Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, October 06, 2010

OH WANITA: Kau Perhiasan Dunia..


(kredit to en.google : thanks to ILUVISLAM)

Semalam, cik abang ajak makan kat luar.. I ON JE!!.. hahaha... Alhamdulillah, ada rezeki untuk merasai air tangan orang lain pulak.. hihihi...

Sambil tunggu yg di order sampai, biasalah, aku ni kan ada 1001 ilham nak bertanya bersoal cepu emas gangsa perak dengan cik abang.. kehkehkeh..

Aku : Abang, dikatakan bahawa sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita solehah... maksudnya, sebaik-baik perhiasan bagi suami adalah isteri yang solehah.. setuju tak??..

Abang: Setuju..

Aku : Kalau wanita diibaratkan sebagai perhiasan, maknanya, wanita itu adalah ciptaan Allah yang amat cantik la kan.. sebab barang yang cantik je yang kita jadikan hiasan.. betul tak?

Abang : Betul.

Aku: Hmm.. kalau macam tu, barang yang cantik, untuk dijadikan hiasan, kenalah selalu dijaga dengan sempurna agar kekal cantik. Contohnya, kalau kita beli akuarium ikan, kita bela ikan, mestilah kita selalu tukar air akuarium tu, agar ikan sentiasa hidup dalam air yang bersih. Akuarium tu pun kita kena bersihkan supaya tak berlumpur, berhabuk, berkulat dan segala bagai kan. Mesti kena selalu dijaga rapi.. barula kekal kecantikannya dan kita pon proud to jadikan ianya hiasan... kan kan kan..

Abang : Ya betul. Setuju... (diam sejenak)... Haaa... mesti ada kaitan dengan apa2 ni kan..

Aku : Ekehkehkehkeh...

Abang : Hah!. Kan betul. Tu gelak tu mesti ada nak selit apa-apa cerita nih. Kan kan kan???..

(berkenalan selama 13 tahun dan menjadi suami isteri selama 6 tahun ini sudah cukup utk abang ’masak’ dgn perangai serta tingkah aku.. hahahahhaaa)..

Aku : Takdelah.. saja nak tanya pendapat.... Camni.. oleh kerana si isteri yg solehah itu adalah sebaik perhiasan suami.. makna kata, kena lah si suami itu sentiasa pastikan isterinya itu sentiasa solehah kan. Tapi, kenapa ada lelaki yang taknak hiasannya CANTIK dan MENARIK?. Yang sanggup lihat perhiasannya BURUK dan TERUK??.. Ada suami yang tak kisah samada isterinya solat atau tidak.. ada suami yang tak kisah isterinya menutup aurat atau tidak.. ada suami yang tak kisah mulut isterinya ’celabas’ semacam jer (alamak bang, ni leen pun buat laa... huhuhu... AMPUN BANG... leen cuba kawal mulut leen eh!!.. huhuhu)... ada suami yang tak kisah isterinya berkepit, bergambar, berpeluk, bercumbu dgn jantan lain... ada suami yang tak kisah isterinya melakukan maksiat serta melakukan pelbagai perkara mungkar... ramai suami yang TAK KISAH PERHIASAN MEREKA TERCEMAR!!.. kenapa eh?.

Abang : Kalau dah si suami tu pun buruk, apa dia kisah perhiasan yang cantik......?

(dan ini juga perangai abang yang aku ketahui... aku cakap 188 patah, dia jawab 8 perkataan je.. hahaha... iyalah, kalau sama2 petah, bertekak pulak kerjanya kan.. dan kalau sama2 pendiam, sunyi sepi plak nanti.. hihihi... tepatnya aturan Allah.. Subhanallah.. Terima kasih Allah... )

Hmm... perbualan terhenti di situ.. sebab makanan dah sampai.. kita makan dulu!!.. hihihi...

Dan... Perbualan itu tidak disambung.. mati di situ..

Dalam perjalanan balik..

Aku : Abang.. leen mohon, abang redhai leen selama leen keluar bekerja, belajar, berkawan.. maafkan tutur kata leen yang menyakit hati abang, tegur leen jika leen buat perkara yang tak sepatutnya.. jgn berdendam dgn leen... tolong ye.. Redhai leen..

Abang : Ya leen. Abang redha setiap perilaku leen dunia akhirat..

(tetiba aku rasa cam kalau mati malam semalam pon ok jugaks!... hihihi... tapi, dosa lain banyak lagik!!.. huhuhuhu... ).

.................................................................................................................................................
Hari ini, berjalan melompat menerobos menerjah blog itu ini di situ di sini.. tertarik dengan petikan daripada blog Dr. Muslimah, katanya:


Aku mengingatkan diri sendiri.. agar lebih memahami pengertian WANITA SOLEHAH!!..

kredit utk en. google jugak..

Ya, aku sentiasa berharap dan berdoa.. agar dapat menjadi ANAK, ISTERI juga WANITA SOLEHAH, menjadi IBU MITHALI, menjadi UMAT MUHAMMAD yang BERTAKWA serta menjadi HAMBA ALLAH yang KEKAL BERIMAN... Ameen.

Sedar dan akur dengan segala kelemahan dan kekurangan diri, namun aku tak putus berdoa semoga Allah sentiasa perhatikan aku dan sedarkan aku jika aku tersasar dari orbit Islam, ingatkan aku sekiranya aku terlari daripada landasan Iman, juga semoga segera sedar dan insaf jika Ihsanku sebagai hamba Allah mula tercemar... Aku ingin hidup di dunia dan kembali ke akhirat dengan rasa cinta yang tinggi kepada Allah serta Rasul. Aku mohon agar menjadi golongan yang diredhai dan dirahmati Allah dunia dan akhirat... Ameen.


Ya Allah.. ku panjatkan pada-Mu doaku ini.. Ya Rabb..



(andai ada yang senyum dengan tulisanku.... silakan.. jika senyum kalian untuk mendoakan agar Imanku sentiasa teguh, Alhamdulillah, terima kasih... Syukran Jazilan.. Jazakallah.. Andai, senyum kalian kerana mengejek serta mentertawakan coretanku, juga terima kasih.. Tolong, sedarkan aku bahawa aku pernah menuturkan kata-kata ini jika kalian melihat aku semakin jauh menyimpang daripada apa yang aku tuliskan dan tuturkan... KU MOHON!!).







.

17 comments:

tasekM said...

thanx 4 the n3 bebeh.


.

diba said...

sentiasa brdoa semoga istiqamah dlam hidup

ibundo said...

tiny,kakpah suka jawapan abang nko tu lah. kalau suami buruk, dia tak kesah dah isteri dia ada perhiasan cantik ke tak....

en_me said...

aminn ya robbal alaminn..

Adliff said...

Jawapan abang kak tiny tu aliff dah boleh agak daaa...

Cool entri. :)

Amin. Dan jazakallah hu khair utk kak tiny sekeluarga

iina said...

InsyAllah.. amin.. semoga yang baik2 sahaja.. klu aku duk tanya pakwe aku gitu.. confirm dia bkn jawab 8 perkataan.. 1 perkataan jek jadinya hehehehe.. ;)

Kaktiny said...

tasekM > aku ingatkan diri sendiri nih.. sambil dok berdoa sentiasa..

Kaktiny said...

diba > betul kan.. semoga hati, niat dan diri sentiasa beristiqamah dlm kebaikan. Amiin…

Kaktiny said...

kakpah > tu ler cik abang tiny tu kak.. kalau beribu lemon yg disoal, dia tau petik sehelai je nk jawab.. tak payah panjang lebar.. tapi berdesup masuk telinga laa... hihihi..

Kaktiny said...

en_me > terima kasih doakan.. ameen.

Kaktiny said...

aliff muhammad > ko pun tau laki kaktiny tu kanzz dik oiii… huhuhu… sebaris sebaris je ayat dia.. takyah nk elaborate panjang2 cam kaktiny nih.. hehehe..

Kaktiny said...

iina > Amiin.. thanks darling… pakwe ko tu kalau sembang topik yg kena di hati dia, baru best dengar dia borak.. hihihi…

Acik Erna said...

salam tiny..sebelum baca sampai bawah tadi ntu..akak dah tetanya2 juga..panjang lbar lin tanya..cerita..sepatah aje..cik abang nya jawab..he he..nasib ada tiny tulis dah..
kalau akak terbalik..kalau akak cakap sepuluh..dia seratus..he he..untuk tidak meletihkan telinga kaka..akak cakap satu,,jadi cik abang akak..cakap sepuluh je...(tiny..akak kena mintak ampun ni)

blackcardomompods said...

perghhhh kak tiny,kata2 mu sungguh bervisi dan cantik tersusun..

pesal buh kaler kuning..terpaksa kita boldkan kejap.hahahah..

moga2 menjadi wanita idaman suami.sb tu wanita sentiasa di pandang istimewa di mata suami.

tetapi jodoh Allah atur memang sempurna.kalau both bising,adeiii bingit umh dgr duk bertekak.hahahah.sb tu kita takleh bising2 ckp suami kita tak bgus pasal suami itu adalah anugerah yang Allah padankan dgn keadaan sempurna walaupun kita nmpk byk kekurangan tetapi kekurangan dia,kelebihan kita.

Kaktiny said...

kak Erna > oooo... akak terbalik dgn tiny la eh.. cik abang akak lagi ringan mulut.. hihihi... kagum org yg pendiam ni.. sbb tiny ni jenis 'bising'.. mmg tak reti diam... huhuhu...


BCP> betul kan yang.. kekurangan dia tu la kelebihan kita, begitu jugak sebaliknya... saling melengkapi.. alhamdulillah..
(errr.... bubuh kaler kuning tu.. hmm.. hemmmppp... mcm poyo je kan.. huhuhu).. hihihihi..

MARIA said...

Salam,
Tiny dah berapa kali entri dah..tokma dok tang tu jugak ler hoi!!. Seronok baca bila tiny tulis panjang lebar. Tersenyum gak tokma sejenak dibuatnya bila kenangkan jawapan cikAbang awak tu. Bila ditanya jawapannya seciput jer...tapi maknanya sedulang. Hmm.. tiny lebih beruntung dapat gak jawapan dari cikAbang bila disoalselidik... tanyalah pulak pada Tokpa...dengan 10 kali soalan yang sama ditanya, belum tentu esok dapat jawapannya. Memang susah nak bukak mulut.. tension...tension...!!! Lolzzzzzz

Kaktiny said...

tokma > akak pon tau peel si rizal tu kan... dtg angin nk banyak ckp, kita pon terdiam.. hahaha..
tapi, tokpa mmg power, sepanjang hantar masakan kt akak, dan sepanjang ambil buiah tangan dari akak, mmg nk dengar kalimat dari mulut dia, aduuhaaaaiiii.... mcm menunggu buah durian dari kebun.. JARAANG-JARAAAANGG.. kehkehkeh..
ampuuunnn tokpa... kim salam tokpa.. kata kt dia, tiny mintak maaf sbb mengumpat... hihihihi...

apapon, tokma tetap the best.. cool and steady.. hihihi...
tokma + tokpa.. great couple of the century.. hihihi...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.