Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, October 14, 2009

SHARING ESQ MCB KL 7


Salam 165.

PAGI!!!...


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah memberi izin dan memudahkan perjalananku menghadiri kursus lanjutan ESQ – Mission Statement & Character Building (MCB) di Matrade pada 10-11 October 2009.

PENGALAMAN???!!!... Subhanallah… tak tergambar utk diucapkan dengan lisan mahupun tulisan.. kerana kesannya dalam hati dan di jiwa.. sukar sekali dinyatakan dengan sebarang pernyataan..

Jawapan kepada pengalaman???... “PERGI SENDIRI DAN HAYATI SENDIRI”.. itu sahaja.. hihihihi.. (jangan marah... kehkehkeh)..

Banyak sungguh pengajaran dan pembelajaran yg aku perolehi meskipun hanya untuk 2 hari..

Hari pertama: MISSION STATEMENT kesudahannya apabila merumuskan segala kenangan dan pengalaman hidup – aku memutuskan untuk BENAR-BENAR MELEPASKAN DAN MELAPANGKAN DADA... dan benar.. ISLAM ITU INDAH DAN BAHAGIA... apabila melepaskan SEGALA BEBANAN... ringan sungguh perasaan.... dan bahagia itu muncul bercahaya...

Hari kedua: CHARACTER BUILDINGapabila ditanya tentang ujian-ujian.. aku jadi SPEECHLESS dan tak tahu nak tulis apa??!!.. sebab aku dh lepaskan semua bebanan perasaan..

GAMES… fuh.. seronok babe… bayangkan... dalam main game tu airmata boleh menitis.. aduhaiii....

Yang syoknya, selain lagu Demi Matahari.. ada lagi lagu gerak tari lain.. iaitu gerak tari untuk lagu Muhammad Ali dengan gerak tari utk 7 Nilai Dasar (ni lagu apa tah.. ”kapuera” ke apa ke ntah namanya... tapi syok oooo... comel jer tengok Mr. Zero menari.. kehkehkeh...)

Terbaru hari tu aku dengar, Pak Ary kata next stage of training akan di adakan pada bulan December atau January tahun depan.. tak sabar nak pergi.. aku dh ada team yang sepakat nak pergi sama-sama.. hihihi

Di training itu aku bukan sahaja dapat ILMU, tapi juga turut dapat menambah ikatan persaudaraan baru.. perasaan tu seronok sangat...

Dalam training ESQ, walaupun tak kenal latar belakang tapi kami tahu satu perkara yang sama... KAMI INGIN MENCARI ILMU... ingin memperbaiki diri...

Justeru itu, yang mana yang menghulurkan salam persaudaraan, terima kasih dan aku amat bersyukur... Alhamdulillah...

Hmm... aku nak cakap satu menda.. (utk melepaskan perasaan ini.. aku tak mau pendam beban nih.. so, aku luahkan di sini, to make it clear and just let it go... hihihi)

ILMU itu LUAS..
ILMU perlu dimantapkan supaya lebih yakin, lebih baik, lebih tawaduk – bukan lebih sombong, lebih bongkak, lebih perasan dan lebih rasa diri itu TERPILIH kerana BIJAK dalam ’satu-satu’ ilmu...
ILMU perlu dicari, diperbaiki, ditambah dan diperkasakan setiap hari...
ILMU tidak terhad kepada ILMU AGAMA, tetapi juga ILMU KEHIDUPAN.. ILMU ALAM, dan sebagainya.. (matematik, undang-undang, perubatan, fizik, geografi, sejarah, sastera, kebudayaan itu juga ILMU kan kan kan...)
ILMU tidak hanya diajarkan DI SURAU ATAU MASJID ATAU MADRASAH tetapi alam sekeliling juga tempat untuk mencari ILMU...


BENAR!!.. ramai para ustaz, ahli ulama serta pejuang-pejuang islam lampau yang SYAHID tanpa mengikuti training ESQ165... mereka tidak perlukan training ESQ165 untuk berjihad ke jalan Allah...

Bagi aku.. mudah sahaja – KERANA 165 ITU SENDIRI TELAH WUJUD DALAM DIRI mereka.. dan telah menjadi JALAN HIDUP mereka... maka itu mereka syahid di jalan ISLAM... DEMI ALLAH dan AGAMA ISLAM..

Tapi.. Training ESQ165 ini adalah PENCETUS KEINSAFAN.. atau nama khas yang aku labelkan adalah "CUBITAN SEDAR" untuk MENGGERAKKAN JIWA YANG LALAI, mengembalikan RASA yang hampir PUPUS atau YANG BELUM WUJUD... yakni SEDAR PADA RASA KECINTAAN KEPADA ALLAH, RASUL DAN AL-QURAN.. (AGAMA ISLAM KESELURUHANNYA...) di kalangan masyarakat islam yang kian KETANDUSAN ILMU AGAMA dan yang mengejar materialistik dan mengabaikan spiritualnya.. Ringgit lebih MULIA dari agama!!... ini bahayanya!!.. dan di sini cabarannya.. untuk kembali jernihkan hati yang kotor, kembali pulihkan jiwa yang sakit, kembalikan semula manusia ke fitrahnya...

Seperti yang pernah aku nyatakan dulu... Training ESQ165 ini BUKAN ILMU BARU.. ianya adalah PEMANTAPAN kepada ilmu yang sedia ada yang di adun dan di ’dendangkan’ dengan cara dan metod yang BARU.. seimbang dengan kemajuan Sains dan Teknologi - yang sebelum ini TIDAK PERNAH LAGI AKU LIHAT ATAU IKUTI DI MANA-MANA CERAMAH AGAMA yang menggunakan pendekatan seperti ini...

Jadinya... JIKA AKU KETERLALUAN MEMUJI TRAINING ESQ165 adalah kerana aku kagum dengan pendekatan yang digunakan yang aku rasa DEKAT DI JIWA dan KENA DENGAN CARA dan SEJAJAR DENGAN ZAMAN yang serba canggih dan mencabar ini... paling penting.. IA TERKESAN DI HATI, JIWA DAN SANUBARI SEORANG "AKU" INI... untuk REDHA dan tahu apa misi dan visi hidup!!...

Aku tahu, tak susah untuk Pak Ary dan para trainer untuk pakai ”JUBAH” dan untuk tukar venue CERAMAH ke surau-surau dan masjid-masjid...

PERSOALANNYA SEKARANG... MUDAHKAH UNTUK MENGAJAK DAN MEMBUATKAN ANAK-ANAK MUDA, CEO, MANAGING DIRECTOR, EXECUTIVE2, MAT-MAT MOTOR, BUDAK-BUDAK SEKOLAH, PELAJAR UNIVERSITI, PEGAWAI-PEGAWAI ATASAN untuk berada di satu majlis ILMU untuk mendengar CERAMAH tentang 1 IHSAN, 6 RUKUN IMAN, dan 5 RUKUN ISLAM selama 2-3 hari berturut-turut di MASJID/SURAU/MADRASAH?????.... (khutbah jumaat yg berlangsung setakat 10-15 minit pun ramai yang MENGUAP.. kan kan kan... dan paling ramai jugak yg pergi 'hujung-hujung'.. dapat tempat sebelah longkang dan hanya sekadar menunaikan SOLAT.. tapi khutbahnya, langsung tak dengar!!!....)

MAKA ITU.. AKU WAR-WARKAN DI SINI... CARI MASA, CARI RUANG, DAN PELUANG (SERTA DUIT YURAN LER...)... PERGI LAH DAN HAYATI SENDIRI KEINDAHAN ESQ165... tidak terasa betapa pantasnya masa berlalu ketika mengikuti training ESQ ini... sedar-sedar dah waktu zohor, sedar lagi dah asar, sedar lagi.. DAH HABIS!!!... huhuhuhu....

Bak kata teman sepejabat yang mengikuti ESQ Eksekutif - "RM1,000 bukan nilai!!!"... betul betul betul... setuju sangat.... tak rugi pooonnn... untuk kebaikan kan kan kan.. - ambil yang baik, tapis yang buruk...

8 comments:

evamy said...

Assalammualaikum KAKTINY,

Subhanallah...segala yg dinyatakan memang benar belaka. Bukannya taksub dgn ESQ, tapi ilmu dan kesedaran yg diperolehi drpd training mereka amat berharga sekali. Disamping itu kita juga berkesempatan untuk bertemu rakan2 baru yg memiliki gelombang sama dan mencari ilmu untuk tujuan yg satu sekaligus membentuk ikatan persaudaraan yg erat. Pada pendapat saya memang rugi lah sesiapa yg belum lagi terbuka pintu hatinya untuk menghadiri training ESQ.

Berapa ramai peserta MCB KL hari tu? Hajat di hati nak recharge tapi apakan daya tak berkesempatan kali ini. Insyaallah mungkin di lain waktu dan tempat. Teruskan perjuangan KAKTINY yg mulia ini dan semoga KAKTINY berpeluang untuk mengikuti module Self-Controlling nanti ya.

Salam 165,
Eva

Kaktiny said...

Waalaikumsalam WM..

Salam 165 Eva..

Yang mengalami akan merasai... eva seorang alumni ESQ pasti eva rasa perasaan kaktiny ni kan..

Syukur kerana kita telah diizinkan Allah mengikuti training ini...

Can't wait to get the 'Blue Belt'.. Self Controlling... semoga Allah permudahkan..

Bersama kita memperjuangkan 'Amal Maaruf, Nahi Mungkar..'

ESQ165.. the principle way of ISLAM..
ISLAM IS THE BEST WAY OF LIFE..

salam semut..

PAGI!!..

ladylikeme said...

ermmm.....berkobar-kobar semngat kak tiny...saya pun teruja sama nieee

Kaktiny said...

ladylikeme > hihihihi.. ada peluang nanti pergi lah.. kat penang pun diorang ada buat.. ESQ Penang - angkatan 13 akan di adakan pada 30/10-1/11/09... (hihihi.. sempat promote tuh.. kahkahkah..)

Mak Su said...

entry yg mengetuk pintu

Kaktiny said...

maksu > training yg sungguh mengetuk segala urat nadi dan saraf saya maksu oiii... huhuhu

suara said...

Salam tiny,

Bagus tu.
Memangnya ilmu memang perlu di cari dan di recharge selalu.

Makin banyak ilmu yang di timba dan dicari, makin sedar kita betapa sikitnya ilmu yang telah kita kuasai... Itu semua menunjukkan betapa luasnya gedung ilmu yang Allah sediakan buat kita semua...

Kaktiny said...

salam su > betul kan.. lagi dituntut ilmu, lagi terasa kerdilnya diri dgn Tuhan..
tapi sifat kikir manusia ni.. sombong, bongkak dan perasan.. baru dpt ilmu sikit, dh rasa 'juah'..

takut sangat perasaan mcm tu dtg.. huhuhu... mohon Allah pelihara dan tak bolak balikkan hati kita.. amiinnn...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.