Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, September 03, 2010

BALIK RAYA .. BERCUTI RAYA..


Tertarik dengan entri si tasek pasal jadual balik raya..

Korang berebut tak??.. Setakat 6 tahun kawen ni, Alhamdulillah, aku ngan cik abang tak pernah lagi BERGADUH, BALING PINGGAN MANGKUK, LANCAR MOGOK SENYAP, ATAU PERANG DINGIN ASING BILIK TIDO semata-mata sebab nak balik beraya kampung sapa…

Baru-baru ni cik abang pun menyuarakan rasa yang sama.. rasa syukur sebab kami tak terlibat dalam situasi PENAT DAN MEMBAZIR MASA bergaduh bertekak mempertahankan kampung sapa lebih utama untuk bersama “keluarga” di pagi raya!..

Ya.. aku ngan cik abang UTARA – SELATAN.. yg memang TIDAK MAMPU untuk MERAIKAN HARI RAYA DI KEDUA-DUA TEMPAT PADA MASA YANG SAMA!.

Utara aku di Kulim, Kedah... Selatan abang di Muar, Johor.. Nak pegi balik hari yang sama?? Alamatnya, beraya atas PLUS HIGHWAY je laaa..... hahahaha...

Nak buat raya pertama sana, raya kedua sini??... BUANG MASA DAN DUIT JE..

Jadinya, seawal perkahwinan, kami telah memutuskan untuk mengadakan SISTEM GILIRAN... 2004 – kampung abang, 2005 – kampung aku, 2006 – kampung abang, 2007 – kampung aku, 2008 – kampung abang, 2009 – kampung aku, 2010 – kampung abang, 2011 – kampung aku... sampai sudahnya InsyaAllah begitulah (melainkan takdir Allah ke atas sesuatu perkara yang di luar duga dan rancang)..

Dan, adik beradik sanak saudara sebelah aku pon mengamalkan SISTEM sedemikian... jadinya, setiap 2 tahun (selang itu), HASHIM-CHIK FAMILY CLUB akan berkumpul meraikan GATHERING RAYA KELUARGA HCFC (yang setakat hari ni dah mencecah ke-90 ahli club.. hihihi...).. Yang dari kuantan, dari KL, dari Selangor, dari sabah sarawak, dari seluruh pelusuk rantau (yg luar negeri tu tak dapek nk nolong la kanzz.. hehehe)... SEMUA AKAN BALIK.. BAK SIRIH PULANG KE GAGANG.. hihihi.... Dan acaranya.... ada BBQ, ada cabutan bertuah, ada game, ada hadiah, ada persentation... dan macam2 lagi.. (pasai tu tak buleh kalau nak buat sistem pagi ni balik umah U, petang ni balik umah I... gilo rugi kou...)

Meskipun arwah wan (Haji Hashim) dan tok (Hajjah Chik), sudah tiada (Al-Fatihah untuk kedua-duanya), tapi anak2nya yang seramai 10 orang dan 10 menantu yang telah meramaikan ahli menjadi lebih 90 orang itu tetap akan berkumpul dan meraikan Aidilfitri di KAMPUNG PERTAMA, PERMATANG PAUH, PULAU PINANG... tempat arwah kedua-duanya melahirkan dan membesarkan 10 orang anak itu.. (eh eh eh... ni patutnya aku cerita tawon depan... pehal aku melalut cerita time nih??... hihihihi)..

Berbalik pasal bergaduh balik raya.. aku bersetuju dgn pernyataan cik abang... apa yang nak digaduhkan pasal nak balik raya kampung sapa?. Si suami atau si isteri, yang awak nak rebutkan tu kenapa? Awak ingat awak je ke yang ada mak bapak?? Yang pasangan awak tu takde mak bapak ke?. Kenapanya yang nak berkeras nak balik KAMPUNG SAPA?.. rugi je, selama 11 bulan punyalah aman damai rukun bahagia, tapi bila tiba hari baik bulan baik, dah bergaduh dan buat dosa di bulan raya pulak.. ayoooiiii....

Kata abang lagi.. yang seronok di pagi raya adalah apabila dapat berkumpul bersama KELUARGA... bukankah KELUARGA yang utama itu sekarang ini adalah SUAMI + ISTERI dan anak2???... Jadinya, soal nak balik mana takyah timbul... ambil jalan tengah yang sepakat... tak kiralah balik pagi kampung bini petang kampung laki ke... balik raya pertama kampung bini raya kedua kampung laki ker, balik tahun ini kampung bini tahun depan kampung laki ke, balik 2 hari kampung laki 2 hari kampung bini ke.. kan ada je jalan penyelesaiannya.. YANG PENTING HATI!!... ikhlas atau tidak.. redha atau tidak.. kalau dh tegang, kena ada pihak beralah.. dan pihak yang mengalah tu kenalah diberi peluang di lain waktu pulak..janganla satu pihak SELFISH memanjang.. PAYAH LA NAK AMAAANNN....

Dan, mak ayah aku pon sama.. tak pernah sekalipon aku dengar mereka bergaduh nak balik kampung sapa... dan sekarang, tak pernah kisah pon sistem yang kami buat nih.. dan kekalau kami tak dpat balik, mereka takde hal.. macam tawon ni, aku balik muar, kakak aku stay KL sbb kampung laki dia kat bandar tun razak tu jeeerrr... ngeh ngeh ngeh... dan adik bujang aku yg bongsu, si epy, nuun jauh bertugas di sabah... adik bujang aku si amir ikut je kat mana mak aku ada.. hanya amir je yang ’cerah’ peluang utk balik kampung... jadinya, takde sapa pon kat kulim.. takkan mak nak berkuntau sengsorang buat segala bagi menu wajub tuh??.. owh tidaakkk.. sian mak...

"Buat apa nak susahkan hati anak2?. Kalau dah depa tak buleh balik mai tengok kita kat kampung, kita pi la tengok depa kat kolumpo tu, bukan kita tak reti nak jalan. Reta (kereta) ada, bas pon buleh naik, kapai terbang pon buleh kalau nak, hah.. pi ja jumpa depa. Dah depa sibuk kerja, kita yang dah pencen ni tak buat apa ni, pi la tengok depa tumpang Allah bagi kederat buleh jalan. Merajuk-merajuk buang masa ja. Nak merajuk2 apa haih.. buat tambah dosa depa ja... kesian kat depa.." (dengan loghat utaqha yg cukup umppphhh... hahahaha.... ampun maaakkkk...)

- itulah ayat mak aku... yang membuatkan aku TABIK RESPECT HORMAT sangat kat mak aku yang OPEN MINDED.. hihihi... (SAYANG MAK AYAH 4 ever.. muaaaahhhssss)..

Makanya TAHUN INI PERTAMA KALI SEJARAH TERCIPTA SEJAK TAHUN 1988, MAK NGAN AYAH AKU DATANG BERAYA DI KL.. yeeehaaaaaa.... cayalah mak ayah.. hihihi.. mak ayah mmg tak pernah miss buat Open House sejak dari tahun 1988, tahun kami berpindah permanently 'balik kampung' setelah puas merantau.. RAYA KEDUA MMG WAJIB... dan menu wajibnya selain daripada ketupat rendang, adalah LAKSA!!... dan sejak tahun 1998, menu wajib ditambah ke satu lagi menu iaitu MEE HOON SUP KUAH MERAH... sejak itu.. RAYA KEDUA dan LAKSA + MEE HOON SUP KUAH MERAH adalah hal yang amat sinonim dengan MAK LONG/ MAK NJANG KIAH dan PAK LONG/ PAK NJANG YA.. hehehehe..

Dan, raya tahun ni... adalah yang pertama kali juga sejak tahun 1988 (22 tahun sudah), mak aku TAK BUAT OPEN HOUSE HARI RAYA KE-2... sebab, tahun ni mereka beraya di KL.. (tetiba teringat kata2 kakak sedara aku - kaklinda, anak makngah Ton : "raya ke-2 tahun ni kaklinda nak pergi rumah sapa???".. ”alaaa... rindu nak makan laksa ngan mee hoon sup kuah merah maklong/mak njang”... kehkehkeh)..

Sabar je la wahai sanak sedara dan orang kampungku sekalian yer... tahun ni dengan rasminya di umumkan ENCIK YAHAYA & PUAN ZAKIAH BERHARI RAYA DI KUALA LUMPUR!!!....

Dan aku.. akan start bercuti pada 9hb.. (kalau 8hb tu dah nampak anak bulan, 9hb raya lah eh??.. ayyoooooooiiiii!!!!.... kehkehkehkeh).

Tinggal 5-6 hari lagi untuk Ramadhan melabuhkan tirai.... samada Lailatul-Qadar itu telah 'datang' atau belum... ayuh perbanyakkan usaha menghidupkan hari-hari terakhir Ramadhan ini... bagi sapa yang dh Khatam Al-Quran tu, TAHNIAH... bagi sapa yang tinggal 'sikit' lagik, teruskan usaha... bagi yang ada 'banyak' lagi juzuk yang perlu dihabiskan, juga teruskan usaha sedaya mungkin... DAAAN jangan berhenti di Ramadhan sahaja... kena istiqamah... (INGATAN UTK DIRI SENDIRI!!!!)....







.

25 comments:

Mr PenyuBiru said...

wpun saya ganu,wife kedah, tapi tiap² tahun kami beraya di kedua-duanya. kiranya ada 2 part la. so,kami bergilir turn kampung yg 1st aa.

KAKTINY said...

Mr.Penyu > Alhamdulillah.. itu sudah bagus... yang penting ada permuafakatan dan persetujuan ikhlas bersama... yang kita nak adalah keberkatan dan kebahagiaan terutamanya di pagi raya...
good good... hihihi...

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

raya muar thn ni?....ghaya ke beghapa nak balik kulim?

kak Erna said...

Tiny..alhamdulillah..bagus tiny dan pasangan..akak dulu masa muda2 pun tak pernah bergaduh nak balik raya..
dah tua2 ni.dah beraya di rumah sendiri..tak balik mana2 pun..mak,ayah pun dah tak de..pagi2 lepas sembayang raya..pi jumpa abang2 dan kakak..kemudian..balik pulak rumah sendiri..adik2 en.abang pulak datang rumah..jumpa abangnya..
hari raya berlalu jugak kan..

Tijah said...

aku tetiap taun blk penang. taun depan sazah & aji usop siap ckp nak ikot aku blk sana sbb sini dah xde sapa. bleh? hahahah...

aliff muhammad said...

Salam,

Selamat hari raya Kak Tiny :)Aliff cuti sehari sebelum hari raya dan sehari pada Isninnya.

Jemput berhari raya ke Negeri Sembilan.

iina said...

Tiny

Ko raya muar bape hari??? InsyAllah.. semoga selamat pulang dan balik ke kampung.. yang utama berhati2 di jalan raya ok.. Aku raya setiap tahun pun tak pernah berebut punya nak balik kg mana.. hahahaha.. sebab beza jarak cuma 1jam 30minit jek.. apa susah leh lari sana sini.. dah 4 tahun nie raya kat tempat yang sama jelah.. cuma tahun ini special sikit..

Nak tanya ko balik KL bila ek lepas raya?? mana tau kot2 aku nak call ke apa ke ;;)no tepon ko masih sama kan.. nnti tolg emai kat aku ok kot2 ko tukar no ;)

kakpah said...

betul tu tiny, takyah lah gaduh2 nak balik mana. pakat elok2.. kakpah dah 30thn kawin, tak penah gaduh pasal balik raya kat mana dulu.
skrang ni lagi la tak susah sebab beraya rumah sendiri je. kampung kakpah dah takde orang sebab abah duduk dengan kakpah. MIL pun taun ni beraya rumah anak perempuan dia kat kl.
eh.. nanti datang la beraya rumah kakpah.

blackcardomompods said...

kita takde gaduh2..pasalnya,satu negeri.kekeke...pagi raya pertama sudah pulang ke umh kedua.yeayyy tp skrg maisng takde pulang..kekekke..kiranya lg adil.hahaha

betul pe ckp kak tiny,family hubbypun family kita,napela nk gaduh2.kalau nk gaduh,baik jgn kahwin.kekekke

zino said...

zino lagi tak pernah kisah pasal nak gilir ni.. kg dekat2 je hehe

en_me said...

selamat menyambut aidilfitri kaktiny ittewww..

tasekM said...

kita kena rasa mak pak mertua tu mcm mak pak kita jugak. pasti takkan ada masaklah ye dak...?

selamat hari raya tiny.
maafkan salah dan silap aku yek.

:)


.

TOKMA said...

Best ek bila citer pasal bab rayer ni...balik kampung...jumpa sanak sedara...jumpa yang lama dan yang baru. Seronoknya...!!

Tapi tokma tetap di sini....tak berganjak langsung, ada pun ke pusara mak/abah jer.

TOKMA AMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI BUAT TINY SEKELUARGA. TOKMA MOHON AMPUN MAAF SEKIRANYA TERDAPAT SILAP DAN SALAH DALAM KATA2 MAUPUN PERBUATAN.

KAKTINY said...

Cikgooden > ha ah.. balik muar.. menurut rancangan, raya ke 7 KOT, cik abang aku kata nk balik kulim.. tapi.. TAK TAU BETUI JADI KE IDAK!!...

KAKTINY said...

kak Erna > betul kak.. raya akan berlalu jugak.. takyah le nak gaduh2 kan.. rugi je di pagi hari raya dok masam muka memendam rasa…. Raya ni, yg penting seronok bersama laki bini ngan anak2 (bg yg dh kawen, yg bujang tu takpela kan.).. nanti tiny dah tua2 esok pon, kena beringat camni jugak.. jgn pressure anak2.. ksian kt depa.. kan kak kan...

KAKTINY said...

Tijah > waaaahhhh.. tawon depan sazan ngan aji usop nk ikut pi penang??.. aku mmg tabik spring ngan sazah.. mmg didik anak2 dia jadi menantu solehah betui…
Kalau tawon depan jadik ko bwk sazah ngan aji usop balik penang, buleh mai raya umah aku kt kulim.. hihihi…

KAKTINY said...

aliff muhammad > ko bujang lagi dik.. takpelah.. bg ruang kt org yg dh kawen tu utk cuti panjang.. hihihihi... nanti kalau ko dh kawen, ko bekukan cuti anak2 buah ko, dan ko plak amik cuti panjang.. hahahaha... (gurau jer..).

KAKTINY said...

iina > menurut cadangnya, aku balik daripada hari rabu ni sampailaaaahhh ke hari isnin minggu depan… pastu maybe balik kulim jugak kot pada hari khamis 16 tu sampai hari ahad 19.. (itu PRA-perancangan yg laki aku ckp laaa… tapi kalau dh jejak kaki balik kampung, aku tak tau la apa plak plan dia nk tukar.. hehehehe).

Menurut rancangan pre-raya tuh… aku balik KL hari isnin 13 dan ada kt KL sampai 15hb. sebelum balik kulim pulak on the 16th.
Nanti aku email ko eh.. hihihi.

KAKTINY said...

kakpah > Alhamdulillah.. contoh cam akak and seangkatan ngan mak tiny ni la yg tiny nak ikut sangat2.. muafakat membawa berkat.. takmau gadoh2 pasal mende2 kecik nih..
Mak tiny pon, bila dh tua2 ni, lagiiii takyah gadoh nk balik kampung sapa.. (sbb ibu bapa kedua2 belah pihak dh tak ada..), jadinya, diaorg plak pecah tradisi dtg KL beraya ngan anak2.. hahaha…
InsyaAllah, kalau tak ada aral, muncullah tiny beraya di umah akak tu nanti.. hihihi…

KAKTINY said...

blackcardomompods > soang idup ko dik.. hihihi. Tawon ni lagi adil eh… duduk la beraya kt oberseeee tu.. hahaha…

KAKTINY said...

zino > takat kampung abah zino tu... mmg laaa…. tiap2 minggu pon balik… hahahaha…

KAKTINY said...

en_me > ye.. selamat menyambut lebaran..

KAKTINY said...

tasekM > betui yang…. Dah kita kawen ngan anak dia kan.. mak pak dia, mak pak kita la gak. Sama ngan dia.. mak pak kita, mak pak dia gak.. baru betui namanya KAWEN.. kan.. hihihi..

selamat hari raya utk hang gak...
maafkan salah dan silap aku jugak eh...

KAKTINY said...

TOKMA > aduhaii… akak ku sayang… terasa bersalah sgt sbb tawon ni cam jauuuhhh plak kita kan kak.. kurang sgt jiranmu ini menjejak kaki menyulam kasih ke villa indah akak tuh.. huhuhu… AMPUNKAN ADIKMU INI KAK.. huhuhuhu…

Selamat hari raya ye kak… (kena cari masa jugak jumpa akak nih.. malu sungguh laaa…. Huhuhuhu).

Mak Su said...

:)

kaktiny, salam syawal, selamat menyambut lebaran dgn gembira :D

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.