Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, March 28, 2011

Maaf ye kalian..

Kepada setiap pembaca yang singgah dan lalu lalang..

Aku memohon ampun dan maaf jika penulisanku-penulisanku ini menyentuh sensitiviti jiwa anda..

Aku menulis bukan untuk dijadikan bahan umpatan, juga tidak untuk diperkatakan alim, pandai mahupun mulia... nauzubillahi mindzaalik... (ada sesiapa yang mampu meletakkan dirinya di kedudukan paling istimewa?. TIADA!!.. kerana kita semua terlalu kerdil sekerdil makna Inggeris namaku -'tiny'- pada penilaian YA KHALIQ).. catatan-catatanku ku ini tiada bertujuan untuk mengaut untung dunia atau meraih perhatian sesiapa, tidak juga untuk menjana pendapatan tambahan dan tidak juga untuk mendapat undian!.

Apa yang aku tuliskan adalah wadah yang berbentuk PENYAMPAIAN MAKLUMAT, gunakan akal yang Allah anugerahkan itu untuk mencernakan ia sebagai ilmu.. buang jika ianya tidak mendatangkan faedah... tolak jauh segala kata dan rasa yang mendatangkan mudharat kepada diri anda.. jangan menafsir dengan emosi, bimbang kalian juga aku dihimpit syaitan yang meniup kepada perbalahan..

Tiada yang baru di sini, sekadar perkongsian pandangan seperti juga jutaan BLOGGER di luar sana... dan hanya pengulangan kalam Allah dan hadis Rasulullah sebagai peringatan untuk diri.

Tiada yang menarik di sini... butang pangkah ada di atas sana untuk kalian tekan jika terasa blog seorang 'kaktiny' ini amat membazirkan masa...

Penyampaian ini khusus hanya untuk mereka yang ingin mengerti.. juga terbuka kepada yang tidak mahu berdiri selari.. anda juga berhak sebagaimana berhaknya setiap manusia ke atas udara anugerah Allah..

Cumanya, jika tak suka, jangan dikata, bimbang kalian memberi pahala percuma.. Andai memuji, bimbang pula meninggi diri.. dah dapat dosa free..

Ujian Allah berbagai cabangnya.. dan, dari penulisan juga boleh menjadi alirnya..

YA HAKAM.. YA HAKAM... YA HAKAM.. YA HAKAM... YA HAKAM.. YA HAKAM... YA HAKAM..

Kepadamu jua kami berserah dan bertawakal.. kerana kepadamu jualah Allah, kami berhukum dan kembali... Ampuni kekhilafan kami.. ampuni kejahilan hawa nafsu kami ini Ya Rabb...

... dengan anugerah dan nikmat yang Allah berikan ini, aku akan terus menulis...

.. maafkan aku kalian.. .

Firman Allah bermaksud: "Oleh itu bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi ini, supaya dengan kesan-kesan tersebut, mereka menjadi orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar.. KERANA KEADAAN YANG SEBENARNYA BUKANLAH MATA KEPALA MEREKA YANG BUTA, TETAPI YANG BUTA ADALAH MATA HATI YANG ADA DI DALAM DADA" (Al-Quran Surah Al-Hajj 22 : Ayat 46).



Ya Allah.. aku benar-benar merayu memohon redha-Mu Allah.. KEPADA KAMI SEMUA, UMAT MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAHI WASSALAM YANG BAGINDA RASULULLAH KASIHI.....




.

16 comments:

Mak Su said...

err... apa crita?

anyway, perkongsian yg bagus apa salahnya kaktiny, teruskan, just ignore spam komens

aNIe said...

Tiny...akak suka baca entry2 dari blog Tiny... kerana akak suka apa yang dikongsikan oleh Tiny...

Betul kata Tiny... tak suka baca tutup aje... tak payahlah nak mengumpat cerca...

Kadang kita menulis untuk berkongsi apa yg kita rasa patut kita kongsi bersama pembaca...

Kaktiny said...

maksu > cerita kedai kopi.. je maksu.. hihihi...

terima kasih atas sokongan.. really appreciate it..

<3

.

Acik Erna said...

Tiny...sama macam anie..
lagi pun kita cuma manusia biasa..

Yunus Badawi said...

Teruskan apa yg Tiny tulis ni. Saya pun tak mampu nak tulis mcm ni. Banyak peringatan dan panduan berguna.

Jgn terlalu apogolitik (ejaan mungkin tak betul tapi ko tahu apa yg aku maksudkan harapnya).

Kaktiny said...

kak anie > terima kasih kak.. kerana menjadi pemangkin semangat dan keyakinan tiny..

sedia maklum, kita tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak... cerita Al-Luqman Hakim kepada anaknya telah membuktikan segalanya...

terima kasih kak.. kerana menghulurkan semangat dan sokongan padu..

sangat2 menghargainya..

<3

.

Kaktiny said...

kak erna > terima kasih kak.. datang menghulurkan semangat dan dorongan..

... terasa cam dapat makan bubur durian jagung plak petang2 nih..

hihihihi...

Kaktiny said...

YB > aku rasa ko cuba nak maksudkan "APOLOGETIC" (perasaan menyesali) KOT?!!.. iya tak?.. kehkehkeh...

(ni mesti kes rush nk jawab kan... hehehehe..)

terima kasih YB, sebab dlm busy ko pun, sempat lagi ko nak komen kat entry aku.. hihihi..

sangat menghargainya... (ni, takdak nak tambah hutang lunch okeh.. tetap satu je hutang lunch aku ngan ko tau!!... kehkehkeh)


note : nanti bebila semua lapang, aku set makan kat umah aku je la.. boleh kita get together family family.. suh tijah bawak rosemerry chickennya.. hihihi..

iina said...

Tiny

Tulis sahaja asalkan tidak bersanggah dengan niat.. biasalah kadang2 kitac akap baik.. orang pun boleh terfikir yang jahat.. so adakah tulisan orang itu yang salah??? tidak.. tapi orang yang membaca itu juga salah kerana membuat sangkaan yang tidak tepat..

Setiap tindakan itu itu tidak datang 100% daripada kita.. kita hanya contribute 50% sahaja.. another 50% datang dari pihak lain.. Cuba kalau kita main tepuk amai2.. kalau kita main tepuk2 angin.. ada seronoknya?? takde kan.. paling2 tidak pun tepuk peha sendiri.. sakit sendiri..

Aku harap sangat.. bukalah minda sikit.. jangan hanya terhadkan pemikiran pada 1 banda sahaja.. jangan kerana kita tgk benda itu jahat.. tak elok.. terus kita mengatakan.. jahat.. busuk.. teruk.. dan terus kita buang dan campakkan.. lebih kejam.. terus kita hukum tanpa langsung membuat sikitpun analisa mengapa ia menjadi buruk.. mengapa ia teruk.. apa sebabnya.. kenapa sebab itu jadi begitu (sorrylah.. org buat research nie mmg cenggini dah pemikiran dia)..

Tulisan ko aku suka sebab setiap benda yang ko tulis ko ada berikan sebab dengan nas2.. quote.. references (udah sesuai sangat nak buat Phd nie).. cuma kadang kita tak mampu nak sukakan hati semua org.. keep on writing as long as you feel it's right and as long as people.. majority accept it.. minority nie ada jek kat mana2.. walaupun penulisan dari ahli agama pun tetap kena kritik juga kan.. walaupun penulisan dari pakar sesuatu bidang pun tetap juga kena kritik.. utk apa?? untuk perbaiki mana yang silap salah..

Kaktiny said...

iina > I KNOW YOU ARE "ALWAYS THERE" FOR ME!.. previous, current, future and hopefully forever till death do us part..

Trully appreciate your trusty thrust my dear pal...
"I take the good with the bad..
search the right from the wrong..
looking the light from the darkness..
with the same token, express the joy with all the concurrence"


thanks Allah to send you to me..
previously, currently and shall be at any century..

what else shall I say to you dear?.. only one meaningful word..
LUV YOU SO MUCH..

:`)

Anonymous said...

Salam Tiny,

Kita hanya insan , sama je . Kak tie pun nak mohon maaf, samada dari komen di sini atau di blog sendiri, atau di entri2 kak tie yang melalut tu.

Sebenarnya apa yang berlaku pada Tiny, di entri yang lepas telah membuka mata Kak tie. Tiny jauh lebih berani dari kak tie, bila menyuarakan hati atau pendapat. Kak tie ni penakut. Takut akan kritikan orang.

Maksud Kak tie takut adalah kerana tak dapat nak menulis apa yang cuba kak tie sampaikan. Itulah kelemahan kak Tie. Walaupun kak tie ada pelbagai usul nak diceritakan, tapi kerana tak cukup maklumat, kurang pengetahuan dan tak mahir mengarang, kak tie trash je entri2 itu. Dan, kekadang kak tie tulis entri pendek jer, tapi orang masih tak faham apa yang kak tie maksudkan...

Tiny dapat jelaskan segalanya dengan mudah. Itulah yang buat kak tie kagum. Teruskan berkarya dek!

Kaktiny said...

kak tie > terharu plak hati ni membaca komentar akak.. hihihi...

terima kasih kak.. atas perangsang semangat.. sgt2 terima kasih..

(...agaknya, salah satu daripada *'sindrom anak no. 2' ~ SUKA MENJAWAB ~ tu, masih melekat kuat dalam diri tiny ni kot.. kehkehkeh...)

*Sindrom anak ke-2(Second Child Syndrome) kajian pengkaji Malaysia seperti Dr. Fazilah Kamsah, Dr. Harlina, Dr. Tuah Iskandar..

hehehehe....



.

suara said...

Sindrom anak kedua ye tiny... Su anak ketiga... Camne erk?

Makbonda61 said...

Assalamualaikum Tiny.

Pokok pangkalnya terletak pada niat kita,jika untuk Allah yang kita niatkan apa nak di kira segala tohmah dan umpatan.Kadangkala pujian itulah menjatuhkan kita.Tohmahan pula boleh melonjakkan kita ke hadapan.

Makbonda antara yang menyokong kamu.

Kaktiny said...

Su > hahaha.. anak ke-3 ni 'cool' skit la drpd anak no.2.. (kalau banding tiny ngan adik tiny la.. org lain tak tahu la plaks.. tak betul2 kaji lagik.. hihihihi..)..

Kaktiny said...

Mak Bonda > Waalaikumsalam MakBonda..

Sungguh makbonda.. nawaitu itu yg utama.. (meskipun sering juga niat ni tersasar ke laut!!.. huhuhu.. nak plak bila terjentik emosi dan terganggu naluri.. mudah benar goyah!.. macam jeli atas pinggan kaca leper.. salah bawak, terpeleot!.. huhuwaaaa...)

Betul kata-kata makbonda tu..
pujian itu umpama gula.. terlebih ambil, mengundang penyakit..
kejian itu umpama julap.. boleh membantu buang sembelit.. hihihi...

..akur kelemahan diri, maka itu, sentiasa perlukan teguran dan nasihat.. terutamanya mata pandangan orang2 yang berpengalaman..

terima kasih makbonda..
.. tiny hargai teguran dan nasihat.. kerana mata kasar diri sendiri takkan mampu (atau mahu) menerobos akan kejelikan zahir dan batin diri, tetap perlukan pandangan luar yang mampu bersuara dan menasihati..
.. justeru... tegurlah tiny atas ehsan seorang insan.. dari kacamata seorang ibu... dari naluri persaudaraan seorang islam.. kerana Allah..

truly appreciate it..
Jazzakillahu Khairan Kathira..


.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.