Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, March 14, 2011

Di Persimpangan Dilema..


Firman Allah, bermaksud:
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk". (Al-Quran Surah An-Nahl 16: Ayat 125)


Aku di persimpangan dilema…!!

Ya. Sangat-sangat!.

Telah Allah seru untuk nasihat-menasihati, tetapi aku tak mampu melaksanakannya!.

Aku sering tertewas...
Di hujung 'rencana'... AKU TAK TAHU NAK BUAT APA!..

Dalam menegakkan saranan: AMAL MA’ARUF NAHI MUNGKAR..

Firman Allah, bermaksud:
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya". (Al-Quran Surah Ali-Imran 3 : Ayat 104).

Aku tahu, ia menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda:
"Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah."

TAPI… Aku sering terkeliru, dan buntu, untuk bergerak dalam mengajak kepada kebaikan dan dalam menghindar dan menidakkan kemungkaran!.

Contoh mudah: Mengingati tentang kewajipan menutup aurat!!!.

#sering kali aku dengar dan baca alasan ‘klise’ tentang tutup aurat..
*Alah, apa guna tutup aurat tapi solat tak buat… apa guna tutup aurat kalau mulut masih kuat mengumpat… apa guna tutup aurat tapi dok berkepit jugak dengan jantan..
*Lebih baik takyah tutup aurat... Walaupun tak tutup aurat, tapi hati baik... walaupun tak tutup aurat, tapi solat tak tinggal, walaupun tak tutup aurat, tapi sedekah jariah banyak.. PERANGAI BAIK, WALAUPUN TAK TUTUP AURAT!!)

Astaghfirullah hal ’azhiim..

(tau tak yang kedua-dua situasi di atas.. DUA-DUA TETAP TAK ADA BAIKNYA... TETAP ADA BALASAN DI NERAKA JUGAK WALAU TINGKAT MANA PUN DILETAKKAN NANTI! DUA-DUA PON KENA.. baik yang menutup aurat tu tapi perihal lain tak jaga, juga yang jaga perihal lain tapi aurat tak jaga!!.. DUA-DUA KENA HUMBAN OIIII..)

Terus-terang.. aku akui bahawa aku juga masih banyak kekurangan dan kelemahan yang masih perlu diperbaiki.. sangat banyaaaak (hatta isu berstokin juga telah ditegur oleh adik aku, amir.. terima kasih dik, kerana mengingatkan kakakmu ini.. dan terima kasih kakak, kerana menjadi contoh terbaik untukku… sayang kalian semua.. muahs..).

Untuk isu menutup aurat tersebut (dan banyak lagi isu lainnya!), aku tidak berani secara langsung untuk menegur walaupun aku tahu itu kewajipan aku selaku saudara sesama Islam.. selaku umat Muhammad dan juga selaku hamba Allah.

KERANA APA?..

KERANA AKU DI PERSIMPANGAN DILEMA!!.

Dilema persimpangan pertama aku pada perkara-perkara ini:
1- dikatakan nak tunjuk bagus, mentang2 aku bertudung @ menutup aurat.. sedangkan banyak juga 'dosa' lain yang aku lakukan walaupun aku bertudung dan menutup aurat (i.e mengumpat, mengata, marah, sakit hati, lengahkan solat, tidak berjemaah.. terima kasih juga kerana ingatkan aku tentang perkara-perkara 'terbiasa' yang aku lakukan ini... sungguh.. terima kasih.. aku akan sedayanya mengawalnya dan memperbaiki diri dan amalan...)
2- tidak diterima oleh org yang aku tegur itu atau kumpulan mereka di sekeliling orang yang aku tegur, malah teguran itu mungkin boleh mengganggu kemaslahatan sesama saudara sekiranya aku bersuara.
3- aku dibenci terus.. dan permusuhan pula yang tercetus.. (bukan dibenci itu yang menjadi soal.. aku tidak luak jika ada orang benci aku, tetapi aku tidak mahu menimbulkan persengketaan disebabkan oleh teguran AKU).

PREJUDISKAN AKU?!.

Firman Allah, bermaksud:
"Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan." (Al-Quran Surah Yunus 10 : Ayat 36)


Benar!. Mungkin aku banyak berprasangka... sangkaan-sangkaan itulah yang membuatkan pergerakan ’jihadku’ terbatas... Ini menimbulkan kebimbangan aku dan meletakkan aku dipersimpangan kedua!.

Dilema persimpangan kedua aku pada perkara-perkara ini:
1- sabda Rasulullah itu menampakkan kelemahan aku yg jelas nyata. Aku tidak berani ’berjihad’ dengan tangan, hanya sekadar menegur dengan hati!.
2- Aku lebih TAKUTKAN / menjaga hati manusia daripada menjaga agamaku.. daripada takutkan AZAB ALLAH kerana membiarkan ’dosa’ terang di depan mata tanpa ada usaha untuk mengubahnya (hanya doa dalam hati.. selemah-lemah iman diri!!).
3- Aku kelak bakal disoal malaikat dihadapan Allah kerana kegagalanku melaksanakan perintah Allah untuk 'AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR'!. Aku mohon kejayaan dunia dan akhirat untuk diriku tetapi perintah Allah yang satu ini pun aku tidak mampu melaksanakannya, bagaimana aku ingin memohon kepada Allah untuk menjadi orang yang beruntung?.

HIPOKRITKAH AKU??

Persoalan ini bermain di benak aku berulang dan berulang dan berulang!!..
(ada seseorang bertanyakan perihal yang sama... seperti yang hati aku tanyakan kepada diriku... dan untukmu, AKU SENDIRI TIDAK PUNYA JAWAPAN TENTANG ITU!!!.. dan ketahuilah.. aku juga BUNTU dan DI PERSIMPANGAN DILEMA!!.).

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda:
‘"Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan".


YA.. sabda Baginda ini juga membuatkan aku bimbang…

Bimbang apabila aku MULA BERSUARA:-
~ nada awalnya PESANAN
~ nada keduanya NASIHAT DAN PERINGATAN
~ nada ketiganya TERASA SEMPURNA
~ nada seterusnya muncul BERLAGAK, RIAK, TAKBUR, UJUB..
(syaitan muncul dicelah niat luhur dan menjadikannya terpesong..)
~ dan nada akhir membangkitkan BENCI DAN MARAH!.

NAUZUBILLAHI MINDZAALIK..

Itu yang aku ingin jauhi... PERSENGKATAAN YANG TIDAK PERLU DIMULAKAN.. yang pastinya akan membawa kepada kepincangan kemaslahatan yang terjalin... membawa kepada rasa kecil hati, marah dan dendam kepada mana-mana pihak apabila aku bersuara!.

Maka, perlukah aku praktikkan ~ DIAM LEBIH BAIK DARIPADA BERCAKAP?!.


Sungguh, imanku masih lemah!.

Justeru, aku hanya mampu berdoa, untukku, untukmu dan kamu dan kamu dan kamu dan kita semua... semoga sahaja hidayah Allah itu datang kepadaku, kepada kamu dan kamu dan kita semua untuk terus beramal dengan yang ma’aruf serta bersama menegah kemungkaran yang semakin hari semakin rancak direncanakan syaitan ke atas diri kita..

Wallahu’alam bi sawwab.

Firman Allah, bermaksud:
Katakan, "Adakah di antara makhluk-makhluk, yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? "Katakanlah, "Allah jualah yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran;" (kalau sudah demikian) maka adakah yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut, ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu ? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)?” (Al-Quran Surah Yunus 10 : Ayat 35)


Ya Allah... aku pulangkan segala rasa dan resah ini kembali kepada-Mu.

Ya Rabb... Tunjuki aku jalan yang Kau redhai..
Jika pekerjaan yang hamba-Mu ini ingin lakukan itu baik untuk kemaslahatan diri, kepada mereka, kepada sekeliling kami, perjuangan jihad ke agama-Mu dan dalam perjalanan mendapatkan redha-Mu, permudahkanlah.

Jika dalam hitungan-Mu, perkara-perkara itu bakal menimbulkan persengketaan serta lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada diriku, kepada mereka, persekitaran kami serta iman dan agama kami, juga kepada pengibadatan kami kepada-Mu, maka jauhilah ia daripada kami melaksanakannya...

Aku mohon redha-Mu Allah... redhai kami, hamba-hamba-Mu. Ameen.







.

20 comments:

aNIe said...

Tiny...semoga ALLAH meredhai apa yang kita lakukan... kerana ALLAH Maha Mengetahui... niat dan tujuan kita... yang penting kita ikhlas...

iina said...

Kadangkala bila nak menegur kita kena tgk juga.. walaupun niat kita ikhlas.. tapi biasalah bila yang ditegur itu benda yang tak elok.. biasa manusia agak susah nak terima..

Tapi mungkin juga kalau kita tegur dengan memulakan sesuatu yang baik.. atau elok pada seseorang itu.. then baru kita tegur yang tak elok itu mungkin dengan cara itu dapat kita elakkan rasa terasa dan kecil hati itu..

Namun.. andai kita rasa tindakan kita itu bakal mengundang bahaya dan keburukan.. cukuplah menegur dengan hati.. dan berdoa kerana kita hanya insan yang lemah dan Allah Maha mengetahui segalanya

kaklong said...

bukan mudah nak jadi 100% taat, tapi sekurang-kurangnya kita sentiasa berusaha ke arah itu wpun berperingkat, insyaallah. nak tegur org lain bukannnn mudah, tgklah usaha aku mendidik seseorang bersolat.....yg satu itu pun x berjaya. patutkah aku give up??? hanya Allah yang maha mengetahui.

Yunus Badawi said...

Salam Tiny.

Awak menggunakan akal yg diberikan Allah dgn baik. Semoga kita diberi petunjuk di dlm membuat pilihan yg betul dan diredhaiNya.

Anonymous said...

Kak tie tak sekuat Tiny, nak tegur adik-adik sendiri pun tak mampu. Tapi kak tie yakin pada doa. Kerana hubungan darah yang kuat, kita berdoalah dengan seikhlas serta rasa insaf. Insyaallah, kiranya Allah berinya hidayah, akan terbuka hatinya. Juga doa dari seorang ibu.... memang mujarab betul.

Adliff said...

Kak Tiny,

Masa kerja dalam dunia glamor dulu, nasihat rakan sepejabat agar jaga budi bahasa,solat dan aurat. Sudahnya kita balik dibahasakan oleh mereka sebagai kurang ajar.

Lantak kaulah labu (ayat adikmu bila menyampah) kubur bukan sesama, asing-asing. (Ha!ha!ha!).

ibundo said...

bukan mudah untuk menegur dan bukan mudah juga menerima teguran.
Kedua-duanya susah nak dibuat. Kita yang kita rasa boleh menerima teguran ini pun kadang-kadang "terasa' bila ada yang menegur kita. Nampak sangat iman tidak sempurna.

Kpah rasa kalau nak menegur, dalam hal ni perihal menutup aurat, carilah ketika yang sesuai dan mungkin dalam keadaan santai. Cara berseloroh barangkali?

blackcardomompods said...

Kak tiny,

Ct suka ditegur supaya kita tahu kita salah tapi mungkin sesetengah org tak buleh terima teguran sebabnya mungkin faktor usia dan taraf pendidikan.

Bukan mudah hendak tegur org atau bg pandangan sehingga kini ct rasa baik diam jika org itu bukan baikpun dgn kita.sebab nanti teguran itu akan mkn tempias pada kita!malah mcm ktiny ckp,silap hb orang pangkah terus kita!

Re:: kaktiny,mg sukar utk berubah dan mengubah sesuatu yg mnjadi tabiat kita sehingga Allah bg ujian yg betul2 kita nekad utk berubah.ari2 berdoa dan berusaha tetapi sukarlh ktiny.kdg2 jd sedih dgn diri sendiri yg degilll!

Kaktiny said...

Kak Anie > mencari redha Allah itu boleh dikira agak mudah jika hanya kita dengan Allah.. tetapi menjalankan amanah Allah utk kita dan sekeliling itu, adakalanya menjadikan jiwa goyah.. di situ sebenarnya ukuran ujian iman dan takwa.. dan, seringkali, tiny tenggelam lemas.. lalu berpaut di tebing, berdiam diri.. sendiri!. Dan.. adakalanya ukuran ikhlas itupon sering disalah erti, dek diri sendiri, bila takut, geram,serta sakit hati yang lebih dahulu merajai!!...
Haish.. entahlah kak!. Huhuhu…

Kaktiny said...

iina > betul iina… nak tegur orang, kena tengok diri sendiri dulu… tapi, kerapnya jelas nyata kesalahan demi kesalahan itu diredah dengan bangga.. aku jadi berbelah bahagi..
Antara kewajipan menegur sesama muslim, atau kepentingan menjaga kemaslahatan perhubungan (atau dgn kata lain, jaga nama baik diri sendiri supaya tidak dibenci).. mana yang aku utamakan?!!.. Susahkan!.

Betul.. Allah lebih mengetahui.. dan aku juga mengetahui, rupanya tahap iman dan taqwa aku masih di tangga ZERO!.. kerana tidak berani berjihad dengan kalimah “HASBIYALLAHU WA NI'MAN WAKIL”!.
Huhuhu…

Kaktiny said...

kaklong > yes dear… utk jadi 100% taat itu ustahil, kerana kita tidak semaksum Nabi.. tapi, yang sedihnya aku ni, rasanya nak kecapi 10% pon, masih merangkak menagih.. merintih.. ingin daki satu tingkat, tercampak ke tingkat lainnya. Gigih berusaha hanya utk diri, sanggup lihat manusia tepi kanan kiri salah haluan semata-mata nak jaga ’nama baik’ diri.. (sebab takut timbul kes ’taknak kawan lagi’!!) Allahu.. teruknya aku!..

Untuk berjihad, kita kena kuatkan?!.

Tapi... adakalanya aku memang TAK KUAT yang!.. camno eh?.. huhuhu...

Kaktiny said...

Yunus Badawi > As Salam..
Ilmu tanpa amal, ibarat bunga kembang tak jadi.
Akal tanpa iman, ibarat rempah tumis tak masak!.

Aku bimbang ditanya Allah tentang anugerah ilmu dan akal yang diberi.. sejauhmana aku benar2 menggunakannya di jalan Allah!...
Ya.. Semoga kita diberi petunjuk di dlm membuat pilihan yg betul dan diredhaiNya. Ameen.

Kaktiny said...

Kak Tie > kak.. tiny tak kuat kak.. andai tiny kuat, tiny mampu tegur dengan tangan.. dengan lidah paling tidak. Tapi, tiny hanya mampu menyangkal dengan hati, dan berdoa di kejauhan..!!.. huhuhuhu..
Ya. Doa Ibu memang mujarab.. InsyaAllah. Semoga Ibu-ibu mereka mendoakan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka di jalan Allah.. (dan, peringatan untuk kita juga..). Ameen.

Kaktiny said...

Aliff adikku > itulah ‘ketakutan’ yg sering kakakmu rasai dik!.
1) Takut dikata orang ~ menyibuk menjaga tepi kain orang hingga terlupa nak check rabak di kain sendiri (yang ada).
2) Takut timbul menyampah, bila ditegur baik, dibahasakan kitabalik!.
3) TAKUT JUGA, apabila dikatakan PENIPU oleh malaikat, saat ditanya Allah “Sudahkah kamu memberikan PERINGATAN kepada saudara-saudaramu tentang itu itu dan itu?”… Mampukah kakakmu ini menjawab: “SUDAH,… tapi dengan hati!”…
Huhuhuhu…….

(kubur masing2 tu betul.. TAPI, amanah Allah menyuruh kita AMAL MA’ARUF NAHI MUNGKAR itu pon bakal ditanya jugak kelak kan!.. inilah yang kakakmu ini bimbangkan!!.. uwaaa waaa waaaa).

Kaktiny said...

kakpah > betul kak.. bukan mudah bab tegur menegur ni… adakalanya kalau org tegur kita pon, kita terasa.. (sungguhkan… tanda iman masih tak kental.. tak boleh nak terima kesalahan diri.. huhuhuhu)..

Berseloroh.. hmm… itu jalan yang bernas.. tapi… kalau dgn org yg tak pernah bergurau, tetiba bergurau tentang perihal yg dia tak suka, nampak ‘weird’ tak kak?.. huhuhu..
Apapun, itu cadangan yg sgt bernas.. perlu cari jalan melaksanakannya.. hehehe..

Kaktiny said...

ct > betuk tu ct.. kaktiny pon suka org tegur.. meskipun kekadang masa debush kena kat muka tu, rasa 'perit' le jugak.. tapi, tahu, bahawasanya teguran itu utk menjadikan kita lebih baik..

dan, bersyukur kerana org yg tegur kita tu ada rasa sayagn nk tgk kita jadi lebih baik (tolak org yg mmg dengki nk jatuhkan kita.. dan hanya timbulkan perkara buruk kita, bukan dgn niat nk baiki ibadah dan akidah kita..)

.. itulah pasal.. tegur nanti, dikata perasan bagus.. tak tegur kalu, bimbang dituntut Allah di akhirat kelak..

Allahu.. semoga Allah menunjukkan jalan-Nya..

(meskipun selemah-lemah iman, akan ku cuba menambahkannya dengan berdoa sebanyak2nya.. sekerap semampu setiap masa.... semoga hidayah Allah itu sampai kepada kita dan juga kepada mereka dan mereka dan mereka semua.. ameen.)


.

ckLah @xiiinam said...

Memetik satu entri ckLah dulu...
Kenapa kita menegur seseorang;
1. Kerana tak tahan dan menyampah dengan orangnya.

2. Kerana cemburu, kita tak punya apa yang dia ada.

3. Kerana itula saat paling sesuai/peluang kita melampiaskan kesumat yg belum selesai/memulangkan paku buah keras...akibat kes-kes tertunda.


4. Kerana kita sayangkan dia...dan mahu dia selamat/elok.

Kadang2 kta pun tak pasti niat kita, tapi, Allah tahu....

Kaktiny said...

cklah > tiny ingat lagi entri pasal teguran cklah kt si isteri org yg dok brfb ngan laki org tu.. dan balasan balas dr pihak sana yg 'TAK TAHAN' tu!.. huhuhuhu..

alasan no. 1 ~ kalau menyampah, kita lagi tak hingin nk tegur dia, lantak ko le, kubur masing2.. iya dak cklah..

alasan no. 2 ~ bukan kita kacau duit gaji dia pon.. sikit pon tak heran.. kan cklah.. hihihi..

alasan no. 3 ~ tak kuasa kita nk tambah dosa sendiri semata2 nk betulkan org yg tak betul.. kehkehkeh..

tapi... atas dasar no. 4 itulah, dan juga no. 5 (bimbang ditanya Allah di akhirat kelak, apa yg telah kita lakukan dlm usaha Amal Maaruf Nahi Mungkar..huhuhu)... maka, hati ini sgt2 ingin menegur..

namun cklah.. mengenang balik entri cklah yg dulu itulah.. dan bimbang mengundang keretakan dalam kemaslahatan yg sedia ada.. maka hati ini tak mampu nk teruskan dgn tangan serta lidah.. hanya mampu memanjat doa.. huhuhuhu...

apa jua niat kita, sesungguhnya Allah sahaja yg maha tahu.. yg kadangkala kita sendiri terkeliru.. sungguh kan cklah?..

Anonymous said...

kak tiny,
"tidak diterima oleh org yang aku tegur itu atau kumpulan mereka di sekeliling orang yang aku tegur, malah teguran itu mungkin boleh mengganggu kemaslahatan sesama saudara sekiranya aku bersuara"

btl tu kak tiny...kdg2 org salah paham dgn niat kita dan tak dpt trima...so buat keputusan diam diri je huhuhu doa dalam diam...

Kaktiny said...

Anon > Ye Anon.. ada pepatah kata ~ "SILENT IS GOLDEN"

.. adakalanya, salah kita sendiri yang buat orang salah faham, maka itu orang tak boleh terima.. huhuhu..

.. maka, mmg harus untuk kita DIAM ~ dan ia adalah 'selemah-lemah iman' ~ "sabda Rasulullah"... huhuhu...

.. dimana tingkat takwa kita ye?..

:`(

.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.