Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Sunday, March 06, 2011

Tamaknya aku!..

Menonton CD ceramah agama ni masa breakfast dengan cik abang.. Ustaz ni menceritakan tentang sifat-sifat Rasululullah..

Salah satunya adalah, kisah bagaimana Rasulullah berhadapan dengan seorang Arab Badwi yang kencing di dalam masjid (mesti ramai yang dah tahu cerita ni).

"Seorang Arab badwi telah datang lalu dia kencing di satu penjuru masjid. Orang ramai menyergahnya lalu Rasulullah melarang mereka berbuat demikian. Rasulullah menyatakan bahawa perbuatan orang badwi itu bukannya sengaja tetapi disebabkan kejahilannya tentang hukum syara’. Apabila dia selesai kencing, baginda menyuruh supaya dituangkan satu baldi air di atas tempat itu. Baginda menasihati orang badwi itu dengan lembut. Baginda kemudiannya bersolat di situ".

Ok.. setakat kisah ini, aku pernah dengar.

Tetapi, ada lagi sambungannya... (dan, aku akui, sambungannya ini aku tidak pernah dengar).

Sambung Ustaz itu lagi.

Semasa Rasulullah mengimamkan solat jemaah itu, arab badwi tersebut turut mengikuti jemaah Baginda tetapi dia duduk di saf belakang (kerana malu, mungkin). Selesai solat, arab badwi tersebut membaca doa memohon rahmat Allah kepada Rasulullah kerana telah melayannya dengan baik dan juga memohon keampunan Allah untuk dirinya.. Doanya "Ya Allah, sejahterakanlah Muhammad Rasulullah dan diriku".

Kemudiannya, Rasulullah panggil arab badwi tersebut sambil bertanya "Kenapa kamu mendoakan aku dan dirimu sahaja?. Mengapa tidak kamu doakan juga untuk saudara muslim yang lain?"

(Wallahu'alam bisawwab).

Sabda Baginda Rasulullah:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya." (Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Menyelak semula lembaran-lembaran entri, setiap penghujung entri aku menyelitkan ungkapan yang berupa doaku.. harapanku.. keinginanku... permohonanku kepada Allah..

"AKU MOHON REDHA-MU ALLAH. REDHAI AKU!"..

Aduuhhaaai... SUNGGUHLAH!!..

Sungguhlah aku ini seorang yang MEMENTINGKAN DIRI!.. SELFISH!.. TAMAK!.. KEDEKUT!.. HALOBA!!..

Maafkan aku saudara-saudaraku.. MAAFKAN AKU!..

Aku memohon redha Allah.. HANYA UNTUK DIRIKU!..

Kata hukama: "Sifat Mukmin itu ialah membaiki dirinya sendiri dan menegur dengan hemah kesalahan seseorang, bukan menghinanya. Kalau tidak mampu, maka, doakan!."

MALU!.. Sungguh aku malu.. Allah memberikan ehsan-Nya kepada jari-jemari ini untuk menaip keyboard.. Allah memberikan nikmat kemudahan teknologi untuk aku memuatnaik entri.. Allah memberi rahmat kesenangan berdakwah di blog.. malah, aku (dengan perasannya) baru mengakui (di entri lepas) bahawa Allah menganugerah BAKAT dalam bentuk kemahiran menulis kepadaku........

TETAPI.. SUNGGUH MEMALUKAN kerana aku menggunakan ehsan, nikmat, rahmat dan anugerah yang Allah berikan kepadaku HANYA untuk DIRIKU SENDIRI!..

Firman Allah, maksudnya:
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri."(Al-Quran Surah An-Nisa' 4 : Ayat 36)

Apalah salahnya jika aku doakan untuk KITA SEMUA?!.. Buruk sungguh gaya doaku! Astaghfirullahal'azhiim... Allahu Akhbar.. Ampunkan kekhilafanku Allah... Maafkan aku saudaraku sekalian.

Firman Allah, maksudnya:
"Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Quran Surah Al-Muntahana 60 : Ayat 7)


Aku mohon redha-Mu Allah. Redhai aku.

"Ya Allah…
Berikan hidayah-Mu kepada hati kami, serta kepada hati-hati yang masih keras, sesat dan buta. Tetapkan iman kami di jalan Islam yang benar. Aku mohon redha-Mu Allah. Redhai kami semua, hamba-hambaMu." Ameen.






.

14 comments:

ckLah @xiiinam said...

Salam Tiny....
Setiap kali mencoret di kotak komen ckLah, pasti Tiny menitipkan doa buat ckLah.......


Semoga Allah memberi Tiny yang lebih lagi dari apa-apa yg Tiny doakan kepada ckLah...

Kaktiny said...

ckLah > walau tak pernah bersua rupa.. tak pernah berbual bicara empat mata.. tapi sungguh, ada perasaan sayang Tiny pada cklah..

Ilmu yang tiny kutip di entri-entri cklah, tidak sedikit yang memberi manfaat, peringatan dan pengajaran kepada Tiny.. (walau adakalanya dalam 'merapu', tetapi ada yang tersiratnya! :)..).. terima kasih cklah..

Guru seperti cklah tidak lagi penuh berteraburan bak bintang di angkasa.. umpama mencari berlian dalam timbunan kaca..

Maka itu, doaku untukmu Ibu Guru, setulus jiwa.. dan semoga Allah merahmati dirimu, keluargamu (serta Hj. Zailani dan isteri serta anak2nya yang sgt dikagumi), dan kita semua dunia dan akhirat.. Ameen.

<3

Anonymous said...

Alhamdulillah..

Tiny telah insafkan kak tie gak. Kak tie pun asyik fikirkan diri sendiri dan keluarga. Kita semua bersaudara. Susah saudara, susah juga kita.

Semoga kita semua sentiasa di bawah perlindunganNya. Amin.....

Kaktiny said...

kaktie > banyak rupanya yang tiny masih 'jahil' kak!.. huhuhu...

mendengar ceramah agama.. mendengar kalam Allah dan kitab Nabi dibacakan, terasa sangat kerdil diri ini.. sangat buta mata hati ini.. sangat dungu akal ini.. segala yang dilakukan terasa salah, terasa sumbang, terasa goyang..

Semoga Allah berikan kesempatan kepada kita semua untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa.. dan semoga kita semua diberi kesudahan yang baik di pengakhiran nanti.. ameen.

Mak Su said...

thanx so much kaktiny, sudi berkongsi ilmu dgn kita semua

Tijah said...

misyulaikkrezi...

Adliff said...

Kak Tiny,

Jazakallah atas entri ini. Kak, kita jumpa masa pesta buku kat pwtc nanti nak? tak lama dah. april.

iina said...

Kita belajar dari kesilapan kan.. yang penting kita tahu dimana silap kita

ibundo said...

ingatkan apa bendalah yang si tijah tu cakap. dah pandai cakap bahasa turki pulak dia ek..

tiny,
satu tazkirah yang meresap di kalbu. tapi tak semua orang boleh melaksanakannya. Ramai je orang yang menabur pasir dalam periuk nasi orang lain. Kan mementingkan diri sendiri tu. Biar dia sorang je yang senang asal yang lain susah. Mintak2 Allah tak golongkan kita dalam kalangan orang yang mementingkan diri sendiri. amin.

Kaktiny said...

Mak Su > sbg ingatan utk diri sendiri sebenarnya... huhuhu.

Kaktiny said...

Tijah > me tooo bebeh… (bila nakpetik cabai melaka ni??... huhuhu)..

Kaktiny said...

Aliff > idea yg meanrik tu.. nanti roger which date of april k.. :-)

Kaktiny said...

iina > banyak sungguh kesilapan aku nih weih.. huhuhu.. semoga Allah sedarkan kita atas kesilapan-kesilapan kita semua dan sempat berubah utk menjadi lebih baik sebelum kembali kepada-Nya.. ameen.

Kaktiny said...

kakpah > tijah mmg jinies bab2 bg kewiwu tuh..… hihihi..
Nak membantu dgn wang ringgit atau kudrat, mungkin payah.. hanya mampu bagi doa kak.. tapi, kalau doapun taknak hulur, lagi nk tabur pasir dlm periuk nasi orang.. hmm.. kembalikan kepada Allah utk menimbang tara...
Semoga kita dan semua hamba-hamba Allah menjadi baik, berubah kepada lebih baik dan mendapat kesudahan yang baik.. ameeen.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.