Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, January 20, 2010

Lah.. Sambung lagiikk??


Hari ni topic hot.fm sambungan daripada topik semalam...

Hmm.... main sambung2 pulak eh.. setakat yg aku dengar hari ni, katanya si suami dh bagi ’pelepasan’ kepada si isteri utk kuar selama 2 jam tanpa gangguan semalam... dan si faizal ismail pegi jumpa si suami dan tanya pendapat suami tu sendiri..

Di antara yang aku dengar adalah si suami berkata.. ”dh saya tak ke mana-mana, jadinya saya tak rasa isteri saya perlu pergi mana-mana..”..

Menurut si suami, dia tak ‘berkawan’ sgt (setakat yg aku dengar la), jadinya, bila dia ada di rumah, dia nak bini dia pon ada di rumah... hmmm... ada setuju gak aku kat situ.. (pandangan peribadi aku yer.. no right and wrong answer..)..

Tetiba dh dtg otak jahat bila memikirkan ’kebebasan’ yg si isteri dia tu nak dan si suami plak yang CUBA MENIRUNYA...

cuba dibuatnya si suami tu pon START BERKAWAN DAN DAH MULA KELUAR NGAN KAWAN-KAWAN.. dan NO PHONE CALL ANYMORE... nak plak ada kawan si suami yg sengaja ’membakar halus pemikiran’ (setan la nihhh!! Hamik ko!!)... dan mengajak melakukan perkara yg tak sepatutnya... HAH!!... masa tu, jangan nak mintak ler "ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA!!!"....

8 tahun mereka berkahwin dan mereka bahagia dengan cara begitu... jangan hanya kerana 1 PHONE CALL di radio... berjaya mengubah ’bahagia’ sementara (isteri dpt keluar tanpa kongkongan) dan mengundang tidak bahagia apabila dugaan lain yang muncul...

Sebab tu aku selalu ingatkan diri aku, perjalanan yang di aturkan kepada kita adakalanya sudah cukupcantik, jangan nak pandai2 ubah utk memenuhi KEHENDAK sendiri... takut timbul yg lain pulak nanti...

KEPERLUAN dan KEHENDAK... hanya terpisah dengan satu garisan halus senipis kulit bawang yang membezakannya... tepuk dada tanya selera...

.... dh la.. kalau ada sambungan lagi esok, aku tukar channel lain... malas nk dengar cerita hal rumahtangga orang.. baik aku jaga rumahtangga aku sendiri... CHOW!!..

dan.. aku SOKONG 100% apa yang kak anie kata dlm blognya... (tiny jadikan pengajaran dan ingatan kak.. thankssss.... hihihi)..

11 comments:

Yunus Badawi said...

Saya respect pandangan dan pendirian awak tu. Bukan semua isteri berfikiran mcm tu. Dah bersuami tapi ingat nak bebas mcm anak dara.

Masy said...

oleh kerana belum berlaki, nk pikir cari laki dulu hahahhahahhaahha

TOKMA said...

Pucuk pangkalnya, hidup ini biar ada muafakat, barulah berkat dunia akhirat hingga keanakcucu. Memang berdosa besar menyatakan aib suami/isteri pada pengetahuan org lain.

Isshhh...!!! mcm tak ada perkara lain yg nak disiarkan.

xiiinam said...

Dengar juga dalam kereta tadi...tapi tak sempat habis kerana mengejar punch card 7.20 pagi!



:)

KAKTINY said...

Yunus Badawi > dh puas berjoli katak masa zaman anak dara.. hihihi… tapi still juhak boleh bersuka-ria ngan kawan2.. provided hubby outstation atau kerja.... kehkehkeh..


Masy > betul betul.. kena carik laki dulu… pastu baru pk camner nk jaga laki…hahaha..


TOKMA > betul kak.. sgt2 setuju (mmg kena setuju ngan super senior.. sebab best tgk tokma yg wonderful ngan tokpa.. hihihi…)
Tak ke dh mcm buka pekung di dada sendiri bila dok canang camtu kan kak.. dhnya satu mesia tahu.. kalau bergaduh nanti, si laki ungkit segala yg jadi nih, tak ke naiya.. huhuhu…


xiiinam > tak dengar pon takpe cklah... kejar punch card lagik bagus.. dpt pahala besar sbb nawaitu nk gi mengajar.. daripada dengar citer rumahtangga org.. kan kan kan... lagi best dengar citer cklah yang anggun ituuuu... hihihi...

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Tiny,

Baru pertama kali sampai ke sini melalu blog aNie...he!...he! bagus jugak perbincangan pasal suami-isteri/rumahtangga nikan.

Auntie pun rajin juga dengar radio semasa perjalan ke ofis. Hot FM tu sekali sekali sajalah, sebab, selalunya tak dapat nak dengar habis dah sampai ofis.

Auntie suka dengar KL fm. setiap hari ada ustaz beri sedikit tazkirah..dari 6.45 sampai 7.00 pagi....best jugak...minggu ni Ustaz Fauzi (AL-Kuliyyah) minggu depa Uztaz Wan Sohor Bani.. (insyaallah kalau depa tak tukar le)...cuba lah dengar..:-)
Salam.

KAKTINY said...

Untie Yan > salam.. thanks for coming here..

perbincangan rumahtangga utk menambahkan keharmonian takpe untie.. tapi, kalau bukak aib isteri atau suami, cam dh tak best kan untie kan.. tu buleh mengundang bala tuuuhh.. huhuhu..

tiny ni dengar radio lompat2 untie.. tak fix sgt.. minggu ni terasa nk dengar hot.fm.. kerap gak layan sinar, IKIM, hits, semua tiny tekan untie oii.. hihihi..

nanti nk tekan KL fm plakss.. thanks for the suggestion ye untie.. and again.. tahnks for coming.. dtg2 la lagik.. hehehe..

zue said...

salam kaktiny,
mmg citer hal rumahtangga ni tak usah smpai 1 m'sia tau. buat malu aje.
hot fm pun satu...tak pasal2 brgaduh besor nanti.

perangai manusia ni brtalam2. mulut ckap lain hati siapa yg tahu.

aNIe said...

Tiny...betullah orang laki ni..kalau dia jenis homely type...memang dia nak wife dia ada rumah...pernah sekali akak pi outing ngan Sya...mintak izin cik abang...dia benarkan...tapi pastu...baru le tau kenapa dia susah nak bagi akak keluar kalau dia ada dirumah...syian dia...

kakpah said...

kalau dah ada suami tu buatlah cara ada suami. mana boleh nak bebas macam anak dara. Tak payahlah nak huhahuha lagi dengan kengkawan. isteri ni bukannye boleh keluar sembarangan tanpa izin suami. itu bukan kita yang cakap, agama kita yang cakap.

errr... agak-agak si isteri tu baca tak blog tiny ni hehe....
tak pepasal plak kakpah membebel kat dia...

KAKTINY said...

zue > betul kak zue kan.. tu yg takut tuh.. takut kang tak pasal2 sbb nk kuar bebas tuh, jadik BEBAS betul.. nauzubillah...
Stesyen radio nk lariskan radio diorang.. yg si pemanggil tu, sapa la suh pu buat aduan camtuh.. baik citer pasal kain salah gunting ker, rambut salah blonde ker (???)... Kahkahkah

Betul kak... takut mulut lain hati lain... isy.. mintak jauhkan...


aNIe > Betullah kak.. tu sebenarnya dia sayang kat bini dia.. dia tak leh kalau bini dia takde.. walaupun nampak cam beban tapi sebenarnya itulah nikmat.. sebab, cuba kalau dia kata ”isy... awak tu, bawak2 la pegi mana2, lemas dan rimas saya tengok muka awak kat rumah nih!!”... takpun dia cakap ”dah.. aku nak keluar, tak kuasa aku nak ngadap muka ko ni lama-lama.... baik aku tengok muka minah-minah kilang tuh lagi bagus!!”..
HAH!!.. nak ke???... saya taaaakkkk naaaaakkkkk kak!!... hihihi...
Bini/Mak/Pompuan/ - Kita ni kalau duduk umah seribu satu jenis aktiviti buleh dibuat.. ngan anak2 lagik, kain baju lagik.. tapi laki, seminit kalau dia sorang.. dia rasa cam 30 jam kak kan!!.. hihihi...

Biarlah dapat laki yang homely type.. daripada dapat yang KAKI LEPAK / POMPUAN TYPE... laaaggggiiiikkkk masalah besar... (kalau dia kata YOU HAL YOU, I HAL I.. nangis tak bernadaaaaa la kan kak kan.. huhuhu)


kakpah > itulah kak pah kan.. kengkadang kita ni terlupa kan kak.. suka tengok lebih orang berbanding lebih diri.. sebenarnya yg kita dpt tu dh cukup baik.. Cuma kita tak reti nak hargai..

Kita pompuan ni selalu camtu kah.. (ingatkan diri sendiri nih..)
Bila suami terlalu ambil berat, kita kata kongkong...
Bila suami buat tak kisah, kita kata tak prihatin...
Ada org yang suami dia kongkong, dia nak bebas,
Ada org yang suami dia tak amik kesah, dia teringin suami dia amik berat..
Sebenarnya, dapat menjadi isteri tu pon dh kira anugerah yang tak terhingga hebatnya.. dapat jadi ibu tu adalah bonus buat perempuan.. setiap langkah dgn niat betul menjanjikan pahala.. (vice versa jugak leeerrrr.... kehkehkeh)..

Eh eh.. melalut plak tiny nih.. hahaha...

errr... agak-agak kalau si isteri tu baca blog tiny ni... tiny kena saman tak kak???
Huhuhuhu

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.