Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, May 19, 2011

Oh Nonaku.. Sensitif~ (jangan baca pada yang beremosi!)


Dalam asyik bercerita tentang isu ‘pregnancy’ (YA!, aku bakal menimang 2 anak buah tahun ini.. hihihi.... dua-dua adik iparku sedang mengandung anak sulung masing-masing.. tahniah ye adik-adikku... bertambah lagi cucu Pak Rahim dan Mak leha.. Alhamdulillah)..

Sedang berbual, adik iparku tiba-tiba bertanya satu soalan..

Adik Ipar: Kaktiny, kalau kaktiny di tempat "Wan Azizah" (anda tidak perlu bertanya lanjut jika anda tidak tahu ‘persoalan’ apakah ini!!), would you think the second option?

Senyum. Bertuah punya soalan.. hahahaha…

Aku: You mean?. Divorce?.

Adik Ipar : (mengangguk). Kan kecoh ramai asyik tanya dia itu ini. Kesian dia kan.

Aku: IF.. IF tanya PENDAPAT kaktiny, I’LL NEVER THINK OF ANY OPTION!. Hihihi..

Adik Ipar: Tapi, kesian kat dia kan!.

Aku: What does it mean by "KESIAN"?. Kesian di mata siapa?.. hihihihi.

TOLAK SEBARANG POLITIKAL ISU, AKU BERCAKAP ATAS "PANDANGAN" KASAR SEORANG ISTERI, IBU, DAN WANITA AKHIR ZAMAN!.

[YA!. Isu ini sangat SENSITIF.. SANGAT-SANGAT!. Aku tahu itu.. tetapi, aku nukilkan di sini sekadar menyatakan sudut pandangan aku.. siapa yang nak menyatakan sudut pandangan sendiri, menyokong atau membangkang atau mengutuk atau mencela sudut pandangan aku, PLEASE CREATE YOUR OWN BLOG and EXPRESS IT THERE OKEH!.. kalau rasa nak BERDEBAT ISU INI dengan aku ~ email aku adalah ciktiny@gmail.com ... sila hantarkan hujah anda!.. jgn buka aib dan umpatan di blog ini, blog ini sekadar pandangan seorang KAKTINY!!]...

Seperti yang aku nyatakan kepada adik iparku, sebagai PEREMPUAN, ya, aku kasihan kepada Wan Azizah.. suaminya menjadi topik bualan hangat!. PANAS .. SANGAT PANAS!.. dan ia berlarutan dengan SANGAT LAMANYA.. ONE AFTER ANOTHER!.

Jika aku pandang dari sudut seorang isteri dan ibu, YA, juga aku kasihan. Kerana kiri kanan depan belakang dirinya diheret dengan kisah si suami.. anak-anak turut terkena bahangnya!.

Namun, memandang dari sudut muslimah islam ~ sri kandi muslimat, YA! Aku nampak di situlah kecekalan seorang WAN AZIZAH.. yang mungkin agak 'melampau' jika aku 'tafsirkan' sebagai ciri-ciri WANITA SYURGA (wallahu’alam!.. aku tidak tahu, ini RAHSIA Allah.. namun, aku hanya megambil yang jernih daripada ribuan karat dan kotor berita yang berterabur!!!).

BELIAU MENUNJUKKAN CIRI-CIRI WANITA SYURGA ~ pada umat akhir zaman ini! (ini tafsiran peribadi aku sendiri!.. terpulang kalian, apa tafsiran kalian!).

"HEY!. Subahat dengan suami buat 'maksiat dan dosa', lagi ko nak kata WANITA SYURGA?!."
(ada soalan sumbang yang menempelak pernyataan aku!).

Sudut pandangan aku mudah!. Maksiat atau DOSA ZINA si suami adalah DIRECT antara si suami dengan Allah.. One by One!.. (menurut ustaz, dosa zina dikira 1 dosa, dan sekiranya bertaubat dgn TAUBATAN NASUHA, itu urusan Allah untuk menghapuskan dosanya!).

Tugasan isteri adalah 4 PERKARA:
1. Solat wajib 5 waktu dijaga tertib.
2. Puasa di bulan Ramadhan ditunai sempurna.
3. Kemaluan / Aurat dijaga rapi.
4. TAAT PADA PERINTAH SUAMI.

Itu Sabda Rasulullah. Dan lagi, Rasulullah sendiri pernah bersabda:
"Jika aku mampu menyuruh bersujud, pasti aku arahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya". (Wallahu’alam).
[Sabda Rasulullah ini dinyatakan apabila Saidina Umar ingin bersujud dengan Nabi Muhammad ketika mendengar kisah tunggul tamar yang telah mati datang mengadap Rasulullah dan bersujud kepada Baginda (kisah seorang Arab Badwi meminta Rasulullah menunjukkan mukkizat Baginda kepadanya!). Tetapi, Rasulullah menolaknya, kerana hadirnya Baginda adalah untuk menghapuskan sistem pemujaan dan penyembahan!. Justeru, Baginda tidak memberi izin kepada mereka untuk bersujud kepadanya.. sebaliknya sujud hanya kepada Allah!. (Wallahu’ alambisawab, didengar melalui ceramah dan penceritaan].

Lihat sabda Rasulullah... betapa HEBATNYA SI SUAMI!!..

Dalam kes Wan Azizah, jika kita berkata si isteri BERSUBAHAT, sudahkah kita JELAS maksud SUBAHAT?. Adakah "maksiat" (yang digembar-gemburkan itu) dilakukan di dalam rumah mereka? Di dalam BILIK TIDUR mereka dan disaksikan dengan kedua BIJI MATA si isteri itu sendiri dan perlakuan ’maksiat’ itu berterusan dalam isteri sedar tanpa sanggahan si isteri?.

Jika YA, maka itulah BERSUBAHAT DALAM MAKSIAT dan JIKA ITU KEADAANNYA, memang si isteri WAJIB MINTA CERAI kerana tidak boleh BERSEKONGKOL dengan MAKSIAT suami!.

Tetapi, jika ianya sekadar 'tuduhan' (tak kisah la benar atau tidak), tetapi tuduhan itu di luar 'ruang nampak' si isteri, maka isteri itu tidak bersalah langsung untuk taat kepada suaminya, selagi si suami tidak menyuruhnya melakukan MAKSIAT dan DOSA!. (saya bukan ustazah, tetapi saya mencari dan bertanya ilmu agama kepada yang lebih arif, yang bertauliah sebagai ustaz dan ustazah!).

MAKSIAT?.. DOSA???... Hahahahaha.... Aku ingin nak bertanya perihal MAKSIAT DAN DOSA!.

Apa itu maksiat?. Apa itu dosa??... Siapa kita yang meletak garis "MAKSIAT DAN DOSA" dan "HUKUM" ke atas MAKSIAT DAN DOSA?.

TIDAKKAH KITA TURUT TERLIBAT DALAM MAKSIAT APABILA MATA KITA MEMERHATI AURAT YANG TERDEDAH???!

TIDAKKAH KITA TURUT SAMA BERDOSA KETIKA MENYUMBANG MENJANA EKONOMI DENGAN PROGRAM MAKSIAT YANG MENAYANG AURAT WANITA?. Hahahaha...

SETIDAK-TIDAKNYA, PERSONALLY, BAGI AKU, WAN AZIZAH HEBAT KERANA:
~WAN AZIZAH SEORANG ISTERI YANG TIDAK MEMINTA CERAI DAN TIDAK MEMUSNAHKAN SEBUAH KELUARGA DAN MEMISAHKAN ANAK-ANAK DARIPADA IBU DAN AYAH MEREKA!!..
~WAN AZIZAH SEORANG WANITA YANG SANGGUP MENAHAN RASA MEMENDAM DUKA DEMI JIHADNYA UNTUK MEMPERTAHANKAN RUMAHTANGGANYA!..
~WAN AZIZAH SEORANG MUSLIMAT YANG REDHA DENGAN TAKDIR ALLAH KE ATAS DIRINYA DAN TERUS BERISTIQAMAH DENGAN JANJI PERKAHWINANNYA YANG DIDIRIKAN ATAS LAFAZ KALIMAH "LAILAHAILLALLAH"!!!..
(ada yang berani diuji Allah dengan ujian dan dugaan macam dia?.. kita ni, sakit hati sikit, terus nak melalak, terasa hati sikit, terus nak bising mencanang satu dunia, YA.. kata kita, kita tidak KUAT.. tetapi WAN AZIZAH MEMBUKTIKAN BAHAWA ADA RUPANYA WANITA AKHIR ZAMAN YANG SANGAT KUAT!.. shame of us!!.. shame of us.. shame of us!!..).

Adakah anda berasa JIJIK kepada Wan Azizah yang kononnya B*D*H bersama suami yang melakukan MAKSIAT @ DOSA (wallahu’alam, SAYA TIDAK TAHU!... saya tidak menjadi saksi dengan mata kepala sendiri, maka saya tidak tahu kebenarannya!!, saya tidak mahu terlibat dlm kes ini di hadapan Allah kelak!!)..???.

Baiklah...!!.. Mari kita hitung pula, berapa ramai isteri yang LEBIH B*D*H DAN B&NG&NG yang sanggup BERSUBAHAT dengan SUAMI yang melakukan salah satu atau lebih atau kesemua perkara di bawah ini:

-TIDAK SOLAT! (dosa setiap waktu solat yang ditinggalkan itu ada yang bersamaan dengan lebih dari satu dosa zina!.. check semula pada yang dh tumpul ingatan terhadap hukum agama!).
-TIDAK BERJEMAAH BERSAMA ISTERI DAN ANAK-ANAK!
-TIDAK SOLAT JUMAAT!
-TIDAK MENGAJI AL-QURAN!
-TIDAK MENEGUR ISTERI DAN ANAK-ANAK SUPAYA MENUTUP AURAT!
-TIDAK PERNAH BANGUN TAHAJJUD!.
-TIDAK PUASA!
-MENEGUK ARAK!.
-BERZINA DENGAN PELACUR ~ ADA PEREMPUAN SIMPANAN!
-MAKAN RASUAH!.
-KAKI JUDI!
-TIDAK AMANAH!.
-MUNAFIK!
-TIDAK JUJUR!
-FASIK!.
-TIDAK MENGAJAK MALAH TIDAK LANGSUNG MELAKUKAN AMALAN SUNAT YANG DISYARIATKAN
~ puasa, solat, kebajikan dan sebagainya!~.
-TIDAK TAHU HUKUM HAKAM AL-QURAN!
.. dan banyak lagi perkara yang bertentangan dengan hukum Islam.

OLEH ITU, berapa ramai isteri yang B*D*H LAGI B*HLUL INI?? (sila angkat tangan jika anda atau yang di sekeliling anda sebegini perwatakannya ~ sambil angkat tangan sendiri jugak!! Huhuhuhu...)

LUCU KAUM ISTERI SEKARANG INI KAN (termasukla diri aku sendiri.. huhuhuhu!!!), kalau suami tak solat, tak ajak berjemaah, tak duduk mengaji al-quran bersama, tak bacakan tazkirah, tak ajak puasa sunat, tak bersedekah, tak ziarah mak ayah kat kampung, tak tengok keadaan adik-beradik jiran tetangga yang memerlukan bantuan, tak sama-sama tengok perkembangan diri anak-anak ~ adalah TIDAK MENGAPA!. TAK SEDIH PUN, TAK TERASA HATI PUN, TAKDE PUN RASA NAK NANGIS GULING-GULING BUAT SAJAK MELANKOLIK SEGALA BAGAI!. eeiiiwwwww....

TAPI, KALAU SUAMI BERKEPIT DENGAN POMPUAN LAIN, TAKPUN TIDUR DENGAN BETINA LAIN, TAKPUN MINTAK IZIN NAK BERPOLIGAMI, TAKPUN TAHU-TAHU DAH MENIKAH SATU LAGI, huiissssshhh..... terus mengamuk melenting melambung!. Gegar gempita satu tanjung!. Lepas tu, mula bersajak syair puisi macam dunia ni tak adil pada dia sorang je!.. hmmmm.... (jauh aku menungkan perkara ini!!... peringatan tegas utk diri sendiri!!).

Wahai kaum wanita.. patutlah dikatakan LALUAN kita ni MUDAH sangat kan!

NAK KE SYURGA PUN MUDAH, NAK KE NERAKA ~ LAAAAGGGIIILLLAAAH MUDAH!... Allahu Akhbar!.

Firman Allah:
"Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang di hari itu kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun." (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 281)




Ya Allah.. kami benar-benar mengharapkan redha-Mu Allah.. Redhai kami.. Ameen.





.

30 comments:

Masy said...

sy suka entry ni kak :) well said.

Kaktiny said...

masy > just an expression of emotional feeling... memandang from the other side of the coin..

..(kaktiny, kalau dh start menulis.. inilah jadinya dak?.. huhuhuhu)...

blackcardomompods said...

Bukan nk mngampu kaktiny tp hakikatnya ct mg setuju bab ni.bkn sebab parti politiktp dr konteks kekeluargaan n kesetiaan.apa yg kaktiny tulis tu ct pernh dgr ceramah uataz kazim.dia ckp ramai wanita melenting suami cr lain tp xmelentingpun jika suami xsolat.padahal solat itulh membina jati diri.

Ada segelintir suami solat penuhpun still ada affair kt luar.tak dinafikan.mungkin ada yg tak setuju dgn mngatakan ckp besar bulehlh sb suaminya xcari lain.tp kan hakikatnya setiap wanita harus ada ini: suami adalah pinjaman; sama ada perginya kerana Allah atau oerginya kerana wanita lain,moga suami kita perginya kerana Allah!

Moga2 kita dijauhi ujian bab suami cari lain,memudahln laluan ke syurga dan rumahtangga diberkati.

Kaktiny said...

ct > kalau ko ampu kaktiny pun, takde apa yang kaktiny buleh bagi in return sbg upahnya dik oiii.. kaktiny org yg jauh dr dunia politik.. hanya sekadar menunaikan kewajipan bila hari mengundi... hahahaha...

Semoga dlm apa keadaan, apa jua ujian Allah, kita dapat hadapi dengan redha dan tabah dengan memohon rahmat dan redha Allah bersama kita.. ameen.

Mak Su said...

suami byk kekurangan di zmn ni tp apa pun, ego mereka tetap tinggi

Kaktiny said...

maksu > pasai tu syurga isteri di bawah tapak kaki suami kan maksu kan.. [Hebatkan suami utk 'mensyurgakan' isteri?..]

Syurga suami???.. WALLAHU'ALAM le kan kan kan... kehkehkeh....

... dan ada 4 golongan wanita yang akan tarik si 'suami' masuk ke neraka (tertakluk terma dan syarat... hahaha):
1- isterinya
2- ibunya
3- anak perempuannya
4- saudara perempuannya..
(5- perempuan2 yg digaulinya!.. kahkahkah).

Hebatkan wanita utk "MENERAKAKAN" si SUAMI"!!... (sendiri mau ingat la wahai para suami sekalian, ye dak maksu?.. kuikuikui).

ibundo said...

bersetuju sangat dengan tiny. Susah nak cari isteri yang sekuat wan azizah. Gelora dan badai yang dihadapinya bukan sedikit. Letakkan diri kita ditempatnya, belum tentu kita boleh hadapi itu semua.

Kaktiny said...

kakpah > tiny rasa tiny tak cukup kuat utk tu semua kak!.. pasai tu Allah tak letak tiny di situ kot!.. gamaknya, kalau tiny yg kena, mau mereng!!!.. huhuhu..
(Allah uji hamba-Nya sesuai dgn kemampuannya kan kak pah kan?!.. tinggi rupanya kekuatan dan kesabaran wan azizah itu!!).

Kagum!.


.

Anonymous said...

hebat hebat, komen yg bernas dahsyat kamikaze!!!!!!!!!!!

Kaktiny said...

anonymous > hebat sebuah kata-kata tidak sehebat bahu orang yang memikulnya..

berkata itu mudah.. berhadapan dgn situasi?.. Allahu!!..

Saya tidak rasa saya mampu menjadi "sehebat" kata-kata saya!. (kata-kata hanya mainan emosi.. tetapi, ujian Allah itulah yang menentukan kekuatan jasmani dan rohani!).

iina said...

Setiap orang ada dugaan masing2.. dan Allah pastinya takkan beri setiap kita dugaan itu kalau Dia tahu kita tak dapat nak melaluinya..

Kekuatan orang mungkin juga menjadi kelemahan buat kita.. kelemahan orang juga tak semestinya melambangkan itu kekuatan kita pulak.. ;)

diba said...

thnxs kak tiny 4 da info..nice

Acik Erna said...

Tiny..akak juga setuju..wan azizah wanita tabah.tidak meninggalkan suaminya ketika ujian datang bertimpa timpa.

ckLah @xiiinam said...

...tugas yang'empat' itu, jalan ke syurga wanita/isteri! Semoga kita cemerlang dalam tugas yang empat itu.

ibuintan said...

akak memang kagum sangat dengan ketabahan seorang wanita bernama Wan Azizah

tetap kental jiwanya

hebat juga tulisan dan kupasan yg digarap

aza ni said...

rahmat Allah kapada kaum hawa yang dikurniakan jawatan 'ibu", jawatan yang beserta dengan redhaNya juga murkaNya,bukan semua hawa yang jadi "ibu", itulah anugerah Ilahi.

hatta 'ibu yang kafir" wajib mendapat penghormatan dan belai mesra dari anak ,hatta yang islam sekalipun.

Pesan rasul, hawa adalah dari tulang yang bengkok, luruskan dengan kesabaran dan kasih sayang.

aza ni said...

dalam hal ini azizah betul, tiada saksi yang adil yang nampak pedang masuk sarung melepasi muhashafah,
dan saksi yang adil bukan sk.

period.

saya benar benar tertekan bilamana tarbie Islam digunapakai sebegini rupa, sumpah laknat?
dia tak tahu bagaimana Tuhan melaknat kepadanya dalam laincara, dihinanya rumpun bangsanya, diambil balik kuasa pemerintahan dari bangsanya. tapi sekarang saya hanya senyum, redha dengan ujian yang diturunkan.

kenapa saya kata saksi yang adil bukan sk?
saksi yang adil, tidak fasik, tidak bersekongkol dalam meksiat,akan amal makruf nahimungkar.

maaf kaktiny.
pada Wan Azizah, tabahlah kamu.

Kaktiny said...

iina > betul yang.. Allah uji sesuai dgn kemampuan kita kan..
Tapi, kalau duduk di tempat wan azizah, aku tak rasa ramai yg kuat.. (aku sendiri tak yakin aku kuat weih!.. huhuhu…)…

Sedangkan ujian duit ringgit, ujian anak, ujian orang ketiga lagikan ramai yg bercerai berai (artis kita ramai yg membuktikannya!!), inikan pulak ujian macam nih!.. dikejar wartawan pagi petang siang malam.. huh!..

Kaktiny said...

diba > ambil peringatan dan pedoman ye dik... : )

Kaktiny said...

Acik Erna > ya kak… ramai perempuan, jgnkan ujian macam tu.. ujian suami takde duit nak beli kereta sport, beg LV, jam gucci pon dah minta cerai.. apatah lagi diuji sedemikian.. aduhaaaiiiii....

Kaktiny said...

ckLah > tugasan yang empat itu, jaminan dan laluan mudah ke syurga yang hanya diperolehi oleh wanita yang bergelar ISTERI SOLEHAH.. kan cklah!.
… sentiasa memohon redha Allah untuk cemerlang dlm tugasan yang 4 itu (yg no. 4 tu le yg selalu TERBABAS!!... huwaaaa waaa waaaaa…)

Kaktiny said...

ibuintan > ye kan kak!. Bukan calang2 wanita @ isteri @ ibu yang sanggup menanggung ujian sedemikian… semoga rahmat Allah untuk beliau dan utk kita semua ya kak!. Ameen.

Dengan izin Allah, menulis itu mudah… tetapi, utk merealitikannya itu yang payah kak!.. huhuhuhuhu…

Kaktiny said...

AZANI > ya benar… tak semua IBU benar2 menggalas tanggungjawab sebagai IBU… (Ibu Ayam juga IBU, tetapi mengaut untung haram dgn menjual ANAK BANGSA dan MENGHANCURKAN NEGARA!!...)

Kerana tercipta dari bengkoknya rusuk adam, maka kaum hawa ini rapuh dan lemah!. Khalifah yang dilantik Allah utk mengemudi bahtera rumahtangga itulah dahan berpaut yang diharap membawa ke laluan syurga Allah yang abadi..
(tapi, berapa ramai suami yg benar2 dpt membimbing isterinya di garis orbit yang Allah gariskan?.. haddduhhh!!!...)

Kaktiny said...

AZANI > saya dh mual dgn cerita seks terangan serta cerita masuk kamera dalam masjid ni… bertunang bawak masuk kamera dlm masjid, kawen bawak masuk kamera dlm masjid… kenape masa mandi jenazah taknak bawak masuk kamera dlm masjid dan bawak masuk kamera dalam liang lahat???!!!...

”Allah tidak menyukai berterus-terang dengan perkataan yang buruk........” (surah An-Nissa’ 4 : Ayat 148)..

Sebolehnya nak sangat Allah tutup aib kita (dan Allah jua Maha Pengasih menutup segala aib kita..), andai benar2 Allah membongkar KEAIBAN semua makhluknya??? Mana nak letak segala kamera tu semua entah??!!!... huhuhuhu....

Rahsia Allah, tetap kekal sebagai rahsia-Nya... semoga kita mengambil iktibar daripada semuayang berlaku.. dan semoga sahaja redha Allah bersama kita, dunia dan akhirat.. ameen.

Makbonda61 said...

Assalamualaikum,

“ … Barangsiapa di antara kalian berumur panjang, niscaya akan melihat perselisihan yang banyak. Maka tetaplah kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafaur rasyidin yang mendapat petunjuk. …”(At Tirmidzi)

“Akan suatu pada manusia suatu zaman, orang yang sabar (istiqamah) di atas agamanya pada zaman ini seperti memegang bara api.”(At Tirmidzi)

Tahniah atas ulasan.

Kaktiny said...

makbonda > waalaikumsalam..

.. terus mencari kekuatan diri utk membentuk jiwa agar menjadi isteri dan ibu serta muslimat yang diredhai Allah..

..ngeri dan sedih sgt memikirkan perselisihan yg berlaku.. serta 'ketidakpedulian umat' terhadap agama dan anak bangsa..

huhuhuhu...

kingbinjai said...

Isu berat ni, susah depa nak pahamm hehehe

Kaktiny said...

kingbinjai > benda ni mudah nak paham kalau buang semuahasad, dengki, khianat, dendam.. dan buang jugak perselisihan politik dan pandand dari sudut kemanusiaan.

berat kita yang membaca, tahukah kita betapa berat lagi pihak yg memikulnya?.. tapi, ada org kisah?..

sifat alam kan.. KEAKUAN itu lebih penting dari KEKITAAN!!..

wallahu'alam bisawab..

sindiketsulit said...

Saya dah lama kagum dgn Wan Azizah.
lamaaaa.. dari saya kecik.

tolak tepi pahaman politik jugak..
tolak tepi jugak apa saja perlakuan suaminya, kerana mcm yg hang taip tu kak.. zina tu dosanya direct dgn Allah. (ada je geng diorang yg lepas.. tp di dunia je laa..)

yang kita nampak, dia berjaya mendidik isterinya dan anak perempuannya.

tapi itu la.. bkn ke dah disebut dlm kitab.. akhir zaman nanti yg zalim akan menjadi pemimpin? isteri pemimpin melebih-lebih dari suaminya?

jd saya rasa DSAI tak akan dpt menerajui negara, dia dan isterinya hanya mampu bertahan utk berjihad. kerana dunia sudah semakin banyak tanda-tanda utk ke penghujungnya..

Wallahualam.
ini dari sudut pandangan mata saya yg bundar ni je...

Kaktiny said...

wos > aduhaai.. baru nk terbalas komen hang yg ni.. dah baca sblm ni tapi tak sempat nk jawab.. hihihi..

sungguh wos.. tolak semua fahaman politik, kita lihat dari sudut yang NYATA DAN BENAR... sememangnya TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN itu sangatjelas nyata di zaman kita ini.. apakah kita UMAT TERAKHIR?..

Allahu.. semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.. semoga pengakhiran hidup kita dalam husnul khatimah.. semoga juga kita dipermudahkan Allah urusan di akhirat kelak.. dan diizinkannya menikmati ganjaran syurganya yang abadi.. ameen.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.