Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, November 19, 2009

TAUBAT vs TAU BUAT


Dah lebih dua minggu lebih aku baca cerpen nih..

Sehingga hari ini ia amat terkesan di hati aku.. SANGAT-SANGAT.. ke mana sahaja aku pergi, aku akan ’ralit’ bercerita dan berdoa semoga DAPATLAH KIRANYA WUJUD SECARA REALITI KENYATAAN DALAM CERPEN INI!!...

"DARUL TAQWA & DATUK DR. JOHAR"

Cerpen yang dipaparkan dalam penulisan2u.blogspot.com

Ada sehingga satu waktu, aku berdoa dalam solatku.. agar jika ditakdirkan Allah ’2012’ (Filem yg ditayangkan di pawagam sekarang), itu wujud, aku mohon, agar Malaysia ’terlibat’ dalam ’kiamat kecil itu’.... dan selepas itu semoga BERLAKU KEBANGKITAN SEMULA negara Malaysia ini dengan dipenuhi watak dan perwatakan seperti yang digambarkan dalam cerpen ”Darul Taqwa & Datuk Dr. Johar” itu... (kalau rasa takut, gusar dan bimbang... PI SOLAT TAUBAT CEPAAATTTT!!!! aku pun nak pi buat nih.. huhuhuhu....)

Aku juga sedang asyik mengulangbaca dan mencari lagi bahan bacaan mengenai kemunculan Imam Mahdi dan Matlamat Dajjal.. (aduh.. nak gugur jantung gue!!)...

Sungguh... aku teringin dan berhasrat sangat dapat dapat hidup di ’zaman’ dlm cerpen di atas tuuhh.... alangkah BAHAGIANYA... MAMPUKAH???!!!!.... (pastinya di syurga Allah lebih menarik kan kan kan.. huhuhuhu... bisakah aku berasa di sana... merasai dan menikmatinya???) – tapi... ... aku tahu amalan aku masih tak cukup... iman aku masih lemah... mulut aku ni masih PUAKA (adakalanya, aku rasa nak jer ’peti suara’ aku ni ditarik balik kemudahannya.. supaya kurang sikit dosa mengumpat dan mengata..)

... MASIH LEMAH SOLAT SEORANG MUSLIM JIKA TIDAK MAMPU MENGAWAL DAN MENAHAN DIRINYA DARIPADA MELAKUKAN DOSA DAN MAKSIAT!!..

.. kononnya aku solat!!... solat subuh sampai isyak... solat sunat berbagai... tapi... masih tak dapat menahan lidahku daripada mencela, mengumpat dan mengata (org potong que jalan pun aku nak bebel, badan kakak naik sikit pun aku nak kutuk, TAK SEDAR AKU PUN DH ALA2 BADAK AIR JUGAK!!!...)... tidak dapat menahan hatiku daripada berpra-sangka (abang balik lambat pun aku dh nak merajuk.. org gelak diam-diam, aku sangka mengumpat aku!!..)... tidak dapat menahan akalku daripada berasa megah dan riak (baru dengar dapat interim bonus sebulan gaji, aku dh kecoh sekampung - tu belum dengar total bonus.... aduussh...)... tidak dapat menahan amarahku yang beraja (pasal abang tak dapat teman aku pegi Giant, aku mengamuk cam kena histeria)... tidak dapat menahan jiwaku daripada berdendam dan mengungkit (bila teringat kisah 'lama', mula mulut aku nak jadi bertih goreng..)!!!.... DAH TU CAMNOOO????!!!!....

MAKA APAKAH SOLATKU ITU DITERIMA???.... YA ALLAH.. AMPUNI AKU!!..

(tengok tengok tengok.... aku rasa.. aku ni la contoh terbaik untuk.. TAUBAT dan/vs TAU BUAT!!...” grrr...grrr..grrrr... marah diri sendiri nih!!!! Huhuhuhu....)

9 comments:

faiq said...

bgs

xiiinam said...

Nak buat senang...
nak taubat bukan senang...


Kan..!

KAKTINY said...

faiq > huhuhuhu

ckLah > betul la cklah.. malamnya solat taubat.. esoknya tau buat lagiikk... huhuhuhu..... ADDDOOIIIILAAARRRR.... (mmg bengang la dgn diri sendiri!!!)

AHMOI said...

andai 2012 wujud...tak tahu bagaimana diriku yang penuh dengan dosa ini....

GDIZ said...

mmg akan wujud mcm 2012 tu kan...hari kiamat.

moga taubatku diterima olehNya

Mak Su said...

bila rasa bersalah... itu lah yang betoi :)

rasa salah lagi, lagi, lagi, lagi... it's good

ladylikeme said...

memang betul kak tiny..kengkadang..mula2 dah insaf..tapi xlama pastu..buat lagik...manusia kan...

Masy said...

erkk adehdehdeh terus mau sujud tobat je ni huhuhu~

KAKTINY said...

AHMOI > maut dtg tak tentu pd 2012 je adik sayang oiii… esok pun tak tentu lagi kita ada ke tak.. huhuhuhu


GDIZ > 2012 tu gambaran kiamat kecik.. kalau kiamat besar punya.. takder dah cam tu kot.. meletup terus gamaknya.. huhuhuhu..


Mak Su > kalau kira rasa bersalah ni maksu oii… 5 kajang pon tak habis tulis.. tapi yg sedihnya.. TAU ITU SALAH.. TAPI TAU PLAK NAK BUAT LAGI DAN LAGI DAN LAGI!!... huhuaaaaaaa....

ladylikeme > tu ler kita ni kan.. bukan tak tahu mende tu salah.. tapi .. TABIAT tu melampau sangat.. NAK GAK BUAT!!.. huhuhu

Masy > together-gether ber’huhuuhuhuhuhu’ le kita baby oiii… ~huhuhu~

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.