Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, June 18, 2008

Hari Ini : JOM JALAN-JALAN NAK?

Abang call tanya aku nak gi trip tak?.. Hmm.. trip ke mana lak kali nih?..
Trip ke.. AFRIKA SELATAN.. HAH???!!!.. (typical ortodoks thinking about AFRIKA)..


Aku : gi Afrika?.. bukan hari tu kata nak gi Europe ker?.
Abang : Tak jadi gi Europe.. diorang tukar gi Afrika..
Aku : Alaaaaaaaa...
Abang : nak ikut tak?.. iye lah, trip ke Perth and Surabaya dulu leen tak leh pegi sebab exam kan.. trip ni takder clash dengan class kan.. jom lah..
Aku : AFRIKA... hmmm.. berapa hari?
Abang : 10 hari..
Aku : HAH????.. 10 hari.. weh.. habis cuti leen camtu jer.. malehler.. taknak ikut takperkan...
Abang : terpulang leen
..
(masa aku tergedik2 nak ikut gi Perth dulu, clash ngan mid term exam.. masa aku tgh berangan nak shopping kat surabaya, clash dgn final exam.. bila aku TAK HINGIN nak pi AFRIKA.. takder plak apa2 'aral melintang'.. aduhaiiii...)
Oleh kerana aku taknak ikut trip dia itu makanya aku telah men'suggest'kan sesuatu pada dia.. heheheh..

Aku minta izin utk gi jalan-jalan jugak.. dia tanya nak pi mana.. aku kata tak tau ler lagi tapi kalau diizinkan baru aku nak merancang.. and guess what..

HE SAID : "Oleh kerana result exam leen maintain above 3.5 pointer maka abang bagi peluang pada leen.. so, "OK" BOLEH.. abang izinkan leen pegi either dalam or luar negeri.. abang support leen..


Hah .. ok? boleh pegi jalan2 without him?!!... YEEEPPPEEEE..
(icon aku lompat-lompat golek-golek naik turun bukit terbang tinggi sampai langit ke-7 - ops.. ter'over' lak.. terlupa silap lompat aku leh jatuh 7 petala bumi kat bawah tu...hehhhehe).
So.. aku dah berkira-kira nak gi mana2 destinasi ni (tapi terhad kepada 3 hari 2 malam atau paling lama 4 hari 3 malam jer - tak kisahlah) :

Dalam Negeri :
1) Sabah
2) Mana2 Pulau
3) Balik Kampung (best gak tuuu..)

Luar Negeri :
1) Singapore
2) Bandung
3) Bali
4) Korea
5) Beijing

So.. mana nak pi hah?..

p/s : kaklong.. hang leh ikut aku tak?.. try pujuk2 laki hang - kot2 dia bagi ker.. hang check diary laki hang kot2 dia ada outstation on 4 - 7 July (and diary hang gak.. hang pun bz giler lately..) jom ler.. jom ler.. jom ler..

oh ya.. satu lagi p/s : aku dpt banyak (takler banyak sgt - 10 bilik jer) voucher free 2 hari 1 malam ke Awana Genting @ First World Hotel.. sapa nak ikut? (tapi kena aku yang bawak ler.. sbb voucher tu atas nama aku.. Boss bagi.. hehehehehhe... jom jom jom..)

Hari Ini : BOSANNYER...

Hari ini / minggu ni bosan betullah kat opis.. dah banyak hari Boss tak masuk.. esok pun dia tak masuk, lusa Boss gi oversea.. pun tak masuk.. erggghhhhh... BOSAN TAHAP CIPAN dah nih.. Assignment si gadis teman sepejabat tu pun dah disiapkan semalam.. nak tolong buat assignment kawan2 yang lain, ramai yang class tak mula lagi..
Nak buat apa lagi yek?.. nak study, class hujung bulan baru start.... makanya perabis 'reta' company je lah.. dgn layan blog.. heheheh... next month nak terminate streamyx kat rumah and beli broadband.. so, leh bawak laptop ke mana2 and pasang broadband.. even kat opis.. tak sedapler 'dok balun rheta kompeni selamba badak jer..'..
Bosan... bosan.. bosan.. itu jer lah.. hari ni nak jalan-jalan lawat blog dgn semewah2 nya... hihihihi..
p/s : ni entri tambahan.. (slps dpt komen dari si ady... "streamyx tuh broadband jugak. cuma wired broadband. broadband yang akak maksudkan wireless broadband yang di provide oleh celcom or maxis" ).. OK OK OK... nak tukar streamyx yang wired broadband and ganti dgn celcom wireless broadband.. BOLEH CAMTUH?.. hehehehhihihih... maklumlah kaktiny ni kan 'kurang skit ilmu IT' nih..

Monday, June 16, 2008

TINTA 7 : DURI HARI INI ADALAH BUNGA HARI ESOK

Dah nak dekat kul 7.00pm.. malas aku nak balik awal hari ni.. cam takder mood jer… abang ada conference kat KLCC.. so, aku takyah masak malam nih.. dah berhajat besar nak gi swim.. kaklong plak ada mesyuarat koperasi malam ni (diorang tak reti nak buat siang ker kaklong?..tau ler multi-millionaire kan).. dan aku – dok layan blog sambil dengar cerita bebudak opis yang tgh ber’gym’ kat bilik gym (diorang ni ber’gym’ ker bersembang?..)

Aku pinjam entri hazelsyd bertajuk MOOD :

...the mood that is as cold, wet and gloomy as the weather outside..
...it's that time once in a while when depression and feeling down knocks my door...

Dalam entri semalam – Kisah : Sudah Tiba Jodohnya, sang sahabat si tasikmerah telah memberikan komen berbunyi : kadang2 apa kita nak dan Tuhan tak bagi... kita marah... tapi sebenarnya Dia lebih tahu apa yang terbaik utk kita kan.... :) ..

AKU SETUJU SANGAT – terus aku terteringat kisah ulat bulu dan kaktus.. dan kisah ini aku sentiasa pegang dalam menjalani kehidupan seharian terutamanya apabila aku tidak dapat apa yang aku hajati..


KISAH ULAT BULU DAN KAKTUS..

Tertarik dengan keindahan bunga dan kecantikan rerama, seorang hamba Allah berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama untuk dijaga dan dibelai. Maka berdoalah beliau sungguh-sungguh, sepenuh jiwa dan seikhlasnya. Berjanji beliau bahawasanya akan menjaga bunga dan rerama tersebut jika Allah memakbulkan permintaannya.

Allah kemudiannya memberikannya kaktus dan ulat beluncas. SEDIH, MARAH, GERAM, segala perasaan kecewa bercampur baur kerana doanya tidak diperkenankan. Terfikir oleh beliau “Kenapa?..kenapa permintaanku tidak dimakbulkan?. Mungkin aku bukan hamba terpilih yang Allah dengar permohonanku”..

Kerana kecewa, beliau memutuskan untuk tidak mempersoalkannya lagi dan membiarkan ‘pemberian Allah’ itu di satu sudut di ruang rumahnya.

Suatu tempoh, beliau tergerak untuk melihat apa yang terjadi dengan ‘pemberian Allah’ tersebut.. (meskipun dalam diam beliau sudah melupakan ‘impiannya’ dulu)

DAN ALANGKAH…

Kaktusnya menghasilkan bunga yang sangat cantik dan ulat beluncas hijau tersebut bertukar menjadi seekor rerama yang sangat berwarna-warni.

BENARLAH..

Rancangan Allah lebih hebat daripada segala-galanya.

Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Kita mungkin kecewa apabila doa kita tidak diperkenankan..

TETAPI..

ALLAH LEBIH TAHU APA YANG KITA PERLUKAN MELEBIHI APA YANG KITA MAHUKAN..

DURI HARI INI ADALAH BUNGA HARI ESOK..
KESAKITAN HARI INI ADALAH KENIKMATAN HARI ESOK..


Untuk itu.. BERSYUKURLAH DAN JANGAN PUTUS BERDOA.. DAN REDHA dengan setiap PEMBERIAN-NYA.




Sunday, June 15, 2008

Kisah : Sudah Tiba Jodohnya

Aku tak tau nak tulis tajuk apa.. bedallah labu.. tapi aku rasa cam nak tulis pasal dia nih.. pasal dia?.. takderlah apa2 sgt pasal dia.. Ini pasal 'platonic friend' aku.. sahabat (platonic friend) aku dari aku darjah 5.. Dr. XI..

Kenapa aku tulis pasal dia hari ini? Hmm... sbb tadi masa aku tgh tolong laki aku buat report / meeting presentation kat opis laki aku, aku dapat satu SMS berbunyi :

"A'kum..tiny apa khabar? nak bgtau tiny, sy dah tunang baru 2 weeks dgn org pendang, kedah. family arrange - i****."
dan lagi antara smsnya menyatakan..
"... cikgu I**** yang kenalkan.. sebulan kenal then on 30/5 tunang. Cikgu I**** g wakil tunang.." (Ohh.. Cikgu I****... dan cikgu juga suatu ketika dulu pernah "menyatukan" kami berdua.. hihihih... NOSTALGIA NOSTALGIA.. )

ALHAMDULILLAH.. finally.. sahabatku si Dr. XI tu akan menjadi suami orang jugak.. syukur ke hadrat Allah.. akan berumahtangga sahabatku ini.. dah sampai seru.. katanya, si gadis baru keluar maktab.. (ooo..cikgu rupanya..) and tengah risau takut kena posting kat sabah sarawak.. eh.. if baru keluar maktab, umur berapa yek? lupa nak tanya.. takperlah, nanti balik sana bleh jumpa and sembang panjang...

Aku tumpang seronok dengar dia dah nak kahwin.. awal2 aku dah bgtau dia yang aku 'cop' nak sponsor bunga telur and goodies utk guest masa majlis kawin dia nanti..... hmmm..

Betullah.. jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. kita merancang.. Dia yang menentukan..

........dan untuk itu aku amat BERSYUKUR sekali abang yang menjadi suamiku kini.. I LOVE YOU so much ABANG.. and so proud to be your wife.. semoga jodohku dgn abang berkekalan hingga ke akhirat kelak (andai aku diberi memilih pasangan di akhirat kelak - aku mohon pada Allah agar abang adalah pasanganku di sana nanti..)


Dan sekali lagi.. aku teramat bersyukur dgn berita ini..

(Hmmm... utk 'XII' - bila lagi???.. saya dah anak 2, XI dah nak kawin hujung tahun ni - awak bila lagi?.. tunggu bidadari turun dari syurga ker?..)


Thursday, June 12, 2008

Hari Ini : Budak LLB Shah Alam

Jarang aku buka internet kat umah, tapi malam ni mcm terasa nk layan blog...

Tetiba aku bukak email yahoo.. lama aku tak bukak.. dlm buka email yahoo, terbuka yahoogroups legalclan (group member2 LLB 1997-2000 - UiTM Shah Alam).. dan ada satu mesej menyatakan bahawa sorang kawan kelas aku pun ada blog.. dia ni memang 'pemes' giler masa kat UiTM dulu - skrg still 'pemes' lagi dgn aktiviti politik dia tuh.. aku panggil dia Fahmi jer... tapi skrg kena panggil YB kot.. layan blog si fahmi tu, tersentuh gak bila tgk dia post gambar batch kami.. dah 8 tahun rupanya aku tinggalkan UiTM.. (sesapa yang tersinggah kat blog si fahmi tu - kaktiny yang duduk hujung sekali sebelah kanan - andai kira mengikut kita mengadap komputer ler.. pakai tudung putih di sebelah yang tudung hitam tuh.. kalau korang nampak ler ... cik abang yang no.6 berdiri dari kanan tu.. hehehehhihihi...)

Melihatkan gambar tu, terasa kecik sgt diri nih.. se'tiny' nama aku.. rasa jauh sgt aku di belakang berbanding barisan "peguam-peguam" yang mula mencipta nama dan berkredibiliti tuh.. hmm.. tahniah kengkawan..

Teremosi plak aku tgk gambar2 lama dlm photo legalclanyahoogroup... aku tak ditakdirkan 'hebat' mcm mereka..

NOP.. ENOUGH..don't be so emotional...

Yang penting aku sgt HAPPY AND PUAS HATI with my current life.. SYUKUR PADA ILLAHI..
bahagia dgn cara aku sendiri.. di atas tafsiran aku sendiri.. utk diri aku sendiri..

kalau aku jadi lawyer.. tentu aku tak jumpa kaklong.. if aku tak jumpa kaklong, mesti aku tak join dunia blog and if aku tak join dunia blog, mesti aku tak kenal korang2 semua kan kan kan..
So.. NO REGRET.. I LOVE YOU ALL... muah muah muah muah muah muah.. aku teramat happy ada kawan2 blog yang best giler.... dan ada kawan cam kaklong yang kepala pun sama gila ngan aku.. hehehhe.. tak lupa pada budak2 opis yang lagi gila daripada aku... hihihihihi.. jugak boss yang sporting gila.. dah dah dah.. hmm... mmg dah gila aku nih.. gila memblog!!!!....

ALLAH LEBIH TAHU APA YANG AKU PERLU.. dan perancangannya teramat indah - yang tak terjangkau dek pemikiran dan tak pernah salah.. (yang salahnyer aku.. asyik lalai, leka, alpa...)
SEMOGA SETIAP KALIAN MENIKMATI HARI-HARI MENDATANG DENGAN TENANG DAN SENANG...

Hari Ini : Jawab tag si Ahmoi

7 ISTIMEWA DIRIKU...

Kena tag dgn si ahmoi (azni) .. apelah kaktiny nak meraban pasal kaktiny ni hah?.. 7 perkara lak tuh.. (si JP sure suka tgk no. 7 nih – dia pun dh kena tag dah..) Istimewa ker aku nih?.. istimewalah kan.. jika tak, takkan wujud kat dunia ni.. antara beribu2 sperm ayah yang kuar – aku jer yang dpt lekat kat ovum mak aku.. pada satu waktu di tahun 1977 dulu tuh... kiranya istimewa lah tu kan kan kan.. ehehehe

7 TENTANG DIRIKU

i- Anak kedua pasangan Yahaya Marzuki dan Zakiah Hashim
ii- Isteri kpd Mohd Rizal Abd Rahim dan ibu kepada Nureen Fierzanah & Muhammad Zaqwan (setakat hari ni ler)
iii- Lulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari UiTM Shah Alam (tapi tak jadi lawyer pun..) dan tgh amik MASTER HRD kat UPM Serdang.. pasni nak sambung PhD plak..(kalau boleh nak sambung kat UK.. doakanlah yer..)
iv- Suka berkawan, suka ada kawan, tapi tak suka kawan makan kawan.. (mak aku penah marah aku masa sekolah dulu – ayat dia sensored skit.. tapi aku bantai jerlah tulis – bukan ada lembaga penapisan blog pun kan..hehehe.. mak aku kata : “Hang ni, kalau pasai kawan, “jilat pungkoq” pun hang sanggup”.. pedih tak?.. pedih oii kalau tau makna tersirat..) – and suka sgt tolong kawan (assignment budak2 opis, aku buatkan – sapa nak suruh aku buat assignment – yang aku tahu ler.. meh aku buatkan.. aku ni mmg rajin bab2 nih semua – tapi result exam sendiri – ntah aper aper)
v-Aku suka manjakan diri aku – pegi spa (dgn kaklong especially), berjalan2 (cuti-cuti Malaysia – overseas belum lagi – pasnih lah..), shopping (tapi aku benci window shopping and takkan beli masa sale, sbb aku malas nak berebut dgn org dan beratur panjang..) – dan utk itu semua, aku kena kerja kuat dan usaha lebih utk ada duit yang cukup sebelum anak2 start sekolah..
vi-Suka membaca (masa sekolah ada koleksi buku2 cerita yang teramat banyak – tapi di makan dek anai2 – dah kena buang semuanya.. huhuhu), suka menulis dan mengarang (byk tulis sajak dan cerpen.. tapi nasib sama cam buku cerita – kena buang semuanya sbb dimakan anai2 kat kampung.. rugi tak bawak dtg KL.. skrg dh malas nak tulis guna pen and kertas – tulis kat blog ler plak.. hehehe – tq tu kaklong yang memperkenalkan dunia blog ini kpdku..) – skrg aku mmg kena byk baca dan menulis – utk exam and project paper..huhuhu..
vii-Aku kaki sembang – korang boleh lepak 5 jam dgn aku and sembang.. (sama cam kaklong) - bak kata kaklong, sapa yang duduk dgn kami berdua, kena pandai mencelah, kalau tidak, korang layan cerita kami jer lah.... hahahahah… kan kaklong kan.. kuikuikui.. dan aku kekadang ‘teramat sensitive’ tahap super gaban punyer..

(lah.. tujuh jer ker.. byk lagi yang nak tulis nih… hahahahhaha….kuang kuang kuang..)


7 YANG MENAKUTKAN (aku definisikan sebagai menyeramkanlah..)

i-Takut kena buang kerja – tak der gaji and tak leh nak bayar hutang – especially hutang PTPTN aku tuh..)
ii-Takut laki aku tinggalkan aku.. aku takut if anak2 derita sbb mak hulu ayah ke hilir (oh my.. what a typical woman thinking I am?..) – (Ya Allah, semoga rumahtangga kaktiny kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. AMIN..)
iii-Takut duduk sorang2 (aku benci tinggal sorang2.. BENCI SGT.. bukan setakat mati kutu,.. kuman, lipas, nyamuk, hama, kala jengking pun mati kalau aku duduk sorang2..)
iv-Takut kehilangan mak ayah, abang, anak2 dan kawan-kawan (sbb aku takut duduk sorang..)
v-Takut (geli sebenarnya) pada kucing (kesian kucing.. kesian lagi kat aku.. org kata kucing binatang kesayangan Nabi… Ampunlah, yang ni aku tak leh ikut ‘kata’ Nabi..)
vi-Takut kena fitnah dan dikecewakan (sbb pernah kena, PEDIH, PAHIT, PERIT.. hanya Allah mengetahui.. SAKITnya tu dan KESANnya .. tak dpt digambarkan dgn kata2..)
vii-Takut korang semua takmau layan blog aku lagi – hahahahahhah… kuikuikui.. (sebenarnya tak tau nak tulih apa dah.. aku ni jenis “tak heran” punya makhluk.. walaupun sensitive kadang2 tahap cipan.. )


7 LAGU AKU SUKA

i-Suatu Masa – M.Nasir (aku minat tul kat M.Nasir...)
ii-I Need to Know + Baby You by Marc Anthony + Dewi (Dewa) – lagu2 yang abang dedicate kat aku.. (melayang perasaan aku bila abang siap nyanyi kat dlm kete sambil pegang tangan aku.. lalalallalalalala...)
iii-Masih Aku Terasa – Gersang (bukan minat sgt tapi sbb.. ‘Masih Aku Terasa”..)
iv-Biar Bulan Bicara (Broery Marantika)
v-Andai ku Tahu (Ungu) + Berita Kepada Kawan (Ebeit G. Ade)
vi-I Will Survive (Gloria Gaynor)
vii- layan melody kat blog si rudy bluehikari (lagu wajib pc opis aku dari kul 8pagi sampai 6 ptg..)

(sorry amoi.. kaktiny ngelat skit.. kira2 balik.. lebih 7 tuh.. heheehh)


7 PERKARA AKU SUKER SEBUT

i-Ok...
ii-Yup
iii-Yes
iv-Wokeh
v-Alright..
vi-A’ah..
vii-Hmm..


7 PERKARA YANG AMAT BERNILAI

i-Mak Ayah, Abang, anak2.. adik-beradik aku yang 3 orang tuh..
ii-Kerja aku..
iii-Pelajaran aku.. (sijil2 dan testimonial utk aku – senang nak mintak kerja..)
iv-Pengajaran yang aku dpt setiap hari, detik masa dan ketika..
v-Perhubungan dgn sahabat, saudara-mara dan kenalan..
vi-Reta-benda yang aku beli sendiri dan yang orang bagi kat aku..
vii-Kawan2 blog aku.. yang membawa aku menjengah ke dunia baru dan melebarkan sayap perkenalan dan persaudaraan..


7 PERKARA PERTAMA BERLAKU DALAM HIDUP

i-Aku amik periksa (semua periksa ler, UPSR, SRP, SPM, STPM, Degree, Master.. termasuk periksa amik lesen memandu..)
ii-Dapat kerja.. merasa pegang duit gaji sendiri.. ada payslip, EA form, isi e-filing..
iii-Graduate kat UiTM Shah Alam ( tapi tak best.. mak takder sbb baru lepas operate, kakak takder sbb baru lepas bersalin, tok takder sbb meninggal, adik2 takder sbb exam.. sbb tu aku pulun amik Master lak.. nak semua ada masa aku convo nanti.. kecuali arwah tok dan wan..)
iv-Kahwin
v-Beranak and berpantang
vi-Alami satu kejutan (dh takmau ingat dah.. sakit ulu hati dan urat saraf bila ingat balik..)
vii-Buat blog and berkenalan dlm blog..(best giler..)


Hmm.. nak kena tag tujuh orang lain plak ker.. takperlah... aku buat jer.. bukan kena bayar cukai pun and tak kena potong gaji pun.. ao aku tag :

i- kaklong (wajibler ko kan - hehehehhe..)
ii- ros (chentahatinana)
iii-akak shopforshoppers
iv-sepi
v-thafiexq
vi-tasikmerah (kalau ko dh kena tag, sorry ler...)
vii-kaksridiah (aku minat giler novel dia weh.. byk collection dia nih..)

Bagus gak layan tag ni.. sbb hari ni aku tak tahu nak tulis apa.. so, bleh ler aku karang mengarang tag nih.. hmm..

agh.. tak kira.. aku nak tambah lagi dalam list kena tag ngan aku.. hahahah.. peduli aku kalau ada rules and regulation utk takleh tambah apa2 bila dah post.. bukan masuk jail pun if I break the rules.. "Law has made is to be broken.." ayat best tak (kalau aku lawyer - confirm kena cease from bar - kahkahkah) - kalau korang dah pernah kena tag - takper.. if belum (and if terbaca).. sudi-sudikanlah yer.. cam ahmoi cakap.. boleh lebih mengenali... hihihi - bukan minta gaji korang pun.. minta listkan 7 kepada 7 perkara jer..

1-rudy bluehikari
2-ady tentangseseorang (padan muka - nak ngelat yer..)
3-scarlett
4-maksu
5-mamaranggie
6-King
7-Kingbinjai
8-kakteh
9-MABrood
10-adikcome

suka hati .. suka hati ... suka sesuka hati..

Wednesday, June 11, 2008

Hari Ini : Deman Panas

Semalam balik dari ofis, siap2 barang kat dapur utk masak.. tapi dalam hati 'dok' mengatur ayat camner nak 'serang' abang utk bg print out keratan akhbar mufti perlis yg si ady attachkan smlm tuh.. Mak aku pesan, kalau nak tegur husband biar dia mandi (sejuk) dan bagi dia makan dulu (kenyang).. jgn 'tegur' masa dia baru terpacak depan pintu..

So, masa abang balik, aku tgh 'berkuntau' kat dapur.. menu smlm cuma ayam masak merah, sayur pucuk + petola masak air and ikan bilis goreng + bwg besar + cili padi (gara2 tgk bawang si
Sepi, langsung teringat nak goreng ikan bilis + bwg besar..hehehe).. cam biasa gak abang akan duduk depan tv and sesudah bagi air kat dia, aku sambung masak balik.. dalam dok ber'monolog dalaman' sorang2 ayat yang aku nak gunapakai utk 'attack' dia tetiba - "eh leen.. berita cerita pasal peraduan celcom tu lah.. celcom hentikan sementara peraduan tu utk kaji balik - sbb ada percanggahan pendapat dgn mufti2.." - abang bersuara..

Aku pun apa lagi.. tinggalkan kejap ayam yang tgh digoreng tuh.. terus gi depan and menyampuk..

aku : "ituler bang.. kawan2 blog leen dh ckp, yang permainan ni haram.. mujur abang tak menang kete tu, or else, nanti kita makan duit haram.. konsep dia sama mcm main judi nombor tu .. abg bayar utk soalan utk menang.. sama mcm main judi nombor kan.. sekali beli nombor utk menang, tak menang - beli lagi.. bahaya tu bang.."

abang : iyelah kan.. ish.. camner boleh tak perasan ..cara 'halus' tu kan.. ish..

aku : itulah.. nasib baik tak menang, kalau tidak... (sambil berjalan balik ke dapur dan diikuti dek abang..)

abang : rugi RMx,xxx-xx nak kena bayar.. menyesal lak abang main.. kena buat solat taubat lah ni.. takut weh..

aku : hihihi.. takperlah bang.. if itu harga yang kita kena bayar utk 'sebuah pengajaran'.. redhakan je lah.. biar kita beringat sampai bila2.. Allah bagi apa yang kita perlu kan.. bukan apap yang kita mahu.. cukuplah bang dgn apa yang kita ada skrg ni.. tak mewah sgt dan tak susah sgt.. yang penting leen ada abang, mak ayah, anak2, adik-beradik dan semua yang rapat dgn leen.. leen dah cukup bahagia.. kita tak perlukan camry "free" bang.. kete yang ada ni pun dah cukup.. alhamdulillah.. tapi, bil tepon abang tu nak tak nak kena bayar gak.. kalau tidak.. hehehe.. nanti bebudak abang kata.. bos gaji ribu2, kete company bagi, pakai barang branded, handphone O2, tapi takleh call out.. kahkahkah.. bikin malu kompeni jer lah.. hihihihi..

abang : amboooi, kalau dpt 'smash hit' abang.. tak lepas peluang..

aku : rezeki bang.. rezeki.. bukan senang nak dpt 'rezeki tergolek'.. hahahahah..
(sudahnya aku kena cubit kat 'bontot' - cheh.. mujur tak terangkat sudip aku tu, kalau tidak..dgn ayam, dgn aku, dgn abang masuk spital - kena minyak panas..)

Lepas makan malam.. abang gi solat isyak (aku still heheheh - 'red carpet').. tapi lamanya kat bilik, tak kuar2 lagi.. aku gi jengah.. hmm.. lamanya sujud - aku rasa betullah dia buat solat taubat.. then aku biarkan jer lah.. smlm takder plak dia nak layan bola.. tido jer..

Bangun pagi tadi.. pegang dada abang.. panasnya.. weh.. pehal lak nih.. pegang dahi dan leher - panas sgt.. pegang kaki dia..sejuk.. Ya Allah.. kenapa nih?.. kejut abang bangun.. solat subuh.. perlahan2 dia bangun.. lepas solat, dia masuk bilik - tido balik.. tanya abang nak pegi kerja ke tidak.. abang kata tak larat and nak gi klinik.. hmmm.. mau tak mau kena amik time off ler.. hantar abang ke klinik.. ni pun tunggu abang bangun tido.. biar dia tido kejap.. pasnih nak gi klinik..

Tiba2 abang demam panas.. kesiannya.. (terkejut kot baca keratan akhbar mufti perlis tu & insaf kot lepas buat solat taubat smlm.. tapi bersyukur sekiranya sakit ini untuk buang dosa yang pernah dilakukan.. amin...)

Nak hantar abang gi klinik..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.