Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, February 14, 2011

Khutbah Terakhir

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia. Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.



- Sumber dipetik dari laman web ILUVISLAM.

- mari bersama menghayati, memahami dan melaksanakannya!. Demi Allah.. dengan izin Allah dan untuk mendapatkan redha Allah.

-----------------------------------------------------------------------------------



- credit to kumpulan Hijjaz -

... Wahai Rasul Junjunganku..
telah ku terima risalah amanatmu..


“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim.)


Ya Allah.. berikan kekuatan kepadaku untuk melaksanakan amanat Baginda Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam..

Wahai Tuhanku.. sampaikan salam rindu dan kasihku kepada kekasihmu, Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wassalam..

Wahai Rasulullah.. ku mohon syafaatmu kelak..


Ya Allah.. aku mohon redha-Mu.. Redhai aku..

10 comments:

ckLah @xiiinam said...

Pernah menangis betul-betul saat berlakon dalam teater yang di dalamnya ada sedikit skrip dari Khutbah terakhir itu masa di sekolah dulu. Kami buat pentomen di Stadium Ipoh masa Musabaqah Peringkat Negeri 1982.



Selamat menyambut Maulidur Rasul...kita basahi lidah, bibir dan ruang rindu kita dengan Selawat, ya adikku...

Kaktiny said...

cklah > sungguh kan cklah.. andai benar2 hayati dan fahami.. rasa sebak menyeka jiwa, nafas sangat tersekat-sekat.. rindu terasa padat.. serasa mahu berlari mengejar memeluk kaki Nabi.. rasa tak kuat membiarkan Baginda 'pergi' meninggalkan kita di sini..

Teringin merasai perasaan rindu yang membara, kasih yang berbunga, keinginan yang meruap untuk bersama Rasulullah.. sungguh-sungguh tiny menginginkannya.. semoga rasa itu hadir.. dan sentiasa mekar.. ameen.

InsyaAllah.. terima kasih atas ingatan, perhatian dan pesanan itu wahai cklah yang dihormati dan dikasihi..

Semoga kita beroleh syafaat Baginda.. Amin Ya Rabbul 'Alamiin.

Yunus Badawi said...

Salam Tiny dan ckLah (kalau dia terbaca komen ni).

Syaitan telah putus asa utk menyesatkan kita dalam perkara2 yg besar. Jadi skrg syaitan cuba menyesatkan dlm perkara2 yg kecil. Perkara ini yg kita (sayalah terutamanya tu) selalu leka. Semoga Allah memberi saya kekuatan utk menjadi hambaNya yg soleh dan berpegang teguh dgn ajaran Islam.

Alhamdulillah saya ada kawan mcm awak ni yg sering memberi peringatan.

Mak Su said...

berasa sebak dgn khutbah terakhir ini

aNIe said...

Tiny.. bila dihayati khutbah terakhir tu memang boleh membuat kita jadi sebak dan menangis...kerana kita terasa betapa zalimnya kita... betapa kerdilnya kita...

Semoga ALLAH sentiasa memelihara iman dan agama kita serta menjauhkan kita dari muslihat syaitan...

blackcardomompods said...

Benar kata rasulullah saw,tanpa quran n sunnah mg kita hanyut dan lihatlh apa yg terjadi sekrg knapa byk kekejam berlaku kerana adalah mereka tidak mngmlkn 5 pesanan rasulullah saw

Tq for sharing,share byk lg senang nk rujuk

Kaktiny said...

YB > syaitan tak pernah putus asa!!.. tak pernah!.. perkara kecil itulah yang disukainya utk mengganggu kita saban waktu, kerana himpunan dosa kecil itu lebih bernilai kepadanya daripada satu dosa besar yang akhirnya kita bertaubat nasuha dan menyesal di atas dosa besar yang kita lakukan..
Maka itu kita perlu berkawan dengan rakan-rakan yang membawa kepada peringatan yang baik.. dan menjadi rakan yang memberi peringatan yang baik.. semoga kita diberi kekuatan oleh Illahi untuk mampu beristiqamah dengannya.. amen.

Kaktiny said...

Maksu > sangat2.. kan maksu..

Kaktiny said...

Kak Anie > betul kak.. terasa Rasulullah sedih dan sebak melihat keadaan kita yang menzalimi diri dan agama pada saat dan ketika ini.. sebagaimana sedihnya Baginda apabila menyebut Ummati. Ummati.. Ummati ketika nyawa Baginda dihujung rongga!.
Tapi, sejauhmana kita menggalas amanah yang ditinggalkan Baginda?.. (tiny bertanya diri.. sambil menekup muka menahan malu dan rawan hati yang amat.. sungguh terasa kerdilnya diri.. sungguh!)
Andai bisa bertemunya.. alangkah!..

Kaktiny said...

CT > sedangkan dengan adanya Al-Quran dan As-Sunah pon kita hanyut sesat barat.. apatah lagi tanpanya.. aduuhhhh… pincang dunia!.
Kiamat semakin hampir.. Syaitan berusaha mencapai misinya untuk membawa manusia menemaninya di neraka jahannam.. dan sungguh-sungguh ia berusaha, kerana ia tidak pernah lupa janjinya kepada Allah..
Dan.. sungguh-sungguh Iblis mengatur strategi dan bala tenteranya.. menggunakan ruang dan peluang yang diberikan Allah.. untuk menyesatkan kita manusia.
Tapi.. kita manusia ini.. Kita kejam terhadap diri.. terhadap agama serta terhadap janji kita dengan Allah.. kita mungkir janji.. untuk menegakkan agama-Nya..
Astaghfirullah..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.