Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, October 27, 2010

Dugaan itu derita??..


"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya!".

Pasti ayat ini biasa di dengar atau dituturkan tatkala diri dirundung masalah dan diberati dengan ujian hidup.. BENARKAN?..

YA.. aku akui.. aku turut menuturkan bait yang sama jika ingin menenangkan sesiapa yg dilanda masalah.. Hatta AKU JUGA MENASIHATI DIRIKU SENDIRI DENGAN AYAT SUCI ALLAH ITU.....dan aku berpegang benar dengan ayat-ayat Allah itu.. kerana itu janji-Nya kepada kita, makhluk ciptaan-Nya. AKU YAKIN DENGAN ITU..

Cuba buka lembaran Al-Quran Kalamullah yang suci itu.. (serta terjemahannya).. lihat surah demi surah, ayat demi ayat..

BUKAN SEKALI PESANAN ALLAH KEPADA KITA TENTANG "PERNYATAAN" SERTA JANJI-NYA ITU!!..



Firman Allah:
".................. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya…………….." (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 233).

Firman Allah:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya............................". (Al-Quran Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 286).

Firman Allah:
"................................ Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya..........................." (Al-Quran Surah Al-An’am 6 : Ayat 152).

Firman Allah:
"....................................Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, – merekalah ahli Syurga......................" (Al-Quran Surah Al-’Araf 7 : Ayat 42).

Firman Allah:
"Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya." (Al-Quran Surah Al-Mu’minun 23 : Ayat 62).

Firman Allah:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan." (Al-Quran Surah Ath-Thalaq 65 : Ayat 7).

NAH!!... LIHAT ITU.. berkali-kali Allah berfirman tentang UJIAN-NYA DAN KEMAMPUAN KITA..

ULANG AYAT 7 PERENGGAN AKHIR DI SURAH ATH-THALAQ (65) ITU:-
"Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan"!!..

ITU JANJI ALLAH..

Maka:-
"Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban???????"
(Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)

[Kalimat ini Allah ulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar-Rahman (55). Daripada 78 ayat, 31 daripadanya adalah ayat di atas ini..]

JUSTERU ITU.. TANYALAH DIRI WAHAI DIRI!!!... (ingatan KHUSUS utk DIRIKU!!..)

...........................................................................................

Jika kau minta nasihat, aku bukan pakar motivasi untuk menimbal balik emosi dan mindamu, aku juga masih perlukan bimbingan dan panduan...
Jika kau minta pendapat, aku bukan insan yang berpengalaman luas dalam selok belok makna kehidupan, aku juga masih belajar dan terus belajar...
Tiada nasihat mahupun pendapat yang mampu aku sampaikan padamu teman...

ANDAI KAU RASA TERBEBAN.. JIKA KAU RASA TERPUKUL... SEKIRANYA KAU RASA TERPURUK dengan nasib yang kau anggap malang yang bertimpa.. ITU NORMAL!!.. "RASA" itu berlaku kepada sesiapa sahaja...

TAPI!..andai kau menyangka HEBATNYA DUGAAN DERITAMU itu sehingga kau tidak mahu mempercayai keagungan-Nya lagi.. ITU SALAH!!!.. SANGAT-SANGAT SALAH!!!.. (dan aku membantah keras- sekeras-kerasnya!!!)

..........................................................................................

Wahai teman.. ingin aku bersuara di sini:-
Tidak lebih tarafku walau setangga tingginya daripadamu.. dan tidak pula kurang tarafmu setangga rendah daripadaku.. KITA SERUPA.. dianugerahkan akal, nafsu, iman dan takwa... bukan kita yang menentukan darjat sesiapa.. HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI... aku hanya inginkan keredhaan Allah.... "TITIK".

BERITAHU AKU.... SIAPA YANG SELAMA HIDUPNYA TIDAK PERNAH DI UJI??? SIAPA.. SIAPA???.. SIAPA MANUSIA YG BERASA DIRI MEREKA HEBAT TANPA PERLU DIHADAPKAN UJIAN ALLAH??.. SIAPA??.. SIAPA??

Sedangkan Rasullullah S.A.W, junjungan umat, kekasih Allah itu, lagikan diuji dengan segala bagai ujian.. SIAPA KITA YANG IBADAH HANYA SEKAKI LALANG INI untuk tidak menerima cubaan dan dugaan?? Sudah lengkapkah ibadah wajib sehari semalam kita tunaikan?. Semak kembali rukun ihsan, rukun iman dan rukun islam, sudah cukupkah kita penuhi? Fardu Ain dan Fardu Kifayah, adakah kita patuhi?. Berapa banyak ibadah sunat yang kita peruntukkan sehari untuk mengabdikan diri kepada Allah?. Betulkah terjaga aurat kita sepanjang hari selama berhadapan dengan yang bukan mahram? Muliakah perbuatan harian kita setanding ketertiban perilaku para Nabi serta sahabat Baginda? Terjagakah lisan kita tatkala menutur kata, mengumpat, memaki, memarahi manusia waima di kala bersendirian?

Maka itu.. APAKAH KITA BERASA DIRI INI TERLALU ISTIMEWA SEHINGGA TIDAK LAYAK MENERIMA KIFARAH ATAU UJIAN ATAU DUGAAN DARIPADA ALLAH YANG MAHA BERKUASA?.

Orang yang mewah berharta itu, kekayaan itulah ujian mereka..
Orang yang miskin harta benda, kemiskinan itulah ujian mereka..
Orang yang alim agama, ilmu itulah ujian mereka..
Orang yang tiada pegangan hidup, kekufuran itulah ujian mereka..

Aku juga manusia ciptaan Allah.. TIDAK TERKECUALI DARIPADA UJIAN ALLAH!... PERLUKAH AKU CANANGKAN KEPADA KALIAN SETIAP DUGAAN HIDUPKU?

TIDAK MENGAPA.. aku simpan bahagian ceritaku.. bukan untuk tatapan sesiapa.. cukup untuk aku sedar bahawa Allah masih sayang dan memerhatikan aku.. justeru itu aku redha dengan ujian-Nya dan... YA.. pada setiap dugaan, setelah ianya berlalu, aku temui segala sinar dan rahmat.. Syukur Alhamdulillah.... Aku yakini kalimah "LILLAHI TA'ALA"!!..


INI PERINGATAN UNTUK DIRIKU dan dirimu (jika itu perlu!!)..
"TENANGKAN HATI DENGAN BACAAN AL-QURAN (SERTA MAKNANYA) DAN BANGUNLAH UNTUK SOLAT MALAM (TAHAJJUD)".. segalanya terjawab di dalamnya...

Serahkan segala resah dan gelisah kembali kepada ALLAH YA HAFIDZ.... semoga beroleh perlindungan, rahmat dan redha-Nya.. Ameen.


!!.


Firman Allah:
"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): 'Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku'. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)." (Al-Quran Surah Az-Zumar 39 : Ayat 49).






.

14 comments:

Mak Su said...

tq kaktiny, tq

blackcardomompods said...

Benar bait2 tulisanmu itu.kerana dgn adanya ujian kita maju ke depan.berterimakasihla pada Allah kerana ujian itu kita mnjadi manusia yg lebih baik.jika kita tahu bahawa ujia yg Allah turunkn skrg adalh tiket ke syurga,kita pasti maukn ujian itu.

Apakata kita anggap ujian itu adalah salah satu tijet ke syurga,pasti kita tenang n redha.

Ada dulu pernh tgk usrah terbitan tv9,ustazah ada ckp hanya jiwa yg Allah kurniakn nur akn tenang n redha akn ujian Allah.

Marilh kita mncari nur itu

Kaktiny said...

mksu > peringatan utk diri agar lebih yakin dan redha.. mohon redha Allah dlm kehidupan dunia dan akhirat..

Kaktiny said...

BCP > betul yang.. nk mengingatkan diri bahawa ujian itu adalah rahmat Allah.. tanda kasih dan sayang-Nya serta ingatan-Nya kpd kita..

semoga kita memperolehi Nur dan hidayah serta redha Allah dunia dan akhirat.. Ameen.

iina said...

Kita diuji setimpal dengan kemampuan kita.. cuma kdgkala kita nie nak cepat selesai.. tapi kdg2 penyelesaiannya tidaklah semudah itu.. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar ;)

Kaktiny said...

iina > betul tu kan.. kita ni nk cepat settle je.. tanpa sedar bahawa lagi diuji lagi banyak pahala kita dpt andai kita bersabar..

ckLah @xiiinam said...

Selalunya...kita cepat sedar apabila diuji dengan derita. Tapi kita jarang sedar saat kita diuji dengan kebahagiaan, kegembiraan atau kemegahan...kita tak tau pun kita sedang diuji...


Betul tak Tiny...

ibundo said...

salam tiny, banyak betul dugaan dan ujian yang akak terima tahun ni...

redha...

diba said...

walaupun berat mane dugaan iitu..pasti dpt tempuh sbb Allah dh tntukan mngikut kmampuan msing2;)

tasekM said...

kdg2 aku give up jugak.

ok. aku mmg teruk!



.

Kaktiny said...

ckLah > betul kan cklah… masa susah, tadah tangan mohon dilepaskan drpd kesulitan.. masa senang, lupa angkat doa bersyukur dgn nikmat… Memangla manusia ni mudah lupa.. masa susah je nk ingat Allah.. masa senang, terasa diri bagus.. Ayat 49, surah Az-Zumar Allah dh nyatakan sikap kebanyakan manusia yg sebegitu… sebenarnya.. setiap masa, saat dan ketika kita diuji.. diberi nafas utk bernyawa adalah satu ujian .. kan cklah kan.. semoga semua umat islam semuanya kembali kpd Al-Quran, sunaah Rasulullah dan hadis shahih.. Ameen.

(sedih la cklah, bila ada org tetiba mesej ayat camni:-.. ”aku dh tak percaya tuhan lagi”.. [astaqfirullahal’azhiim] hanya kerana rumahtangga dan dirinya diuji!!! – mcm rasa nk pegi peluk je sahabat tu.. tp, dia jauh.... sedih laa cklah.. huhuhuhu)..

Kaktiny said...

kakpah > begitu jugak banyaknya rezeki yg Allah anugerahkan kat akak tawon ni (dan seterusnya.. ameen).. bebudak semua konvo dgn jayanya tu adalah rezeki tu kak.. akak menurunkan ilmu kpd bintang-bintang kecil tu, jihad paling besar dan ganjaran amal paling mulia tu… alhamdulillah.. syukur untuk akak…...

Kaktiny said...

diba > sungguh!.

Kaktiny said...

tasekM > kalau tetiba luka jari terkena pisau, ada tak org yg secara automatiknya kata “wah, menariknya, syukur alhamdulillah sbb sakit”?.. AKU TAK RASA WUJUD MANUSIA MACAM NI!!... (beradoi melalak mengaduh.. confirm ramai – termasuk aku)… jadinya.. tak ada bezanya ko, aku ngan sesapa saja yg ada masanya penat dan lelah dgn ujian susah.. (ujian senang pon adakalanya susah ooooo… kan!).

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.