Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, March 31, 2011

Wahai Anak : Penatlah!.

Dialog si ibu dan si anak perempuan itu lagi!.

Kakak : Ibu, kakak penat la dengan adik ni!.

Ibu : Kenapa pulak?. Apa yang adik buat sampai kakak PENAT sangat nih?. Tak ada pulak Ibu nampak kakak lari kejar adik atau kakak lari daripada adik. Ibu tak nampak kakak tercungap pooooonnn... (kata ibu berjenaka)

Kakak : Bukan penat lari. Kakak penat adik asyik nak koyak buku kakak nih!.

Adik : Mana adeeeeeeee..... (6 harkat panjaaaang ditariknya 'penyangkalan' terhadap 'TUDUHAN' kakaknya).

Kakak : IYA!. ADA!. (tegas sungguh!.. layak ni jadi DOKTOR GIGI MUSLIMAH!.. cabut gigi tu, CABUT! Hahaha.. Ibu sempat bermonolog)...

Adik : Taaaaakkkkk.... Adik cuma pegang je. Adik nak baca je... (terus rampas buku dari kakaknya).

Kakak : Adik tak pandai baca. Bak la kakak ceritakan.. (cuba nak merampas kembali buku tersebut, tapi telah terlebih dahulu si adik duduk di sebelah Ibu).

Adik : Adik pandaaaaiiiii.... (sambil baca.. "cip cip cip anak ayam jumpa tikus ular kejar siput".. entah apa butir pon tak tahu dah! Owh bujangku sorang..!!!..)

Perlahan....... Ibu mengambil 'henpon' dan 'snap' gambar si adik... kahkahkah.... (tak senonohkan Ibu nih.. hehehehe).



(gambar si adik dengan buku kakaknya yang berjaya di rampas!. Buat muka garang tak bersalah!.. umpama kakak dia pulak yang nak rampas buku dia.. Wahai!... Bertuahnya hufazzan Imam Muda Ibu nih!.. Allahu..)

Kembali semula kepada kakak.

Ibu : Kakak, sebenarnyakan... adik teringin nak sekolah macam kakak, nak ada buku macam kakak. Tapi adik kan kecik lagi. Sebab tu adik selalu ambil buku kakak. Sebab dia tak ada buku macam kakak tu. Adik koyak buku kakak sebab kakak suka rampas balik buku tu daripada tangan dia.

Kakak : Tapi, nanti adik conteng buku kakak.. pastu adik koyakkan... Nanti teacher Mahani marah! (owh.. teacher itu yang ditakutkan.. hehehe... mesti ada pengalaman kena tegur dengan teacher itu agaknya.. sebab tu takut benar buku dia dikoyak atau diconteng adiknya).

Ibu : Macam ni. Kalau adik nak buku kakak, kakak cakap macam ni, "Ni kakak bagi adik pinjam buku kakak, tapi jangan conteng, jangan koyakkan. Lepas baca adik pulangkan semula pada kakak!".

Kakak : Ok. (sambil berpaling kepada adiknya).

Kakak : Adik. Baca buku kakak tu baik-baik tau. Tapi adik baca je tau, tapi adik jangan conteng, tapi adik jangan koyak, tapi adik kena pulangkan tau!. (banyaknya TAPI... ni dah jadi ayat perintah dah nih!.. haish!).

Kakak (lagi) : Kakak PENAT la adik asyik conteng buku kakak. Nanti teacher Mahani marah kakak sebab adik conteng buku kakak. Kakak PENAT tau dengar teacher marah!.

Ibu nak tersedak dengar. Hamboooii.. Perkataan ”PENAT” itu muncul lagi. Betul-betul PENAT nih!. Hahaha....

Ibu : Kakak kena marah dengan teacher Mahani tu ke? Banyak kali ke?. (Ibu mengalih perhatian kakak daripada adiknya, Ibu mengorek cerita).

Kakak : Teacher Mahani kata kakak doesn’t know how to take care of my book!. Kakak nak cakap yang adik yang conteng, tapi…. kakak takut… (serta-merta ada cebik di bibir dan ada mendung di birai mata.. owh… itu rupanya).

Ibu : Takpelah, kalau kakak tak tahu nak cakap, kakak just say "I am sorry teacher".

Kakak : Tapi Ibu… (cuba untuk menegakkan sesuatu..)

Ibu : Kakak.. tak kisah la siapa betul, siapa salah. Ibu tahu kakak nak cakap yang adik yang salah kan.. Tapi, tak rugi kalau kakak just say sorry to your teacher. Yang penting, Allah tahu itu bukan kakak yang buat. Kalau kakak bagitau teacher, bukan teacher boleh datang marah adik, teacher tak kenal adik pun. Kakak umpamakan kakak say sorry on behalf of your brother. If we love our sibling, Allah will love us more.. betul tak?.. Ibu pun tak pernah PENAT untuk doakan kakak dengan semua orang walaupun kadang-kadang kakak buat Ibu "PENAT" dengan perangai kakak yang kuat merajuk tu. (hehehe.. dapat gak gunakan ayat tu kat dia.. kehkehkeh).

Ibu (lagi) : Nabi Muhammad pun tak pernah PENAT untuk selamatkan umat Islam. Allah laagiilah tak pernah PENAT dengan kita semua. Kalau Allah PENAT dengan kita, mesti dah lama semua orang mati, sebab setiap hari kita ada buat salah dengan Allah tapi kita selalu lupa nak minta maaf dengan Allah. Sebab kita ni berlagak!. Tapi, Allah masih sayangkan kita. Dia masih bagi kita hidup bahagia.

....tarik nafas dalam… menyeka sendu di tabir jendela hati sendiri…cuba kembali mengatur ayat, agar tidak tersasar mengikut bisikan iblis yang menghimpit, mencampur adukkan emosi diri dengan nawaitu tarbiyah untuk si anak.. bimbang beralih niat!.. Astaghfirulahal 'azhiim.

Ibu : Jadinya, kakak jangan pernah PENAT untuk minta maaf. Dan, kakak juga mesti sentiasa mahu minta maaf kepada orang dan kepada Allah. Sebab Allah tak pernah PENAT dengan kita. Allah tak pernah PENAT bagi kita bahagia. Sebab tu kakak bahagia sekarang ni kan. Kakak ada Ibu, ada abah, ada adik, ada mak tok, tok ayah, tok mak, tok ayah muar, mak long, pak cik, pak su…..

Adik : Ada shina, leesya, nini, abang..kakak (habis semua anak-anak mak longnya disebut… kalau biarkan, mesti semua nama sepupu sepapat mak pak sedara yang disebutnya!.. haishh… menyampuk dan menjawab pulak anak bertuah nih!.. Okeh, Second Child Syndrome.. Admit!.. hahahaha)..

Kakak : Adik ni kan.. suka menyibuk!. PENAT kakak dengan adik ni tau!. (perkataan "PENAT" itu juga yang disebut.. hahahaha).

... dan perang mulut pon berlaku.... grrr grrrr grrr.....

Okehlah, nak nasihat pun dah tak makan saman dah time nih...
Suka hati koranglah Nak!. Ibu nak tengok sejauh mana korang nak perang mulut... sila berperang sampai korang berdua PENAT..

Sekejap lagi.. dua-dua kena salam minta maaf balik.. tak kira siapa betul siapa salah.. DUA-DUA KENA MINTA MAAF DAN SALING MEMAAFKAN!!.. That’s the RULES OF THUMB!..

Tapi wahai anak-anakku... Ibu takkan pernah PENAT untuk melihat gelagat kalian, wahai anak-anak bertuah Ibu yang Ibu sayang... SUNGGUH!.

IBU SAYANG KALIAN. KALIAN ADALAH ANUGERAH ALLAH YANG SUNGGUH BERMAKNA KEPADA IBU..

Makanya, Ibu mohon benar agar kalian kembali kepada Allah nanti juga dengan penuh makna sebagai hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Ameen.

Ya Allah... aku redha mereka sebagai anak-anakku...
Aku sayang mereka di atas limpahan kasih-sayang-Mu kepadaku Ya Rabb..
Aku cinta mereka dengan meneladani rasa cinta Baginda Rasulullah kepada kami, umat-umat Baginda..

Peliharalah anak-anakku dan sekalian umat Islam ini dunia dan akhirat. Ameen.

Firman Allah yang bermaksud: "....Ya (Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 112).

Ampunkan kami di atas kekhilafan kami Ya Allah, dari segi bahasa yang kami tersalah tutur, dari segi ayat yang kami tersalah sebut, dari segi perbuatan yang kami tersalah atur, juga segala kesalahan kami samaada yang kami sengajakan atau tidak, sedar atau tidak, faham atau kurang jelas kerana kelemahan diri dan kejahilan ilmu kami...

SESUNGGUHNYA YANG MAHA SEMPURNA ITU HANYALAH ALLAH AZZAWAJALLA... ALLAHU RABBI.. YA DZALJALALIL WAL IKRAM..




Aku mohon redha-Mu Allah.. Redhai kami semua. Ameen.




.

11 comments:

amirhisham said...

Nureen cakap kat teacher mahani..."macam saya nak jaga buku2 saya sebab bab cara menjaga buku cikgu belum ajar lagi" hehehehe

Kaktiny said...

amir > ayat bujang lapok tu hang buleh ajaq kat zaqwan!!.. hahaha...
(nanti nureen ckp, "Pakcik tolong cakapkanlah, kakak tak tahu nak cakap macam mana!".. sesilap dia ajak hang pi jumpa cikgu dia.. anak buah hang tu kan LURUS BENDUL, macam maklong dia!.. kehkehkeh).

Makbonda said...

Betul Tiny,anak-anak sekarang suka guma perkatan PENAT. Zaman kanak-kanak Makbonda tidak reti rasa penat atau pening kepala,sehinggalah 10 tahun ke atas.

Samada kurang perbendaaraan kata atau tidak reti meluahkan rasa.

Mendidik anak-anak memang perlukan ibubapa yang berilmu,nak menanamkan konsep "minta maaf"tu sukar,jika terlepas pandang terbawa-bawa ke dewasa..... hasilnya virus dendam terus menapak dan menjalar.

Kaktiny said...

makbonda > betullah kan makbonda... 'PENAT' sungguh la hidup diaorg yg setakat pegi sekolah, makan, mandi, tido, buat homework, layan adik beradik.. grr grrrr grrrr... hihihihi..

betul kan makbonda.. didik anak skrg selain doa, mmg kena ada ilmu.. cabarannya lagi besar.. huhuhu.. bimbang sgt!.

pasal tu le tiny kerap menjelajah blog-blog terutamanya para ibu yg banyak asam garam hidup.. nak mencari maklumat dan mencernanya menjadi ilmu utk mendidik diri dan anak-anak..

sudi-sudikanlah berkongsi kisah ye makbonda.. utk panduan bg ibu ini yang anak2nya masih kecil dan perlu bimbingan dan teladan..

Jazakillahu Khairan Kathira..


:)

.

Serindit Biru said...

yg si teacher mahani tu pun satu..knp dia nak charge sgt accountability and responsibility kat budak yg baru 6 thn..dia expect bdk 6 thn bole jg barang dgn baik mcm org dewasa ke,lg2 ada adik lelaki...(geram plak kat cikgu mahani ni hehe..)

Kaktiny said...

serinditbiru > ALAMAK!.. makngah nureen dtg serang daaa... hahahahaaa....

bagus jugak teacher mahani tu tegur dia.. kalau tidak, asyik nak sepah2kan buku sekolah je.. bila kena tegur camtu, baru dia tau sayang dan nk jaga buku-buku sekolah dia, simpan baik-baik drpd di usik dek si bujang tuh.. hihihi.. (mana la teacher mahani tu tau nureen ada adik lelaki.. kuikuikui...)

.. tapi, tengok eh.. dia lagi ingat apa yg teacher dia cakap drpd apa yg IBU MELALAK BEBEL dari awal tahun dulu pasal buku sekolah dia...

So.. I should thanks to teacher Mahani to really "TEACH HER A LESSON"!.. hehehe...

jgn marah2 makngah, makngah tu tgh membawa budak.. marah2 tak baik utk tumbesaran embrio.... kehkehkeh..

.

suara said...

Memang seronok memerhati gelagat anak-anak yg tgh membesar, kan tiny?

Su selalu perhatikan anak-anak saudara. Gelagat mereka memang menjadi bualan keluarga.

Aduhai...

Kaktiny said...

Su > gelagat diaorg memang tak pernah surut Su.. mcm laut yang ombak.. adakalanya seronok main ombak, ada kalanya 'ngeri'.. hihihi..tapi, mmg mengasyikkan.. (mcm ada kat laut yg berombak)..
.. memang sesuaila pepatah, 'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai'..

Di hari Jumaat yang mulia ini, di antara dua khutbah Jumaat yang sedang berlangsung.. tiny mohon ke hadrat Illahi agar Allah berikan keizinan dan rahmat-Nya kepada Su dan suami untuk memperolehi zuriat sendiri. Ameen.

InsyaAllah.. dengan izin-Nya, mudah-mudahan Allah permudahkan.. ameen.


Sesungguhnya benar, DIA yang Maha Mengetahui.. dan Allah jua yang berhak menentukan segala sesuatu.. namun, sebagai hamba-Nya, kita diberi hak untuk berdoa dan meminta.. SENTIASA.. dengan hak milik Allah yang diberi kepada hamba-hambaNya ini, tiny mohon kepada Allah, semoga Allah makbulkan doa-doa kita semua.. ameen.

iina said...

kKss my two lovely kids.. and tell nureen.. Ingat lagik tak pesan mama ina.. "Dengar cakap ibu dan belajar rajin2" hehehe.. cakap mama ina dah pesan kan ari tuh.. be a good gal..

Ayat penat nie mmg best guna tapi kalau mahu fikir penat manjang semua takkan selesaikan.. ;)

Kaktiny said...

iina > wokeh dear, aku akan suruh nureen baca sendiri komen ko untuk dia.. hihihi...

sekarang ni nureen tengah angin nak membaca je.. habis semua entri aku dibacanya.. pastu siap kena buat penerangan plak tuh kat dia.. kenapa macam ni, kenapa macam tu, kenapa ibu sebut ini, kenapa tulis begitu.. haduuuhhhh...

soalan bertubi2.. PENAT IBU!!!.. hihihi... (ni nanti dia baca komen ni mesti dia merajuk, bukan boleh tulis pasal dia.. macam la orang kenal dia sangat!!.. hahaha)

ibundo said...

tiny,
kita pun tengah penat ni. Besok kita ada sukan tadika. penat nguruskan banyak benda.

cium pipi anak berdua tu.
Tu baru dua je tiny oi. Kok dah lapan macam kakpah ni.. dah tak terkata dah dia punya penat kehkeh..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.