"Dan jadikanlah dirimu sentiasa rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka di waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan-Nya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia;..." (Surah Al-Kahfi 18: 28). ~Ya Allah, temukan dan rapatkan aku dengan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran demi mendapatkan redha-Mu. Izinkan kami berkongsi syafaat sehingga ke syurga firdaus-Mu. Ameen.~
Dengan Nama Allah..
Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.
Tuesday, June 10, 2008
Hari Ini : Yang Kaya Bertambah Kaya
Sunday, June 08, 2008
Hari Ini : Kung Fu Panda
tapi.. tak reti nak tido lama2.. kul 8.00am pusing kiri pusing kanan.. bergolek kiri kanan.. last sekali - bangun dan sembang pasal aktiviti hari ni.. abang ajak pegi tengok wayang.. Long Khong2.. weeeeiiiiiitttttttt.... NO WAY.. tak mau aku tgk citer2 camtuh weh.. then abang suggest tengok Kung Fu Panda.. bawak nureen sekali.. wah best gak tu.. first time bawak nureen tgk wayang... camner le agaknya si kecik tuh tgk wayang yer..
Kul 10am gi pasar kat blok polis tu jer.. beli barang utk minggu nih.. then makan kat kedai mamak jer lah.. sbb jap gi nak gi MINES..
Lepas zohor, siap2 nak gi MINES.. bwk sweater si nureen, takut dia sejuk kt dlm wayang tu nanti.. sampai MINES - beli tiket kul 5.30pm.. gi ronda2 jap.. bawak nureen naik 'kuda' dia (gajah2 beroda tu ler..) and beli 'ayam gerak' kat dia.. suka sgt ler tuh.. kul 4.15pm, nureen dah mengantuk sgt..alamak... dpt ker dia nak tgk wayang nih?.. gi lepak jap kat bench depan kedai baju sementara tunggu abang solat asar.. perlahan2 kejut nureen bangun..
kul 5.20pm - beli pop corn, air dan 'kopok' utk nureen.. 5.30pm, masuk panggung.. and ...tarrraaaa.... nureen tgk wayang.. seronok sgt tgk dia dan abang happy and gelak terbahak2 tgk kungfu panda.. ada satu bab time semua org khusyuk tgk gambar - si nureen gelak2 siap tanya pasal kartun tuh.. alahai.. bila time semua org gelak.. nureen pun gelak sungguh2.. mmg pasal kartun tu lawak, plus org lain gelak and dia pun gelak gak... end of the movie.. tanya nureen.. best tak.. dia kata best and nak pegi lagi.. wah... (sapa salah kalau esok besar anak kaki tgk wayang and kaki berjalan?.. mak bapak yang ajar - tu ler.. ) hehehehhe..
Memang enjoy sgt.. dpt baju 2 helai.. abang belanja..hehhehehhahahhaha.. double syok weh..
malam - masak yang simple2 jer.. dpt gak masak resepi yang akak shopforshoppers post kat entri dia tuh.. makasih akak.. really give me an idea what to cook... kebetulan adik ipar dtg rumah.. langkah kanan budak tuh.. then layan blog jap.. dah.. nak layan abang and nureen tgk tv lak.. good night..
Saturday, June 07, 2008
takperlah..tak penting
then dah ada blog sendiri, aku dpt melawat blog2 lain dan meninggalkan komen.. dan seronok bile membaca komen dibalas dan ada pulak yang dtg melawat blog aku dan meninggalkan komen.. maka terjadilah interaksi di kanvas maya tanpa mengenal wajah dan rupa.. SERONOK SANGAT.. itu sahaja yang dapat aku perkatakan apabila semakin 'menyertai' dunia blog ini.. tak pernah langsung terlintas di pemikiran aku yang agak kurang ilmu dlm IT ini bahawa akan tercetusnya perhubungan 'maya' sebegini rupa melalui 'blogging'.. dan perasaan ini amat seronok sekali.. aku dpt ramai kenalan..
NAMUN.. hari ini aku ter'kejut' sikit apabila menerima komen daripada 'moderator' GJ dlm entri hangin berangin di ruangan emotional - terbaca komen Moderator.. oh.. ada rules and regulation rupa2nya dlm menulis di ruangan GJ.. tak sangkalah plak.. itulah padahnya kalau terajin sgt nak participate and suka sgt nak 'be an active member' dlm setiap sesuatu..
Semakin lama memblog semakin seronok terutamanya bila ada yang tinggal komen.. sbb tu aku buat link kat entri dlm GJ - sebabnya aku dh penat taip panjang dlm blog sendiri so, dlm GJ buat link jer lah.. supaya sesapa yang nak baca, dtg and leave their comment in my blog.. tapi tak sangka plak yang 'perbuatan' tu tidak dibenarkan.. AMIK KAU... kan dah kena..
Maaflah kalau apa yang aku buat tu salah.. tak terniat untuk apa2 pun.. tapi tertanya plak, kenapa perlu ada rules and regulation mcm tu.. salahkan mengajak org lain singgah di blog kita?.. ada apa2 yang aku tak tahu ker tentang 'invite' org dtg ke blog kita atau jumlah org yang dtg ke blog kita?.. MAAFLAH.. aku tak nak sebarang anugerah atau pendapatan sampingan atau peningkatan jualan atau apa -apa jawatan dalam apa2 jawatankuasa di dalam memblog ini..
yang aku nak cuma 'jalinan perhubungan dan ukhwah sebagai teman dan kenalan'.. (perkara yang aku tak tahu boleh terjadi semasa pertama kali buat blog ni..)
Kenapa aku join group GJ, sbb aku tgk ukhwah mereka sgt menarik.. mmg teringin sgt nak jadi part of them.. maklumlah aku ni kan 'penyibuk' skit.. suka sgt berkawan.. (kalau laki aku tahu- sure dia padankan muka aku..)
and lagi suka sgt berfikir sampai langit ke-7 sampai adakalanya terlupa sekejap rumput yang dipijak dan kerap gak leka dan lupa kat 7 petala bumi di bawah tu.. (sampai dah terfikir nak sponsor gathering GJ utk jumpa mereka2 ni semua).. tapi... sebenarnya aku 'over acting' siot..
Hmm.. kenapa dgn aku ni?.. emotional tak tentu pasal pulak.. itulah, suka sangat nak involve sana sini - bila kena tegur sikit - dah terasa.. dah tahu awak tu emotional, pehal yang nak menyibuk dlm ruang org lain.. buat kerja sendiri cukuplah.. padan muka bila dah kena camtu.. baru nak sedar diri supaya tak menyibuk tak tentu hala..
Takperlah.. ada atau tidak aku dlm dunia blog ni tak penting kepada sesiapa pun.. so aku back to my basic root - tulis apa aku nak tulis - sesapa yang nak berkawan dgn aku maka itulah kawan aku.. and I still have a lot of things to think rather than thinking of the moderator's comment.. ok kaktiny.. pegi tido.. dah malam.. esok pagi abang ajak pergi pasar pudu (alahai abang, malas betul nak masuk pasar besar..)
Hari Ini : 06/06/08 - 4th Anniversary
Sebelah malam - memenuhi jemputan kahwin sepupu di 'Kampung Pengantin' - Jalan Ampang.. punyalah lamanya duduk KL ni.. mmg tak pernah dengar ada nama Kampung Pengantin - dan areanya Jalan Ampang (?).. rupa2nya belakang Proton Edar Jln Ampang Show Room.. lah.. situ rupanya.. menurut cerita-ceriti, kawasan seluas 3 ekar yang disewa daripada seorang taukeh cina tu yang dijadikan 'perkampungan pengantin' itu bernilai RM20 juta.. pheh.. 3 ekar jer.. hmm.. tanah KL.. berjumpa sanak-saudara sepupu sepapat.. bukan 'reti' /boleh nak balik awal.. end up, pukul 2.00 pagi baru sampai umah.. (aku ni kena badi balik pukul 2 pagi ker?)..
Hari ini - memenuhi jemputan kahwin lagi and balik rumah.. tertido (ter???) dgn husband + anak2 dari pukul 2.30pm - 6.30pm.. mak aiii.. lamanya.. 'qada' tido smlm..
Thursday, June 05, 2008
Hari Ini : Hangin dan Berangin - petrol punya hal..
Smlm beriya-iya aku takmau sentuh bab petrol naik harga.. takder maknanya kalau aku sorang jadi 'anjing yang menyalak bukit'.. takkan runtuh bukit tuh.. (tapi, kat sini rasanya bukan menyalak bukit, tapi menyalak konkrit - mmg tak dpt nak buat apa2 pun.. kebal dan be***)..
Dan semalam jugak aku beriya-iya nak memboikot masak hanya kerana takder gas malam kelmarin.. tapi sebenarnya semalam aku ada perjumpaan utk program belia yang dikelola oleh IDEAL. Oeh kerana si sahabat aku, kaklong tuh balik kerja lambat, makanya aku tak pegiler dgn dia - dan aku pegi sendiri - abang dh bagi green light and oleh kerana jugak Ketua Fasi aku ckp nak pakai fasi lagi (sapa minat nak jadi fasilitator program kemasyarakatan - leh hantar resume kat aku - then aku bagi kat IDEAL.. Abg Nizal Mohammad is one of the Director.. and Chef Ismail is one of the Fasilitator..), aku pun ajak ler budak opis aku ikut.. jadinya, aku kena gi amik dia yang tinggal kat Jalan Sentul untuk ke mtg kat Rebung, Bangsar..
Perjalanan dr umah aku ke umah member aku adalah dari Sg. Besi melalui Jalan Tun Razak menempuh bulatan pahang, masuk Sentul Baru untuk ke Kampung Puah (naper aku ikut jln nih?.. sbb aku tak pandai jln 'shortcut' lain - aku ni adakalanya 'buta' jalan sikit..)
Aku bertolak dari rumah kul 7.50mlm - DAN PUKUL 10.50PM AKU MASIH BERADA DI HADAPAN IJN (mujur adik Sufi dah discharge - kalau tidak, mmg aku masuk IJN utk sembang dgn Elly..), perjalanan yang sepatutnya 45minit - JADI 3 JAM.. aku dah nak muntah darah + migrain + hangin + menyumpah seranah (kalau aku mati smlm - habis hilang pahala amalan aku - sure ada M****** yang masuk syurga bulat2 sbb kena sumpah ngan aku... sapa suruh umum smlm - bgailer notis sampai hujung bulan ker atau hujung minggu ni ker - ini berkuatkuasa esok??.. G*** B*** - sorryler aku rasa B*** pun tak gila macam tu.. nak saman pun samanla - aku dah bengang giler.. bukan diorang yang ada kat atas jalan tu smlm.. tapi AKU.. AKU yang merasa perit dan pedihnya 3 JAM YANG TAK BERGERAK LANGSUNG.. semut merah dan kunang2 putih penuh atas jalan raya.. dan aku salah 'sekor' drpdnya!!! mangkuk tingkat betull..)
Sampai umah member aku dah kul 11.30mlm.. then aku teruskan jugak dgn penuh 'semangat setiakawan dan atas dasar janji', aku ke Bangsar.. setibanya di Bangsar, aku dpt msg dr Ketua Fasi - "Tiny, mtg dah habis. Abang update esok ye." HAH!!!.. AKU KAN DAH KAT BANGSAR!!!.. aku pun balas balik, "Tiny dah kat BANGSAR".. tak sempat Ketua Fasi balas, aku dah nampak kelibat dia, Chef, A.Nizal, Zul (Kastam) dan beberapa org lagi.. so, aku meluru keluar kereta dan DAPATLAH JUGAK JUMPA WALAUPUN REBUNG DAH TUTUP...
Daripada aku kekononnya nak 'melantak' kat Rebung - terus cancel (sbb Chef dah mengantuk tahap cipan tak boleh jalan), terus Ketua Fasi ajak makan kat Bangsar Seafood.. pukul 12.00tgh malam - nak makan apa - aku dah makan angin dan makan hati dan makan s***** s******..) - aku order mee-hoon tomyam jer lah dgn Fresh Orange.. then Ketua Fasi cerita ler serba sedikit pasal program yang akan berlangsung dari hari ini sampai hari ahad ni (5-8 June) Program Wawasan Desa Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan - turut melibatkan International Student UiTM Shah Alam dan komuniti area Taman Desa..
Stop citer pasal program - sbb esok2 aku akan citer gak bila program dah habis nanti.. bebalik ke citer pasal semalam and HANGIN SATU BADAN AKU tuh..
AKU MMG BENGANG DAN MARAH betul :
1) pengumuman terkejut tergempar yang dibuat oleh P** M******..
2) org ramai yang beratur kat stesyen minyak..
Dua benda nih buat aku m*** h**** dlm kete selama 3 jam (entah apa yang dibebelkan DJ Fly FM pun aku tak dengar dah..) - aku tak paham kenapa perlu berkuat kuasa 'mlm ini'?.. kalau dah "hard up" sgt duit "kami" - rakyat - ni, bagilah notis dulu - at least hujung bulan ni ker, so, any appointment boleh dibatalkan atau di re-schedule.. dan aku tak paham dgn "thinking" rakyat Malaysia ni.. petrol dh naik harga - itu sudah pasti - yang beratur panjang TERUK-TERUK tu sapa suruh?.. bukannya dgn isi full tank mlm ni, jimat petrol korang sampai hujung tahun ni... if isi penuh smlm then takyah isi sampai tahun depan.. aku RELA turut serta beratur mcm b**** kat stesyen minyak tu utk isi minyak bagi penuh tank.. (sesapa yang beratur panjang smlm tu - maaflah yer kalau terasa - tapi aku rasa - mmg perkara yang menyusahkan org ramai.. menyusahkan AKU..)
Akibat daripada 2 perkara yang bagi aku 'terlampau BIJAK TERLAKSANA' tu.. aku tersadai 3 jam atas jln turun razak (dari depan Menara AA nak ke IJN - 1 jam.. B******...)
DAN RUPANYA PERBUATAN YANG BAGI AKU SIA-SIA ITU TURUT DISUMBANGKAN OLEH SUAMI KESAYANGAN AKU.. BIKIN MALU KOMPENI JER....
(ingatkan dia nak pegi main badminton - rupanya dia pegi teman partner badminton dia tu - pegi isi minyak - 2 jam beratur nak tunggu turn - daripada kul 10.00pm - 12.00pm baru dpt isi minyak - end up - dia sampai umah kul 1.00am - HAHAHHAHA - PADAN MUKA - SAPA SURUH - SENDIRI CARI BALA!!!! - tak kiraler walaupun pegi teman member - kira turut 'menyumbanglah' jugak..)
DAN AKU?.. nak dekat 2.00pagi baru sampai rumah - punyerlah risau - bukan takut h**** tapi takut persekitaran yang mengerikan.. iyerlah, aku kan pompuan - drive sorang2 - tgh2 pagi.. memang aku TOBAT NASUHA.. if ada perjumpaan malam, mmg aku tak pegi sorang dah lepas ni.. walaupun dah berjanji sumpah setia.. NO WAY!!!!.. aku rela call pakai 3G atau buat video conference dari umah aku ke handset Ketua fasi atau laptop mereka drpd menempuh malam yang gelita (walaupun lampu jalan banyak tapi still.. MALAM).. teringat pesan mak aku masa sekolah dulu :
Kata mak : hangpa semua, kalau nak keluaq, paling lewat, takat pukui 6 ja - lebih dari maghrib, kalau takdak kat rhumah lagi, mak kunci pintu, hangpa tidoq la kat luar.. nak sgt keluaq malam kan.. hangpa nak rasa, hangpa buatla.. (MAK AKU GARANG GILER OITTT....)
(tu ayat depan) - sambungan ayat belakang :
mak kata : bukan apa, kalau siang, hangpa hilang, mak boleh jugak pi redah mana2 dgn motor ayah hang tu nak pi cari hangpa.. tapi kalau malam - mak tak tau nak cari tang mana.. ayah hang tak cam jalan.. mak tak tau nak pi rhumah sapa.. takkan mak nak kacau rhumah kawan2 hangpa tgh2 mlm buta.. (OHH MAKKK... SHAHDU LE PLAK..)
--- dan alhamdulillah, sorang pun tak pernah kena tidoq luar - aku pun ternyaris2 kena, tapi back-up baiieeekkkk punyer.. siap mintak tolong bapak kawan aku hantar balik umah, so bapak kawan aku bagitau aku takleh balik awal sbb hujan lebat.. heheheh... aku ada excuse, so tak kena tidoq luaq.. kakak dan adik2 aku pun, sorang pun tak penah kena - baguih betui anak2 Pak Ya dan Makcik Kiah nih.. hehehehhihihi.. oit.. mak aku jgn main2 oo.. apa di kata akan di kota.. entry lain nanti kalau rajin aku citer apa yang mak aku penah buat kat kami2 nih.. TAPI kalau mak aku tak garang, aku tak rasa aku ada kat sini hari ni.. aku BERSYUKUR sgt Allah jadikan aku anak kepada pasangan YAHAYA MARZUKI & ZAKIAH HASHIM.. I LOOOOVEEEE mak ayah..
Masuk bab mak ayah ni, tetiba hati aku jadi 'cooollll' sgt lak.. tadi masa first nak tulis dlm entry nih.. berangin berasap badan aku.. the end aku rasa sejuukkk sgt bila aku taip nama mak dan ayah.. so..ok lah.. aku nak siapkan notis mesyuarat AGM Sport Club ofis aku.. ada team nak lawan bowling ngan team sport club ofis aku nih? (aku boleh gerenti team korang menang.. huwaahhhahhahahahha)..
Wednesday, June 04, 2008
Hari ini : Pasal Minyak dan Gas
Dgn pantas dan tangkas, aku keluar bilik, pegi ke reception counter, amik suratkhabar aku.. then aku dengar org berborak..ooo.. ada 'discussion'.. join ler.. apa topik 'hangat'?, sambil mata tgk paper.. oo..pasal minyak.. lagi dan lagi dan lagi.. aku pun menyuarakan jugakler pendapat '3 kupang' aku.. paling aku menyampah bila ada satu paper tu.. siap senaraikan perbandingan harga minyak Malaysia dgn negara2 lain.. pheh.. dari mata kasar (aku taktau mata kasar sapa yang b****).. nampak macam 'mulianya' Malaysia pasal paling rendah harga minyak masa kini - kalau nak di bandingkan dgn harga minyak di Brunei juga Singapore (ada lagi yang lain yang ditulisnya..) .. POOODDDDAAAAAHHH.. anak aku si nureen or zaqwan pun aku rasa tahu yang mata diorang kena tipu.. yang pi letak ikut harga "RM" sapa suruh memang ler nampak macam Malaysia ni terendah.. cuba pi 'convert' mata wang negara tu - berapa sebenarnya seliter harga minyak dia ikut harga duit dia? and tgk skit gaji yang negara tu bagi kat rakyat2 dia?.. aku malas nak cerita panjang pasal bab ni.. buat tambah dosa and sakit hati dan otak aku jer..
Yang si abang plak.. lagi aku tak leh nak relate apa point dia masa cerita pasal harga minyak naik.. dialognyer:
abang : leen, harga minyak nak naik nih.. I think we should do something.
aku : amboi.. abang nak gi sound Pak Lah kat kabinet ker?..heheheh
abang : takderlah sampai camtu..
aku : abis tu, abang nak buat apa?
abang : abang ingat kita kena tukar kete lah?..
aku : hah! tukar kete?.. kete apa lak nak pakai?
abang : kita tukar Honda City jer lah.. jimat minyak..
aku : hmm (berkerut giler dahi aku - bukan pasal heran kenapa nak tukar Honda City tapi...) eh.. abang kan dapat petrol allowance - kete abang tu pun company provide... jadi apakedehei kaitan harga minyak naik dgn nak tukar kete.. alasan tak 'munasarawak' langsung.. dah dah.. takder maknanya..
abang : (buat muka 'deeeekkkkk' jer..)
Tu citer pasal minyak.. ni ada citer pasal gara-gara gas habis.. kisah petang semalam.. semalam punyer cerita..
Masa aku lawat blog sorang akak ni : shopforshoppers : aku nampak resepi kacang buncis udang goreng.. terus teringat nak masak utk mlm tadilah..
as usual.. balik kerja, aku akan menyinggah menyinsing kain ke kedai / pasar basah tepi blok polis tu.. and beli bahan utk masak malam tu.. (hari ni nak masak, hari ni pi beli barang - itu ler perangai aku..).. aku dh berhajat besar nak masak kacang buncis udang goreng tu.. so, aku beli ler udang, kacang buncis.. and nampak ada ketam.. huish.. hmm.. kacang buncis udang goreng.. kering.. apa kuah aku nak buat yer.. wahahahha... ada ketam.. aku nak buat masak lemak cili padi.. wieeee.. beli santan jugak and segala bahan ramuannya.. so, menu aku malam ni will be :
1- ketam masak lemak cili padi
2- kacang buncis udang goreng
3- sambal belacan + ulam kacang botol
4- pekasam ikan sepat - goreng dgn cili kering
(sapa ada penyakit, atau dalam 'pantang' atau yang pantang makan atau tgh diet atau jaga makan dsbgnyer.. jgn ler dtg makan menu aku nih.. kolestrol + lemak + pedas etc etc etc.. and lagi dah sah sah si rudy takleh join makan ngan aku nih.. tapi si ady aku rasa on jer.. si thafiexq pun sama gak kot..).. kaklong baca menu aku nih, sure 'jeles' giler, sbb if dia masak, sure dia sorang jer yang makan.. (susah2 kaklong, ko dtg jer lah umah aku, join aku makan, if laki ko taknak makan, kita goreng ikan bilis jer kat dia..heheheh)
dgn penuh 'ke-passionate-tannya' aku pun balik ler rumah.. siap siang semua - baru ingat maid aku bagitau yang 'gas habis'.. tepon abang - suruh tepon org kedai hantarkan gas.. abang kata ok - dia dah call.. dlm kul 6.45pm, aku menanti penuh harapan kat dapur (since semua aku dah siang, dh blend, dah kupas, dah potong.. tunggu nak tumis jer..) tetiba laki aku call..
abang : leen.. tadi orang kedai tepon abang..
aku : napernyer?..
abang : dia kata dia takleh hantar gas ptg nih.. sbb hujan lebat sgt.. maybe mlm skit kot - itupun kalau hujan reda..
aku : hah?.. bestu, leen nak masak camner?.. semua dah siap siang nih?.. nak makan apa?..
abang : camnilah.. leen simpan semua tu dlm peti sejuk.. gi mandi, siapkan anak2.. lepas solat maghrib kita kuar makan..
aku : agggghhhhhhh... @#$%%^&&*.... bencinyer..
kempunan aku nak makan menu yang dh aku rancangkan dan bayangkan.. SEDIIIIIHHHHHHH sgt.... tu ler.. lain kali sedia kan gas 'spare'.. padan muka aku... dgn kecik hatinyer aku simpan semua sekali dlm peti ais -
So.. keluarlah kami anak-beranak pegi makan kat luar.. geram punyer pasal, aku ajak laki aku pi makan kat bangi - pi restoran Hot Soup & Bun.. sekaligus dia tolong isikan minyak untuk kete aku (as usual- heheheh - sori ler perabih duit company dia - dah org bagi.. amik jer, mintak tidak...)
Hari ni aku boikot - aku taknak masak (taktau aku marah sapa sebenarnya.. bengong betul..), malam ni aku nak pi Restoran Rebung Chef Ismail kat Jln Bangsar.. (takper kaklong, aku tau ko sibuk + migrain + tension + mcm2 kerja yang tak sudah.. lain kali kita gi sesama k.. ).
Monday, June 02, 2008
Hari Ini : Geng Jurnal
Apa topik aku sebenarnya?.. oh ya pasal Geng Jurnal.. selain drpd blog2 kaklong, ady, JP, tokrimau, dan banyak lagi blog melalui link-link mereka-mereka ini.. aku rajin gak masuk geng jurnal everytime aku layan blog nih..
tapi.. semakin lama aku baca persoalan dalam cerita pemilihan MT GJ, pemilihan think-tank (apa tu sebenarnya?).. dan macam2 dialog yang sambung-menyambung tu.. rasanya banyak cerita yang aku tak tahu yang pernah berlaku.. (if cerita tak best - aku takmau amik tahu lah).
Dan rasanya member2 GJ nih semuanya 'close to each other' more than berforum kat dlm blog nih.. hmm.. bagusnya mereka2 nih.. mengeratkan dan menjalinkan ukhwah sesama saudara.. tanpa pertalian darah, tanpa bin dan binti yang sama, latar belakang yang berbeza.. dapat berjumpa dan bertegur sapa.. bagusnya.. kagum aku dgn semangat mereka2 ini..
Namun, ada beberapa persoalan dlm benak aku nih bila terbaca dialog2 yang macam ada berbaur marah, tak puas hati, geram, cerita yang tak sudah.. tapi takpelah..
Hari ini Boss takder... bosan jugak.. minggu ni tak banyak kerja.. end of this month, result exam keluar.. oshh.. next month mesti start busy.. project paper dah start.. leh tak aku jadikan Geng Jurnal 'target audience' aku?.. apa topik kajian yang best yek?.. yang boleh relate dgn GJ?.. "Profesionalisme dalam menulis blog".. kahkahkah.. mesti Vice Chancellor UiTM (soriler Dato' Seri) mintak finding research aku or mintak aku present paper kat conference... tolonglah.. minta maaf sesangat, tapi aku mmg tak sokong utk ada format tertentu / belajar menulis blog yang betul.. ini diari maya aku.. punya pasal akuler aku nak tulis style apa pun.. takkan if tulis dlm diari pun nak kena ada format.. habis tu nanti esok lusa, nak berfikir dengan akal dan nak merasa dengan hati pun kena ikut format jugak?.. TOLONGLAH!!!!!...
Daripada aku amik paper penulisan blog.. banyak lagi paper lain yang aku boleh amik.. sekarang aku tengah amik MASTER HRD ... pasnih aku nak amik Profesional Certificate lak, then sambung PhD (ada tak mana company nak sponsor aku pi study kat overseas?..) member aku kata if nak pegi melalui sponsor, jalan mudah is jadi lecturer - surely kena hantar (wajib lak tu) sambung belajaq kat mana2 U pilihan kat overseas nun.. iya ka?.. naik semester nanti aku nak ricky kat lecturer aku.. betul ker?.. if betul, next year aku apply jadi lecturer.. if aku jadi lecturer, one day tak mustahil aku dpt jadi profesor kan kan kan.. (teringat lak cita2 aku masa kecik2 dulu..).
Mengimbau kenangan silam jap..
Masa kecik sampai besaq.. bila nak isi form cita2.. aku isi benda yang sama - sedari darjah satu sampai tingkatan 6.. (1) Peguam (2) Profesor (3) Perdana Menteri.. pheh.. aku pikir2 balik.. camana aku boleh nak jadi 3 benda alah tuh hah?.. aku tak terlintas pun nak jadi guru, kerani, askar, polis, jururawat atau pramugari..
Cita2 no. 1 tu.. hmm.. dah ke arah tu.. study line pun dah canteeekkk dah.. bila tiba bab kerja.. plooopp.. aku tersasar pi tempat lain.. sijil Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang aku dapat dari UiTM Shah Alam (1997-2001) tu aku simpan dlm fail jer lah.. camna leh jadi 'lagu' ni?.. ni gara2 aku gatai nak menikah la nih.. takut tiap2 hari gaduh dgn laki aku kalau aku jadi lawyer.. (if kalah kes, mesti aku bebai sampai kat umah..heheh)
Cita2 no. 2.. macam boleh jer if aku nak pi.. tapi kena jadi lecturer dulu.. then belajaq and belajaq and belajaq lagi kat dalam U tu utk naik gred ke gred ke gred ke gred.. baru dapat nak jadi Prof..
(Prof. Emiritus Dr. Tiny Azleen Binti Yahaya..) fuyoooo.. aku tgh gapai langit ke-7 weiii...
Cita2 no. 3.. weit.. aku KUNCI je lah dalam locker blog gelap aku.. aku TAKMAU ler jadi PM negara (aku) yang - entah - tak tau nak describe.. aku jadi follower jer lah.. jadi PM kat umahtangga aku lagi BESHHH... (laki aku YDP Agung..dlm umahtangga aku ler..)
Ehh.. apa aku melalut tengahari ni.. mentang2 bos confirm tak masuk.. melampau aku weh.. apa sebenarnya yang aku nak tulih?.. tajuk pasal geng jurnal.. end up pasai cita2 aku lak.. hmm..apa2 lah - blog aku... aku punya suka aku nak tulis apa kan kan kan.. hehehhehe... aku nak pi lawat blog2 lain plak lah..
YA. INILAH KAKTINY
- Kaktiny
- Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.