Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, April 29, 2011

Kata.. Fakta.. Auta.. Fatwa.. atau sekadar RASA?

Statement: Alaah… Tak guna kalau bertudung, tutup aurat segala bagai, solat tak tinggal la kononnya, tapi.. mulut tu masih dok megumpat, mengata orang. Lebih baik mcm si fulan si fulan tu, yang walaupun tak pakai tudung tapi tetap solat tak tinggal , baik pulak tu dan takde la mengata orang.

Pada mulanya aku SANGAT mengambil kata-kata ini dengan menempelak kembali (dalam hati) kepada orang yang berkata-kata sedemikian seakan membenarkan perlakuan "TIDAK PERLU MENUTUP AURAT" .. dan seolah menyokong sangat yang sedemikian itu lebih mulia!. Marah dan geram beraja di hati, tetapi, demi kemaslahatan perhubungan dan ukhwah persaudaraan, aku memilih untuk diam lebih baik daripada bercakap, hanya berdoa dalam hati agar Allah memberinya dan si fulan itu hidayah ~ OH! Sungguh selemah-lemah iman di dadaku!

NAMUN, seketika, datang pula satu suara ‘nafsu emosi’ berbisik dibirai telinga aku:- ‘Alah, dia tu, yang bercakap macam tu pon kiranya mengumpat la tu.. kalau tidak, kenapa nak cakap macam tu kat orang yang bertudung dan bersolat?. Iya ka yang TAK BERTUDUNG tapi SOLAT tu TAK PERNAH LANGSUNG MENGUMPAT DAN MENGATA.. tengok yg tu pon macam lajuuuu je dok ’bercerita’ perihal orang!!..

Sedang asyik leka menjuih bibir kiri tepi kanan, tiba-tiba ada satu 'DUSH'!!.. Terasa satu tamparan kasar di dada (dan di kepala hotak!!)!. Pedih dan perit!.

Satu sudut HATI NALURI aku bertanya kepada NAFSU EMOSI.

~ Kenapa kau terasa weihh? Apa kaitannya ‘statement’ di atas tu dengan kau?. HAH!. Ni mesti kau pon dok buat benda yang sama, pasal tu kau terasa kan kan kan!..

~ Makna kata, kau terasa sebab kau yakin agaknya, orang yang menutup aurat itu adalah kau!. Kau yakin agaknya orang yang solat tak tinggal itu kau! Dan KAU YAKIN AGAKNYA, ORANG YANG MENUTUP AURAT DAN BERSOLAT TAPI TETAP MENGUMPAT MENGATA ITU KAU!!!...

KAN KAN KAN????!!!!...

Tiba-tiba nafsu emosi aku mentertawakan aku dengan berdekah-dekah mendengar kata-kata hati naluri aku yang mencela dan mengutuk diri aku sendiri!.. CHAITSSSSS!!!..

Membaca kembali entri-entri lepas, KONON asalnya aku berazam ingin menjadi orang yang berjaya seperti yang difirman Allah dalam kalam-Nya yang suci.
Firman Allah bermaksud:
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Al-Quran Surah Ali-Imran 3 : Ayat 104)
Tetapi.. MALANGNYA!, aku terlupa diri!!..

Aku bersungguh membaca surah ke-3 Al-Quran yakni Surah Ali-Imran tanpa terlebih dahulu merujuk surah ke-2, yakni surah Al-Baqarah yang bermaksud demikian.
Firman Allah bermaksud:
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 44)
Triple cheh chaits chesss utk aku!!.. (tak dak akai ka???!!.... huhuhuhuhu....)

Teringat dialog dengan mak perihal ini:

Mak: Tak payah nak pening kepala susah hati untuk orang. Mulakan dengan susah hati untuk diri sendiri!. Bila hati dah kuat, iman dah mantap, perasaan tu semua takkan ada lagi. Kadang-kadang, nak nasihatkan orang ni, takyah pakai mulut pon takpa, bile depa tengok kita baik, secara automatik depa pun nak jadi baik. Macam pi masjid la. Orang semua tau yang masjid tu tempat mulia, nak masuk masjid kena tutup aurat, takyah suruh pon, kalau depa kena pi masjid, depa tutup aurat. Tapi, cuba suruh pi makan kenduri kat hotel, yang tutup aurat tu pon silap-silap pakai baju ketat, pasai depa tau yang hotel tu tempat bergaya, tempat tayang segala bagai.

Mak lagi : Jadinya, toksah dok risau dosa orang. Risaukan dosa diri sendiri dulu. BETUI ka kita ni dah CUKUP BETUI?. Kadang-kadang bila kita rasa kita DAH CUKUP BETUI, tu la YANG TAK BETUI TU!. Pasai yang dok kata kita BETUI tu NAFSU. Orang beriman tak berani cakap dia dah BETUI, sebab sapa yang tau kita ni BETUI ka tak BETUI HANYA ALLAH. YANG SEMPURNA ITU HANYA ALLAH!.

Aku : Allahu. ok ok ok mak.. mak betui.. sangat betui betui betui... paham paham paham.. (ok mak, anak mak nni yang kena dok perbetui diri sendiri sebelum dok tunding jari tengok orang tak betui dan asyik dok nak betuikan orang..).

Mak dah merungkaikan kusut nafsu di hati aku. Aku dah dapat jawapannya!.
Sayang Mak!. Muahs muahss muahss...

YA! Mulai hari ini, aku berazam untuk MEMPERBAIKI DIRI.

Di antara cara memberikan nasihat yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Sallam adalah dengan perkataan-perkataan yang baik dan dengan merendahkan suara.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu:

Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Sallam bersabda:
”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata baik atau diam...” (HR. Bukhari dan Muslim).


DI MULAI DENGAN ~ MENYIMPAN AIB DIRI SENDIRI DAN JUGA AIB SAUDARA ISLAM ~ SEMOGA DENGAN ITU, ALLAH JUGA MENYEMBUNYIKAN AIB DIRIKU DUNIA DAN AKHIRAT!. Ameen.

- Ketika aku bercerita / mengumpat / mengata perihal aib orang lain ~ sebenarnya aku membuka aib diriku sendiri ~ yakni keaiban diriku yang sedang mengumpat / mengata yang silap-silap boleh membawa kepada fitnah!.

MENGUMPAT ~ adalah memperkatakan perihal BENAR tentang saudaramu!. (Hukumnya memakan bangkai saudara yang diumpatkan!)
FITNAH ~ adalah menceritakan atau menokoknambah umpatan dan menyebarkan berita TIDAK BENAR perihal saudaramu!.
(Hukumnya sama seperti membunuh nyawa manusia!)

Dua-dua BERDOSA!. (aaaaaarrrrrrrrgggggggg!!!!.... huhuhuhuhu)

Jika cerita yang disampaikan itu membuatkan saudaramu (diketahuinya) tersinggung, tidak suka, kecil hati, benci dengan perihal yang disampaikan, MAKA KETIKA ITU, ALLAH MELAKNATIMU!. Mahukah??! Allahu!. (tak maaaauuuuu laaaaaa!!!... huwaaaaa waaaa)

Pendek cerita ~ aku kena mula untuk ’SAY NO TO MY MOUTH UNTUK MENGATA ORANG, waima bercerita perihal buruk orang pon aku nak cuba elakkan (JUJUR!, saat dan tika ini aku tak kuat untuk TIDAK 'MENGATA' PERIHAL ORANG.. ada sahaja perihal kamu, dia, juga mereka itu yang aku 'SEBUTKAN'.. kekadang, sambil dengar ceramah, perihal ceramah yang di utarakan dek ustaz penceramah tu pun aku 'umpat' dengan cik abang dalam kereta...!! haish haish haish!! MALU MALU MALUUUUUU!!!....)

Kata para ulama':-
"Sesiapa yang menasihati saudaranya secara bersendirian, perbuatannya itu adalah nasihat. Sementara sesiapa yang menasihati saudaranya dihadapan manusia, sesungguhnya dia telah mencelanya.".

The morale of the story to me:
"NAK MULAKAN DAKWAH, ADALAH, MEMULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI. KALAU DIRI PON TAK BETUL, JANGAN PERASAN NAK BETULKAN ORANG!!!..."

Peringatan untuk diri sendiri :
Satu aib saudaramu kau simpan, maka satu aibmu Allah sembunyikan. Satu aib saudaramu kau sebarkan, sepuluh aibmu disebar dek mulut orang ke telinga orang dalam gandaan 10, dan di akhirat kelak, aib itulah yang akan malaikat war-warkan dan semua mencemuhmu kerana keaibanmu itu!. NAK KE??... NAK KE?... SENDIRI MAU INGAT HA!!!...(waaa waaa waaaa.... tak nak tak nak tak nak!!... tapi, camner eh?... uishhhh... LEMAHNYA IMAN AKU!!! Astaqfirullahal ’azhiim!!).

Ingat ini wahai diri:
"JIKA HENDAK MENEGUR DAN MENASIHATI ~ DO IT AS ONE TO ONE BASIS ~ DO NOT SHOW IT TO PUBLIC!!!. ITU BARU NAMANYA DAKWAH.. KALAU TIDAK, BAIK 'TAKYAH'!!!!..."

~ yang aku yakin betul, Blog aku ini (serta yang aku tahu betul yang aku pilih), adalah satu daripada timbunan "Buku Motivasi" utk aku dan anak-anak aku.. maka itu, salah satu cabang untuk aku mentarbiyah diriku sendiri adalah melalui baitan ayat di blog aku sendiri!!.. TITIK!.



Oh ya.. teringat aku akan FATWA KAUM BERUK oleh keretamayat.. eh eh.. silap.. FATWA KAUM "KERA".. hahaha... (gelak tu gelak jugak tiny... pandang dari sudut yang boleh perbaiki diri.. JANGAN JADI BERUK KERA BETINA PULAK!!!). GULP!!





Ya Allah.. redhai kami semua. Ameen.


.

.

Wednesday, April 27, 2011

Sahabat, Teman dan Rakan.

Dulu… masa aku ‘menyepi 4 bulan’.. (uish.. diam tak diam, dah 2 tahun berlalu eh.. hihihi)... dalam tempoh itu, banyak perkara yang aku renungi dan hayati.. dan kembali bermuhasabah serta mentarbiyah diri.. Kisah-kisah yang berlaku sebelum kejadian 4 bulan diam itu, impaknya terlalu banyak..

Masa kejadian-kejadian berturut-turut yang bertimpa-timpa itu (penggunaan perkataan berganda yang melampau - tatabahasa FAIL di sini!!.. hahaha..), rasa perit, sakit, pedih, semua rasa bersatu menjadi beban yang sangat berat untuk aku galas di pundakku.. secara sendiri..

YA.. aku akui.. aku sendiri tidak kuat untuk berhadapan dengan masalah demi masalah dengan hanya sekadar MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRIi.. rasa itu perlu diluahkan.. beban itu perlu dikongsikan.. bukan untuk menagih simpati.. bukan untuk mengharap ehsan, hanya sekadar untuk melepas lelah.. mengurangkan amarah.. menumpang semangat pada bahu teman yang sudi mencelah.. dan aku pasti, bukan aku sahaja sedemikian, kita semua juga sama.. kerana.. ITU FITRAH MANUSIA…

Aku teringat ketika itu, aku mencari TOKMA (jiran tersayang).
Duduk di sampingnya di pondok kecil tempat bersantai sambil mengadap kolam ikan mini serta bagi makan ikan-ikan kaloi kesayangan tokma, hati terasa amat tenang dan damai di Alam Damai..hihihihi.. (rindu dengan suasana itu.. huhuhuu)..

(gambar kenangan di 'pondok dan kolam tokma... hehehe.. serta ikan koi yg gumuksss itu..)

Teringat Pesan Tokma ketika itu..
"Cari kawan tu, kena pilih-pilih jugak. Boleh untuk berkawan dengan semua orang, tapi, untuk rapat bercerita, hanya dengan yang benar-benar boleh kita percaya. Setakat kawan blog tu, cari je yang makcik-makcik macam tokma ni, banyak pengalaman dan pengajaran. Tak payah cari yang muda-muda yang asyik nak berseronok je, kita tu kan bini orang, mak orang. Susah-susah sangat, kawan je ngan ikan-ikan kaloi kita yang gemuk-gemuk ni. Tenang je hati." pesan tokma masih sempat bergurau..

(Owh.. aku rindu tokma.. rumah kami sepelaung je.. tapi, nak jumpa.. ASTAGHFIRULLAHAL 'AZHIIM.. punyalah payah.. tak tau la apa yang kami sibukkan.. huhuhuhuhu... kalau bertukar juadah pun, sempat hantar kot depan pagar je, tak sempat nak singgah berbual... TOKMA.. I MISS U... huhuhuhu).

Dan lagi...

Aku sangat setuju dengan jawapan-balas-komen MakBonda kepada Bonda Ngasobahseliman di salah satu daripada entrinya:

“Saya bercakap begini sebab saya masih dalam keadaan waras,jika dalam keadaan kesakitan seperti kamu,belum tentu saya dapat berfikir dan bertindak dengan waras. Semoga ada insan yang membimbing saya. Kisah kamu juga menjadi ilmu kepada saya untuk muhasabah diri."

Ya… sangat benar kata-kata MakBonda itu..

Maka itu, jika kita bermasalah, jangan di cari orang yang berhadapan masalah yang sama dengan kita.. jika kita berhadapan dengan sesuatu beban, jangan diminta pertolongan dengan orang yang bebannya sama dengan kita.. kerana hasilnya nanti MUNGKIN mengundang lebih banyak musibah daripada maslahah!..

Dan lagi.. kita harus bijak memilih kawan untuk bercerita dan berkongsi berita.. pilih yang tahu menyimpan 'aib' anda.. bukan yang akan mencanangkannya ke serata dunia.. and it is VICE-VERSA ~ where, we also should be the same.. yang perlu menjaga rapat perihal aib teman.. (YA ALLAH, JADIKANLAH AKU TEMAN YANG TAHU MENJAGA AIB TEMANNYA SERTA DIJAGA AIBKU YA RABB!!...ameen).

Contoh 1 – Jika anda berhadapan dengan masalah rumahtangga, jangan diminta pendapat daripada orang yang sedang di ambang perceraian, kerana pendapatnya bisa mengheret masalah anda ke jurang yang lebih merbahayakan hubungan rumahtangga anda.. Tanyakan pendapat kepada seseorang yang rumahtangganya aman dan bahagia, mungkin di situ anda akan nampak hikmah dan jalan yang terang (dan anda harus kuat untuk melawan rasa cemburu, amarah, sakit hati melihat kebahagiaan rumahtangga teman anda itu. Anda kena akur dan redha dan bersyukur mempunyai teman sebegitu.. bukan mendoakan dia berhadapan masalah seperti rumahtangga anda!!).

Contoh 2 – Anda seorang yang boros belanja. Anda tidak dapat mengawal perbelanjaan bulanan dengan berhemah. Tetapi anda berkawan dengan teman yang juga boros berbelanja atau yang sememangnya 'mudah berbelanja' sewenangnya. Itu adalah malapetaka untuk anda!. Anda pasti terbeban perasaan dan paling ngeri terbeban dengan HUTANG!! huhuhuhu.... Carilah teman yang berhemah dalam berbelanja dan dapat membantu anda mengawal perbelanjaan anda!..

Justeru, kita perlu tahu 'menilai' kawan.. cari yang boleh membantu dan 'menyelamatkan' serta memperingatkan kita untuk 'memperbaiki' diri kita menjadi yang lebih baik, bukan yang membawa kita hanyut dunia dan akhirat..

Kita perlukan bimbingan dan dorongan daripada persekitaran yang baik kerana kita, MANUSIA INI, ADALAH MAKHLUK YANG JAHIL DAN MUDAH BENAR TERLUPA!!.. ... ITULAH MANUSIA!!..

Manusia ini sifatnya mudah lupa.. "TERLUPA".. Ya.. cuba singkap makna bahasa arab kepada perkataan TERLUPA.. ianya adalah ‘نسي’ (nun-sin-ya) – bukankah itu asas kata nama MANUSIA?..

Dan lagi... yang paling utama.. APA JUA MASALAH ATAU BEBAN ATAU BERITA SEDIH, GEMBIRA MAHUPUN SUKA... CERITAKAN KEPADA ALLAH.. ADUKAN KEPADA YANG MAHA PENCIPTA..

Bukanlah Allah itu sangat dekat?.. Lebih dekat daripada urat nadi kita sendiri.


Firman Allah : "Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Dan kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri" (Al-Quran Surah Al-Qaf 50 : Ayat 16).

Maka itu.. Jangan 'tinggalkan' ruang untuk berbicara dengan Allah.. andai sahaja Allah 'meninggalkan' dan tidak mahu lagi ’berbicara’ dengan kita... APAKAH??!!.. owwhhhh.. tidaaaakkk!!!...

Dan.. aku sangat-sangat bersyukur ke hadrat Illahi.. kerana Allah telah mengurniakan aku kawan-kawan, teman-teman, sahabat-sahabat yang sangat memberi manfaat dan kemaslahatan kepada diriku.. mereka-mereka ini amat aku sayangi, sanjungi, serta dapat aku teladani perkara-perkara baik daripada mereka..

Sabda Rasulullah saw:
Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, dikurniakannya seorang teman yang saleh. Apabila terlupa diingatkan dan apabila teringat ditolong oleh temannya itu. (wallahu 'alam)

Ya, aku akur, setiap kita punya kelemahan diri, citarasa dan padangan yang berbeza.. tapi, apalah sangat ertinya garisan-garisan perbezaan kita itu, jika kita mampu bertemu di satu titik persamaan yang membahagiakan.. kerana Allah, untuk Allah, demi Allahyang telah menjadikan hubungan persaudaraan itu satu pertalian yang ikatannya sampai ke akhirat kelak..

Sabda Rasulullah: "Tidak ada seorang jua pun yang bersahabat dgn orng lain walaupun satu saat sahaja, kecuali dia akan ditanyai pada hari kiamat nanti tentang hak persahabatannya, apakah dia telah tunaikan padanya hak Allah atau tidak. ” (Wallahu ‘alam)

Untuk itu juga.. aku sangat-sangat bersyukur... kerana Allah telah menemukan aku dengan seorang insan yang aku hormati, sanjungi serta sayangi (meskipun perkenalan bermula hanya di alam maya - BLOG). Terima kasih Allah, kerana menggerakkan hatinya untuk bertemuku dan telah memudahkan pertemuan ‘singkat’ kami sehingga terasa amat berat untuk melepaskan pelukan perpisahan (kalau tak pasal guard tu ketuk cermin kereta, mau sejam pulak sessi ‘salam perpisahan’ tu dalam kereta.. hahahahaha)..

Terima kasih cklah.. pertemuan denganmu (yang sungguh ayu orangnya... dan pemalu juga ~ sungguh kan.. hihihihi), amat dihargai… dan dikenangi.. jangan serik datang lagi ye cklah.. LUV U… muahs muahs muahs.. hihihihi..

(kaklong, sahabatku sayang… nanti aku penuhi permintaanmu untuk huraikan maksud status wall FB aku itu di blog ini ya yang.. hihihi).

Terima Kasih Allah.. di atas segalanya pemberian-MU.. Sungguh aku bahagia..

Aku mohon hanya redha-Mu Allah.. Redhai kami. Ameen.









.

Thursday, April 21, 2011

TERLALU DEWASA!.


YA!. Emosi aku memang kalah andai berita-berita begini tersiar.. sangat kalah.. jiwa kacau aku meronta.. jiwa murni aku sering terkandas dibelakang... (dah tak menyempat nak simpan entri.. nak jugak tulis.. haish!!..)

Aku tidak kuat untuk TIDAK BERKATA tentang perkara yang berkaitan aib, berkaitan maruah, berkaitan agama yang dipersenda secara MEMB*B* B*T*.. (lebih baik buta huruf daripada BUTA IMAN!!) – meski bersungguh aku cuba untuk tidak bersuara, tetapi.....haish!..

Membaca kenyataan yang sungguh berani.. sungguh-sungguh berani!.. Aku masih menggeleng tanpa henti!..

HEBAT (B*D*H) MANUSIA ABAD INI..

PERKARA DOSA BAGAIKAN RANCANGAN REALITI HIBURAN..
PERKARA AIB ADALAH SESUATU YANG OK, YANG BOLEH, YANG ASYIK UNTUK DIJAJA, DIBONGKAR, DISELONGKAR, DICANANG, DIWARTA KEPADA SELURUH MANUSIA!!.

Andai setiap keaiban itu dibalas dengan AZAB SEGERA.. mahukah keaiban itu diwartakan?.. Aduh.. mana hilangnya malu?... mana perginya maruah?..

WAH.. DASYAT!.
Sehingga tiada malu kepada Allah.. kepada Sang Pencipta yang sedayanya menyembunyikan aib kita semua daripada terbuka hijabnya!!..

Manusia sendiri berkejar-kejar membongkar aib di celah kain orang dan kain sendiri!.. Astaghfirullahal’azhhim.. (syaitan itu makluk yang benar-benar berpegang kepada janjinya kepada Allah.. untuk menipu dan menyesatkan manusia.. dan berjaya membuatkan manusia berpegang kepada janji autanya yang nyata!..)

Mana NILAI INTEGRITI masyarakat pasca modenisasi ini?????!!!!!!!
(Wajib!!! Inilah kajian yang aku buat untuk proposal pengajian aku!! SUNGGUH!!).

......................................................................

Anak-anak Ibu...

Kalian TIDAK PERNAH DEWASA walau seinci, walau selangkah, walau setingkat di hadapan Ibu!.. Andai sahaja kalian berasa umur kalian bertambah, namun, kalian TIDAK AKAN PERNAH mampu membatasi maupun melewati batasan umur Ibu walau sehari, walau seminit, walau sesaat... KALIAN TIDAK AKAN PERNAH DEWASA!!..

Jadinya, tiada istilah KAMI TELAH DEWASA jika ia melibatkan soal agama dan maruah diri.. JANGAN PERASAN bahawa KAMU TELAH TERLALU DEWASA DAN BIJAK dengan cara hidup dan pemikiran kamu!.. TIDAK SEKALI-KALI!..

Jika Al-Quran itu tidak kamu fahami, dalami, hayati, ikuti... jika sunnah Rasulullah itu tidak kamu tahu sepenuhnya dan teladani sebenar-benarnya.. JANGAN KAMU RIAK MENYATAKAN KAMU SUDAH CUKUP DEWASA.. Ingat pesan Ibu!!..

Sebagaimana Ibu tidak pernah berasa ibu sudah lebih dewasa daripada MAK TOK!.. Ibu sentiasa perlukan maktok.. untuk menyedarkan Ibu, yang masih mentah hal ehwal dunia ini!..

Justeru itu, sampai mati pun, ibu tidak akan benarkan kamu berasa kamu CUKUP DEWASA untuk memperlakukan tingkah sewenangnya dengan MENGHALALKAN YANG HARAM!!.. TIDAK PERNAH...

Ibu doakan kalian, WAHAI ANAK-ANAK IBU dan kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.. serta diberi HIDAYAH ALLAH, sentiasa.. semoga pintu taubat itu, Allah buka untuk kita semua.. ameen...

.....................................................................................

Di Kelas Fardhu Ain, Ustazah suruh kami semua hafal Surah Al-Zalzalah (98) – bagi yg belum hafal ler.. hafal dengan terjemahannya (bukan hafal ayat jer.. jgn jadi burung kakak tua!!!.. hihihi).

Setiap malam Jumaat, selepas solat maghrib, lakukan Solat Sunat Tashil 2 rakaat. Rakaat Pertama baca Surah Al-Fatihah diikuti Surah Al-Zalzalah sebanyak 11 kali. Rakaat Kedua juga baca Surah Al-Fatihah diikuti Surah Al-Zalzalah sebanyak 11 kali (no diskaun, kepada yang tanya ustazah, boleh tak baca 3 kali je.. kehkehkeh).

Menurut Ustazah, Solat sunat ini tujuannya untuk mengingatkan kita tentang maut kita dan semoga Allah memberi keizinan untuk memudahkan kita ’terasa’ maut itu menghampiri, dan mampu bersedia menghadapinya.

Membaca Surah Al-Zalzalah beserta terjemahannya, terasa sungguh seram bulu roma..

Firman Allah:
[1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
[4] Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan diperlihatkan (dalam surat amalnya)!
[8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan diperlihatkan (dalam surat amalnya)!
(Surah Al-Zalzalah 98 : Ayat 1-7).


MENULIS INIPUN, AKU HAMPIR PITAM!..

Ya Allah, redhai kami. Ameen.



.

Geleng.. geleng lagi!!..

April ini memang bulan yang agak sibuk.. (sibuk sangat ke eh?.. sibuklah kot.. tu pasal tak sempat nak ‘layan blog’!!.. hehehe).

Hampir sahaja aku tak baca mana-mana suratkhabar (sejak kes hari tu, aku memang ‘boikot’ baca akhbar.. malas nak terlibat!!).

Tapi, dalam dok layan FB, terbaca status di wall penulis yang aku minati ini menulis “REJAM”!. Pelik jugak, apahal cik kak sorang ni, jarang ‘taipan jemarinya berbisa tanpa berita’. Balik rumah, ambil akhbar, baca muka depan di dada akhbar.. ADA SATU ‘PENGAKUAN BERANI M*MP*S’ (tulis penuh, nanti kena ban disoal dek Nureen plak!!.. kehkehkeh).

Tersentak!.

Firman Allah:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” (Al-Quran Surah A-Nur 24 : Ayat 2).

Memang aku menggeleng.. sungguh-sungguh menggeleng… bukan sekadar menggeleng tingkah yang berselingkah dan berserabut.. tapi.. gelengkan perihal duniawi ini…

YANG GELAP LAGI MALAP DITAYANG DIBONGKAR!!..
YANG TERANG LAGI BERSULUH DICANANG DIBIAR!!..

Allahu Akhbar!.

Ragam manusia.. sungguh ‘luarbiasa’ keberaniannya!..

Menggeleng dan terus menggeleng.. (terasa terteleng kepala.. PENING!!).

Sudahnya, Surah An-Nur, surah ke-24 Al-Quran aku baca makna terjemahannya.. setiap baris ayat.. satu-persatu.. cuba memahami penyampaian dan janji-janji Allah… sedih, sebak, ngeri, pilu, sayu, segala rasa berbaur menjadi satu emosi yang sunguh sendu.. ratap tangis di dinihari... menggeleng dengan tingkah laku dan ragam makhluk….

Bagaimana pandangan Allah kepada kita?.. Aduhaii.. rintihan aku menjadi berat dan sarat dengan beban nafas yang tak terucap!.

Penutup surah An-Nur aku baca berulang:


Firman Allah:
Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Ia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia); dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Ia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu. (Al-Quran Surah A-Nur 24 : Ayat 64).

Benarlah manusia-manusia itu BUTA MATA HATINYA!..

Teringat sungguh lagu Pak Pandir Yang Remeh Temeh..

“Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu”


Mampukah untuk terusan BUAT TAK TAHU?!.. (menyesal pulak pergi baca paper hari ni!!.. SUNGGUH MENYESAL!!!).

Firman Allah:
“Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Quran Surah A-Nur 24 : Ayat 5).


“Ya Allah… kami memohon ampun kepada-Mu yang Maha Agung. Kami mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan yang hidup terus selalu jaga. Kami memohon taubat kepada-Mu, selaku taubat seorang hamba yang banyak berdosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk berbuat mudharat atau manfaat untuk mati atau hidup mahupun bangkit nanti”.

Ya Allah.. kami mohon hanya redha-Mu Allah…. redhai kami.. Ameen.



.

Sunday, April 17, 2011

Su, ayuh kita berjihad!.

SMS masuk : “Ko nape diam nok?”.. “Ingatkan dah 'givap' menulis”.. sms member sorang ni buat aku gelak guling2 untuk yang kedua kalinya… yang pertamanya daripada cik adik sorang lagi nuun… baca je komen dia, aku ‘otomatik’ membayangkan muka dia yang kiut dengan ‘tangan didagu, mata dikelip-kelip sambil lidah terjelir kat aku”.. kehkehkeh.. (gurau je cik kak cik kak sekalian yer.. kehkehkeh).

Ada jugak yang rindu ‘bebelan’ aku.. hihihi…

Kenapa aku tidak menulis? Adakah aku sudah berhenti menulis?. NO WAY!..

Selagi ada izin, dilimpahi Allah daya upaya dan rezeki, mana mungkin aku sia-siakan kecerdasan yang Allah anugerahkan kepada aku.. bukankah itu BODOH SOMBONG ORANGNYA!.. KUFUR NIKMAT NAMANYA!.

Firman Allah:
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia lah yang telah menciptakan manusia; Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (Al-Quran Surah Ar-Rahman 55 : Ayat 1-4)
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” (Al-Quran Surah Ar-Rahman 55 : Ayat 55)
Sehingga hari ni, aku masih bepegang pada tujuan aku “KENAPA AKU BERBLOG”.. (semoga aku beristiqamah dengan niat sedemikian, amiin…).. oleh itu, aku tidak akan menulis sesuatu sekadar INGIN MENULIS… aku ingin menulis maklumat yang membolehkan aku sendiri mencernanya menjadi ilmu!..

BUKANKAH AKU PEMINAT TEGAR BLOG AKU SENDIRI!.. kuikuikui... Aku akan mengulang baca entri-entri yang berkaitan dengan apa yang aku “PERLU TAHU DAN MAHU TAHU”!. Hahahahaha… Blog aku adalah buku motivasi bergerak untuk aku sendiri.. yang aku boleh buka dan baca di mana jua aku berada (selagi ada handphone, PC bertalian internet dan mampu di access).

Cumanya, aku ‘slow’ sikit sebab banyak perkara di bulan April ini yang harus aku selesaikan.. TUGASAN HAKIKI… TUGASAN IBADAH!.

Meskipun begitu, aku sempat menjengah blog kengkawan. Aku intai cerita kalian di balik tirai senggang dalam ruang waktu yang mengekang.. hihihi..

Singgah di sanggar ‘suaradimindaku’, aku baca monolog Su dengan dilemanya..

AKU SENYUM..

Aku jelas! Faham! Dan akur dengan gejolak jiwa Su ketika menaip ‘toloonngggg’ (hihihi). ~ ampun Su, terbuat entri plak kat sini.. thanks for the idea!.. hihihi.

Sangat mengerti jeritan Su, kerana itu yang aku lalui juga.. namun, aku segera sedar, berpaling kembali kepada “KENAPA AKU BERBLOG”.. dan kembali menyingkap rahsia Allah, kenapa aku diberi ruang dan peluang berblog?..

"Su, ini pandangan peribadi tiny.. (secara terbuka di sini).."

Kenapa Su punyai blog?.. kenapa tiny diperkenalkan dengan blog?.. kenapa blog ini muncul?.. Semuanya kerana IZIN DAN KEHENDAK ALLAH.. bukankah begitu?.. YA, itu kita akui dengan sesungguhnya bukan?.. izin-Nya pasti bersebab!.

Tiny bandingkan di antara tiny dengan suami. Dia tidak mempunyai blog, malah TIDAK LANGSUNG BERMINAT UNTUK BERBLOG (setakat hari ini). Jangankan menulis blog, membuka url blog pun, dia tidak berminat. Kenapa? Kerana Allah tidak memberi keizinan untuknya berblog!. Allah lebih mengetahui kemaslahatan juga kemudaratan (yang mungkin terjadi, wallahu ‘alam) jika dia berblog!.

Bagi SANG BLOGGER, menulis ini sebenarnya merupakan salah satu daripada TERAPI KURNIAAN ALLAH.. Su pasti mengakuinya kan?. IYA bagi diri tiny sendiri… menulis, meluahkan, mendapat komentar teman-teman, berbual bicara secara maya, sememangnya satu PELARIAN KEPADA PERMASALAHAN terlindung yang tidak mampu terungkap dengan bicara lisan. Benarkan?.

Perasaan gusar, bimbang, resah, takut, malu, kecewa, jika penulisan kita ini menyebabkan ada jiwa yang tersenta, ada hati yang tercalar, ada diri yang terasa.. ITU LUMRAH!.

Firman Allah:
“…..dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka…. (Al-Quran Suran Al-An’am 6 : Ayat 121)

Bagi mereka yang ada berperasaan negatif sedemikian… BUKAN HAK KITA UNTUK MEMINTA ATAU MENGHALANG MEREKA...ITU HAK MEREKA… KEBENARAN ITU MILIK ALLAH…

Kita sekadar menggunakan ruang dan peluang nikmat Allah..

Bukankah setiap waktu solat kita telah berjanji kepada Allah,
“….. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.” (Doa Iftitah).
Maka Su, mengapa digentar dengan pandangan orang melebihi nawaitu kerana Allah?.
Berperasaan bimbang itu adalah NORMALITI dan TABIAT seorang manusia, tetapi.. kita perlu meneruskan JIHAD PERJUANGAN UNTUK ALLAH..

Menyebarkan maklumat sebagai ilmu adalah satu daripada cara kita mensyukuri nikmat Allah. Kerana, tidak semua orang diberi izin dan anugerah oleh Allah untuk menulis di blog.. tidak semua orang diberi ruang dan peluang untuk menyebarkan maklumat Allah melalui penulisan di blog..

Firman Allah:
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.” (Al-Quran Surah Al-Hajj 22 : Ayat 78).

Untuk itu Su, ayuh kita berjihad.. dengan cara kita sendiri… dengan izin dan kurnia dari Illahi..

Memetik kata-kata Ibnu Rusyd:-
“Berjihad itu banyak bentuknya. Ada yang menggunakan kuasa, ada yang menggunakan daya pemikiran, ilmu, semnagat keberanian, kesabaran, kesungguhan dan ada yang melalui hartabenda.
Ibnu Taimiah pula berkata:
“Jihad ialah usaha bersungguh-sungguh menghasilkan sesuatu agar mendapat keredhaan Allah”.
Seandainya kisah diri kita mampu menjadi iktibar dan panduan kepada kehidupan “SEORANG” insan, MENAPA TIDAK KITA NUKILKAN?.. SOMBONGKAH KITA? BONGKAKKAH KITA DENGAN KURNIAAN ALLAH?.. Bukankah itu juga ibadah jihad!. Nawaitu kita, biar Allah sahaja yang menghakiminya.. BUKAN DI TANGAN MANUSIA PENGHAKIMAN DAN KEPUTUSAN TERSEBUT!! TITIK!.

Sharing is caring… bukankah begitu?.

Jadinya… AYUH SU, KITA BERJIHAD!.. SEMOGA ALLAH MEREDHAI KITA SEMUA..






YA ALLAH.. REDHAI KAMI.. ameen.
.

Saturday, April 02, 2011

PENYAMPAIAN MAKLUMAT ~ ILMU vs. EMOSI

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah, yang memberi anugerah dan ilham kepada setiap insan.. salah satu kemudahan dan anugerah ciptaan-Nya adalah BLOG!.

Sungguh aku sangat bersyukur kerana adanya BLOG ini, aku bisa menghamburkan minatku.. MEMBACA, BERCAKAP, MENULIS.. ketiga-tiga minatku ini dirangkum dalam satu medium bernama BLOG!.

PENULISANKU TANPA SEMPADAN RASA...

Di BLOG ini, aku hamburkan MAKLUMAT secara tebar-rata!. Menulis melata mengikut arus akal yang berfikir, emosi yang adakalanya tidak stabil, rasa yang adakalanya berat sebelah, naluri yang ada masanya berbahagi... secara pukal...

Kerana di sini, AKU BEBAS BERBICARA!. (juga dengan nada dan rasa yang serupa kepada kotak komen aku serta di kotak komen kalian, orang yang bagiku, DEKAT DI HATIKU ~ meski ramai di antaranya yang aku tidak pernah bersua secara EMPAT MATA... hihihi...).

Andai aku definisikan MAKLUMAT di BLOG ini sebagai MAKANAN, ia sama seperti BUBUR ASYURA..

BUKANKAH BAHAN RESEPI BUBUR ASYURA BERLAINAN ISINYA?.
Resepi bubur asyura aku tidak semestinya sama seperti kalian. Mungkin aku letak keledek merah, kalian letak keladi.. mungkin aku letak pulut hitam.. kalian letak kacang hijau... aku letak pisang emas, kalian letak pisang raja.. RAMUAN YANG BERBEZA TAPI SAMA JE BUBUR ASYURA NAMANYA..

BEGITU JUGA PENERIMAAN KEPADA BUBUR ITU. Jika kalian tidak suka jagung, buang jagungnya.. jika tidak suka keladi, buang keladinya, jika tidak suka kacang, buang kacangnya.. makanlah hanya kuahnya.. DAN, JIKA TIDAK SUKA BUBUR ASYURA ~ JANGAN LANGSUNG MENYENTUHNYA!!..

Mudah bukan?..

Justeru itu wahai kalian yang singgah membaca.. Ketahuilah oleh kalian...

PENULISANKU INI SEKADAR PENYAMPAIAN MAKLUMAT...

Maklumat itu bisa datang dengan berita, cerita, kisah, bicara, atau apa sahaja, sesuka hati aku menulisnya... dan 'tujuan' penulisanku, tak perlu dinilaikan, bukan milik kita penilaian itu (tiada ganjaran fizikal kepada sebarang penilaian)!!. Maklumat ini aku garap dengan campuran ilmu, emosi, naluri, perasaan pelbagai perisa perasa!.

MAKLUMAT itu bisa menjadi BETUL DAN SALAH.
YANG BETUL ITU ILMU!.
YANG SALAH ITU EMOSI!.
MAKLUMAT ITU UNTUK DICERNA ~ SERAP ILMU, KETEPI EMOSI.


Maka itulah para hukama sering menyebut:
"YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH, YANG BURUK ITU ADALAH KELEMAHAN SAYA SENDIRI".

BENAR!.
Yang baik itu adalah ILHAM RASA DARI ALLAH..
Yang jelek itu adalah TIUPAN NAFSU YANG BERGANTUNG DI BIRAI EMOSI DIRI..


#Pandai-pandai kalianlah wahai pembaca, untuk membezakan yang BAIK juga yang JELEK!.

Segalanya aku pulangkan kembali kepada Allah yang Maha Mengetahui, maklumat dalam penulisanku ini tidak sampai setitik air di hujung jari berbanding luasnya ilmu milik Allah bak air di lautan. Meski setitik ilmuku, namun, ada titisan yang tersisa kotoran di jemari juga debu pada udara!.

HANYA SATU SAHAJA ILMU (PENULISAN) DI DUNIA INI, YANG LENGKAP TANPA KRITIKAN.. 'PENULISAN' YANG MANTAP DAN BENAR ~ AL-QURAN!!.. IA ADALAH KALAM SUCI ALLAH KEPADA NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM – SECARA LANGUNG ~ TANPA TOKOK TAMBAH.. IANYA DIPELIHARA OLEH ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA. IA CUKUP SEMPURNA!!.

Firman Allah yang bermaksud,
"Kitab (Al-Quran) itu tiada diragukan, menjadi pemimpin untuk orang-orang yang memelihara dirinya dari kejahatan". (Surah Al- Quran Al-Baqarah 2 : Ayat 2)


*****************************************************************************
Kepada kalian yang mencemuh, tolong jangan benci aku kerana penulisanku ini, aku juga masih belajar dan mendidik diri. Banyak lagi rompong dan lopongnya minda dan jiwa ini terutamanya dalam penyampaian maklumat di blog ini... banyak lagi ruang yang perlu aku tampal dan isi dengan nasihat, peringatan serta pembetulan.. Sudikanlah menegur tata salah bicara dan tingkah.. Jikapun ada terselit 'rasa terasa' (aku juga manusia biasa seperti kalian), tetapi, aku tidak mahu membawa perasaan itu ke akhirat, aku lepaskan kembali kepada Allah dengan lafaz:

"Innalillahi Wainnailaihi raajiun" (Sesungguhnya daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali) ~ (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2: sebahagian ayat 156)

Andai ada rasa BENCI, MARAH, DENDAM, IRI, GERAM, SAKIT HATI kalian kepada penulisanku ini atau kepada diriku.. MOHON JANGAN DI SIMPAN, MOHON JUGA JANGAN DISEBARKAN KEPADA MANUSIA LAIN... KONGSIKANNYA DENGAN ALLAH ~ HANYA KEPADA ALLAH.. LAFAZKAN RASA SAKIT, BENCI, AMARAH, DENDAM KALIAN ITU KEPADA ALLAH.. Semoga Allah hadirkan penawarnya kepada anda!!.

Kepada yang menyokong, sangat aku hargai sokongan kalian (kritikan kalian juga satu sokongan, yang sangat aku hargai, untuk memperbaiki kelemahan diri)...

Rasulullahi Sallallahu ’Alaihi Wassalam berlari mendapatkan Khadijah A.S untuk menyelimut dan menenangkan Baginda tatkala Baginda menggeletar menerima wahyu pertama Allah melalui Jibrail.

Saidatina Khatijah menjadi dahan Baginda berpaut emosi ketika orang kafir menghinanya. Kenangan dan budi Saidatina Khatijah, Baginda Rasulullah terusan menghargainya, meskipun isteri tercinta itu telah meninggal sebelum Baginda.

Sabda Rasulullah kepada Saidatina Aisyah A.S:
"Khatijah beriman kepadaku, ketika yang lain mengkufuriku. Dialah yang mempercayaiku, ketika yang lain mendustaiku. Dialah yang memberikan seluruh hartanya kepadaku, ketika yang lain menahan pemberiannya..." (Hadith riwayat Imam Ahmad).

~ Wallahu ‘alam Bisawwab ~

Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam tetap mengenang dan menyanjungi orang yang dikasihi dan yang pernah berbudi kepadanya.. Justeru, kepada kalian yang menyokong, budi baik kalian tidak mungkin akan aku mampu membalasnya... TERIMA KASIH!. Aku serahkan kembali ucapan salam selamat dan terima kasih itu kepada Allah Azzawajalla dengan bacaan Al-Fatihah.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segenap pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang. Yang Menguasai hari Pembalasan (Akhirat). Hanya Engkau (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." (Al-Quran Surah Al-Fatihah 1 : Ayat 1-7)


Syukran Jazilan Ya Allah.
Alhamdulillah Ya Rabb.
Jazakillahu Khairan Kathira
~ Balasan Allah untuk kamu (kepada sahabatku yang kebanyakkannya wanita) dengan kebaikan yang banyak. Ameen.

Semoga kalian dan kita semua diberkati dan diredhai Allah dunia dan akhirat..


Aku mohon redha-Mu Ya Rabb. Redhai kami semua. Ameen. .

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.