bukan satu ilmu yg baru.. tapi pemantapan ilmu ygsedia ada..

JANGAN JADI SEPERTI GELAS YANG PENUH – nanti tertumpah segala ilmu yg dicurahkan dan tidak mendapat apa-apa pengisian daripadaNYA...

JANGAN JUGA JADI SEPERTI GELAS YANG BOCOR - nanti tidak memahami apa yang tersirat dan tersurat.. dan tidak mendapat manfaat daripadanya

JADILAH SEPERTI GELAS SEPARUH PENUH... ambil yang baiknya.. tapis yang buruknya... terimanya dengan tawaduk dan sebagai pencarian kepada ilmu yang kian pudar...

"Tidakkah mereka berjalan di muka bumi supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga yang dapat digunakan untuk mendengar?. Kerana sebenarnya bukan mata yang buta tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada".. (surah Al-Hajj 22:46)
ALLAHU AKHBAR!!!

SALAM SEMUT... SALAM ESQ 165...
Wallahu Alam... Wassalam...

Tuesday

3833...

Abang kata, nanti bila nak beli kereta baru – guna nombor ini... 3833

OOPPPPSSSSSS... ni bukan nombor ekor tau.. JGN SESIAPA MENGGUNAKANNYA untuk tujuan yang salah!!!!

Alhamdulillah... segala pujian bagi Allah yang Ar-Rahman lagi AR-Rahim... betapa pujian hanya untuk Allah dan Rasul junjungan umat – Nabi Muhammad S.A.W...

Betapa kerdilnya aku.. terlalu kerdil...... dan betapa besarnya kuasa Allah dan betapa aku terlalu bersyukur dengan nikmat kurniaan-Nya...

(malu sebenarnya... menerima rezeki yang melimpah ruah daripada Allah... sedangkan dalam diriku masih ada titik noda dan dosa yang belum langsai dan selesai... Ya Allah... ampuni dosaku... amiiinnnn...)

Berbalik kepada nombor 3833... sebenarnya tiada apa yang istimewa pada nombor itu... aku pun pada mulanya tak perasan apa2 bila pertama kali melihat nombor tu (mungkin sebab terlalu excited)... tapi bila abang nyatakannya padaku... baru aku sedar dan baru aku perasan.. betapa hebat kurniaan Allah...

Aku ingin sekali berkongsi kegembiraan ini dengan mereka-mereka yang selama ini sentiasa mendoakan agar aku tenang dan mampu menjawab peperiksaan juga yang sentiasa mendoakan kejayaanku....

Inilah yang menjadi kegiranganku dan kekagumanku pada Allah dan rasa syukurku yang tidak terhingga pada kebesaran dan kurniaan Allah bagi aku hamba-Nya yang terlalu kerdil dan daif ini...



Aku memang tak perasan bahawa CGPA Final Semester aku SAMA dengan keputusan CGP first semester... ALHAMDULILLAH... segala puji bagi Allah... (PPL kata, aku 'the highest' utk seluruh semester... terasa diri macam zaman sekolah pulak... dapat nombor satu dalam kelas.. warghkahkahkah.. - opsss... tak baik gelak kuat2.. apa raaa tiny niiiii.. isy isy isy..)

Dan satu lagi nikmat Allah yang aku menadah tangan bersyukur tidak terhingga... adalah....

Ini:-
Dan ini..
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 13)

Jadinya... andai terjadi seperti perancangan... aku bakal graduat pada bulan 8 ini.. (bulan KEMERDEKAAN MALAYSIA)... MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....

(
Sahabat... kita akan bersama menaiki tangga graduasi... setelah 2 tahun berhempas pulas utk sekeping kertas yg bernama "MASTER".. tahniah juga untuk sahabatku kaklong, yang juga mendapat keputusan cemerlang... dan kami pernah sama-sama merasa dapat 4 FLAT.. kaklong dapat di semester pertama, aku dapat di semester ke-3... semester lepas result CGPA kami sama iaitu 3.781... hanya 1 A- sahaja yang membezakan result final kaklong dan aku.. alah.. apa ada pada result?.. yang penting lulus dan boleh grad.. kan kan kan.. ni bukan zaman degree yang sapa dapat 3.5 akan dapat anugerah dekan... Master dah tak pakai dah semua tu.. janji lulus, makanya.. GRAD.. itu yg penting.. kan kaklong kan... hihihi... but we already set a high standard for 'them'.. hihihihikkkk...)


Kawan, sahabat, teman, kenalan serta saudara 165 ku sekalian.... TERIMA KASIH... TERIMA KASIH pada kalian yang tak putus mendoakan kebaikan untukku.. yang memberi limpahan kasih sayang seikhlasnya kepadaku... baik dari segi ingatan, lisan, tulisan, sms, telefon, email dan sebagainya....

Ku kembalikan segalanya kepada Allah untuk membalas doa serta kasih sayang yang kalian curahkan kepada ku... terima kasih... terimalah ucapan ikhlas TERIMA KASIH ku ini... SYUKUR DAN PUJIAN HANYA KEPADA ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya" (Riwayat Tarmizi)

(Ya Allah... aku masih jauh dari Rasulku Ya Allah... kerana sikap ini yang masih ada dalam diriku.... bantulah aku Ya Allah.. pancarkan hidayah-Mu ke dalam jiwaku yang masih berlingkar 'kegelapan'... tunjukkan aku cahaya.. berikan aku Nur-Mu untuk aku keluar dari lorong kegelapan jiwaku ini Ya Allah... AKU MOHON DENGAN SESUNGGUHNYA...)


Al-Fatihah untuk junjungan besar - Nabi Muhammad - Rasullullah S.A.W...



Al-Fatihah...

Saturday

ESQ 165... sambungan...

SALAM 165. PAGI!!!!...


MAKNA ESQ 165

E- Emotional (Emosi)
S- Spiritual (Rohani)
Q- Quotient (Kecerdasan)
(Bahasa Melayu - Kecerdasan Emosi dan Rohani)

1- Ihsan (Hati)
6- Rukun Iman
5- Rukun Islam

Kesimpulannya (pada pemahaman peribadi aku): Kecerdasan Emosi dan Rohani menggunakan hati dengan berpaksikan Rukun Iman dan berlandaskan Rukun Islam (andai salah, sila betulkan bagi yg lebih mahir)...


Ikrar Satria ESQ 165


1 hati , 6 prinsip, 5 langkah..

1 hati, (1 Hati anugerah Allah yang Maha Esa kepada semua makhluknya)
Ehsan perbuatanku

6 prinsip (6 Rukun Iman)
Allah tujuanku, (Percaya Kepada Tuhan)
Malaikat mencatat perbuatanku, (Percaya Kepada Malaikat)
Nabi dan rasul teladanku, (Percaya Kepada Nabi dan Rasul)
Kitab suci pedomanku, (Percaya Kepada Kitab)
Hari Kemudian cita-cita ku, (Percaya Kepada Hari Kiamat)
Ikhlas dan tawakal sikapku (Percaya Kepada Qada' dan Qadar)

5 langkah (5 Rukun Islam)
Pengabdian kepada Allah syahadatku, (Mengucap 2 kalimah Syahadah)
Solat karakterku, (Sembahyang 5 waktu)
Puasa bentengku, (Berpuasa di bulan Ramadhan)
Zakat keluarkan potensiku, (Membayar zakat)
Haji derap langkahku.. (Menunaikan Haji di Kota Mekah)

Itulah ESQ Satu Enam Lima...

ALLAHU AKHBAR!!!!

Thursday

ESQ 165

Salam 165. PAGI!!!!!....

Demi Matahari

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah …
Allah, Subhanallah...
Allah, Subhanallah…
Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ...

Subhanallah

(surah as-syam (91) : 1-10)

Bagi yg telah menghadiri Training ESQ 165, pastinya akan tersenyum dan turut ‘melagukan’ ayat ini… aku tak tahu bagi yang lain, tapi aku amat tersentuh dengan ayat ini dan SUMPAH ALLAH di dalamnya…

Pengisiannya?????... SUBHANALLAH…

Tak terjangkau dek pemikiran dan mata hati yang “GELAP”… betapa aku selama ini CELIK tapi sebenarnya BUTA…. HIDUP tapi sebenarnya MATI… SOPAN tapi sebenarnya ANGKUH… TERTIB tapi sebenarnya BONGKAK…

Hari pertama kursus aku berasa seakan HILANG DALAM DIRI, LENA DALAM SEDAR... MATI DALAM JAGA... dipijak, dihenyak, digasak, diruntun oleh dosa dan kekhilafan diri selama ini...

Aku takut untuk teruskan kehidupan walaupun sesaat TAPI aku lagi takut untuk mati dalam keadaan diri yang masih KOTOR dan HINA... kerna aku tak tahu apakah mampu aku menemui Allah dengan diriku yang penuh diselaput dosa... ASTAQFIRULLAHAL'AZIIM... SUBHANALLAH!!!...

Hari kedua kursus aku cuba kuatkan hati dan ZERO kan minda... mengakui segala dosa dan memohon keampunan dan keredhaan-Nya... semoga Allah menerima taubatan nasuha ku... aku ingin terus hidup berlandaskan ”HUKUM 165” (165 as the principle way of life and Islam is the way of life)... dan aku ingin pulang kepadanya dengan REDHA dan SIAP SEDIA....

Maha suci Allah... kalimah LAILAHAILLALLAH selayaknya UNTUKMU... ampuni aku yang sombong dan tidak sedar diri ini Ya Allah... SUBHANALLAH....

Hari ketiga... terasa diri ini terlalu kerdil... tetiba aku rasa KOSONG dan aku tidak perlukan sesiapa atau apa-apa di dunia ini... AKU HANYA INGIN KEAMPUNAN, RAHMAT dan HIDAYAH ALLAH...

DAN... kulepaskan segala urusan dunia fana ini kembali pada Allah... AKU PASRAH... aku hanya inginkan pengampunan Allah... aku ingin rasa kecintaan pada Rasulullah S.A.W itu benar2 dapat kukecapi... memahami Al-Quran sepenuhnya, menyintai Rasul sesungguhnya dan menyerah diri kepada Allah dengan sebenar-benarnya...

SUBHANALLAH....

Saat dan tika ini... aku mohon pada Allah agar ampuni segala dosa silamku, terima taubatan nasuhaku dan tetapkan imanku untuk sentiasa berjalan di jalan benar yakni jalan di jalan Allah... serta berikan kekuatan kepadaku dan suami untuk bersama mendidik anak-anak kami berlandaskan Islam (melalui nilai-nilai 165) dgn kalimah Asyhadualla Ilahaillallah... Waasyhaduanna Muhammadar Rasullullah - mengenali, memahami dan menjiwainya sepenuhnya.. sejujurnya dan sebenar-benarnya...

Pada mereka2 yang pernah aku sakiti hatinya, pernah aku lukakan perasaannya, yang masih benci, marah atau dendam padaku... AKU MOHON (meskipun sebenarnya aku masih tidak mampu (betapa daifnya aku...) berhadapan sendiri dengan kalian...).. SEIKHLASNYA AKU MOHON.... AMPUNI SEGALA KESALAHANKU sebagaimana aku berlapang dada memaafkan segala perbuatan kalian padaku... BENAR AKU IKHLAS...

Bagi teman-teman, sahabat, saudaraku semua... carilah ruang, peluang, kesempatan dan kelapangan untuk menghadiri ESQ 165, aku war-warkan di sini... PERGILAH... kembali mencari diri... kembali kepada Pencipta...

Layari ESQ 165


Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah:216)


Allah Maha Besar!

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 13)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 16)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 18)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 21)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 23)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 25)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 28)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 30)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 32)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 34)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 36)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 38)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 40)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 42)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 45)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 47)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 49)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 51)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 53)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 55)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 57)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 59)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 61)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 63)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 65)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 67)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 69)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 71)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 73)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 75)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?(Ar-Rahman : 77)


Marilah teman, sahabat dan saudaraku... carilah ilmu ini...
Jika kalian hadirinya... permintaanku agar...

Pergi dengan redha dan ikhlas utk mencari apa yang boleh kalian perolehi di situ... terangkan minda, tenangkan emosi dan buka mata hati... (jgn pergi HANYA utk 'mengeji' atau 'menguji' sejauhmana 'kebagusan' training tersebut'... rugi andai anda melihat dari "mata kasar" bukan "mata hati".. JANGAN HANYA buka mata kasar tapi anda buta mata hati"...)

Satukan IQ, EQ dan SQ anda... pergi dengan nawaitu untuk MENUNTUT ILMU... ia bukan satu ilmu yg baru.. tapi pemantapan ilmu yg sedia ada...

JANGAN JADI SEPERTI GELAS YANG PENUH – nanti tertumpah segala ilmu yg dicurahkan dan tidak mendapat apa-apa pengisian daripadaNYA...

JANGAN JUGA JADI SEPERTI GELAS YANG BOCOR - nanti tidak memahami apa yang tersirat dan tersurat.. dan tidak mendapat manfaat daripadanya...

JADILAH SEPERTI GELAS SEPARUH PENUH... ambil yang baiknya.. tapis yang buruknya... terimanya dengan tawaduk dan sebagai pencarian dan pemantapan kepada ilmu yang kian pudar...
"Tidakkah mereka berjalan di muka bumi supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga yang dapat digunakan untuk mendengar?. Kerana sebenarnya bukan mata yang buta tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada".. (surah Al-Hajj 22:46)

ALLAHU AKHBAR!!!


Jadilah sebahagian daripada keluarga besar ESQ 165...
SALAM SEMUT... SALAM ESQ 165...

Wednesday

Hadiah Ulangtahun – 06.06.09...


06.06.09 adalah ulangtahun perkahwinanku yang ke-5...

Sepatutnya rancangan kami hendak ke Medan, Indonesia – tiket dah tempah, persiapan semua dah buat... TAPI... Allah Maha Mengetahui.... rancangan TERPAKSA DIBATALKAN DI SAAT AKHIR...
abang tak dapat cuti pada hari jumaat tu dan kena standby on Saturday sebab ramai yang dah apply cuti (maklumlah cuti sekolah..) dan lagi, hari ahad tu ada kenduri kahwin sepupu abang (anak abang MIL - bapa saudara abang) di Puchong...

Mulanya agak kecewa dan pelbagai rancangan difikirkan utk ’meraikan’ hari tersebut...
Namun, ada sahaja batasan dan halangan yang menimpa...

Dek kerana kecewa, maka aku lucutkan segala harapan untuk ke mana-mana...

TETIBA tanganku GATAL browse laman ESQ (dh lama nak pergi tapi hajat sering tak kesampaian..)... dan katanya Program kali ini akan dipimpin oleh Pengasasnya sendiri... Dr. Ary Ginanjar Augustian... tarikhnya 5, 6 dan 7 June 2009 (Jumaat – Ahad) di PICC Putrajaya.

Aku minta izin abang... dia agak keberatan... aku ajak dia sekali.. aku kata ia hadiah utknya sempena ulangtahun perkahwinan kami... TAPI DIA MENOLAK MENTAH... (kecewa sangat...) dan abang juga kecewa sebab aku bertegas untuk hadiri kursus tersebut... (hmm... 1-1)...

Dengan hati yang masing2 bercampur-baur.. abang hantar aku ke training di PICC sambil mulutnya tak henti melafazkan kecewa sbb esok 06.06.06 aku ‘tak ada bersama’ utk raikan hari ulangtahun perkahwinan kami… dan aku juga menyatakan rasa kecewa sebab abang TAK DAPAT CUTI dan ikut aku pergi training!!!!...
Maka pada hari itu…. Pergilah aku ke training tu dan abang pergi kerja….

Petangnya… habis training… abang ambil aku di PICC…
masuk je kereta terus aku peluk abang dan mohon ampun… dekat setengah jam jugaklah aku menangis rasanya… dan Alhamdulillah… abang dah tak marah pada aku lagi dan redha serta beri keizinan utk aku ikuti training keesokan harinya…

06.06.09…
Petangnya sesudah training…. abang ambil aku di PICC dan kami ke Secret Recipi utk meraikan hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-5.. makan malam yang simple…+ beli kek utk sambut ulangtahun kami (bolehlah...) dan terus ke rumah bapa saudara abang di Puchong… (esoknya kenduri kahwin sepupu abang)…

Ulangtahun ini, kami sambut dengan sungguh simple tapi meriah sebab MIL, FIL, ipar duai, sedara mara abang ramai yg turut meraikannya… ALHAMDULILLAH…

Sempurna sungguh perancangan Allah.. sedangkan awalnya kami membuat ribuan rancangan tapi SATU PUN TAK MENJADI… rancangan Allah jua yang Maha sempurna dan bermakna…

SUBHANALLAH!!!....

Hadiah ulangtahun perkahwinanku daripada abang adalah..... KEIZINANNYA membenarkan aku pergi TRAINING ESQ..

Dan tanggal 06.06.09 takkan aku lupakan – sempena ulangtahun perkahwinanku yang ke-5 ini, hadiah berharga yang aku dapat adalah:

1) Mengikuti Training ESQ dan menjadi keluarga besar ESQ165
2) Dijemput sebagai tetamu untuk Makan Tengahari bersama Dr. Ary Ginanjar - aku pun tak tahu kenapa aku salah seorang yang dipilih mereka… aku bukan sapa-sapa… tanpa pangkat, tanpa gelaran, tanpa nama besar (‘tiny’ je namaku dan diriku se’tiny’ namaku meskipun saiz badan is the other way round…)… hanya Allah yang lebih mengetahui…
3) dapat signature Dr. Ary sendiri di buku ESQ…

SUBHANALLAH…. Sesunguhnya aku bersyukur dengan segala nikmat dan rahmat kurnian Allah kepadaku…

Cerita di ESQ?... esoklah sambung eh… ngantuk.. sisa-sisa sakit gigi masih terasa… sebijik pain killer, antibiotic dan ubat apa tah satu lagi nih… ku telah sebelum tido…

Salam 165!!! PAGI!!!!!!!.....

Tuesday

SAKIT GIGI

Salam...

Aku dah "pulang".... banyak cerita yang nak aku ceritakan dan sampaikan... tapi nanti-nantilah yer... SEBABNYA... hari ni (minggu ni) aku SAKIT GIGI!!!
(semoga ini balasan Allah di atas segala kekhilafanku... dan ditarik segala dosa dan di ampun segala kesilapan dan kesalahanku dengan balasan kesakitan ini...) Alhamdulillah......

adoi mak sakitnya...adoi mak sakitnya.... gusi bengkak.... rasa cam nk tercabut jer gigi nih.... terasa cam nak penampar pipi sendiri pun ada gak nih...

rasa cam nk tidoooo... tapi baru kul 8.45pm... hmmm hmmm hmmmm....

JADINYA.... AKU NAK SAMBUNG LAGI CUTI!!!!...
jangan marah haaaa... kehkeehkehkeh...
(naper aku nampak cam ada asap kat sesetengah tempat tuh?.. cool babeh... COOOOLLLLLL........ hekehkehkehkeh... hihihihihi)


Monday

Fuyooooo... selepas 4 bulan..


Eh... apa password aku eh?... apa ID aku yer?... ciktiny?.. misstiny?... mrstiny.?... puantiny?.. ibutiny?... oooo…. kaktiny… baru ingat… hihihihi…. (tapi kengkawan ada yg ingat aku lagi tak?... huhuhu… hehehehhe)

Wah.. betul2 aku BERJAYA mengurungkan diri dok diam2 SELAMA 4 BULAN..... tak hapdet malah tak datang pun kat blog aku ni dan ada sampai masanya aku tak pegi pun kat blog kengkawan.. (ampun yer teman-teman sekalian..).. benar2 fokus utk SELESAIKAN SEGALANYA... bagi yg meninggalkan komen, message, sms, email, misscall.. ampun beribu-ribu ampun kerana membiarkan segalanya "SEPI" seketika..... ampun bebanyak yer...

Cerita 4 bulan ni?.. huhuhuhhahhahahhihihihi… adoooiiillaaarrr…. Banyak beb.. banyak… yg bergelak ketawa sampai pecah rumah.. yang bergolek dog jatuh lantai guling-guling mengekek… yang meraung-raung tepi gaung, yang shahdu shadan meraban marhaban semua cukup rasa gula garam ajinomoto sampai migraine pun adalah….

TAPI….. ALHAMDULILLAH.. SYUKUR KE HADRAT ALLAH… segalanya sudah benar-benar SELESAI…
- wedding anak boss.. dh selamat jadik bini orang dah puunnn…
- Exam… tgh tunggu result weh…
- VIVA presentation… yee haaaaa….. HABIS SUDAH!!!..
- DLL.. (dan lain-lain – ala2 stesyen sinar.fm punya tagline..) – pun dah SETTLE…

Untuk AKTIF BERBLOG?... hmmm…. Ada pengumuman yang hendak dibuat..

AKU BAKAL BERCUTI LAGI!!!....
UNTUK MERAIKAN KEJAYAAN DAH HABIS BELAJAR DAN UNTUK MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-5 (baaaaru 5 tahun… setahun jagung jerrrr… kagum aku pada yg dh kawin berbelasan malah puluhan tahun.. doaku semoga jodoh aku juga berpanjangan… doakan semoga jodohku dengan suamiku ini berkekalan sehingga ke akhirat kelak.. tetap dijadikan pasangan di sana nanti…… amiiinnnnn)…

Justeru itu… aku MENUNTUT JANJI CIK ABANG YANG KATANYA NAK BAWAK AKU JALAN-JALAN HOLIDAY sempena aku dah habis exam dan sempena ulangtahun perkahwinan yg ke-5… (tapi tak tahu lah nak pegi mana kan... balik kampung pun best gaks...)

SO… AKU BERCUTI LAGI YER… jgn mareeeee…..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.