Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, April 21, 2011

Geleng.. geleng lagi!!..

April ini memang bulan yang agak sibuk.. (sibuk sangat ke eh?.. sibuklah kot.. tu pasal tak sempat nak ‘layan blog’!!.. hehehe).

Hampir sahaja aku tak baca mana-mana suratkhabar (sejak kes hari tu, aku memang ‘boikot’ baca akhbar.. malas nak terlibat!!).

Tapi, dalam dok layan FB, terbaca status di wall penulis yang aku minati ini menulis “REJAM”!. Pelik jugak, apahal cik kak sorang ni, jarang ‘taipan jemarinya berbisa tanpa berita’. Balik rumah, ambil akhbar, baca muka depan di dada akhbar.. ADA SATU ‘PENGAKUAN BERANI M*MP*S’ (tulis penuh, nanti kena ban disoal dek Nureen plak!!.. kehkehkeh).

Tersentak!.

Firman Allah:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” (Al-Quran Surah A-Nur 24 : Ayat 2).

Memang aku menggeleng.. sungguh-sungguh menggeleng… bukan sekadar menggeleng tingkah yang berselingkah dan berserabut.. tapi.. gelengkan perihal duniawi ini…

YANG GELAP LAGI MALAP DITAYANG DIBONGKAR!!..
YANG TERANG LAGI BERSULUH DICANANG DIBIAR!!..

Allahu Akhbar!.

Ragam manusia.. sungguh ‘luarbiasa’ keberaniannya!..

Menggeleng dan terus menggeleng.. (terasa terteleng kepala.. PENING!!).

Sudahnya, Surah An-Nur, surah ke-24 Al-Quran aku baca makna terjemahannya.. setiap baris ayat.. satu-persatu.. cuba memahami penyampaian dan janji-janji Allah… sedih, sebak, ngeri, pilu, sayu, segala rasa berbaur menjadi satu emosi yang sunguh sendu.. ratap tangis di dinihari... menggeleng dengan tingkah laku dan ragam makhluk….

Bagaimana pandangan Allah kepada kita?.. Aduhaii.. rintihan aku menjadi berat dan sarat dengan beban nafas yang tak terucap!.

Penutup surah An-Nur aku baca berulang:


Firman Allah:
Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Ia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia); dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Ia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu. (Al-Quran Surah A-Nur 24 : Ayat 64).

Benarlah manusia-manusia itu BUTA MATA HATINYA!..

Teringat sungguh lagu Pak Pandir Yang Remeh Temeh..

“Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu”


Mampukah untuk terusan BUAT TAK TAHU?!.. (menyesal pulak pergi baca paper hari ni!!.. SUNGGUH MENYESAL!!!).

Firman Allah:
“Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Quran Surah A-Nur 24 : Ayat 5).


“Ya Allah… kami memohon ampun kepada-Mu yang Maha Agung. Kami mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan yang hidup terus selalu jaga. Kami memohon taubat kepada-Mu, selaku taubat seorang hamba yang banyak berdosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk berbuat mudharat atau manfaat untuk mati atau hidup mahupun bangkit nanti”.

Ya Allah.. kami mohon hanya redha-Mu Allah…. redhai kami.. Ameen.



.

15 comments:

aNIe said...

Tiny... sejak banyak berita2 yang memualkan kat akhbar... akak jarang membaca... buat sakit hati je...

Yunus Badawi said...

Ini kes nikah baru 4 minggu tapi dah mengandung 4 bulan tu ke Tiny?

Kaktiny said...

kak anie > betul la kak.. tiny akan berusaha utk TAK BUKAK PAPER!!.. mulut ni tak boleh nk diam la kak!!.. huhuhuhu...

Kaktiny said...

YB > aku nak tulis macam gaya komen artis.. "NO COMMENT".. kahkahkah...


.. NO COMMENT!..

ibundo said...

Semalam baru baca paper. Tengok muka depan terus jerit kat anak.. Kan ke baru nikah bulan lepas.
Ala tiny.. takyah heran lah. Perkara biasa jer tu pada depa.

Anonymous said...

Ooo... kak tie pun ada terfikir masa baca tu. Dalam hati, kalau tak silap baru kawin bulan lepas.

Hmm...kita pun tak berani nak komen banyak. Takut pada balasan tuhan!!

sindiketsulit said...

ameen..
harap-harap dia dah bertaubat.
errr..
harap-harap la...

Kaktiny said...

kakpah > pasai tu ler kak pah oii.. pasai DAH TAK HERAN tu yang dok risau nih.. buatnya dijulang dijaja dijadikan IDOLA dek bebudak skrg!.. HAH!!... sayu sendu kita dok dengar jawapan kat balai polis sok nanti bila yg kena tangkap semua bg alasan “KAMI DH DEWASA!!”.. gulp.. mau putus urat halkum hakim2 mahkamah syariah!.. hadoiilaaarrrrr…

Kaktiny said...

dangarumbia > kita yg nak komen pon TAK BERANI kan kaktie.. tapi sadisnya, orang yang BUAT tu BERANI PULAK TERANG-TERANG BAGI KENYATAAN TANPA MALU DAN RASA BERSALAH PADA ALLAH!!!!... Astaghfirullahal’azhiim..

Kalau aib diri lagikan terang-terang diwar-warkan… apa lagi yang tinggal?.. sedangkan Allah sendiri Maha menyimpan segala keaiban manusia, andai sahaja Allah menyiarkan secara langsung dan menurunkan bala secara terus!.. Nauzubillahi mindzaaliik..

Datang migrain tiba2!!!.. haish..

Kaktiny said...

rosdiana > Semoga… semoga Allah beri peluang utk dia dan kita semua bertaubat dan mati dalam Husnul Khatimah.. ameen.

Yunus Badawi said...

ceit dgn aku ko kata "no comment"

Dengan kakpah panjang pulak komen ko

huhuhu

ckLah @xiiinam said...

ckLah dengar radio dalam kereta saja pagi-pagi. Hari tu dengar berita satu stesyen radio pasal tu.

Tak semena-mena Nuha tanya, macam mana boleh 4 bulan?

....tergamam. Jawab saja, depa salah kira lah agaknya.

Kaktiny said...

YB > ye ke?.. jap nk check balik.. hahaha... komen ko aku jawab kul 1 pagi.. komen kak pah kul 8 pagi.. tu yg lain skit harkaaat dia.. (alasan!).. kehkehkeh...

Kaktiny said...

cklah > kalau berita radio, leh kata silap cklah.. ni, dh tuan badan MENGAKU TERANG-TERANG!, apa kes nk menjawab kt bebudak?!.. huhuhu... nanti, cheeqqqguuuu jugak yg kena...
(jom pakat kutip batu tepi jalan, nk tak cklah?..hihihi..)

....mungkin hari ni adlh hari 'ketelanjuran' dia, pasti satu tika nanti Allah hadirkan hidayah dan buka pintu taubat utk dirinya...

semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah dan redha Allah, sepanjang masa... ameen..

suara said...

Su pun ada baca... Erm...Tanda akhir zaman semakin ketara. Sedih. Bimbang akan ada generasi muda yang mengikut jejaknya nanti. Tak kisah mendedahkan aib sendiri. Nauzubillah...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.