Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, May 20, 2008

Hari Ini : Rudy Bluehikari, Sufi dan bantuan anda

Tersentuh hati kaktiny membaca kisah KERTAS-KERTAS RINGGIT YANG SERING KITA RISAUKAN DAN SUFI yang rudy bluehikari tulis hari ini..

Kita mendengar pelbagai kisah suka-duka manusia, dan kisah kita sendiri. Sebagai insan, apa pertolongan dan bantuan yang kita beri kepada yang memerlukan?.. apa sumbangan kita kepada insan?..

Kaktiny kagum bila membaca tulisan rudy yang meminta pertolongan sesama insan membantu keluarga sufi..

(petikan dari tulisan rudy bluehikari)
Kalau kalian berhajat untuk membantu sila hubungi ayahanda Sufi; Saudara Shahadan bin Saad (Bekas staf UUM) di talian 019-5491911. Atau terus ke akaun Maybank 1020-5489-1995. Boleh melawat Sufi di katil No.6, Tingkat 1 Wad ICU IJN, sila hubungi beliau sebelum datang melawat kerana ada ura-ura Sufi akan dibawa ke Hospital Alor Star, Kedah untuk diletakkan di bawah jagaan rapi di sana kerana belanja di IJN agak mahal berbanding di hospital biasa.


Jgn ditanya berapa ringgit rudy bagi dan jangan ditanya kebenaran dari kisah tersebut..
jika anda benar2 ikhlas membantu.. hulurkan seikhlas mana yang anda ingin beri.. jgn pandang kiri kanan depan belakang untuk buat keputusan.. lakukan sekarang..

Kenapa Allah beri kesempatan untuk Rudy melawat Sufi?..kerana Allah ingin membantu keluarga Sufi yang kesempitan.. kenapa Allah buka pintu hati kaktiny untuk melawat blog rudy?..kerana Allah ingin kaktiny menghulurkan bantuan.. cantiknya perancangan Allah.. padahal, kaktiny tak kenal siapa sufi dan rudy juga tak kenal siapa kaktiny.. tapi rencana Allah tak pernah gagal.. hebatnya kuasa Allah..

Dan kaktiny mohon, berilah sumbangan walau seringgit seorang.. (lebih lagilah dialu-alukan..).. jika sepuluh ribu yang membaca.. alangkah.. ringan sedikit beban keluarga sufi..(didoakan)..

3 comments:

Anonymous said...

ada anak dugaan begini pula. takde anak lain pula dugaannya. Masa susah ujian, masa senang pun ujian juga. Hidup ini putarannya takkan berhenti. Samada diberi atau diuji. Kedua-duanya tak perlu disesali. Kerana kalau kita tak diuji atau tak buat kesilapan kita takkan belajar dan kenal diri kita. Kerana tuhan lebih tahu kenapa ia jadi begitu dan begini. Anyway, feeling nothing is good because there's nothing to worry, buta perasaan ke apa aku nih........

rudy bluehikari said...

Salam kaktiny, terhaur pulak kebaikan kak tiny bantu war2kan ttg sufi.Terima kasih bantuan utk sufi. Gambar sufi dah ada diblog saya. Jazakallah.

Kaktiny said...

kaklong : 'tidaknya lengkap hidup kita jika semua yang kita kehendaki dipenuhi.. dan tidaknya rugi hidup kita jika semua kemahuan kita tak diberi'.. kerana selagi kita bernama manusia - kita sentiasa berkata "AKU MAHU.."

Rudy : 'what comes around may go around'.. hari ini kita tolong orang.. semoga Allah permudahkan urusan kita apabila musibah melanda diri kita.. rudy pernah mengalami, pastinya lebih memahami..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.