Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, November 18, 2009

Tak semua sesuai jadi usahawan


”Seorang usahawan mesti mempunyai naluri hati yang kuat serta berkebolehan untuk menangani sebarang tekanan. Kalau anda tidak boleh menangani tekanan, MAKA ADALAH LEBIH BAIK ANDA BEKERJA DENGAN ORANG LAIN dan ia tidak salah jika anda MENERIMA GAJI TETAP SETIAP BULAN!!”.

Itu kata-kata Donald Trumph.. seorang usahawan yang hartawan..

Aku rasa pernyataan itu amat sesuai jika dibuat perbandingan di antara aku dengan abang..

Abang seorang yang cekal dan berdisplin... aku yakin benar abang berpotensi utk maju jika ditakdirkan abang berniaga..

Aku, memang selayaknyalah makan gaji jer.. sbb aku MMG TAK TAHAN TEKANAN.. (kena sergah sikit... dh menjujuh air mata berderum deram.. kehkehkeh...)

Benar.. 9/10 cabang rezeki adalah daripada berniaga... tapi.. aku memilih 1/10 – yakni kerja makan gaji.. sebab aku peruntukkan lagi 9/10 tu utk perkara yg lain... untuk mak aya, utk anak-anak, untuk study, utk rumahtangga, utk support abang, utk being there for adik beradik.. (buleh ke buat statement camtuh.. bedal lah labuuu...)

Tapi.. aku sememangnya teringin utk berada di belakang tabir membantu dalam perniagaan.. sebab aku tak pandai berniaga!!... so.. aku doakan semoga abang, adik beradik aku, start ler berniaga.. aku akan sentiasa doakan dan membantu di belakang tabir...

Itu pernyataan aku pada hari ini.. esok2 siapa tahu.. sedangkan longitud bumi dan pantai lagikan buleh berubah... inikan pula nasib hamba-Nya kan kan kan..

Andai di seru KUN-FA-YA-KUN... maka siapa yang dapat menidakkan KEJADIAN???...

Personally, bagi aku... samada BEKERJA SENDIRI atau MAKAN GAJI... yang penting.... nawaitu... LILLAHI TAALA... semoga Allah permudahkan perjalanan ibadah kita.. serta jangan lupa untuk sentiasa tunduk dan bersyukur serta memulangkannya semula ke jalan Allah...

Sesungguhnya demi Allah segala-galanya...

Idamanku dan pengharapanku adalah dapat berada di tempat yang paling MAHAL dan paling MEWAH milik Allah yang tiada sepertinya di dunia fana ini.. di mana ringgit tidak ada nilai walau seluas lautan hamparannya.. pangkat tidak ada makna meski setinggi gunung bilangannya...
Yang dihitung... yang dikira... yang ditimbang tara.... hanya bekalan catatan buku di bahu kanan... ALLAHU AKHBAR!!..

(opppsssss... Ma yalfidhu min qawlin illa ladayhi Raqibun Atid'.... buku catatan manakah yang laju melembar muka suratnya bagi mencatat amalan harianku???... adduuuuhhhhhh!!!!!....)

6 comments:

GDIZ said...

betul tu kak tiny.nk jadi usahawan kena tahan segala cabaran

kalau betul start berniaga..good luck :)

xiiinam said...

Aku hanya seorang YB (Yang Berusaha)...
...tak mampu jadi Usahawan...

anjang said...

Betul tu, terlampau kesian kan orang pun sukar juga nak usahawan. Terlalu sensitif pun sukar juga nak jadi usahawan. Biarlah makan gaji daripada langsung tak makan

iina said...

Tiny

Ko niaga spa buku jelah.. leh aku singgah ari2 lepak2 sambil baca buku.. pastu kita lepak2 p makan lak.. amacam?? mau join venture?? hehehe ;)

Masy said...

sy pon x retilah nk jual2 barang ni, pemalu sgt.. jual muka tepi jalan retilah ahaahhaahhah

hu~

KAKTINY said...

GDIZ > kagum la dgn org yg berniaga dan berjaya... seronok tengok..

xiiinam > sentiasa jadi YB ckLah.. hihihi... eh.. cklah pun kan usahawan jugek.. hihihi.. taknak ngaku ehh... hihihi

anjang > setuju sangaaatttt...

iina > weiihh... IDEA ko tuuh.. SANGATLA BRILLIANT tau!!.. SPA BUKU... READ AND RELAX!!... wah wah wah.. idea bernas tuuhh... meh balik sini dulu.. pastu kita jadi rakan kongsi nak nak nak... hihihii.. AKU ON JER!!...

Masy > kaktiny buleh jual air liur jer… kehkehkeh..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.