(entri berjadual : auto-published).
Esok, secara teorinya, ada dua angka yg sama tercatat pada umur kelahiranku..
Apa yang telah aku lakukan sepanjang hayat yg telah Allah anugerahkan kepadaku?.
Aku sering memasang angan-angan untuk menjadi hamba Allah yang beriman..
Namun… apa amalan yang aku lakukan yang membolehkan Allah menempatkan aku di kalangan hambaNya yang beriman??..
Aku sentiasa impikan untuk menjadi muslimah yang solehah.
Namun... apa pencapaianku yang melayakkan Allah meletakkan aku sebaris Ummul Mukminin?.
Aku ingin berjaya sebagai umat islam yang mensyukuri nikmat Allah.
Tetapi... kenapa masih ada keluh kesah, gusar, bimbang, ragu-ragu, khuatir, sedih, berduka dengan laluan yang telah Allah tetapkan kepadaku?..
Aku teringin menjadi isteri yang solehah...
Namun... adakah aku telah memenuhi kriteria yang Rasulullahi Sallallahu 'alaihiwassalam sabdakan : "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."
Cukupkah aku memainkan perananku sebagai isteri? seperti yang disabda Nabi : "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Dengan janji Rasul Allah itu, maka, aku bercita-cita untuk dipilih masuk daripada mana-mana pintu syurga Allah seperti yang Rasullullahi Sallahu Alahi Wassalam sabdakan kepada wanita mukmin.
Tetapi.. apakah aku telah dengan sepenuhnya menjaga solatku, mencukupkan puasa ramadhanku, menjaga kehormatanku (aurat) serta taat sepenuhnya kepada suamiku?.
Lantas, layakkah untuk aku menuntut nikmat Syurga yang akan Allah berikan kepada Ibu-ibu / Isteri-isteri terpilih itu??..
Maka, bagaimana untuk aku berhadapan dengan Allah untuk menyatakan bahawa aku telah redha menjadi hambaNya serta aku jujur menjadi umat Muhammad yang layak memohon syafaaat Rasulku; agar Allah juga redha kepadaku sebagai hambaNya serta Rasul Junjunganku Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wassalam akan memberikan syafaat Baginda itu?.
.......................................................................................................................
Ya Allah... aku akur aku masih lemah dan jahil.. imanku masih nipis... nafsuku masih membuak.. akalku masih belum matang... anganku lebih panjang daripada merealisasikannya!.
Namun Allah... aku ingin sentiasa memperbaiki diri.. untuk menjadi yang lebih taat sebagai hambaMu serta lebih patuh sebagai umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.. mengatur hidup dengan lebih yakin terhadap agama sebaran Rasulku... menjadi wanita mukminin yang lebih baik dari hari ke hari..
Aku mohon Ya Allah... tingkatkan takwaku... permudahkan jalan hidupku... lapangkan dunia dan akhiratku.. bantu aku, perhatikan aku untuk mengatur hidup dengan lebih tenang.. lebih berkeyakinan terhadap-Mu Allah... dan kukuhkan imanku pabila berhadapan dengan ujian-Mu serta hasutan musuhku yakni Syaitan!.. Ameen.
"Sesiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik lelaki mahupun wanita, sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan tidak dianiaya walau sedikit pun." (Al-Quran Surah An-Nisa’ 4: Ayat 124).
Hanya redhamu jua yang ku pohon Allah Ya Rabbul 'Alamin!... Redhai aku...
Apa anjakan paradigmaku di usia yang semakin bertambah ini?.. (tanyaku berulangkali..... kepada diriku sendiri!!!)
.