Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, September 14, 2010

Abang!. Selamat Ulangtahun Kelahiran.


Abang..

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN...

Sempena Ulangtahun kelahiranmu yang ke sedemikian ini.. ketahuilah olehmu abang.. bahawasanya:-

Leen mohon SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI DAN MERAHMATI PERJALANAN HIDUPMU DUNIA DAN AKHIRAT. Leen mohon agar Allah memberikan keampunan-Nya kepada abang di atas setiap dosa dan salah laku abang yang lalu, kini dan akan datang.. samada secara abang sedar, tidak sedar, sengaja, terpaksa atau rela melakukannya. Leen mohon semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup abang dunia dan akhirat, mencukupkan dunia abang dan tidak meletakkan nikmat dunia sebagai keutamaan. Leen mohon agar abang diberi kelapangan dalam menempuh pancaroba kehidupan ini juga memberi kekuatan kepada abang sebagai Khalifah untuk mengemudi bahtera keluarga kita.. Leen sentiasa di sisi abang untuk bersama bersatu bagi membentuk keluarga kita menjadi keluarga yang sakinah. Semoga pengakhiran hidup kita dalam Husnul Khatimah.. dan.. Leen mohon agar Allah memilih kita (abang, leen dan anak-anak) untuk menghuni syurga-Nya kelak. Ameen.

Abang... Aku memberikan 100% cinta dan kasih sayangku SEBAGAI ISTERI – HANYA UNTUKMU.. dan aku tidak mengejar 100% cintamu kepadaku kerana bukan aku yang harus menentukan peratusan cinta dan kasih sayangmu sebagai suami kepadaku. Namun, aku teramat bersyukur dengan kasih sayang dan perhatian yang telah kau berikan, pamerkan, tunjukkan kepadaku sepanjang aku menjadi isterimu. Tidak berkurang malah berlebihan. Aku bersyukur dan aku terima setulusnya setiap kebajikan, kebaikan, amanah, tanggungjawab, dan segala pemberianmu dengan redha dan dengan ucapan terima kasih yang amat tulus - aku redha membuang segala kesalahan, kekhilafan, kelemahan dirimu.. KERANA KITA HANYA MANUSIA YANG TIDAK PERNAH SUNYI DARIPADA MELAKUKAN KESILAPAN..

Terima kasih abang, kerana menjadikan aku isterimu. Meletakkan aku di status yang sangat indah di dalam perjalanan aku sebagai seorang hamba Allah. Yang telah dan masih menempatkan aku di tangga di mana aku bisa meneropong pintu-pintu syurga ciptaan Ya Rabb dalam menyandang gelaran sebagai seorang isteri dan Ibu. Terima kasih kerana menjadi pakaian yang menghijab kekurangan diriku.


Atas nama Allah Ar-Rahman Ar-Rahiim Yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Yang Maha Pemberi, sesungguhnya ku panjatkan rasa syukur kepada-Nya YANG MAHA ESA yang telah melimpahkurniakan rasa kasih dan sayang ini dan yang telah menganugerahkan rasa CINTA itu ke dalam rumahtangga kami – dengan tujuan yang SATU.. MENDAPATKAN REDHA DAN CINTA DARI-NYA YANG MAHA AGUNG! REDHA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA.


Semoga Allah sentiasa meredhai kasih sayang ini..
... dan semoga rasa kasih sayang ini berkekalan... dan terus bercambah, mekar dan indah.. Ameen.


SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH RABBUL ALAMIIN.






.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.