Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, October 21, 2009

Pak Cik dan Meningitis: Bersedih atau Bersyukur??


Meningitis ialah keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang. Ia terjadi akibat dari jangkitan virus atau bakteria yang berlaku pada selaput tisu membran yang menyelaputi otak dan cecair serebrospina.

Sumber: wikipedia

..............................

Semalam dan tadi (hari ni bawak wan dan mak su yg datang dari kampung..).. aku pergi melawat bapa sedara abang di Sunway Medical Centre... Pak Cik disahkan mengidap jangkitan kuman. Penyakitnya dikenali sebagai Meningitis.

Pak Cik abang... (adik kepada ayah abang..).... orangnya sederhana sangat... walaupun jawatannya TINGGI dalam sebuah COMPANY gergasi di Malaysia ini. Walaupun gajinya kalau tambah dua dan di kali dua gaji aku pun, masih lebih gaji dia lagi... tapi, dia tak pernah mempamerkan kemewahannya... dan orangnya juga warak dalam agama.. sedang menyiapkan thesis Masternya yang kedua (double master tuuh) tentang keagamaan...

Mak Cik (of course la isteri Pak Cik..) yang bekerja sebagai guru sekolah, pun ‘sempoi’ sahaja orangnya – tak bergaya ala-ala isteri wanita korporat dengan beg atau barangan jenama yang ‘terlampau’ (malu pulak aku jika bandingkan diri dengan mak cik.. aku yg gaji ‘ciput’ ni, pakai barang bluweaaakkk... very over the acting.. tak ukur baju di badan sendiri.. grrr grrr grrr… marah sungguh pada diri.. kena perbaiki diri nih…).

Memilih tinggal di ‘ceruk kampung’ dan hanya memandu Naza Ria serta MyVi, benar-benar aku kagumi… padahal dia membawa keuntungan JUTAAN RINGGIT setiap BULAN kepada organisasinya.. (bukan TAHUNAN tapi BULANAN)… tapi gaya hidupnya.. YA ALLAH.. mudah amat… kekadang… geleng kepala bebudak pejabat melihat “Consultant/ *** Director” hanya menaiki motosikal ke pejabat.. itulah kehidupan Pak Cik…

Dan.. Pak Cik juga merupakan seorang anak yang taat… aku tahu bahawasanya tok dan wan abang sayang sangat pada pak cik.. asal ada masa terluang, pak cik pasti akan membawa kelurganya pulang melawat tok dan wan di kampung nuun di utara sana… asal aku ngan abang singgah ke kampung, wan ngan tok mesti bercerita kisah pak cik itu dan ini… pak cik memang pandai menjaga hati kedua ibu bapanya serta mertuanya (dia buat rumah sebelah rumah mertua dia..)

Kalau golongan korporat lain memilih GOLF sebagai HOBI mewah yang bergaya… Pak Cik terkeluar dari senarai itu… beliau gemar MENJALA... habis segala sungai di area Selangor tu diredahnya… dan aku sering dapat makan ikan2 sungai, ulam-ulaman (yg ditanam dibelakang rumahnya) serta sambal belacannya yg marvelous kalau berziarah ke rumah mereka… (dan pak cik juga yang ajar aku makan sambal belacan manggis, yg sampai hari ni aku jadi ‘teringin’ sgt nak makan… yum yum..)

TAPI... Itulah kan.. Allah nak duga tanpa kita sedar bila, bagaimana dan dengan cara apa juga pada siapa ... Selama ini aku ngan abang seronok tengok life Pak Cik.. hormat dan kagum kami memang tinggi pada Pak Cik... melihat kehidupannya, hubungan kekeluargaannya, kejayaan pendidikan dan kerjayanya.. kami bangga mengenali Pak Cik..

Tapi.. bila Pak Cik disahkan mengidap ‘Meningitis”, aku terdiam sejenak... wajah Pak Cik di Wad ICU (ISO) aku renung dalam... terdiam... hati rawan aku bertanya “kenapa tak pasal-pasal Pak Cik kena penyakit nih? Pak Cik anak yang baik..”...

Dan secara tiba-tiba juga hati kecil aku berkata “Sebab Pak Cik orang yang baik lah maka Allah uji dia dengan ujian ini.. Sebab Allah tahu Pak Cik mampu hadapi ujian ini dan Allah juga sayangkan Pak Cik, maka diberi ujian berat ini”.

10 minit dapat berbual perlahan dgn Pak Cik, sedikit pun dia tidak merungut kenapa sakit itu dia hidapi, cumanya dia risaukan jika ia berjangkit pada anak2, kerana penyakit itu buleh berjangkit melalui rembesan nafas juga air liur... dan Pak Cik juga berpesan supaya jangan beritahu tok dan wan keadaan Pak Cik.. Cuma dipesannya, katakan Pak Cik penat dan letih jika tok dan wan tanya lebih2.....

Aku sebak... BERSEDIH ATAU BERSYUKUR?.. hati aku dipersimpangan…

Sedih melihat keadaan Pak Cik.. tapi sebenarnya sebagai hamba Allah, aku patut bersyukur kerana Allah memilih Pak Cik untuk di uji.. Allah sayangkan Pak Cik dan mahu Pak Cik terus mengingati-Nya.. (kita hanya akan benar2 tawaduk mengingati Allah ketika ditimpa musibah.. kan kan kan??.. aku tak tahu orang lain, tapi, aku begitulah selalunya...)..

Melihatkan keadaan diri aku sekarang ini... aku patut BERSYUKUR ATAU BERSEDIH dianugerahkan kesenangan dan ketenangan tika dan saat ini?.

Aku memilih untuk BERSYUKUR.. sentiasa BERSYUKUR dengan apa juga yang Allah berikan kepada aku... aku bersyukur diuji dengan ujian berat pada tahun lepas dan aku bersyukur kerana Allah memberi aku merasai nikmat kehidupan sehingga hari ini...

Aku amat bersyukur kepada Allah di setiap detik jantung, derap langkah, urat nadi, nafas dan jiwa... kerana menjadikan aku hamba-Nya....

YA ALLAH... SESUNGGUHNYA KAU YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA AGUNG LAGI MAHA BERKUASA.. ALLAHU AKHBAR...

9 comments:

iina said...

Tiny

Tulah setiap dugaan itu ada sebab dia.. kadang yang jahat serba serbi mewah tak diuji dengan dugaan sebegitu.. kita katakan tak adil sebab dia terus hidup senang.. sedangkan kita lupa ksenangan itulah sebenarnya dugaan utk dia.. jauh dalam hati dia.. kita xtau apa yg susah pada dia kan..

Aku doakan pakcik ko tuh cepat sembuh.. insyallah.. semoga allah permudahkan dugaan itu.. dan aku yakin ada hikmah disebaliknya..

m.q said...

semoga pakcik cepat sembuh

ladylikeme said...

semoga pak cik kak tiny iteww cepat sembuh...dan sungguh insaf bila baca entri ini..ye lah..kita yang gaji xdelah baper2 sangat kadang2 nak berlagak jek lebih kan...

Masy said...

ujian utk dia .. Allah dah uji dia dgn kemewahan dan alhamdulillah dia ok, skrg Allah uji dia dgn penyakit..

kira mcm double master jgk tu ;) moga2 pakcik cpt sembuh..

anjang said...

Setiap ujian ada ganjaran, disebalik kepahitan ada lemanisannya

Princess Liyana said...

sebak yana baca...hmmm

btol tu kak..kita ni mesti bsyukur...stiap org ada bahagian msg2..and pakcik antr org yg diuji..moga dia sntiasa tabah kn kak..yana doakan yg tbaik utk pakcik..aminnnnnnnn..

thanks kak bg alamat..heee :D

Kak Long said...

sebenarnya ujian sihat tu lagi hebat....ujian senang tu lagiiii hebat...tapi berapa ramai kita yang melihat sihat dan senang itu satu ujian?. Mudah-mudahah kita selalu ingat siapa kita....dan bersyukur....amin....

Mak Su said...

bersyukurlah, dan bersedih... semua pun anugerahNya

KAKTINY said...

iina > senang dan mewah tu lagiii dahsat ujiannya.. Cuma tak ramai yang sedar… kankankan.. terima kasih atas doa mu sahabat..


m.q > alhamdulillah… dh sembuh nampaknya…


ladylikeme > kadangkala senang tu ujian yang sering kita alpa dan leka.. kan..


Masy > betul.. seimbang dia dapat.. ujian senang dan ujian sakit.. ujian susah pun pernah.. semoga kita semua bersyukur… ada habuannya di akhirat nanti…


anjang > benar sangat… pahit akan manis akhirnya.. tak di dunia, di akhirat sana.. semoga kita umat muhammad sentiasa beroleh kemenangan....


Princess Liyana > bahagian masing2 dh tersurat dan kita perlu cari makna yang tersirat di sebalik setiap ujian.. kan..


Kak Long > setuju sangat… senang dan susah itu ujian.. mewah dan miskin itu ujian.. bahagia dan sedih juga ujian… ganjarannya.. telah Allah sediakan.. tak di sini, di sana nanti.. betul tak??


Mak Su > betullah maksu.. sedih pun anugerah jugak.. bahagia gembira, suka duka.. semuanya ujian dan rahmat...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.