Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, July 09, 2009

Kenduri Arwah Pulut Kuning????… (hihihi)

Salam.

Kaklong dlm komen lepas tanya tentang ‘pandangan’ dan ‘prinsip’ aku DULU tentang “kenduri arwah pulut kuning”…

Pelik tak?.. nak buat kenduri arwah tapi hidang pulut kuning?.. pulut kuning tu bukan ke untuk kenduri kesyukuran?..

Hihihi…. ‘perbahasan’ ni terbit masa aku ‘berperang pendapat’ dengan lecturer ‘statistik’ kami Prof. Dr. BAS kat bilik Prof masa tengah buat discussion project paper aku dulu…

Kaklong, aku, Prof dengan staff PPL ada dlm bilik Prof… masa tu staff PPL (Abg D) tgh cerita yg dia nak cuti utk kendali kenduri sedara dia… pastu Prof cakap, “Hah, suruh tiny handle, dia pandai arrange utk wedding, dia pun tgh arrange wedding anak Bos dia”.

Then Abg D ckp. “Macam tu senangla laki dia esok, buleh dia tolong handlekan”.

Laki aku nak disuruh kawin lagi?.. terus aku tembak.. “HAH.. BULEHLAH SANGAT… BUKAN JADI KENDURI KAWIN… TINY BUAT KENDURI ARWAH PULUT KUNING!!!”…

Tersedak Abg D ngan Prof. Prof gelakkan aku, dia tanya kenapa kenduri arwah ada pulut kuning?

Aku kata ” Kenduri arwah tu sbb kalau laki saya mintak kawin lain, mmg arwah ler dia. Bila dah arwah, terus saya buat pulut kuning, sbb saya tak tanggung dosa menyumpah dia sepanjang hidup!!!”...

Lepas tu Abg D mula keluarkan ’ayat Quran’ yg menyatakan bahawa lelaki boleh kawin 2, 3 dan 4!!!...

Amboi.. aku cukup pantang tok nenek dengar ayat2 tuh... pastu aku pun apa lagi... (mmg menjolok sarang tebuan le Abg D ni tau.. silap banyak bukak ayat tu dekat aku!!!...)

Aku kata..”Hah! Tu ler org lelaki.. asal ckp bab kawin, mesti pakai ayat tu... separuh daripada Surah An-Nisa (4) ayat 3 shj yg diterjemahkan.... Maaf cakaplah.. sebab yang terjemahkannya pun kebanyakkannya ustaz yg jugak ”LELAKI” maka huraiannya tertumpu setakat ”SUKU AYAT TU JE LA.. pastu yg ’terima’ tu pulak JANTAN2 yang BUTA AL-QURAN.. di’talkinkan’ kat pompuan2 yg PUN BUTA AL-QURAN.. maka tu yg buleh nak mintak sain2 surat poligami tuh..."

Prof dgn kaklong dah start gelak2 dah. Abg D dok provoke aku lagi. Aku terus tambah ler. Kata aku lagi:

“Cuba Abg D ngan Prof baca betul2 maksud Al-Quran tu. Surah An-Nisa (4) ayat 2 menyatakan “Berikan harta anak2 yatim itu kepada mereka (Allah menyuruh memelihara anak-anak yatim).

“Surah An-Nisa (4) ayat 3 kata: Jika takut tidak dapat berlaku lurus terhadap anak-anak yatim itu (dlm ayat 2), maka kahwinilah (anak-anak yatim itu) dua, tiga dan empat!. Tapi, KALAU TIDAK DAPAT BERLAKU ADIL, maka kahminilah ‘HANYA SATU’”!.

- Surah An-Nisa menceritakan tentang anak-anak yatim yang kematian ibu-bapa dan hamba2 sahaya (zaman Nabi dulu kan banyak hamba2 abdi).

Surah tu tuju pada ANAK-ANAK YATIM yang perlu DIPELIHARA... BUKAN ANAK-ANAK DARA!!!!!....

Lagi aku menambah..

“Tu la Prof. Org lelaki ni mmg berat sebelah. Baca ayat yg best kat dia je. Cuba baca betul2 ayat2 lain pulak. Kenapa tak ada yang nak kaitkan surah lain jugak. Cuba Prof tengok Surah An-Nisa (4) ayat 129. ’Dan kamu tidak akan bisa berlaku adil di antara isteri-isteri kamu meskipun kamu SANGAT INGIN berbuat demikian’”.

”Apa maksudnya Prof?. Maksudnya... ayat 129 tu dibaca balik kepada ayat 3 bahawa lelaki tak boleh berlaku adil.. MAKA KAHWIILAH HANYA SATU!!!!!!....”.

”An-Nisa (4) ayat 135 pula kata. ’Hai orang2 yg beriman!. Hendaklah kamu menjadi orang yang MENEGAKKAN KEADILAN, menjadi saksi kebenaran kerana Allah, biarpun kepada dirimu sendiri, ibu bapa kamu dan kerabatmu. JANGAN MENURUT KEMAHUAN YANG RENDAH (HAWA NAFSU) untuk tidak berlaku adil. Jika kamu BERPUTAR, Allah tahu benar apa yang kamu kerjakan.”.

”Kan dah jelas Allah bagitau yang takkan sesiapa pun berlaku adil jika kahwin lebih dari satu. Dan Allah suruh umat islam menegakkan keadilan. Sapa yang BERPUTAR-BELIT ALAM bagi alasan demi alasan utk ikut hawa nafsu utk kawin lebih... JAWAB LER KAT AKHIRAT ESOK!!!...”


Masa ni aku dh panas muka dah.. Prof dok provok lagi. Abg D pun muka dh berpisat-pisat kena ‘talkin’ ngan aku.. kaklong dok mengekek kat sebelah...

Last2 aku dh tak tahan sangat.. aku ambik laptop, simpan dalam beg, angkat beg.. aku ajak kaklong kuar.

Aku kata “Dah lah Prof, lagi lama saya duduk lagi banyak surah saya keluarkan, sepuluh tahun pun tak habis bincang lagi. Lain kalilah saya jumpa Prof utk projek paper ni.”

Aku ajak kaklong keluar. Rasa panas telinga dah..

Tapi aku sempat mencelah kat Abg D... ”Nak merasa kenduri arwah pulut kuning, try le test Abg D”... kaklong ngan Prof mengekek gelakkan aku....

TU DULU LA.. DULU..... MASA AKU TAK PEGI KURSUS ESQ TU...

Tapi bila aku dah pergi kursus ESQ... hmmm... BETUL.. aku dah tak terlintas pasal KENDURI ARWAH PULUT KUNING dah... REDHA?... tak tahulah pulak kan.. setakat ni abang tak ada lah hulur borang apa2 kan kecuali borang penama KWSP ngan Insurance dia – yg dh tukar atas nama aku dan anak2 kan kan kan..... (hahahahhahahahaaaa...)..

Sebenarnya... bagi aku, kalau sesiapa yang betul-betul faham Prinsip 1,6,5.. dan memahami isi kandungan Al-Quran.. betul2 cintakan Rasul Allah, Muhammad dan benar-benar tulus mengharapkan keredhaan Allah di dunia dan akhirat.... takkan terlintas bab poligami dan takkan ada permusuhan jika bermadu...

Poligami diharuskan.. BETUL.. tapi bersyarat dan bersebab... andai LELAKI tahu benar tanggungjawab dan amanah yang Allah letakkan di pundak mereka sebagai khalifah Allah, sebagai suami, sebagai bapa rumahtangga… YA ALLAH.. KAUM LELAKI AKAN TAKUT DAN GENTAR UNTUK BERPOLIGAMI!!!...

Surah Al-Maidah (5) ayat 1. “Hai orang yang beriman!. Tepatilah segala janji!!!...

Ingat tak wahai kaum suami... semasa kamu menikahi isteri kamu.. apa yang kamu lafaskan?.. Apa isi takliq yang kamu bacakan?.. Apa yang kamu janjikan kepada isteri kamu?... Apa yang kamu ucapkan kepada ibu bapa mertua kamu?.. (berjanji menjaga anak mereka)....

Dan sesungguhnya.. JANJI ALLAH ADALAH BENAR!!!!..... (tak takut ker balasan Allah???)...

Dan sebagai perempuan... jika benar faham kenapa poligami diharuskan... silap haribulan, si isteri sendiri yang pergi pinangkan perempuan lain utk suaminya (BUKAN SEBAB NAK DAPAT PAYUNG EMAS.... aku baca tafsir Al-Quran, tak jumpa pun ayat yang kata dijanjikan payung emas di syurga Allah kalau bagi laki kawin lebih.. BIDAAH la..!!!... taktau ler kalau aku ter’miss’ ayat tu kan kan kan...)..

Sebab apa aku kata mereka sendiri akan pinangkan?.. sebab mereka rasa kasihan kepada perempuan yang malang yang dalam kesusahan kerana tidak bersuami.... dengan niat utk mengelakkan perempuan tersebut dianiaya atau lebih terjerumus ke lembah dosa... (dan banyak lagi sebab2 yg lain.. panjang pulak kalau aku hurai pendapat aku semuanya..)

Nak je aku tanya kaum lelaki... NAK TAK kalau si isteri pinangkan kalian perempuan miskin, hodoh (pada pandangan mata kasar manusia), dan naif juga cacat tubuh badan?... atau perempuan2 di lorong mat taib tu... dgn niat untuk mempertahankan maruah perempuan2 tersebut.. NAK TAK???... NAK TAK????.... NAK TAK????.... kalau tak nak.. nampak sangat apa yg kaum lelaki harapkan... (baca balik surah An-Nisa (4) ayat 135)!!.

Dan sekiranya isteri-isteri ini ditakdirkan bermadu (andai si suami masih tak faham tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya...).. maka si isteri seharusnya tidak mengamuk atau melalak meraung sampai nak bunuh diri bagai... atau bergomol, ada kes serang-meyerang atau tampar menampar berbomoh bagai... SEBAB APA?..

Baca surah An-Nisa (4) Ayat 132 – ‘Dan kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Cukuplah Allah sebagai pelindung’.

Kenapa kita (isteri) takut sangat bermadu atau kalau laki kita ada pompuan lain?.. Sebab kita ’tamak’ dan ’takut’ sebenarnya.. (aku la!!!.. aku tak tahu org lain..)..

Aku nak laki aku dgn aku sahaja!!... aku takut kalau dia beralih kasih sayang kat org lain dan tak hiraukan aku dan anak-anak... SELFISH kan aku.. konon aku sayang sangat kat laki aku!!..

Aku lebih sayangkan makhluk Allah lebih daripada Penciptanya????....

Contohnya... kita suka sangat kari ayam yang mak kita masak... adakah kita perlukan kari ayam mak kita tu lebih daripada kita perlukan mak kita?... Boleh tak kita hidup kalau tak makan kari ayam tu sehari, sebulan atau setahun?.. BOLEH JUGAK KAN!!... jadinya sapa yang lebih penting?.. KARI AYAM ATAU MAK KITA???...

Same goes to PENCIPTA DAN MAKHLUK CIPTAAN-NYA... adakah aku lebih perlukan laki aku berbanding aku perlukan Allah?... Berapa lama aku kenal laki aku berbanding aku ”KENAL” Allah?... berapa lama aku hidup dengan laki aku berbanding aku HIDUP dengan (dan DIHIDUPKAN OLEH) Allah?????...

Maka.. siapa yang lebih aku perlukan???? LAKI AKU ATAU ALLAH????

SUBHANALLAH!!!!!.... ASTAQFIRULLAH!!!!.... malunya aku!!!....

Maka sebab itu aku katakan.. jika kita semua tahu hukum dan aturan yang Allah aturkan.. dan jika berpegang kepada 1 Ihsan, 6 Rukun Iman, 5 Rukun Islam... meneliti ESQ165 sebagai principle way of life... ”PERANG TAKKAN WUJUD”... namun... sebagai manusia.. hati kita sentiasa berlingkar dengan belenggu-belenggu... setiap belenggu itu dijaga oleh syaitan yang sentiasa menghasut dan merasuk!!!!...

Dan aku mohon sangat kepada Allah.. berikan aku kekuatan utk melalui segala ujian dan rintangan... Allah menguji hamba-Nya dengan ujian yang mampu dilalui. Allah hanya menguji hamba-Nya yang disayangi-Nya..

Maka cukuplah Allah sebagai Pelindung.
Sesungguhnya Allah Maha segala-galanya (As-maul Husna)...

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun....


Al-Fatihan dan selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W...

8 comments:

iina said...

Tiny

Sebab itu ada beza.. mengikut nafsu, kehendak, keperluan, kewajiban, tanggungjawab, amanah dan kemampuan..

Kadang yang mampu belum tentu lagi.. tapi kehendak dan nafsu mengatasi segala-galanya..

Sebab itu berbeza bila kita redha.. tapi keredhaan mestilah diiringi dengan keadilan dan kesamaan.. barulah betul.. bukan main ikut suka jek.. Pada aku kalau dia mampu dan semua yang dia ada berlebihan pada aku.. aku tak kisah berkongsi.. tapi kalau dah tak cukup.. masih juga berkehendak.. itu susah mau cakaplah ;)

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

kak...

jika mampu apa salahnya kak..:)

ladylikeme said...

ermmmm...

insaf sunguh entri kak tiny nie....

Kash said...

Antara sedar atau tidak apa yg kita lakukan, itulah pengabdian kita kepada Allah SWT. Sayang kita pada seseorang, sesungguhnya siapakah Yang Maha Penyayang itu.

Manusia ni biasalah banyak sgt persepsi dlm kepala otak, bukan saja yg belum, yg dah pi ESQ pun sama saja, cuma yg membezakannya kita akan lebih cepat sedar akan kesalahan yg kita lakukan.

Wallahua'alam

fusarium solani said...

Salam,
Sengih bila membaca mengenai pulut kuning, tahu dah macam mana Kak Tiny bereaksi bila diterjah dan boleh agak macam mana kak Long dan prof Bas mengekek ketawa.

Benar apa yang Kak Tiny cakapkan. Paling penting ialah hati. Hati yang kenal siapa dirinya dan siapa pemilikNya kannnnnn :)

Bila nak makan Johny's ni?

KAKTINY said...

iina > setujuuuu…. Hati dan kehendak.. mmg sukar ditafsir dan payah dibentuk.. huhuhu..


Cikgooden (Selumbar Emas). > ada kaktiny kata SALAH ka?.. TAK kan???.... kaktiny kata “BETUL”... ikut suka hati hang la cikgoo oiii nak ckp apa pun..
Kalau tak paham gak ngan apa yg disampaikan... terpulang lah.. hihihi (biasalah kan.. lelaki suka main baca separuh2 ja.. mesti cikgooden pun baca separuh2 ja entri kaktiny ni kan kan kan.. kehkehkeh..)



ladylikeme > kita ambil pengajaran atas apa yg berlaku utk mantapkan diri sebagai HAMBA ALLAH…


Kash > betul… kaktiny pun sering dibelenggu dgn belenggu/ lingkaran hitam (kepala2 setan tuh..).. takut sebenarnya.. tapi kekadang itu yg menyukarkan diri utk berperang dgn nafsu dan emosi yg salah utk ‘zero mind process’.. semoga Allah sentiasa memberikan hidayah dan petunjuk ke jalan yang benar.. amiiinnn..


fusarium solani > salam adikku..(reaksi kaktiny?.. tau tak per.. kehkehkeh)...
Hati kita ni bersih sebenarnya.. tapi lingkaran hitam yg merupakan hasutan dan belenggu syaitan tu yg buat kita selalu lakukan dan beremosi dgn cara yg salah.. Astaqfirullah...

Johnny’s???... tu ler.. bila eh?... adoilarrr....

EIZAM said...

very interesting and unique blog. need extra concentration to read and understand it. keep it up!!

KAKTINY said...

eizam > oh oh oh... oh my... my "biras" was here... alamaakk... need to be careful with my write-up le nampaknya.. hahahhaaa...

thanks for you time to drop by here..

(ooo... my beloved sister-in-law pun ada her own blog.... hihihi...)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.