Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, June 10, 2008

Hari Ini : Yang Kaya Bertambah Kaya

Mmg betuller kata orang (kata org ler.. bukan kata panda gemuk - si kungfu panda tuh..) yang kaya bertambah kaya .. kenapa aku kuarkan statement ni pepagi buta?.. sebab aku TGH BENGANG GILER gara2 contest 1 day 1 camry - CELCOM tuh.. tetiba minggu ni handphone abang dah tak leh nak buat call out.. sebab apa?... phone dia dah kena block gara2 dah reach credit limit?.. HAH?? tak sampai tgh bulan dah reach credit limit?.. BIAR BENAR!!!
Call Celcom Call Centre.. tanya berapa dah yang abang dah pakai (sbb dh reach credit limit - giler tuh..).. celcom cakap dah RM x, xxx-00.. WHAT????????.... dah sama harga dgn sepasang kasut Ermenegildo Zegna atau handbag TODs atau jam TISSOT atau erggghhhhhh.... TENSION nyer.. tgh2 gawat dan gamat pasal petrol, beras dan segala barang yang dah naik harga.. tetiba plak bil melambung camtuh.. and hujung minggu ni nak kena bayar?.. GERAMNYER...
Berbalik pada tajuk aku.. mana taknyer aku kata yang kaya bertambah kaya.. bayangkan, baru 5 hari masuk contest tu, abang dah kena bayar "banyak tu".. just imagine kalau sesapa yang main sampai 100 hari dok giler menjawab soalan2 tu.. aku kira2 maunyer lebih RM20,000-00 kena bayar.. dah boleh bayar deposit Camry.. sedara aku cakap, sejak peraduan tu bermula, celcom untung banyak giler - keuntungan sehari daripada contest tuh boleh dapat "3" aku ulang - "3" biji kete camry.. jadi apalah sangat kalau diorang nak bagi 1 kete camry sehari and 100 kete 100 hari - sebab pulangannya berkali2 ganda harga 100 biji kereta camry tuh.. so, sesapa yang kaya pasti akan terus bermain peraduan tuh hingga hari yang ke seratus.. dan mereka yang akan dpt kereta tuh.. (taktau ler sapa yang menang tu, entah berapa 'mata' yang diorang kumpul.. aku tgk jumlah 'mata' permainan laku aku dah mencecah "jutaan mata".. bukan puluh atau ratus dah.. itu pun tak menang pun lagi.. berapa billion 'mata' yang org yang menang tu kumpul yek?..and berapa ribu dah bil telefon diorang?..)
ituler padahnya kalau dah taksub sgt dgn kete nih (ampun bang, bukan leen nak mengata abang - tapi mmg dh mengata pun..), apa jer peraduan pasal kete semua nak masuk.. dapatnyer tak pernah pun.. so, NO CONTEST ANYMORE!!!!.. aku selalu ingatkan diri aku yang aku bukan insan 'terpilih' utk dpt barang2 free mcm menang contest or apa saja - so, if aku nakkan sesuatu aku kena usaha lebih and kerja kuat untuk dpt beli apa yang aku nak beli... aku tak 'ditakdirkan' utk dpt 'rezeki tergolek' dgn mudah.. sbb tu aku mmg tak suka masuk contest2 or apa sahaja peraduan.. coz I'm not so "lucky" to get all the "lucky draw" or "lucky contest" or whatsoever "lucky2 things"..
Aku cuma "lucky" to have me as myself, anak kpd mak ayah aku, bini kpd laki aku, ibu kpd anak2 aku, sedara kepada adik-beradik aku dan sahabat kepada teman, kenalan dan rakan2 aku.. aku 'amat bertuah' kerana Allah pilih aku untuk bersama2 korang semua dalam mengharungi dan merasa warna2 kehidupan di muka bumi ini..
Berbalik kepada bab suami aku masuk contest gara2 toyota camry punya pasal.. mmg bengang sangat.. masa mula2 dulu, sokong ler juga.. takperlah, dah dia nak masuk, mana tahu if ada rezeki dia kan.. tapi bila angka bil dah sampai macam tu sekali - sapa tak hangin?..
Baru semalam bacan entri ayobkelubi and dia pastekan citer keperitan sorang hamba Allah ni yang dihantar kepada Tun Mahathir - nicknamenyer 'copetro'.. rasa insaf menjalar di hati.. Rasanya (? - MMG PUN) aku dan abang agak 'boros' dlm berbelanja - mentang2 anak kecil lagi, takyah pk pasal baju sekolah, psl yuran periksa, psl tambang bas.. dan konon2nyer simpanan kecemasan dah letak sebelah.. too much lah kami nih..
Tapi, aku balik kepada inspirasi aku di Tinta 2 : PERLU vs MAHU , Allah lebih tahu kenapa kami kena bayar bil telefon mencecah harga ribuan ringgit tuh - mungkin kerana nak kami insaf dan lebih sedar akan kepentingan berjimat-cermat dan insaf dgn nasib org lain yang lebih memerlukan.. (malu rasanya - if duit tu dpt diberikan kepada 'adik sufi' - alangkah!!!.. sedih sangat..)

21 comments:

Anonymous said...

http://drmaza.com/wp-content/100-keretaa.jpg sile besarkan gambar tuh baru akak dapat baca komen mufti perlis pasal pertandingan tuh.

Kaktiny said...

ady..
time kasih for the info..
kaktiny dah print.. balik nanti nak tunjuk kat abang.. biar dia BACA and FAHAM and sedar sikit lepas nih..
TIME KASIH TIME KASIH..

Anonymous said...

ehehehehe....no hal. Allah bukakan hati saya baca blog mufti perlis :D

Kak Long said...

la....awatnya laki hang teruja sgt smpi habis beribu. arakian aku dah tau aku memang takkan luck dan takkan menang apa-apa lucky draw ker apa ker sebab dari dulu memang macam tu, so awal2 aku dh avoid all those competitions....

Akak said...

Tiny...

Salam, la Tinuy HB masuk contest apa??? Maafkan lah dia kadang2 terlupa, terleka, teralpa..benda ni jadikan pengajaran.. (uishh pandai pula dok mengajaq org)

Kaktiny said...

kaklong > NTAH!!.. aku pun tak tau angin apa laki aku tuh..tetiba beriya nak masuk contest celcom tuh.. la ni baru terngadah... aku dh print keratan yg si ady post kat aku.. mintak2 insaf ler..
aku mmg tak minat langsung dengan benda2 alah ni..
I'll simply say "NO"..


Akak > salam kak.. ituler kita manusia ni kan .. dah terantuk baru nak terngadah..
tapi terantuk tu kan sakit.. lepas tu menyesal tak sudah..
ada benda yang boleh dimaafkan.. tapi ada benda yang terasa sampai ke tulang hitam..

Anonymous said...

tiny - kat opis ni pun ada member sanggup berabih nak dptkan toyota camry tu...

sabarlah no... hehehe

Sri Diah said...

Tiny; Salam kenal.
Oh TIDAK...! akak tak akan masuk apa2 contest sebab memang dah tahu, diri ini tak punya luck. Kalau lucky draw dinner, jangan harap akan dapat! Kalau masuk peraduan, tak pernahnya dapat! Kalau... kalau... huh! Jadi akak tak pernah teruja dengan benda-benda macam ni.

Kaktiny said...

sepi > cakap kat budak opis tu, hentikanlah kerja sia2 tu (kalau dia dpt - tahniah utk dia).. and suruh dia check bill tepon dia sblm dia proceed lebih lagi..


kak sri diah > JANGAN MULA.. itu yang terbaik utk kita yang tak penah masuk apa2 contest nih and utk kita yang mmg tak de 'luck' utk benda2 nih..

Anonymous said...

Kerajaan sedang kumpul duit sekarang, tetapi ke mana akan dibelanjakannya….
Rakyat kena minta sedekahlah nampaknya...

zino said...

salam kenal..

contest tu ada unsur2 judi so jangan terperangkap.. kalau ada duit beli le nanti .. kalau tak ada kita tengok je lah kereta tu ..hehe

Akak said...

Tiny...sibuk ke, mmg terasa sampai ketulang hitam kan, akak pun merasakan benda yg sama...

ns said...

Salam kaktiny.

kita kumpul duit sikit2 lah...bila dh cukup duit yg dikumpul.kete lain yg lagi best pulak keluar ek.:D

Kita pakat2 tengok je lah kete tu kat showroom.hehe.

Mak Su said...

maksu mmg x minat nak join peraduan yg tak tentu hala mcm tu

Anonymous said...

hmm..benda dah nak jadi.nak buat camne.lepas nie kena berhati² la. sebenarnya isu Peraduan SMS nie dah lama difatwakan haram. cuma kadang² diorang ubah strategi bagi mengelirukan kita semua.so,berhati² la.

Kaktiny said...

jebatfansuri > duit kita pak2 menteri bagi kat anak bini diorg kot.. habuan gi shopping kat luar negara nuuunnnnn...

zino > betul tu.. tak ingin pun nak pakai kete tu .. yang dh ada skrg ni pun dah alhamdulillah.. husband tu over acting betul.. (padahal dia dpt kete company bagi..)

akak > kan kan kan..

gdiz > ns, abg kaktiny bukan nak pakai kete tu pun.. dia kata if dpt (IF DPT) nak jual jer.. kete yang dok ada ni pun dh cukup lah..

maksu > takyah join maksu.. buang karan jer..

mr.penyubiru > lain kali kalau abang kaktiny masuk apa2 contest, mmg kaktiny baling O2 dia tu dlm laut.. biar takder handphone - padan muka..

suara said...

Salam kaktiny...
Semoga pengalaman ini dijadikan pengajaran. Selalu kalau berlaku sesuatu yang merugikan, su akan cuba teliti kembali apa yg su buat sebelum ni. kalau ada rezeki yg meleleh keluar dari periuk nasi yg tak penuh, mungkin itu caranya Allah nak mengingatkan kita supaya sesekali melakukan check list untuk memperbaiki diri kita. Malam nanti buat check list elok-elok dgn hubby ya...

chinta said...

kaktiny,

salams,

bil tepon beribu2 tuh masa ngah bercinta...long distance call..hehehe....anyway, lucky draw tak pernah dpt, menang peraduan plak masa kecek2 jek dulu....peraduan mewarna...

Kaktiny said...

chinta > tepon org yang 'tercinta' takper, puas hati bayar, hati punya mau.. and mmg tepon tu pun utk diri kita gak (nk lepas rindu).. tapi ni pi kayakan yang dah sedia kaya and at last tak dpt apa.. sapalah suruh kan kan kan.. at least chinta penah gak menang.. walaupun peraduan mewarna - kaktiny.. hmm.. haram tak penah.. peraduan KFC pun payah.. hehehe

Akak said...

Tiny...

Assalamualaikum, selamat pagi, belum masuk office yea, jom sarapan nasi goreng ngan akak jom? Semuga hari ini membawa kebaikan kepada kita semua..

Kaktiny said...

suara > su.. betullah.. kaktiny nak buat checklist semula.. abang 'demam' .. pengajaran dan peringatan utk kitaorang lah tuh..

akak > nak sarapan ngan akak.. best nyer pagi2 mkn nasi goreng.. if mak ada kat KL, sure breakfast nasi goreng kat umah b4 gi kerja.. huhuhu..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.