Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Sunday, May 08, 2011

Selamat Hari Ibu

Khusus untuk Mak, Zakiah Binti Hashim dan Mak Mertua, Zaliah Binti Abas.. dan umumnya untuk semua para Emak, Bonda, Ibu, Ummi, Mama... walau apa jua gelaran anda..

ANDA ADALAH ANUGERAH ALLAH YANG MAHA UNGGUL!.


Emak..
Kau Anugerah Illahi yang tidak terperi..
Segunung berlian bukan galang ganti..
Bidadari syurga di bumi nyata..
Berjuang tenaga, nyawa dan jiwa...
Menepis sukar sedih perit dan pancaroba..
Demi keluarga, permata tercinta..

Bonda..
Tidak sesaat rehlahmu tenang..
Degup jantung sentiasa kencang..
Merisaui anak pagi dan petang..
Apa khabarkah di masa mendatang..
Andai mampu diikat ditambat
Di atur hidup setiap saat
Agar si anak tidak penat
Mengharungi dunia yang sesak sarat..

Ibu...
Dirimu berjiwa besar
Kala sesak dihayun ikhtiar
Kala sendu dibilas biar
Kala tangis diusap tegar
Kala walang dilantun sabar

Ummi..
Kau bak mentari yang menyinari
Siang memancar jelas menampakkan diri..
Kau pinjamkan sang bulan cahayamu di dinihari..
Di kala hujan, kau diam bersembunyi..
Tetapi tetap kau di sisi..
Kasihmu tidak bertepi..
Amanat Allah kau jaga rapi..
Agar menjadi insan sejati..
Zuhud dan tawaduk kepada Illahi...

Mama..
Mawar putih itu lambang kasih untukmu
Yang tidak pernah luntur sayang bertamu
Berat beban digalas dibahu
Tidak dicanang tidak diberitahu
Simpul derita menyulam cinta
Demi amanah titipan Yang Esa..

Ya Rabb..
Anugerahkan syurga-Mu kepada Emak, Bonda, Ibu, Ummi, Mama..
Tidak kira apa jua dosa mereka..
Jangan KAU benarkan menjejaki neraka..
Kerana mereka terlalu berjasa..
Menjadikan kami insan, menjadi manusia..
Agar tetap yakin dan terus percaya..
Bahawasanya KAU SENTIASA ADA!.

Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu yang benar-benar menggalas amanah gelaran itu.. Aku menyanjungi keperibadian kalian.. SUNGGUH!!...

Kalian adalah inspirasi bagi Ibu muda ini!..

Ya Allah, redhai ibu-ibu kami... redhai kami semua.. ameen.



.

10 comments:

ckLah @xiiinam said...

Selamat Hari Ibu Tiny...

Kaktiny said...

cklah > Selamat Hari Ibu utk cklah jugak..

(tiny masih tak puas menikmati HARI ANAK.. setiap masa saat dan ketika... hihihihi).

<3

;)

Acik Erna said...

Amin..selamat hari ibu jugak buat ibu muda ini..semoga berjaya menghadapi apa juga rintangan dan cabaran..

tasekM said...

selamat hari ibu yangggggg...




.

ibundo said...

selamat hari ibu pada tini. insyaallah kamu dapt menggalas tugas yang diamanahkan itu dengan baik..

Makbonda61 said...

"Kenikmatan sesaorang dalam alam barzakh umpama duduk dalam dakapan ibu"
Kamu mahu kenikmatan itu? Peluk lah ibu kamu selalu........SELAMAT HARI IBU.

Kaktiny said...

kak erna > terima kasih kak.. tanggungjawab itu amat berat ye kak!.. huhuhu.

Kaktiny said...

tasek > untukmu jua yang!.. hihihi.

Kaktiny said...

kak pah > amanah itu meskipun sangat indah tetapi amat menakutkan dan adakalanya, bebannya terasa berat dan payah..

namun, ianya adalah anugerah Allah yang sungguh istimewa.. kan kak pah kan.. :)

Kaktiny said...

Mak Bonda > NAAAAAKKK!!!... saya akan sentiasa memeluk beliau.. sentiasa!. hihihi.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.