Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, November 05, 2009

Baik dan Kurang Baik

Aku rasa aku baik bila..

Mak aku kata : aku anak yang baik.. yang sayangkan keluarga.. mak sayang aku..
Ayah aku kata : aku anak yang sangat dia banggakan .. ayah sayang aku..
Cik abang aku kata : dia beruntung dapat aku sebagai isterinya (iye ke bang??).. abang sayang aku..
Kakak aku kata : aku satu-satunya adik perempuan kesayangannya… kakak sayang aku..
Adik-adik aku kata : aku kakak yang sering ada bila mereka memerlukan.. adik-adik sayang aku..
Bapak sedara aku kata : aku ’anak menakan’ yang BEST IN THE WORLD!!.. (wow!!).. sedara mara sayang aku..


Tapi aku tahu aku kurang baik bila..

Mak aku kata : Aku ni perengus.. mak menyampah dengan perangai aku ni...
Cik abang aku kata : Aku ni cepat merajuk (penat nak memujuk katanya!!.. kehkehkeh).. abang menyampah dengan perangai aku ni....
Kakak aku kata : Aku ni sensitif tak bertempat.. kakak menyampah dengan perangai aku ni..
Adik-adik aku kata : Aku ni cengei (kuat marah) dan cengeng (kuat menangis).. adik-adik menyampah dengan perangai aku ni...
Sesetengah ’kawan’ kata : Aku ni ego, berlagak, sombong, perasan, tak boleh kompromi.. bla.. bla... bla.. bla... “kawan-kawan” menyampah dengan perangai aku ni...
(perasan tak.. yang ’ayah’ tak ada dalam list ’kurang baik’ ni.. SEBABNYA.. ayah la satu-satunya manusia yang TAK PERNAH KATA AKU TAK BAIK- percaya tak??!!!.. .... segala perangai tak baik aku yang mak marah, ada jer yang ayah COVERkan – ala2 ANAKKU SAZALI plakss... kehkehkeh.... tapi MAK yang sering say ”NO NO NO!!”.. dan.. oleh kerana gabungan MAK dan AYAH yang SUPER MARVELLOUS itulah.. makanya hari ni aku jadi INSAN... hihihihi... terima aksih mak dan ayah.. LUV MAK AYAH FOREVER AND EVER!!!...)

Tapi…Bila bab baik dan kurang baik ni timbul, aku mesti teringat lagu Rossa – Ayat-ayat Cinta.. kehkehkeh...

Aku bukan nabi yang bisa sempurna..
Ku tak luput dari dosa...


Hahahhahahha… (buleh ker??.. buleh je laaa...)

Alah.. apa nak pening kepala pasal baik dan tak baik... kalau aku kata aku baik.. cam perasan jer kan.. dan… orang lain pandang aku tak baik!!!..

Kalau aku kata aku tak baik.. nampak sangat aku sukarela menjerumuskan diri ke kelompok nafsu syaitan yang ingin umat Muhammad menjadi sepertinya..

Jadinya.. baik atau tidak aku.. bukan aku atau manusia lain yang menilai.. tapi hanya MILIK ALLAH yang hakiki.. baik pada orang, tak semestinya baik pada aku.. baik pada aku, tak semestinya baik pada Allah.. jadinya.. AKU INGIN BAIK DI MATA ALLAH.. DITERIMA DAN DIREDHAINYA... dan semoga aku diizin-Nya menikmati Syurga yang abadi.. (semoga Allah menerimaku... huuhuhuhu)

TAPI!!... addduuuuuhhh.... camner aku nak baiki diri bila aku masih lagi ”SEDAP” dgn perangai-perangai yang terang-terangan aku tahu dilaknati Allah.... terutamanya ”HATI dan LIDAH”... yang sesuka hati jer nak mengutuk, mengata, mengumpat, mengeji, mengamuk, marah, maki... yang aku namakan ”MULUT PUAKA”.. (tak ke berpuaka mulut dan lidah yang suka melakukan aktiviti tu semua??.. dan yang mengheret diri ke lubuk puaka!!!)...

Ya Allah... tolonglah hamba-Mu ini yang tidak pernah mahu menolong diri sendiri dan tahunya mengikut nafsu dan lingkaran hitam di hati!!... huhuhuhuhu...

TAKUTnya!!!!!.... takut rasa KECINTAAN KEPADA ALLAH ITU TIDAK SAMPAI DAN TIDAK SEMPAT DIKECAPI!!...

Ya ALLAH... aku memohon sesungguh-Nya..
”Aku mohon agar rasa KECINTAANku pada-MU sampai dan melebihi segalanya sehingga aku tidak nampak dan tidak menginginkan lagi segala kebaikan dunia selain mengidamkan syurga-Mu di akhirat kelak..”

BERTAUBAT ATAU TAHU BUAT???... aku sentiasa bertanya soalan ini pada diri aku sendiri!!... dan marah diri sendiri!!.... diterimakah taubatku sekiranya esoknya aku masih lagi TAHU BUAT dosa yang sama... masih BERMULUT PUAKA????!!!... adddduuuuhhhh!!!!!.... (contohnya: bila jalan jammed, orang potong barisan pun aku nak marah.. nak maki hamun.. apa salahnya aku bagi je jalan kat orang tuh.. dh rezeki dia dapat potong queue.. biar je lahhh…. takyah la nak menyumpah seranah bagai!!... tapi aku masih juga maki hambur segala perkataan... hanya kerana AKU PUN DAH LAMBAT!!.. grrr grrr grrrrr…)

Lidah oh lidah... benarlah... lidahlah yang mengakibatkan ramai wanita islam terperangkap ke neraka!!... dan di situ di antara selemah-lemah tempat yang senang syaitan duduki termasuk kepada wanita2 YANG NAMPAK BERIMAN!!...

Teringin sekali aku nak temui dan berguru dengan wanita islam yang tahu menjaga LIDAHNYA daripada mengata, mengutuk, memaki orang, marah, mengamuk, mengeluarkan kata-kata pedas... waima merasa diri bagus juga tidak pernah... ya ampuuunnn.....

Aku pernah ’memandang tinggi’ seorang tokoh agama ini.. tapi apabila ada satu ’masalah’ (ujian) menimpa dirinya, terus lidahnya menuturkan kata-kata kesat terhadap orang yang menganiaya dirinya... maka.. aku sedar di situ.... benarlah..
”TAKKAN BENAR IMANNYA SESEORANG MANUSIA, SEKIRANYA DIA TIDAK DIUJI DAN TIDAK MAMPU MENERIMA UJIAN!!”...

Dan aku.. salah seorang dari umat Muhammad yang masih LEMAH IMAN!!... aku akui itu... huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu.....

Ya Allah.. tunjuki aku jalan-Mu.. berikan aku hidayah-Mu.. amiiiiinnn...


(p/s : tapi aku lagi takut jadi orang yang pandai buat ayat "baik" tapi amalnya the other way round... juga takut buat ayat yang 'terlampau tak baik' dan membawa ramai pengikut mejadi sedemikian.... Ya Allah.. jauhkan aku dari menjadi sebegitu... yang jauh dari rahmat dan keberkatan-Mu...)

12 comments:

ckLah @xiiinam said...

Tiny baik...
Tiny baik....
(Sila ulang 40 kali!)

Kak Long said...

mak aku kata anak mak pandai....dari kecik sampai besar mak aku masih ucapkan kata-kata yang sama, sebab mak aku kata mak pun pandai, cuma mak tak sekolah.....kalau tak mak pun dah jadi somebody sekarang nih. Alkisah aku pulak sampai sekarang dengan minda yang telah diprogramkan sejak kecik nih sentiasa kata akulah yang pandai, pandai dan pandai.....jadi kalau sesekali aku buat silap kecik sekalipun aku rasa aku stupid sangatlah.....dan aku rasa menyesal macam itulah pengakhir kehidupan. Walhal belambak lagi orang yang lebih pandai dalam dunia ni. Dan lebih banyak orang yang buat silap besar.....abis? apa cerita? Ceritanya ialah setiap hari setiap saat dalam hidup ni kita belajar. Patutnya kalau aku kata aku pandai hari ni, patutnya esok aku lebih pandailah. Dah kalau aku buat benda bodoh hari ni esok takkan nak buat lagi bodoh? Entah apa aku merapudah....yang pasti hari ni aku rasa bodoh sikitlah...ditambah lagi dengan sedas tembakan You're stupid...gua down beb........

anjang said...

Dalam maksud tulisan tu.Mungkin yang dapat aku komen "Tidak ada orang yang tersesat di jalan yang lurus"

MARIA said...

Tiny, tokma setuju ngan 'anjang', cuma org mabuk atau kurang siuman jer yg menyimpang ke jalan lain. Human is not perfect, tiny. Lautan mana yang tak bergelora, manusia mana yang tak pernah buat silap. Agama kita juga ada mengingatkan, setiap kali kita tersasar (macam2 yang selalu kita tersasar setiap hari) pastinya kita disuruh balik ke pangkal jalan dan beristaqfar selalu. Tak salah kalau kita kata diri kita baik. Sekali2 apa lah salahnya cuma jangan keterlaluan, kelak sifat 'mungkar' pulak yang timbul.

Kalau kita rasa diri kita baik, sudah pasti kita tidak terdorong melakukan perkara2 yang tidak baik kan!!!!.

Tepuk dada tanya selera....!!!

Kaktiny said...

xiiinam > terima kasih cklah.. terharunya.. huhuhuhu… sayang cklah.. cklah pun baik.. cikgu yang sangat baik… mak yang best… wife yang superb.. sebut 44x.. yeaahaaa…

Kak Long > kehkehkeh…. Ko kena DUSH DUSH ngan group2 “BIJAK PANDAI” tu eh?.. alah.. relaxla babe… pandai diorang setakat kat “PROFESSION” dioarg jer.. tapi pandai ker diorg dlm bab2 kekeluargaan, kemasyarakatan, nilai ihsan dan insan… yang penting.. pandai ke diorang dalam hal ehwal “Innaddi nainndallah ilislaaam”… kalau diorang PANDAI.. takkan sesenang diorang kata orang lain “STUPID”!!..

Take it easy (walaupun aku tahu ko sakit hati).. but, it’s life kan.. biar org kata kita bodoh.. biar orang kata kita serba kekurangan dan biar orang pandang kita dengan pandangan ‘one kind look”… asal saja kita tak dipandang jelek oleh Allah…

Psstt.. jom pi recharge..


anjang > betullah anjang… kalau tersesat juga, maknanya sah-sah ikut jalan tak lurus la tu kan.. huhuhuhu… takutnyaaaa.....


TOKMA > iya la tokma… nak sentiasa ingatkan diri supaya ‘jadi baik’ supaya tak sesat utk jadi ‘tak baik’… tapi takut la tokma.. sebab hati dan mulut (lidah) ni suka sangat ingat dan sebut perkara TAK BAIK!!... mmg bimbang yang amaaattt...

Mmg dh tepuk dada.. tanya selera… iman kata jaga lidah, hati hitam kata.. alah sesekali jer.. warghuhuhuhuhu... nampak sangat imanku masih lemah... ini yg bimbang sgt nih!!..

KAMATO said...

Tak semua orang tu perfect, yg penting kita cuba terbaik

ladylikeme said...

ya..nobody perfecct, baik atau kurang baik seseorang itue, bukan hak kita utk menilai...yang layak hanya Allah..kerana kita hambanya kan...kan..kan...

ns said...

setuju dgn apa yg k.tiny tulis

Kaktiny said...

kamato > betul kan.. kita mesti jadi yang terbaik.. kita mesti bangga menjadi hamba Allah kerana 'manusia' adalah sebaik-baik ciptaan Allah dan hanya 'yang terbaik' yang mampu menjadi 'manusia'.. (daripada beribu2 sperma tu kan kan kan..) dan umat Nabi Muhammad adalah yang terbaik... yeszzaaaa..

ladylikeme > baik atau buruk, malaikat kiri dan kanan dan ditugaskan mencatatkannya.. semoga yang di kanan melebihi timbangannya daripada yang di kiri..

gdiz > tgh mentazkirahkan diri sendiri ns oiii... huhuhu

Mak Su said...

insyallah, ok ler tu :)

just try to improve everyday :)

iina said...

kalau kita tak puji diri kita sendiri.. sapa lak nak puji? yang pasti jangan sesekali kata diri sendiri benda yang tak elok.. maish ingat pesanan aku dulu?? sebab takut btul jadi doa dan dimakbulkan ;)

Yang utama kita sentiasa usaha untuk perbaiki diri.. lakukan yang terbaik tapi jgn juga sampai angkuh hingga kita lupa kita juga buat kesilapan dan tak salah kita akui kesilapan tuh ;) dan perbaiki untuk jadi lebih baik

Kaktiny said...

maksu > iya maksu.. sentiasa nak perbaiki diri.....

iina > hihihi... ko memang penawar jantung hati limpa perut aku.. hihihihi... aku ingat pesan ko.. sentiasa.. cumanya, sesekali terasa addduuuuhhh.... hihihi

betul.. aku nak dan akan selalu berusaha utk jadi lebih baik dan baik dan baik.. kan manusia adalah sebaik2 ciptaan Allah.. kan kan kan.. dan semoga kita semua kembali kepadanya dengan keadaan yang baik juga...
amiiinnn....

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.