Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, March 02, 2011

Wahai Anak : Dendam punya pasal!.

Petang semalam : Pulang dari kerja, sesampai Ibu di muka pintu, adik (si Anak Lelaki) menunjukkan mukanya yang calar dan luka. Pembantu rumah beritahu yang kakak (si Anak Perempuan) tolak adik dari basikal, membalas adik yang memulakannya dahulu. (Oh anak-anak..!!).

Si kakak lari ke dapur. Ibu diamkan sahaja, lantas naik ke atas.

Malamnya : Sedang Ibu khusyuk melayan Halaqah, si kakak tekun dengan buku mewarnanya manakala si adik leka dengan buku bergambarnya. Perlahan terdengar bunyi suara berebut-rebut (bunyi yang sangat biasa!!..) hendak itu ini begitu begini (kebiasaannya si adik yang berebut nakkan barang si kakak dan si kakak mempertahankan barangnya).

Tiba-tiba terdengar jeritan si kakak memanggil Ibu, menyuruh ’melihat’ adiknya yang mengoyak sedikit di hujung buku warnanya. Ibu sekadar menoleh kemudian meneruskan tontonan. Si kakak menjerit memarahi adiknya. Berlaku perbalahan kedua-duanya. Ibu masih dengan tontonan Ibu.

Sebentar kemudian.

Adik : Ibuuuuuuuuuuuu!!!.... waaaaa waaaaaaaaaaaa uuwaaaaaaaaaa (dengan pitching suara yang maha tingginya.. buleh pecah gegendang telinga sapa ada kat tepi dia..)

Ibu: Kenapa adik?

Adik : Kakak koyak buku ayam kolok-kolok addiiiiiiikkkkk... (masih nada ’DO’ tinggi... dengan airmata berjujuran macam hujan musim tengkujuh).

Laju si adik datang menunjukkan buku bergambarnya telah di koyak halus-halus.. lumat.. (kena pulak kat gambar ayam kolok-kolok (ayam belanda) kegemarannya itu!.. hiihi. Pandai betul si kakak mencari peluang!.. haish anak!!).

(gambar buku ayam kolok-kolok si adik yang kini tinggal kenangan!!.. kehkehkeh).


Lantas.... Ibu menoleh memandang si kakak yang buat muka umpama tak bersalah!.

Ibu: Kakak.. Mai kejap (mencari posisi duduk di sofa yang buleh mengadap dua-dua orang)..

Si kakak berjalan rapat ke arah Ibu.

Ibu: Kenapa kakak koyak buku adik?

Kakak: Sebab adik koyak buku kakak!. (dengan tanpa rasa bersalah).

Ibu: Ibu tanya kenapa kakak koyak buku adik, bukan apa sebab kakak koyak buku adik?.

Kakak: (muka bluurrrr.. tak tau nak jawab apa).

Ibu: Ibu taknak tahu APA SEBAB (nada tinggi) kakak koyak buku adik.?. Ibu nak tahu KENAPA (nada tinggi) kakak koyak buku adik.

Kakak : (diam dan senyum senyum.. dengan muka tak bersalahnya).

Ibu: Tu, muka adik bercalar bertampal tu, sebab apa? (Ibu dah mula kumpul semua bahan untuk dicerna!!)

Kakak: Adik yang tolak kakak dulu. Lepas tu kakak tolak la basikal adik.

Ibu : KENAPA?

Kakak : Sebab.. Adik yang buat kakak!!..

Ibu: Ibu tanya 'kenapa' kakak buat macam tu?. Kenapa?. Bukan sebab apa!. Apa yang kakak rasa sampai kakak balas dengan tolak basikal adik.. malam ni pulak kakak balas dengan koyak buku adik?. KENAPA?!!.

Kakak: Kakak... kakak.... (sob.. sob... sob... menahan sebak.).. kakak GERAM sebab adik tolak basikal kakak.. kakak rasa MARAH sebab adik koyak buku kakak.. huk huk huk... (dah nak start jadi neng yatimah daaahhh.. suara mengeciiik...)

Ibu: Ibu tahu adik salah tolak basikal kakak. Tapi, mungkin sebab adik tak sengaja. Tapi, kakak tolak adik jatuh basikal sebab kakak sengaja kan?!. Kakak sengaja nak balas dendam sebab adik jatuhkan kakak. Betul tak?.

Kakak: (mengangguk).

Ibu: Ibu nak tanya kakak, sapa yang bagi hak pada kakak untuk balas perbuatan adik?.

Kakak: Kakak laaa..

Ibu: Betul kakak suruh balas?. Kakak ni jahat ke baik?.

Kakak: Baiikk.

Ibu: Tapi, tolak adik, lepas tu balas dendam dengan koyak buku adik tu baik ke jahat?.

Kakak : (diam.. muka dah merah)

Ibu: Ibu tanya ni, balas dendam tu baik ke jahat?.

Kakak: Jahaaaaat!.. (huwaaaa.... dah mula rasa sensitif.. sebab terasa sendiri!)

Ibu: Orang yang balas dendam ni sebab dia nak puaskan hati dia sendiri. Balas dendam ni baik ke jahat?.

Kakak: Tapi, adik yang mula dulu (masih mencari ruang nak bela diri!!)

Ibu: Ibu taknak tahu sapa yang mula dulu. Ibu nak tahu jawapan kakak. Balas dendam ni baik ke jahat?.

Kakak: Jahat.

Ibu: Perbuatan balas dendam ni betul ke salah?

Kakak: Salah.

Ibu: Jadinya, kakak balas dendam pada adik tu betul ke salah? Baik ke Jahat?

Kakak : (Diam)

Ibu: Ibu nak tanya kakak. Balas dendam, buat jahat, buat salah, itu semua perangai siapa?. Sapa yang suruh balas dendam, suruh buat jahat dan buat salah?.

Kakak: (diam dan menunduk dan mula menahan sendu.. hidung dah start merah, hujung mata dah mula nampak gerimis..)

Ibu: Ibu tanya ni jawabla. Kakak ni kan anak yang pandai!. Ibu tanya ni kenapa tak jawab?. Sapa yang suka buat jahat?. Yang suka balas dendam dan suka suruh orang buat salah?

Kakak: Syaitaaaan... (dah start nak menangis...)

Ibu: Tempat syaitan di mana?

Kakak: Neraka.. (air mata dah meleleh).

Ibu: Tempat orang yang ikut perangai syaitan tu di mana?

Kakak: Nerakaaa... Ibuuuuuuu.. (huhuhuhuhu.. menangis semahunya sambil peluk Ibu dia)

Ibu: (meleraikan pelukan si anak, menyuruh mengadap kembali..)

Ibu: Jadinya, kalau sapa yang balas dendam tu, dia buat salah. Dia jahat. Dia ikut apa yang syaitan suruh. Lepas tu nanti dia ikut masuk neraka. Habis tu kakak ni macam mana eh? Sebab tadi kakak pun balas dendam pada adik.

Kakak: Ibuuuuuuuuu.... (pitching dh start tinggi - melalak)..

Ibu: Kakak ni ikut suruhan sapa eh?? (Ibu menduga..)

Kakak: Ibuuuu... kakak tak naaaaaakkkk.... (dan pitching tangis dah berterabur.. sambil peluk erat si Ibu).

Ibu: (dalam hati: HAH!.. FAHAM PUN!.. grrr grrr grrr).

Ibu: Kakak. Ibu tahu, adik buat kakak, tolak basikal kakak, koyak buku kakak, mesti kakak marah dan geram. Adik tolak kakak, mungkin sebab dia tak sengaja. Adik koyak buku, itu memang salah. Tapi, kakak balas dengan tolak adik sampai luka, lepas tu ni, kakak koyak buku adik.. itu laaaaaagi salah. Sebab kakak dah balas dendam namanya tu. (Ibu menarik nafas).

Ibu: (sambung). Adik mungkin tak faham sebab dia kecik lagi. Tapi kakak kan dah besar. Kalau kakak balas dendam dekat adik macam tu, nanti adik ingat apa sahaja yang orang buat salah dekat dia, dia akan balas dendam macam tu jugak. Nanti di akhirat, Allah tanya adik, sapa yang ajar adik balas membalas dendam macam tu, adik kata kakak yang ajar, terus kakak pun kena hukum dengan Allah. Nak ke?

Kakak: Tak naaaak.... (masih kemas memeluk Ibunya).

Ibu: Sebab tu Ibu kata, kita kena belajar bersabar. Kalau kita marah, cakap dalam hati.. takpe, Allah ada. Hari ni aku marah, aku balikkan kepada Allah, biar Allah simpan marah aku dan bagi aku jadi baik. Allah itu adil, buat baik dapat balas baik.

Ibu diam seketika lagi... menarik nafas panjang – mencari ayat yang sesuai untuk anak berusia 6 tahun.

Ibu: Kakak. Kakak tahu tak. Bila kakak marah, bila kakak nak balas dendam pada adik, syaitan duduk sebelah kakak. Syaitan yang suruh kakak buat adik. Bila kakak buat adik, syaitan tepuk tangan.. Dia seronok sebab kakak ikut cakap dia. Sekarang ni pun dia duduk tepi kakak sebab kakak dah ikut cakap dia tadi.

Ibu: Kakak nak Allah sayang kakak ke atau syaitan sayang?

Kakak: Allah..

Ibu: Kalau Allah sayang kita, dia bagi apa?

Kakak: Syurgaaa.. (serentak terdengar suara si adik pon menjawab..)

Ibu: Nak masuk syurga tak?

Kakak: Naaakkkk (serentak si adik pon turut menjawab)

Ibu: Nak masuk syurga kena jadi apa?

Kakak: Kena jadi baiiikkk (serentak si adik pon menjawab sama)

Ibu: Jadinya, sabar tu sifat yang baik. Kakak belajar sabar ye. Boleh?

Kakak: Boleeehhhh... (serentak si adik turut serta menjawab)

.... mata si ibu dah mengecil je tengok si adik.."Takpe ko dik, hari ni Ibu 'lepaskan' adik. Tunggu 'tiba masa' adik nanti.. jangan ingat senang nak lepas dengan Ibu!!!... hah!!!." (Ibu bermonolog!... Alamaak!.. Ibu plak yang berdendam!! Errrkkk... huhuhuhu).

Ibu: Dah. Salam cepat. Ibu taknak adik dengan kakak bergaduh macam ni. Ibu nak anak-anak Ibu jadi anak yang baik. Ibu nak kita semua jadi baik dan doa pada Allah semua dapat masuk dalam syurga Allah dan tinggal dalam syurga sama-sama. Amiiin.

Kakak dan Adik (serentak): Ameeeennn...

(muka bebudak yang baru kena ’tazkirah’!.. Anak bertuah!.. )

Owh Anak!..

"Sabar Ibu.. Sabar.. Sabar itu sebahagian daripada imaaaan. Ini jihadmu!. Menjaga dan membentuk anak-anakmu untuk menjadi hamba-Nya yang bertakwa. Allah mengamanahkan mereka kepadamu!.." (Ibu bermonolog lagi).

Firman Allah:
"Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu." (Al-Quran Surah Al-Anbia’ 21 : Ayat 79).


“Ya Allah. Berilah aku ketenangan dan kesabaran yang tinggi untuk membentuk anak-anakku. Berikanlah aku ilmu yang bermanfaat untuk mendidik anak-anakku. Bimbinglah aku untuk mentarbiyah mereka ke jalan-Mu Allah. Terangkanlah hati dan minda mereka untuk memahami, menerima dan melaksanakan perintah-Mu. Jadikanlah diriku, suamiku, anak-anakku dan seluruh umat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam hamba-Mu yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Jauhkan kami dari azab api neraka-Mu. Ameen.”


Ibu sambung tengok halaqah yang dah nak sampai penghujungnya.

Tiba-tiba si kakak datang.

Kakak: Ibu. Sekarang ni syaitan ada dekat kakak lagi tak?.

Ibu: (menahan nak gelak, tapi mencari ayat yang sesuai untuk anak na’ive seusia Nureen). Syaitan tu dia ada merata-rata kak. Dia berjalan-jalan. Dia ada kat depan, kat dapur, kat kiri, kat kanan, kat luar rumah, kat dalam tandas, semua tempat pun dia ada. Dia tunggu je kalau ada orang yang marah, yang nak balas dendam, yang nak buat jahat, terus dia datang duduk tepi orang tu. Tapi, kalau orang tu buat baik, solat, doa pada Allah, selawat, baca Quran, syaitan tak berani la datang dekat. Sebab... Allah suruh malaikat jaga orang yang baik.

Kakak: Kalau syaitan duduk dekat kakak jugak lagi? (uish.. terkesan sungguhkah anakku ini?.. hihihi..)

Ibu: Sebab tu kita kena selalu doa dan istighfar. Kalau nak marah kita cakap 'Astaghfirullahal ’azhiim'. Teacher kakak pun ajar kan macam mana nak istighfar. Kalau kakak lupa, kakak boleh terus angkat tangan dan doa pada Allah. Kakak doa pada Allah, "Ya Allah. Kakak benci syaitan. Kakak taknak ikut syaitan. Kakak sayang Allah. Kakak sayang Nabi Muhammad. Kakak nak jadi baik. Ya Allah jadikan kakak budak yang baik. Amin".

Kakak: Kakak nak doalah Ibu.

Ibu: Hah. Baguslah macam tu. Jom kita sama-sama doa dengan Ustaz tu.. (merujuk kepada TV. Sambil tangan menadah tangan berdoa seiring dengan doa Ustaz yang bersiaran di TV9 yang dah sampai ke penghujung rancangan..)

Ya Allah.. Aku sering diburu ketakutan sebenarnya. Berhadapan dengan anak-anak yang semakin meniti tingkat usia. Terkadang aku sendiri keliru dan bercelaru. Bagaimana cara terbaik mendidik mereka. Aku kekadang juga diburu nafsu. Cepat marah, melenting.. tangan laju nak tampar, cubit dan jentik.. berhadapan dengan situasi tidak selancar menulis dilembaran kertas.. tidak boleh padam, edit, touch up.. adakalanya kalah dengan emosi sendiri. Allah.

Aku mengkagumi ibu-ibu yang berupaya membesarkan anak-anak mereka menjadi orang yang berguna, bertakwa, soleh dan solehah. Ya Allah. Aku mengharap belas dan ehsan-Mu.

Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen.

Firman Allah:
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku." (Al-Quran Surah Ibrahim 14 : Ayat 40).


Ya Allah. Aku mohon redha-Mu. Redhai aku. Ameen.

.

17 comments:

Masy said...

siap ko adikk... da besau nanti, lg panjang berjela laaaaa ibu ko tazkirah, ko siap2 jelah dr skrg hehehehhehe

tp bagus kata2 akak tu. gud gud :)

tasekM said...

kolok3...

he he.




.

Adliff said...

Salam,

Kak Tiny,

Gaya seorang peguam gitu ha!ha!ha! Tapi bagus, sebab Nurren dihadapkan dengan fakta.

Salam peluk cium untuk depa. Bilolah kito dapek berjumpo laie kak oii.

-aliff-

suara said...

Salam tiny,

Memang mencabar bersoal jawab dengan anak di usia muda. Salah ayat, lain maknanya, lain fahamannya. Su bangga dgn cara tiny bersoal jawab dgn kakak. Membentuk cara berfikir yang seharusnya dimulakan seawal usia.

Teringat satu ceramah yg pernah Su dgr ttg pentingnya ayat yg digunakan untuk menyampaikan mesej. Su tak ingat pernah buat entry ttg ni ke tak.

Bila anak bertanya kenapa org India dan Cina sembah berhala. Ada yg akan cakap, itu cara mereka sembahyang untuk Tuhan mereka.

'Tuhan mereka'. Salah penggunaan ayat tu. Tuhan hanya satu. Allah. Bila sebut 'Tuhan mereka', seolah kita mengakui bahawa Tuhan ni banyak. Sedangkan apa yg kita cuba sematkan ialah Tuhan tu satu je, Allah.

Sebaiknya, bagitahu yg "Itu cara mereka sembahyang untuk Tuhan, tapi cara itu salah dan Allah tak suka."

Hanya satu perkataan, ia mampu mengubah akidah tanpa disedari.

Anyway, semoga berjaya membentuk pemikiran Islam dalam diri anak-anak tiny. So doakan dari kejauhan...

*hugs*

Makbonda said...

Subhanallah,

Produk yang bermutu adalah hasil pengurusan kilang yang baik.Semoga kakak dan adik akan mengisi kekosongan ilmuan dizaman mereka nanti,untuk mewariskan Islam kepada jenerasi selepas mereka.

Makbonda said...

Subhanallah,

Produk yang bermutu adalah hasil pengurusan kilang yang baik.Semoga kakak dan adik akan mengisi kekosongan ilmuan dizaman mereka nanti,untuk mewariskan Islam kepada jenerasi selepas mereka.

zino said...

semuga mereka ingat ..

iina said...

Itulah gayanya bila ibunya seorang peguam hehehee... kalau ibunya seorang pensyarah.. aku rasa lagik panjang syarahan dia hehehe ;)

Apa pun.. I like it my dear.. it remind us all as well ;)

Kaktiny said...

Masy > memang ibu tengah kumpul bahan sampai si adik tu ‘sedang-sedang masak’ untuk dengar tazkirah ibu ni.. kehkehkeh..

Si kakak tu sensitif lebih sangat.. tak buleh nak tegur dengan suara kuat atau marah-marah, pesen memendam tuh.. nanti tak pasal2 kecik2 dah kena heart attact.. kuikuikui…

Kaktiny said...

tasekM > tu nama panggilannya kat ayam turki tu.. sebab masa dia first time kanl ayam tu, dia dengar bunyi ’kolok-kolok’.. lekat sampai hari ni.. ko ajarlah sebut ayam belanda ke, turkey ke.. takdenya dia nak ubah.. hahahaa..

Kaktiny said...

aliff muhammad > As Salam dik.. gaya je lebih... hahaha.... Nureen tu lebih senang dihadapkan dengan memikirkan sesuatu perkara... dia cepat faham dan mudah meresap.. berbanding ngan adik dia.. lagipun, Nureen, kalau tegur dengan cara mara, jenis pendam.. silap2 demam.. (sebab kalau marah dia, dia akan rasa terlalu down.. dia rasa dia useless.. hadoiilaaarrr... entah apa yg ibu dia ni talkinkan masa dia kecik pun entahler.. (tak ingat. Hihi), sampai sensitif tahap gaban!!.. huhuhu..

Iyalah.. bila kita nak jumpa lagi eh?. ko tu dah le jauh sekarang nih!!.. :(

Kaktiny said...

suara > As Salam Su..
Mendidik bebudak skrg tak mudah Su.. mengenangkan zaman mak ayah didik tiny dulu bandingkan dengan cara nk didik diaorg sekarang ni... Ya Allah.. mengurut dada..
Dulu, mak jegil mata je, semua dah menikus... ayah berdehem je, semua berterabur..
Tapi, bebudak ni, kalau kita tinggi suara, diaorg pun ikut sama tinggi suara... kalau kita menjerit, dia buat halwa telinga je.. tak lut..

Untuk itu, Tiny kerap jelajah seluruh pelusuk maklumat, nak plak info-info cara ibu-ibu dan bapa-bapa sesaudara muslim sekarang mendidik anak-anak mereka yang seusia atau yg lebih besar daripada anak2 tiny.. untuk panduan dan ikutan.

Memang tak mudah Su.. nak plak macam yg Su cakap.. silap sebut, dah terpesong akidah.. tanpa ilmu, mmg payah.. tu yang takut sangat tu.. takut dgn diri ni yg sangat cetek ilmu, kena plak tumpahkan ke anak-anak yang sedang meniti hidup.. ada masa rasa ngeriii sangat-sangat.. tambahan pulak cabaran dunia sekarang dan dunia mereka akan datang.. aarrrgghhhh!!!.. tensi tensi... huhuhu...

Terima kasih atas doa tulus Su.. tiny sangat mengharapkan doa itu.. ameen.

”big hug and kissess”.. muahs..

Kaktiny said...

Makbonda > Allahu Akhbar.. Ameen. Ameen Ya Rabbul ‘alamiin.
Terima kasih atas doa tulus MakBonda. Tiny sangat2 memerlukan suntikan semangat, pengajaran serta dorongan terutamanya daripada ibu-ibu seperti makbonda yang telah melalui pelbagai peringkat zaman.. zaman diri sendiri yang membesar dan zaman membesarkan anak-anak sendiri sehingga berjaya menjadi manusia yang bergelar ‘insan’..

Cerita dan kisah makbonda mengenai kehidupan serta anak-anak tidak sedikit memberi pedoman ke dalam diri untuk diteladani… justeru itu makbonda.. tolonglah… ceritalah lagi.. segala ilmu, pengalaman, kisah terkini serta doa makbonda kepada anak-anak sendiri untuk ibu muda seperti kami ini menimba ilmu dan menjadikannya panduan dan ikutan… kami ini, terutamanya tiny, sentiasa mengambil setiap bait ayat sebagai suntikan motivasi...

Kaktiny said...

zino > semoga ibu mereka ni juga beringat abah oii... sebab kalau salah tingkah, perbuatan yang kita larang mereka buat tapi kita buat akan jadi bahan untuk dipulangnya paku buah keras… ooo.. masa tu mmg pedih sampai ke tulang hitam!!.. huhuhu

Kaktiny said...

iina > pasai tu aku tak mau jadi peguam maupun pensyarah… kesian depa derita jiwa raga nanti kalau tiap2 hari kena layan hujah dan syarahan ibu depa nih.. kuikuikui..

Agreed. The ‘note’ is not only for them.. but for us as well.. (yang benarnya, nasihat budak lagi senang daripada nasihat org tua.. nak plak nak dipraktikkan ke atas diri sendiri.. cabaran ooo… cabaran.. mentarbiyah diri sendiri lagi mencabar daripada nak didik anak.. huhuhuhu).

ckLah @xiiinam said...

Jatuh hati melihat wajah budak2 lepas tazkirah tu. Moga dikasihi Allah...dan semua orang yg memandang mereka....





mmmmmmm...mak bonda ku pun ada.

Kaktiny said...

cklah > Alhamdulillah.. Allahu Akhbar.. ibu kecil ini terasa amat berbesar hati dengan doa mulus Ibu Guru..

... ingatilah wajah2 itu.. andai satu ketika terserempak atau ternampak perlakuan, perkataan, tingkah, dan adab mereka yang tidak di orbit budaya dan yg pentingnya agama, tolonglah tegur, marah, nasihati, ajari mereka itu.. Ibu mereka amat mengharapkan ehsan ibu-ibu guru untuk menjadikan mereka insan yang bertuankan Tuhan, Allah Azza Wajjalla..

... ye ye.. makbonda juga Ibu Guruku yang amat dikagumi dan dihormati.. (anak2 Hj. Zailani memang hebat.. saya tabik hormat.. sungguh).

Semoga Allah merahmati Haji Zailani dan Hajjah Supiatun dan kesemua anak2 menantu2 dan cucu-cicitnya... Semoga sahaja mujahid mujahiddah ini menjadi contoh teladan generasi ini dan akan datang.. ameen.

<3
({})

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.