Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, September 02, 2010

DOSA PALING BESAR!!.. lebih besar daripada berzina dan membunuh.


Kita selalu marah apabila mendengar berita dalam tv, dalam suratkhabar, dalam radio, dalam internet berita tentang penzinaan, pelacuran, pembuangan bayi, pembunuhan dan segala bagai maksiat serta perkara mungkar yang berleluasa. YA.. SEMUA ITU DOSA.. DOSA BESAR YANG JIJIK, YANG HINA, DAN YANG MELOYAKAN..

Jika ada sesiapa di sekeliling kita yang melakukannya.. KITA AKAN RASA BENCI, MENYAMPAH, MELUAT, GELI, JIJIK DAN MEMANDANG HINA PADA MEREKA!!...

Namun, tahukah kita bahawasanya ADA dosa yang lebih besar daripada dosa penzina dan pembunuh??..

YA!!.. ADA!!... APAKAH DOSA ITU??..

Dikisahkan satu kejadian di zaman Nabi Musa alaiyhis salam… (petikan diambil daripada pembacaan2 umum – bersumberkan rujukan : Buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy).

Diceritakan:
"Satu hari, ada seorang wanita berupa paras dan tubuh badan yg sangat cantik tetapi berwajah sugul, muram dan berjalan longlai sambil menyeret kaki menuju ke rumah Nabi Musa a.s untuk bertemu baginda.

Sesampainya di rumah Nabi Musa, wanita cantik tersebut merayu agar Nabi Allah, Musa membantunya untuk berdoa kepada Allah agar mengampunkan segala perbuatan keji dan dosa yang telah dilakukannya.

Nabi Musa bertanyakan kesalahan apa yang telah dilakukannya. Dengan rasa takut dan ragu-ragu, wanita cantik itu berkata, DIA TELAH MELAKUKAN PERKARA PALING HINA DAN DOSA YANG PALING BESAR yakni MELAKUKAN PENZINAAN.
Bukan setakat itu sahaja, daripada PENZINAAN itu, dia mengandung ANAK LUAR NIKAH dan telah melakukan PEMBUNUHAN dengan mencekik leher bayinya selepas melahirkannya!!!.


Nabi Musa a.s terkejut dan terlalu marah. Baginda mengherdik wanita itu “Nyah kau dari sini. Agar siksa Allah tidak jatuh ke rumahku. Pergi!!”. Bentak baginda, berang!.

Wanita cantik tadi berlalu dengan hati yang terlalu sugul. Menjalar keinsafan di jiwanya. Terasa hinanya dirinya dan terlalu malu berhadapan dunia, kerana apabila seorang Nabi Allah lagikan jijik memandang dirinya yang penuh dosa itu, apakah mungkin masyarakat sekeliling sanggup menerimanya?. Hatinya rawan memikirkannya dan mengenangkan dosa hitam yang tercatat dalam hidupnya.

Sepeninggalan wanita tersebut, Malaikat Jibrail telah diutuskan Allah mengadap Nabi Musa dan berdialog dengan Nabi Musa.

Jibrail : Mengapakah kamu menolak seorang wanita yang hendak bertaubat kerana insaf serta sedar dengan dosa silamnya?.

Nabi Musa : Kerana dia telah melakukan dosa yang paling besar yakni BERZINA DAN MEMBUNUH.

Jibrail : Tahukan kau bahawa ADA LAGI DOSA YANG LEBIH BESAR DARIPADA BERZINA DAN MEMBUNUH? Yang lebih dilaknat Allah?.

Nabi Musa : Adakah dosa yang lebih besar daripada yang dilakukan oleh wanita nista itu?.

Jibrail : YA, ADA!!.

Nabi Musa: Dosa apakah itu?.

Jibrail : ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA DAN "TANPA MENYESAL". ORANG ITU DOSANYA LEBIH BESAR DARIPADA SERIBU KALI BERZINA!!!.

Mendengarkan itu Nabi Allah, Musa a.s segera memanggil wanita itu dan memohonkan kepadanya pengampunan dari Allah. Ketahuilah baginda bahawa orang yang berzina atau membunuh, dosanya satu dan terhapus satu amalan pahalanya, apabila orang itu benar-benar bertaubat dengan taubatan nasuha dan tidak lagi mengulangi perbuatan kejinya, maka pintu pengampunan terbuka luas untuknya. AKAN TETAPI, ORANG YANG TIDAK MENDIRIKAN SOLAT, SEPANJANG MASA DIA HIDUP BERGELUMANG DOSA KEJI KERANA DENGAN SENGAJA INGKAR DAN DENGAN SENGAJA TIDAK MAHU MENGADAP ALLAH DAN TIDAK TUNDUK PATUH PADA PERINTAH ALLAH YANG UTAMA YAKNI SOLAT!!. "

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqada'nya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri daripada 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah 1,000 tahun di dunia - maknanya meninggalkan satu waktu solat dgn sengaja (meskipun telah mengqada'nya), tetap akan disiksa dengan siksaan neraka selama 28,800,000 hari??!!! (betul ke matematik aku yg fail nih??... aggghh tak kiralah!!.. yg pasti.. BANYAAAKK HARI!!!) .. tu, baru satu waktu, kalau setiap waktu setiap hari???... berapa ratus ribu juta tahun nk duduk dalam neraka???.... astagfirullahal ’azhiim. huhuhuhuhuhuhu...


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Renungan:-

Adakah anda beragama ISLAM?.

Adakah setiap hari anda berada dalam ISLAM?.

I- Isyak
S- Subuh
L- Lohor/ Zohor
A- Asar
M- Maghrib


Jika satu daripada waktu solat itu anda tidak penuhi (melainkan uzur yang dibenarkan), ANDA AKAN HILANG ”SATU HURUF” DAN TIDAK AKAN MENCUKUPKAN ’ERTI ISLAM’ PADA HARI ANDA ITU...

(BERAPA BANYAK HARI ANDA TIDAK “ISLAM”????)

JUSTERU ITU... jika kita hinakan si penzina, bencikan si pembunuh, MAKA, LEBIH HINAKAN DAN BENCIKAN YANG TIDAK MENDIRIKAN SOLAT!!... Jika ada ayah, ibu, kakak, abang, adik, saudara, rakan, sahabat, jiran, teman sekitar yang TIDAK SOLAT, mereka-mereka ini lebih hina daripada penzina-penzina dan pembunuh-pembunuh yang di sebut di dalam suratkhabar saban waktu dan juga mereka-mereka yang kalian tahu pernah atau telah melakukan perkara-perkaran kutuk yang dilaknat Allah itu... (andai jika mereka itu telah bertaubat - dan adalah malang bagi yang tidak bertaubat!!).

[INI PERINGATAN KERAS KHUSUS UNTUK DIRIKU SENDIRI... JIKA AKU BERANI LANTANG BERSUARA DI SINI, MENULIS MENGIKUT RENTAK BAHASA SESUKA HATI.. MAKA AKU PERLU MELAKSANAKANNYA!!!... JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!!!....- dan aku tahu, syaitan dan iblis sedang membaca ini dan sedang merangka strategi untuk membolak-balikkan hati aku untuk menyesatkan aku dan kita semua...]

Maka itu.. aku pohon jasa dan budi saudara seagamaku sekalian… dengan sesungguhnya aku mohon... TEGUR AKU, KUTUK AKU, MAKI AKU.. andainya ketika aku bersama kalian, kalian melihat aku mengabaikan solat.. ARAH AKU, PANGGIL AKU, HALAU AKU supaya bangun mengambil wuduk dan segera menunaikan solat jika aku masih leka ketika azan waktu sudah lama berkumandang tetapi aku masih bermalasan dengan megah menghitung nikmat dunia. TOLONG INGATKAN AKU JIKA AKU ALPA, LALAI DAN LUPA!!...

Andai kita sayangkan Allah, sayangkan Rasul, sayangkan agama, sayangkan bangsa... SAYANGI DIRI SENDIRI... jangan zalimi diri sendiri... maka itu baru kita akan rasa KEBAHAGIAAN DAN INDAHNYA AGAMA ISLAM JUGA MERASAI NIKMAT KASIH SAYANG ALLAH...

Semoga pengakhiran hidup kita semua dalam HUSNUL KHATIMAH dan DITEMPATKAN DI SYURGA ALLAH... (aku tahu, bahawa diri ini tidak layak mengidamkan syurga Allah.... kerana dosa yang masih bergunung berbukau... namun, aku takut neraka Allah... KEAMPUNAN ALLAH jua yang ku pohon saban waktu... KEREDHAAN ALLAH jualah yang kudoakan setiap detik, saat dan masa... Allahu Akhbar).

Owh.. ramadhan semakin menghampiri garisan penamat... Ya Allah... ampuni dosa-dosaku... berkatilah kehidupan hamba-Mu ini dunia dan akhirat.. Ameen.

16 comments:

Cikgooden said...

Lohor?...


dulu tok aku selalu sebut..semayang lahor...hehehe..

Kaktiny said...

cikgooden > belah utara kita mmg dok guna 'lohoq' nih.. aku pon baru tau (bila baca kisah tu).. patut la tok wan aku pon dok sebut.. semayang lohoq.. rupanya, ada nama lain bagi zohor.. betui la depa sebut dulu tuuh... aku je yg tak tau.. isy isy isy..

Anonymous said...

assalamualaikum..

kak, nak mintak izin c&p kat fb. boleh yer...

Kaktiny said...

Wa'alaikumsalam dik..

Sila.. sila.. tiada masalah.. dan tak perlu minta izin.. bukan hak akak ilmu ni dik.. semua dh tercatat dan termaktub dalam Al-Quran, sunnah, hadis dan periwayat.. akak cuma menyalurkan apa yg akak baca je dik...

.. dan sebagai ingatan utk diri sendiri..

dapat disebarkan sbg peringatan utk yang lain, tu kira dh bersyukur amat..

sila .. sila... jazakallah...

salam.

ckLah @xiiinam said...

Asslamualaikum...
ckLah datang untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin...

Terimalah kad ucapan maya di blog ckLah...


Jumpa lagi selepas Ramadhan melabuhkan tirai.

InsyaAllah.

aNIe said...

Salam Tiny...kadang2 kita tak sedar bahawa meninggalkan solat itu lebih besar dosanya...

Terima kasih Tiny kerana mengingatkan...

Akak pun nak share boleh?

Kaktiny said...

cklah > dah lawat blog cklah.. (kita berselisih lagi la cklah.. di trafik masa lampu merah.. hahahaha)..

InsyaAllah... kita bertemu lagi di aidilfitri...

Kaktiny said...

Kak Anie > tgh mengingatkan dan mentazkirahkan diri sendiri kak.. yg adakalanya suka ambil mudah.. dosa org dlm paper tu nampak sgt, kekadang dosa sendiri yg "tersengaja" tangguh2 solat sampai terbabas ni selalu je buat tak endah.. huhuhuhu...

sila share kak.. andai ianya bermanfaat utk dijadikan bahan bacaan ilmiah..

Anonymous said...

salam kaktiny

tmeksh kerana sd berkongsi n mengingatkn... betul ler kan
'tak gune hidup 1ooo thn, kalau
tak bersolat' um ~

Kaktiny said...

manje > ye benar dik.. lagu dan lirik tu sgt2 membawa makna yg dalam..
(teringat plak cerita Geng Surau - astro 106... hehehe.... tu kan lagu tema yg diaorg pakai.. hihihi).

anjang said...

ngeri juga baca entry ni....arwah apah aku dulu selalu sebut lohor

Kaktiny said...

anjang > aku tgh mentazkirah diri sendiri ni anjang oii.. huhuhuhu...
betulla.. arwah tok wan aku kat utara semua sebut zohor tu 'lohoq'..

Catwoman said...

Salam Akak Tiny.....

Amat m`insafkan bila m`baca kisah ni......

TQ kerna b`kongsi kisah ni dgn semua kita di sini....

:)

Tijah said...

mmm...org yg tau hukum hakam ni, pandai cakap pasal agama tapi buat gak dosa...lagi la "berat" ek?

Kaktiny said...

catwoman > salam dik.. sekadar peringatan utk diri senidri dan bagi mereka yg mahu mengambil peringatan.. diri ni mudah sgt lalai dan leka.. huhuhu..
semoga kita semua mengambil iktibar.. solat tiang agama.. runtuh tiang, runtuhla rumah.. tak solat, tak de la imannya.. tu yg kacau bilau tu.. huhuhuhu..

Kaktiny said...

tijah > sebab tu aku nk selalu muhasabah diri.. tak mau cakap tak serupa 'tulis'.. sudahnya menipu diri sendiri.. (dan pastinya menipu Allah...).. tak pasai2 cipta 'dosa' free.. nauzubillahimindzaalik.. moga Allah jauhkan..

Ingatkan aku kekalau hang tgk aku setakat "SETAKAT PANDAI TULIS, TAPI TAK SERUPA BUAT".. - kutuk aku depan2 pon takpa.. lagi baguih.. supaya aku sedaq diri skit.. buleh kan nok!..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.