Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, September 24, 2010

Dialog Seloka.. Sekadar Renungan.


Dialog di antara Ahmad dan Mohd. di satu tengahari di bulan syawal.


Perbualan telefon:-

Ahmad : Hello, Assalamualaikum. Mohd. Busy ke?

Mohd : Wa’alaikum salam. Ahmad. Tak la sangat. Ada apa?

Ahmad : Aku kat Kedai Mamak area rumah ko ni. Nak lunch. Jom join. Lama tak borak ngan ko. Alang-alang aku dah ada kat sini, boleh sembang ngan ko. Datang la. Aku baru sampai ni. Bosan plak lepak sengsorang.

Mohd : Ooo... Kedai Mamak ABC tu ke?. Aku kat masjid belakang kedai ni. Nak jemaah zohor. Mai la join.

Ahmad : Amboiii. Rajin plak nk berjemaah bagai. Takpela. Aku dah order air dah ni. Habis solat nanti, ko datang sini tau, aku dah sampai kat tempat ko ni, takkan ko taknak datang jumpa aku kan. Hahaha.

Mohd : InsyaAllah.

Ahmad : Ok. Nanti datang tau. Bye.


Selang seketika. Perbualan di Kedai Mamak.

Mohd : Assalamualaikum.

Ahmad : Wa’alaikum salam. Hah, Mohd. Duduk.. duduk. Jemput makan. Ko nak makan apa?. Sorry aku dah ambil nasi, lapar sangat, tak sempat nak tunggu ko (sambil mulut mengunyah makanan).

Mohd : Takpe. Bismillah. Teruskan.

Ahmad : Taknak order apa-apa ke?.

Mohd : Terima kasih. Aku puasa.

Ahmad : Hah?. Puasa?.

Mohd : Ya. Puasa 6. Selama 6 tahun berkahwin, baru tahun ni la aku berkesempatan buat puasa 6 bersama-sama dengan orang rumah aku. Syukur Alhamdulillah. InsyaAllah, esok habisla. Selama ni tak pernah langsung aku nak buat. Astaqfirullahal 'azhiim.

Ahmad : Hah!. Baru tahun ni ko ingat Allah?!! (sambil ketawa).

Mohd : (menunduk malu dan insaf dengan kelemahan diri). Hmm.. Ko dah buat puasa 6?.

Ahmad : Tu la. Aku tiap-tiap tahun buat. Tapi, baru tahun ni aku tak buat.

Mohd : Lah!!. Kenapa?. Tahun ni ko tak ingat Allah??.

Ahmad : errrrr.......

.................


”Mereka itu (yang menurut keredaan Allah, dan yang mendapat kemurkaanNya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah; dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan” (Surah Ali-Imran : 163).

”..............,.... Mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan” (Surah Ali-Imran : 167).


“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi (mengambil iktibar) supaya maka mereka menjadi orang-orang yang ada jantung hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka tidak mengambil iktibar) maka itu bukanlah mata mereka yang buta, tetapi buta jantung hati yang berada dalam dada” (Surah al-Hajj: 66).


"Ya Allah. Jalarkanlah keinsafan, penuhkanlah perasaan tawaduk dan semaikanlah luhur, simbahkanlah jujur, sebarkanlah ikhlas, kuatkan dan lekatkan iman ke dalam jantungku, hatiku, urat nadiku, salur darahku, jiwaku, minda akalku, pada setiap satu anggota tubuhku, dan segenap ruang diriku untuk sentiasa, dan selamanya tunduk patuh pada perintah-Mu, pada agama mulia Islam ini, pada setiap pesan dan amanat Rasulku.. kekal pada setiap detik, masa, ketika, sehingga aku kembali kepada-Mu di akhirat kelak juga...
KU POHON REDHAMU ALLAH... REDHAI AKU DUNIA DAN AKHIRAT.. Ameen Ya Rabbul ’alamin. "



18 comments:

Mak Su said...

keh keh keh (gelak gelak juga, sapa terkena paham2 ler. ek)

Kaktiny said...

maksu > ye ye ye... hihihi...

tasekM said...

ok. minggu depan ai start. sempat lagi kan yang...?



.

Kaktiny said...

tasekM> sempat yang.. dok ada 14 hari lagik tuh.. sempaaat sgt sgt.. hiihii..

Unknown said...

SALAM ,
TERIMA KASIH ATAS N3 INI

Acik Erna said...

salam tiny..
tiny posa 6 dulu baru ganti,akak pulak..bayar hutang dulu baru posa 6..
masih sempatkan..sempat..sempat..

Kaktiny said...

LF > sekadar renungan pada diri..

Kaktiny said...

Kak Erna > dulu, tiny pon buat ganti dulu baru posa sunat..

tapi bila dengar ceramah ustaz kt tv9, dlm segmen "Tanya Ustaz".. ustaz tu ckp, ada hadis menyatakan buat sunat puasa 6 syawal dulu sbb ianya hanya dlm bulan syawal.. puasa ganti buleh buat bulan lain.. atau sebaiknya, sejurus selepas puasa 6..
(Aisyah r.a juga buat perkara yg sama.. Wallahu 'alam)..

(kalau ada pompuan yg period sampai 15 hari bulan ramadhan.. pastu dlm bulan syawal dia period lagik 15 hari.. mesti langsung tak berkesempatan nk rasa ganjaran puasa 6 di bulan syawal kan kak.. sebab selepas hari raya ke-2 aidilfitri, dia start ganti puasa qada' ramadhan.. hari ke-16 syawal, habis puasa ganti.. tetiba hari ke-17 syawal period balik.. kena lagi 15 hari.. sampai hari ke-2 zulkaedah.. sebab syawal 29 hari jer.. huhuhu... tak merasalah dia buat puasa 6.. kesian org tu kan.. huhuhuhu)..

ckLah @xiiinam said...

.....ckLah pun tengah ketar ni. Hipoglesemia pula petang ni. Dugaannn...

iina said...

Aku senyum sengih jelah hehehehe..ingat Allah bukan time puasa jek.. ;)

ryann said...

kelakar le ingat tak ingat ni

blackcardomompods said...

pergh..mekasih kerana memberikan keinsafan itew...puasa 6...camno niiiii..mak malas byk..huhuhuhu

ckLah @xiiinam said...

Tiny...
Semalam ada jamuan di sekolah...nasib baik dapat menjamah semangkuk Laksa Penang sebelum Tiny sempat menayang-nayangkan laksanya di blog...heh heh heh

Anonymous said...

apa la mohd ni, dah tau puasa, awal awal dah ngelak nak join borak kat warung...ni bila org tgh makan baru nak btau...

kedua, napa lak si mohd ni nak rasa dosa sgt sampai istigfar, puasa itu sunnat (walaupun tidak dinafikan hebat pahalanya)....

si ahmad pun satu...tak sayang mulut...statement diri sendiri dah terkena akhirnya. huk huk huk....(sekdr opinion)

Whitetulip Tales said...

Salam...

Kak Tinyyyyyyyy!!!!Rindu ne...!!!

Salam Aidilfitri, maaf zahir & batin yer..sayanggggggggg akak!!!

Kaktiny said...

ckLah > .... cklah kena kuat tau.. kena kawal makanan, kena jaga pengambilan ubat dengan teratur... semoga mampu meneruskan ibadat puasa sunat.. (tapi kalau memudaratkan kesihatan, jangan diteruskan.. jgn menzalimi diri sendiri utk perkara sunat.. dah kurang pahalanya nanti.. wallahu ’alam...)


iina > sekadar lelucon dialog di kedai kopi... hihihi...

Kaktiny said...

ryann > seloka senda gurau jer... hihihi...


blackcardomompods > M.A.L.A.S tu ler PENYAKIT yg takdak ubat!!.. huhuhu (sering jugak mengidap penyakit nih.. huhuhu)


ckLah > amboiiiii cklah… lajuuuuu jer dia eh… sebelum kite me’liurkan’ dia , dia dulu melirukan kite yer.. hahaha….

Kaktiny said...

EIZAM > entahleerr kan….. cuba tanya diaorg.. kenapa begitu dan kenapa begini.. kenapa tak begitu kenapa tak begini…. Kenapa camtu dan kenapa camni.... Hahaha….
Mungkin mereka TANPA SEDAR menuturkannya... dan mungkin mereka ada sebab mengapa menyatakannya... segalanya MUNGKIN... no right and wrong answer.... wallahu’alam.. (sekadar menjadi narator... hihihihi.....)..



Whitetulip > salam dear.. lamanya menyepiiiii… rindu aaaaaarrrr……
Salam sayaaaaannnggg jugekss.. hihihi..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.