Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, January 19, 2010

MEREKA BAHAGIA..


Pagi ni dengar hot.fm.. ada kisah sorang pendengar ni, katanya suami dia sgt la mengongkong pergerakan dia sampaikan nk join annual dinner ofis pon laki dia tak bagi.. dan any event ofis laki dia, mesti laki dia ajak dia ikut sama.. meskipun begitu, MEREKA BAHAGIA...

Pastu, banyakla komentar pendengar ni semua.. ada yg kata laki dia kuat cemburu, ada yg kata laki dia ni yang curang sebab tu dia takut isteri dia curang jugak, ada yang kata laki dia ni tak percaya dia.. ada jugak yang kata laki dia ni sayang sangat kat dia.. macam2 komen la yg ada..

Pastu katanya, farah ngan faisal NAK call laki pompuan tu sendiri and tanya kenapa dia terlalu mengongkong (seperti yg diperkatakan oleh isterinya..).. jawapannya selepas jam 8 pagi!!!.. AAARRRGGGGG..... tak dapek nak dengar sebab aku dh sampai OFIS... walaupun aku dh try round tawaf pusing 3,4,5 kali, tapi tetap iklan dan lagu yg berkumandang.. belum sampai seru diorang On Air kan jawapan laki dia.. melihat jam di tangan, oh tidak.. tak leh tunggu lagik, tak pasai2 kang, aku yg terlepas waktu punch card ofis.. huhuhuhu..

So, aku tak dengar apa kata suaminya?.. ada sesiapa yg dengar???...

Dalam ramai2 pemanggil yg bagi komen, aku tertarik pada satu panggilan daripada seorang wanita ini.. katanya, bagusla suami pompuan tu kuat mengongkong, itu tandanya laki dia sayang kat dia.. tak macam laki dia (pengomen wanita itu) yg laki dia langsung tak kisah.. bukan tak bahagia, MEREKA BAHAGIA, tapi laki dia ala-ala mcm tak ambil berat.. ko balik ke tidak ke.. takdak hal.. wanita pemanggil tu rasa teringin sangat nak ’dikongkong’ seperti pengadu wanita itu.. terasa seakan diri dihargai.. ’katanya’...

Inilah ragam dan warna kehidupan.. bila kita diberi merah, kita harapkan biru, bila kita dapat kuning, kita nak ungu.. bila hitam atau kelabu melanda, kita terbayang putih yang berseri... bila putih yang menjelma, kita inginkan ada warna.. ITUKAN KITA!!.. manusia biasa... yang tak lari daripada nafsu MENGINGINKAN sesuatu sehingga adakalanya kita LUPA UTK BERSYUKUR ANUGERAH YANG DIPEROLEHI.... (tengah tazkirahkan diri sendiri sebenarnya nih!! huhuhu - kehkehkeh)

Sebenarnya... apa jua warna yang kita dapat, adalah bersesuaian dengan kita.. dan Allah lebih mengetahui kenapa dan mengapa WARNA kehidupan itu yg kita terima.. sedangkan kita sendiri tak tahu jika kita menerima warna yg kita mahu, adakah kita benar2 mahukannya dan mampu berhadapan dengannya...

Dan lagi, dalam komen si pengadu dan si pemberi komen wanita tadi, walaupun keadaan diri mereka berdua VICE-VERSA.. tapi kan mereka kata .. MEREKA BAHAGIA.. jadinya... cukuplah kebahagiaan itu sandaran kepada kesyukuran...buleh???.. jgn mengeluh.. DOSA TAU!!.. hihihi...

Aku ingatkan diri sendiri.. supaya sentiasa bersyukur.. terutamanya dalam BAB RUMAHTANGGA... sebelum aku nak menilai kekurangan dan kelemahan cik abang aku, aku kena terlebih dahulu melihat ke dalam diri aku... BAGUSKAH AKU??.. nehi nehi nehi... aku juga manusia yg serba kekurangan... adanya insan yang sudi menjadi suami dan dengan redha melafazkan akad dan sah aku menjadi isterinya merupakan anugerah Allah yang amat aku syukuri... THANKS MY DEARIE HUBBY!!...

Kalau org tanya aku resepi utk bahagia???... sungguh aku tak ada jawapan!!... sebab aku pon BARU SGT dlm alam rumahtangga.. baru nak masuk 6 tahun.. apa sgt yg aku buleh katakan??.. cumanya, aku ingat pesan mak.. "SABAR... dan PUJUK HATI SENDIRI".. (itu formula mak kot!!..hihihi...)

Bab lain dlm rumahtangga aku mengaku aku TAK HEBAT sgt pon.. masih belajar.. tapi ...aku YAKIN aku ni mmg HEBAT dlm bab merajuk dan berleter... (kehkehkeh.. amppuuuunnn bang!!! Hahahahaha...)..

hmmm... nak tanya skit...

Untuk wanita yg bergelar isteri..(utk aku la niiihh...),
"Andai impikan suami sehebat Muhammad S.A.W, mampukah persiapkan diri setanding Khadijah a.s???...”"

Dan untuk sang suami di luar sana... "Andai mahukan bini yang ’sempurna’... sudahkan anda sediakan ’kesempurnaan’ bagi dirinya untuk ’menyempurnakan’ kehendak anda??.. adakah cukup sempurna bahtera yang anda kemudi itu utk mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T??..."


(eh.. saje la nak tanya...)

Teringat lagu KU BAHAGIA - Melly Goleslow

Di atas bumi ini ku berpijak
Pada jiwa yang tenang di hariku
Tak pernah ada duka yang terlintas
Ku bahagia

Ingin ku lukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah
Masa muda yang tak pernah kan mendung
Ku bahagia

Dalam hidup ini
Arungi semua cerita indahku
Saat-saat remaja yang terindah
Tak bisa terulang

Ku ingin nikmati
Segala jalan yang ada dihadapku
Kan kutanamkan cinta tuk kasihku
Agar ku bahagia

10 comments:

Yunus Badawi said...

Saya pun tak sempat dengar sampai habis huhuhu

@xiM said...

untuk saya yang masih belum berumah tangga ni macam mana kak?hehe

kakpah said...

tini,
kakpah tak dengar jugak.

formula hidup bahagia ni mungkin tak sama bagi semua orang.
Kakpah dah 30 tahun berumah tangga. feb ni masuk 31 tahun. tetap bahagia. tambah lagi bila anak2 dah besar, lagilah kami dapat bnyak peluang utk berbulan madu kehkeh..

Mak Su said...

kat atas motor tak dak radio, tak dapat nak dgr, huhuhu.

tapi maksu ni pun x tahu bahagia ker idak, life is normal rasanya. dah 17 tahun dah ni :)

kak anie said...

Tiny...suami dia memang ngaku dia tak benarkan wife dia bercampur ngan kawan2 masa lunch...& balik aje ofis kena balik rumah...tapi katanya memang dia dah mcm tu...

Betul tu Tiny..kita perempuan ni kena pandai pujuk hati sendiri sebab orang laki ni tak pandai nak membaca fikiran kita.

KAKTINY said...

Yunus Badawi > kak anie ada dengar sampai habis, kak anie cakap, laki dia kata ‘dh mmg saya macam tu’.. tu jer??.. (jgn ler diorang perang malam nih.. huhuhu)..


@xiM > ko jadikan mak ngan ayah ko tu idola axim oii.. tgk camner bahagianya korang anak beranak cucu cicit semua tuh.. kan..


kakpah > betulla kan kak.. kena carik formula masing2 kot.. hihihi..

untung kak pah dh 30 tahun kawen.. mmg marvelous la.. saya bangga sgt tgk org kawen puloh2 tahon nih.. serius kagum…

cam mak ngan ayah saya yg dh capai usia 37 tahun anniversary tahun nih.. semoga generasi muda ni mampu bertahan sebagaimana generasi dulu mampu mempertahankan mahligai bahagia itu..
syabas kak pah.. tahniah..


Mak Su > uish.. dh 17 tawon tu maksu… bahagia la tuh.. buleh main sembunyi2 lagik kt belakang pasu ngan pak su chot.. hihihihi..


kak anie > nasib baik akak dengar.. dpt jugak tahu citernya.. hihihi... itu jer laki dia cakap???... jgn diorang perang malam ni dah ler kan kak.. huhuhu.. ngeri yuuuu..

Betul la kak.. itu yg tiny belajar skrg.. jgn asyik nk diorang faham kita.. kita pon kena faham diorang.. (takpon, faham kan diri sendiri saja dah!!..).. tapi nk apply tu kekadang sausah!!.. hahahaha..

iina said...

Jawapan aku.. itulah jodoh mereka.. Allah dah jadikan itu adalah pasangan untuk mereka dan pasangan untuk kita nie.. Cara mereka teraju rumah tangga walaupun diceritakan melalui perkataan takkan sama dengan realiti sebenar kehidupan mereka.. Mungkin ada sebab mengapa jadi begitu.. Kadang kita jadi alpa atau teringin kerana melihat kebahgiaan atau kegembiraan yang diketengahkan oleh orang lain di depan mata kita tanpa kita sedari kita juga mencipta kebahagiaan yang sama tetapi mungkin dengan cara yang berbeza..

Pada aku itu cara mereka mencari kebahgiaan dan cara mereka mencapai kebahgiaan.. Cara kita?? itu untuk kita cari jawapannya sendiri ;)

TOKMA said...

'Bumi mana yang tak ditimpa hujan', 'Langit tidak selalu cerah', 'Sedangkan lidah lagi tergeget, inikan pulak suami isteri'. (Kata orang dedolu tu dalam maknanya)

Kita hamba Allah yg secara sedar atau tidak mudah melakukan kesalahan demi kesalahan...dari itu kita disuruh sentiasa beringat utk perbaiki diri. Suami/isteri harus saling menegur kesalahan masing2, zaman IT ni mana ada isteri ikut telunjuk suami jer. Kalau suami betul tak per lah..kalau mmg tindakan suami atau isteri salah tak kan ler nak ikut gak. Makan hati berulam jantung jawabnya. Bukan berulam 'sambung nyawa' lagi, putus nyawa maunya. Tokma kata pada diri tokma jer tau..!!

Uncle Lee said...

Hello Kaktiny, saya pun ta'dengar, ha ha.
Enjoyed reading this posting.
You keep your ears open and have a nice day, Lee.

KAKTINY said...

iina > ya betul.. itu jodoh mereka.. tapi aku rasa kalau sampai cerita kat satu Malaya masalah dalaman.. itu dh mcm aibkan suami... isy... cam tak patut jer.. daripada mengadu kat radio, pegi ler mengadu kat mak suami dia ker.. adik beradik suami dia ker.. takpon, buat cam kita.. DIRECT CAKAP KAT SUAMI TUH!!.. hihihi..
Again, cam ko ckp, setiap org berbeza cara dan gayanya..
Bedallah labu.. asal bahagia!!.. hihiihi...


TOKMA > betul kak.. setuju 500%.. hahahaha…
Tiny setuju sgt suami/isteri harus saling menegur kesalahan masing2.. tapi takyah la canangkan kat radio kan kak.. dh cam jatuhkan maruah suami plaks… kan isteri dan suami tu patut jaga aib masing-masing.. takkan nk hebohkan kan kan..

Dan.. ulam sambung nyawa tu si rizal, mak, ngan ayah tiny kata sedap.. (tiny tak pandai berulam kak.. hihihihi)..


Uncle Lee > surely you feel a bit ’tension’ to understand my ‘shortcut’.. hahahahaha…
Have a nice day ULee… hihihi…

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.