Weh.. tetiba tajuk entri aku macam tak bleh blah.. kehkehkeh… (layan blues jap la.. hihihi)
Well.. itukan kehidupan manusia.. akan ada masa terkenang dan mengenangkan..
Bila nak tulis entri baru.. nak jawab komen teman-teman blogger di laman umah mereka yang aku lewati.... selalunya hati aku bercelaru.. walaupun aku telah LEPASKAN segala-galanya.. namun sesekali memori itu datang menerjah.. dan sesekali.... ‘ketakutan dan kesakitan’ itu bersilih ganti menari di memori..
AAAAAAARRRGGGGHHHHH....
Hmmm.... walaupun aku selalu dengar blogger blogger tulis (dan aku sendiri pun pernah tulis...) yang blog ini hak aku.. dan milik aku sepenuhnya.. punya pasal aku nak tulis apa pun.. NAMUN.. HAKIKATNYA.. masih ada BELENGGU YANG MEMBELENGGU DIRI AKU...
Tapi... Aku suka apa yang axim cakap dlm blog dia..
" If you ever wonder why i have to do this, and very commited with it-The reason is SIMPLE-This is my E-Diaries,this is the journey of my life..everything about me is all in here(probably not everything,but most of them).At least when i grow old-This page could be something that will lead me back to all of the Memories..:) "
Dunia blog memang menarik.. sangat menarik.. pasti semua yang mempunyai blog tahu keistimewaannya... tapi bergantung bagaimana kita mengawal rentak sendiri dan menari dengan rentak teman...
Aku pernah menari sesuka hati dengan rentak sendiri, mengajak orang berdansa dengan gerak tari aku.. tapi aku terlupa utk mengikut gerak tari dan rentak orang lain.. yang menyebabkan tarian aku sumbang dan aku terjelepok kerananya...
Juga ketika menari rentak sendiri, aku lupa pada mata yang memerhati gerak sumbangku dan menjadikannya isu sehingga membunuh jiwa ragaku... sehingga aku begitu takut dengan implikasinya dan begitu tertekan dengan kesannya..
Sedaya upaya aku cuba memperlahankan tarianku dan seterusnya berhenti menari... tapi aku RINDU.. dan bila rindu itu menjentik urat tariku, maka aku mula melenggokkan kaki mengikut rentak baru.. dengan perlahan..
Namun.. sesekali aku rindu.. untuk menari sepantas dulu... agaknya belum kena dengan waktu.. atau sudah habis waktu untukku... atau aku tidak punya waktu untuk sebegitu..
I try to adopt it with my current situation... and still trying.. even I know it may hurt others.. (and my own feelings of course...)
Apa lagi yg mampu aku lafaskan selain ucapan “MOHON AMPUN DAN MAAF” kepada hati-hati yang pernah terguris dan terasa kepada aku...
Bukan aku berlagak sombong untuk tidak menari rancak... tapi aku tidak mahu langkahku sumbang lagi.. kesannya terlalu perit untuk aku hadapi...
Ku doakan bahagia untuk semua..
Sebagaimana ISLAM itu BAHAGIA dan SEJAHTERA...
- jap gi hubby ajak pegi jogging kat tasik permaisuri.. angkut ngan anak-anak jugak... aku main badminton ngan maid je la sementara tunggu hubby habis 3 round dia tuh nanti.. hahahhahaaa...
(udah udah ler tuh weh.. dah... dah... jom pi buat solat dhuha... sementara hari masih pagi..malaikat subuh dh naik ke langit dah tu.. kang terlepas plak malaikat pagi yg bawak doa sebelum matahari tegak di kepala...)
3 comments:
layan badminton dgn maid..???
nice, kalau maid lu asik menang, lu tanya dia, dulu mesti dia ada training satu court dengan Sonny Dwi Kunchoro...!!
ilangkan la rindu dendam itu ...
eddie > maid gua ckp dia tak kenai pun Sonny Dwi Kunchoro.. kahkahkah..
acik > hmmm.... buleh ker?.. tengok keadaan camner.. hihihi
Post a Comment