Bismillah.
-----------------------------
.
Trip dalam atau Luar Negara memang menjadi antara acara wajib
bagi Kelab Sukan dan Kebajikan AHB (KESKAH) - ofis aku ini.
Setiap tahun
(sejak penubuhan Kelab), aku sentiasa ‘melarikan’ diri daripada menyertai
aktiviti sebegini. ’Kebetulannya’, setiap tahun itu juga aku punya alasan tersendiri
untuk TIDAK MENYERTAI aktiviti ’office trip’. Alasan aku adalah, 'mengandung – beranak – anak menyusu'
– dan ketiga-tiga alasan ini sangat relevan kerana... memang pun, aku kerap
beranak je!!! Huhuhu.
Tahun ini, aku
tiada pilihan apabila rancangan trip diselenggarakan seawal tahun. Tiada alasan
munasabah atau sarawak apatah lagi semenanjung yang membolehkan aku ’menidakkan’
untuk bersama trip kali ini. Tambahan pula, ke Perth, Australia!
Hati memang
berbelah bahagi. 85% - TIDAK MAHU PERGI!
Alasan utama aku adalah – ANAK-ANAK!
Sungguh, sebagai seorang isteri serta Ibu yang Allah amanahkan
empat orang cahaya mata, itulah alasan UTAMA aku!
Sehingga tahun lepas, aku tidak pernah berpisah malam
dengan anak-anak, sejak hari pertama mereka dilahirkan! Biarlah aku kerugian
untuk tidak ke mana-mana trip tetapi untuk meninggalkan anak bersama suami, tanpa aku di sisi –
AKU TIDAK SANGGUP! TIDAK SESEKALI!
Tapi, tahun ini,
Allah takdirkan aku untuk berjauhan sedikit dengan anak-anak dan meletakkan
tanggungjawab kepada Tuan Suami untuk menjaga amanah-amanah itu tanpa aku,
seketika! (Oh, sebenarnya ini yang ke-dua untuk tahun ini. Pertama kalinya adalah ketika PERKAMPUNGAN PENULISAN NOVEL - tetapi itu, sekadar di Melaka... hehehe. Ketika itu juga, aku masih punya pembantu rumah!).
Allahu Allah!
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sementelah pula, dua minggu
sebelum aku berangkat ke Perth, Australia, pembantu rumahku tidak pulang ke rumah setelah diberi cuti bulanan selama 2 hari! (yang ini yang baru aku
ambil - pembantu rumah yang lama sudah pulang sebaik habis permit!),
Aduhai! Bagaimana
ini?
Untuk
meninggalkan suami bersama anak-anak sendirian di rumah, adalah perkara yang
mustahil!
Untuk membatalkan
percutian KESKAH, perlu membayar jumlah tiket dan penginapan yang telah dibayar
oleh Kelab. Aduhai! Aduhai!
Keputusan yang
diambil adalah:
1-
Anak-anak
tidak bersekolah selama aku tiada (10-14 / 9 / 2014);
2-
Suami
dan anak-anak tinggal bersama keluarga kakak aku, ditemani mak dan ayah aku di
rumah kakak aku di Bangi;
3-
Suami
juga tidur di rumah kakak aku untuk membantu menjaga anak-anak sehingga aku
pulang pada hari Ahad, 14/9/2014.
Kering darah
apabila pembantu rumah aku tidak pulang ke rumah pada 1/9/2014!
Pengalaman paling
’ngeri dan menyedihkan’ adalah apabila pada pagi Selasa, 2/9/2014 – aku terpaksa
’memontengkan’ persekolahan anak sulung (9 tahun) dan kedua (7 tahun) untuk
menjaga adik-adiknya (anak ke-tiga, 2 tahun dan ke-empat, 1 tahun) – dan meninggalkan
mereka berempat di rumah, SENDIRIAN! – sementara menanti suami pulang daripada
menghantar aku ke pejabat! (kenapa perkara itu terjadi, biarlah kami suami
isteri sahaja yang tahu – BENAR, pelabagai ’cara’ boleh dikatakan oleh orang
untuk kami lakukan, tetapi, permasalahan KETIKA itu, hanya kami berdua, suami
isteri ini yang sedia maklum!!!)
BERHENTI pada
kisah pembantu rumah yang lari – InsyaAllah, ada hikmahnya yang kami tidak
nampak hari ini. Aku mahu terus bersangka baik dengan takdir Allah.
Malam 9/9/2014 – Pada jam 8.00 malam, Tuan Suami menghantar aku ke KLIA2.
Langkah yang sangat berat mengenangkan amanah-amanah kecil yang terpaksa aku tinggalkan itu.
Langkah yang sangat berat mengenangkan amanah-amanah kecil yang terpaksa aku tinggalkan itu.
Sungguh! Aku
serahkan mereka sepenuhnya pada jagaan dan peliharaan Allah, sebagaimana selalu
dan setiap hari, aku menyerahkan diriku dan ahli keluargaku dalam genggaman dan
takdir Yang Maha Berkuasa.
Sekuat daya,
seteguh hati, aku melangkah dengan langkah seorang musafir. Yang mahu mengintai
dan meneroka sebahagian lain ciptaan Tuhan yang Agung – menjejaki tanah di bumi
asing yang tidak pernah aku jejak selama hayatku.
Tidak putus aku
berdoa, permusafiranku ini memberi hikmah yang banyak. Ku mohon taufik dan
hidayah-Nya, kepada si kerdil hina yang banyak dosa ini, untuk menikmati
keagungan ciptaan-Nya di alam fana yang sementara ini.
Dengan lafaz
Bismillah dan Tawakaltu’Allallah, aku melangkah!
Perth, Australia – tanahmu ku jejak!
.
2 comments:
wooooooo
Masy - weeeeeeeeheeeeee....
:-)
Post a Comment