Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, December 31, 2008

Salam + Settle + Hadiah.. SELAMAT….

Salam kepada semua yang sudi berkenalan dan bersahabat dgn aku..

Cepat jer masa berlalu kan.. hari ini – 31.12.2008… adalah penghabisan dan penghujung tahun 2008… esok.. 1.1.2009 bakal mengganti calendar 2008… (maaflah sbb aku ikut calendar masihi.. ada sebab mengapa aku ikut calendar masihi utk menentukan ‘akhir tahun’.. so.. TAKYAH SPEDO aku k… aku dh takmau ‘sentap-sentap’ dah.. AKU NAK BERAZAM BARU utk LEBIH COOL… LEBIH “MENERIMA DENGAN REDHA”.. - cam poyo ler plaks.. ahaks… hihihi).

SEMOGA KAKTINY LEBIH TABAH, LEBIH BAHAGIA DAN LEBIH BERJAYA di tahun hadapan dan tahun-tahun mendatang… amiiinnn…. Heheheheheheeee….

Seharian semalam bizi nak settlekan urusan “penghantaran pulang TERUUSSS” maid aku.. legaa bila dh settle urusan imigresen…

Cuma tunggu ‘hari’ utk hantar dia balik terusss jer… naik kapal dari Melaka tuh.. adoilarrrr…. Nak kena gi Melaka plak.. (tasik.. ooo tasik merah… mana si tasik merah ni ntah.. hehehehehe…) - tokma.. jom ronda melaka jom... hehehehehe...

Senang giler berurusan nak 'hantar balik' nih.. tak macam nak apply masuk dulu.. hihihi...


Lepas selesai di imigresen… abang bagi IDEA BERNAAASSS gilers.. ajak pi jenjalan ronda-ronda kota raya… abang kata nak bagi HADIAH kat aku.. sempena dapat 4 flat.. oleh kerana aku dapat 2 A.. makanya.. 2 hadiah utk aku… aku bleh pilih hadiah apa aku nak.. wah wah wah…(gue terharu babe… bluweaaakkk….).. dan tempat shoppingnya adalah di…. (aku tahu kalu aku tak tulis pun.. senang jer korang nak isi tempat kosong… heheheheee…) mana lagi kan kan kan (nureen pun buleh tulun jawabkan...).. "ALAMANDA"…

Dan hadiahnya adalah… hehehe….

Kata 2.. naper 3?.. 2 tu kerana aku dapat 2 A.. extra tu sbb aku dapat 4 flat.. (bleh ker camtuh?.. warghkahkahkah.. sebenarnya aku tak tahan daulat kalu masuk nichii tuh.. hehehe…).

Tapi hadiah paling best adalah.. panggilan tepon dari “sahabat jauh”.. aku baru melangkah kuar dari toilet, abang ckp ada call.. dari “iina – no. pelik”…melompat aku sbb aku ada sorang jer kwn nama “iina-no pelik” (nombor panjang sgt.. 44xxxxxxxxxx”..) hahahahaaa….

Tapi oleh kerana aku DI TEMPAT AWAM.. makanya aku kawal suara aku supaya tak “over d acting”.. abang dah bagi signal isyarat jari telunjuk di bibir ('SLOW').. so.. aku takleh bising2 sgt.. (eh eh… sound aku ‘slow’ masa cakap ngan ko kan iina kan kan kan… hahahahaha..) – mau tak excited, org tu call dari jauh… thanks sbb ko call aku … rindu ko.. huhuhuhu…

2008 dah nak tamat… aku nak ucapkan selamat tahun baru.. selamat meninggalkan kenangan silam 2008, selamat panjang umur, selamat murah rezeki, selamat bahagia, selamat dari segala kejahatan diri dan hasad dengki orang dan segalanya selamat dalam setiap tingkah, niat dan pekerjaan…selamat segalanya kepada KALIAN SEMUA....

Bermula tahun 2009.. maka bertambah satu lagi “UMUR” kita… dan kurang “SETAHUN” lagi jangkahayat kita.. jadinya.. aku ingin TUTUP BUKU LAMA dengan ucapan – MAAF ZAHIR BATIN… di atas segala salah silap tutur kata, perbuatan, perkataan, gurauan, yang sengaja, tidak sengaja, yang sedar juga tanpa sedar, termasuk yang salah faham dan salah difahami.. MOHON KEAMPUNAN DAN KEMAAFAN IKHLAS DARI HATI..


….. sebagaimana aku inginkan kerahmatan dari Allah, kebahagiaan, dan kejayaan di dunia dan di akhirat… makanya aku mendoakan kebahagiaan dan kejayaan utk kalian juga.... untuk kita semua hendaknya… AMIIIINNNNNN…..


Tuesday, December 30, 2008

Event.. dh settle...

Alhamdulillah.. 2 event besar dah settle..
1- majlis bertunang putri boss.. (bertembung dgn adik sepupu pun bertunang)..
2- majlis perkahwinan adik ipar..

Perasaan... SYUKUR... GEMBIRA.. TERHARU... dan sekarang ni.. PENAAATTT babe.. hehehe...

Maunyer tak penat..

25hb. Majlis bertunang anak bos.. pagi.. habis jer dari umah boss.. pecut ke rumah kakak di bangi – maj. bertunang sepupu dibuat di bangi… habis settle di bangi…terus pecut balik Muar..
26hb. maj. akad nikah adik ipar pada sebelah malam..
27hb. majlis persandingan adik ipar..
28hb. kemas rumah MIL dan bersiap untuk ke Pahang.. (pengantin lelaki).. tidur pahang..
29hb. persandingan di rumah pengantin lelaki.. then balik KL..
30hb. BATUUUKKKK.. hehehehe.. (jgn ler sesiapa tepon gue.. suara dh sumbang mambang cam itik serati dah nih.. hahahhaaa…)

Tapi.. syukur sangat sebab semua dh selesai.. ALHAMDULILLAH..

Cerita kenduri?..

Maj. Bertunang anak Boss.. gempak siot… cam majlis akad nikah dah jadinya… hehehhee.. siap ada banner bunting bagai.. (maklumler.. itu sorang jer putri permata hati dan jiwa…dan lagik.. maklumler.. anak bosss… kan kan kan… hehehhehee… - sorry baby.. kaktiny gurau jer… hihihi)…

Majlis adik ipar… phergghhh…. BANYAAAKKK giler cerita.. suka duka.. tangis tawa.. semua ada lah.. cam masak kurma daging rasanya… “CUKUP LENGKAP”… hehehhehee… alah.. namanya pun kenduri… mesti ada lebih sana.. terkurang sini.. tercuit sana.... terkucil sini… yer tak… MANA ADA KESEMPURNAAN DALAM SETIAP KEJADIAN.. (melainkan ALLAH jua yang sempurna..)

Cerita lanjut?... nantilah.. kalau rajin.. buleh ler tulis.. kalau “malas nak pikir”.. abaikan jer lah di angin lalu… hahahhahaaa….

Still penaaatttt….

Nak sambung tidoooooooo….. (alaaahhhaaaaiii…. nak kena pegi imigresen plak.. nak settlekan ‘markonah’ tu nak dihantar balik dah.. and nak amik ‘markonah’ baru.. bluweakkk….)

Tuesday, December 23, 2008

Jangan dengkikan aku... (sentimental blues 2)

Pasal entri ‘rumah nureen’ dan result aku tuh, aku rasa ada yang bagi pandangan negatif (rasanya lah..).... MAAFLAH... bukan aku nak menunjuk kata aku mampu atau aku bagus.... TIDAK SAMA SEKALI.. CUMANYA... aku nak berkongsi kegembiraan aku dgn insan2 yang bernama sahabat... yg sudi berkongsi cerita dgn aku...

Setiap orang ada kisah dan sejarah masing2.. ada suka dan duka kehidupan masing2.. tapi takkan kita nak reveal semuanya kan?.. ada yang kita KENA SIMPAN sendiri.. ada yang kita TELAN BULAT2.. ada yang kita nak sangat BERKONGSI dengan orang lain..... dan ada yang kita perlu luahkan.. .. (kalau tak… buleh jadik kureng waras babe..)

Aku jugak tak terkecuali dalam mengharungi detik dan putaran roda kehidupan aturan Allah… cumanya… bak kata kakpiah.. takmo pikir yang tak best-tak best... sekarang nak bergelak sahaja.. dan setiap orang ada ‘sesuatu’.. kan piah kan kan kan…

Aku menulis ikut rentak aku.. untuk semua sahabat.. aku mohon baca dgn nada aku..

Pasal reta benda nih.. ini azam kami adik beradik sebenarnya.. mak ayah dah pesan.. mak ayah tak tinggalkan harta kat kami melainkan pelajaran.. sebab tu mak ayah sanggup bergolok bergadai agar anak2 semua berjaya… kata mak ayah.. dgn pelajaran kami buleh cari harta menimbun…

Ayah dulu.. arwah tok ayah (bapak ayah).. org kaya Sg.Dua.. buleh kata semua tanah kawasan tu TOKAYAH punya.. tapi oleh kerana TOKAYAH KAHWIN DUA.. semua harta dapat kat yang TIRI-TIRI jer.. dan ayah aku sebagai ANAK LELAKI + CUCU SULUNG - hanya dapat SEHELAI KAIN PELIKAT ARWAH…itupun ayah yg mintak.. (bukan aku nak ngungkit tapi aku sedih sebenarnya…)..

Mak pulak.. teringin nak kerja.. tapi arwah tok bertegas.. POMPUAN TAKLEH KUAR KEJE… duduk umah jer.. (ada ke masa mak dpt interview Inspector Police, arwah tok ikut teman.. dah kena gelak dek pegawai2 interview.. diorang perli mak.. diorang kata “takkan nanti bila operasi nak kena bawak mak teman jugak”…).. kesian mak.. hajat utk merasa KERJA..tak tercapai…

Mengenangkan 2 kisah nih.. (byk lagi kisah sedih dan pilu mak ayah… tapi itu nanti aku suh mak buat blog utk citerkan.. kehkehkeh)… aku jadik ‘TEKAD’ dalam diri.. yg aku nak MAK DAN AYAH BANGGA sebab walaupun mereka tak ada HARTA WANG RINGGIT dan PANGKAT KERJAYA YANG TINGGI.. tapi MAK AYAH ADA HARTA YANG PALING BERNILAI….. KAMI…. ANAK-ANAK!!... dan sebab itu azam aku adalah AKU NAK MEMBAHAGIAKAN MAK AYAH DENGAN CARA AKU SENDIRI tanpa peduli apa yang orang lain nak kata… as long as MY PARENTS HAPPY…

Dan.. mak ayah amat bangga bila kami anak2 ada rumah sendiri… jugak diorang bangga kalau kami cemerlang dalam pelajaran .. SEBAB…. DULU MEREKA TAK DAPAT MERASA ITU SEMUA….

Dan kenapa aku berazam utk BELI RUMAH utk Nureen dan Zaqwan adalah KERANA AKU TAK DAPAT MERASA ITU SEMUA… aku tahu MAK AYAH TAK ADA HARTA BERUPA KEBENDAAN UTK DIBERIKAN KEPADA AKU… (rumah kat kampung dan yg kat kulim tu utk adik2 lelaki.. sebab mak kata diorang kena bela anak orang…)

Oleh itu… AKU NAK ANAK2 AKU RASA APA YANG AKU TAK DAPAT RASA… SALAHKAH??!!!...

Aku pun banyak yg tak dapat berbanding apa yang orang lain dapat.. tapi aku lebih fokus kepada apa yang aku ada berbanding apa yang aku tak ada… (kan kaklong kan... 'merenung bulan'... hehehheee...) DAN UNTUK ITU AKU BERSYUKUR…

Aku sedar aku manusia yang serba kekurangan.. banyak kelemahan... tak lari dari melakukan dosa dan aku tahu banyaknya kekhilafan aku... namun.. aku juga ingin bahagia dan berkongsi bahagia ini dengan org yang membahagiakan aku dan yang membuatkan aku bahagia... jadinya.. kenapa dicemburui aku?.. dibenci dan didengki akan diriku?... aku juga tidak terkecuali daripada dugaan dan 'habuan'.. cumanya... TUJUAN AKU BUAT BLOG UTK LARI DARI "KISAH SEDIH" dan "CERITA PEDIH".. aku mahu GEMBIRA... jadinya.. jgn jadikan "BLOG" aku utk mengutuk, mencari salah aku dan MENGENAKAN AKU... TOLONG!!!... aku MOHON!!!...

Tak siapa di dunia ini yang hantar sirih junjung minta pada Tuhan utk hidup susah.. PASTINYA SEMUA ORANG BERDOA INGINKAN KEBAHAGIAAN… aku, kamu, mereka dan semua.. MAKANYA.. CARILAH KEBAHAGIAAN ITU.. (tanpa mengganggu-gugat dan dengkikan kebahagiaan orang lain… hhuhuhuuuu….)

Monday, December 22, 2008

Syukur Alhamdulillah… (Entri Sentimental Blues.. )

Alhamdulillah.. SYUKUR KE HADRAT ALLAH... syukur yang tak terhingga...

IMPIAN DAN HARAPAN SERTA DOAKU selama ini diperkenankan juga oleh Allah Rabbul A’lamin... TERIMA KASIH YA ALLAH.. di atas kurnia dan rahmat-Mu ini...

Hari ini adalah hari yang amat bersejarah dalam hidupku.. dalam ‘dunia pendidikan’ aku… sejak dari hari pertama aku menjejakkan kaki ke UiTM dan menduduki peperiksaan saban semester.. aku sentiasa BERDOA dan TERUS BERDOA.. dlm doa harian.. doa sunat.. doa khamis malam jumaat tatkala melagukan yaasin... doa di setiap malam ramadhan.. doa di sepuluh malam terakhir ramadhan.. TAK HENTI2 aku berdoa..

AGAR AKU DAPAT ‘MERASA’ mendapat CGP 4.00 pointer untuk KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER.. AKU TERINGIN SANGAAATTT.. sangat-sangat teringin... kerana aku tahu ITU ADALAH SUKAR.. terutamanya bagi BUDAK KAMPUNG yang TAK PANDAI ENGLISH macam aku ni.. utk dapat 4.00 pointer bagi COURSE LAW UiTM?.. adalah sesuatu yang SANGAT SUKAR… dan aku tahu itu... juga aku pasti tentang itu…tentang kesukaran dan ke'mustahilan'...

Pernah aku teringin utk ambil DIPLOMA dlm apa juga jurusan bagi membolehkan aku merasa mendapat CGP – 4.00 pointer..

Tapi ALLAH MAHA MENDENGAR... lambat atau cepat.. dimakbulkan juga DOA KITA.. (baik atau buruk.. PERCAYALAH...).. yang penting KESABARAN DAN JANGAN PUTUS HARAPAN... selagi itu.. ruang dan peluang sentiasa ada (kecuali jika Dia merasakan sesuatu itu ‘tidak baik’ utk kita, maka tidak akan diberikannya - baik atau buruk)...

Benarlah kata pepatah... KEBAHAGIAAN UMPAMA RAMA-RAMA.. selagi kau rakus mengejarnya.. selagi itulah ia akan menjauh.. andai KAU BIARKAN BERSAHAJA.. ia akan datang menghampiri..

Dan setelah bertahun berlalu.. BARU KINI AKU MENDAPATNYA...

INI... pasti bagi org lain ia ‘tidak apa2..’.. tapi ia sangat bererti bagi aku.. SANGAT BERMAKNA... akan ku kenang hari ini sampai ke akhir nyawa.. (dan buleh buat modal utk anak-anak aku esok2 nih.. hah!!.. kalu ibu buleh.. takkan korang tak buleh?.. nak kena?.. ibu bagi korang kemudahan lagik banyak dari maktok ngan tokayah bagi kat ibu.. JADINYA.. NO EXCUSE!!!...)

Ini yang aku gembira sgt… TERIMA KASIH YA ALLAH.. dan sekali lagi.. aku dapat kucupan tahniah dari abang dan abang... menangis .. (laggiiiikkkk… alaaahhaaaiiii.... tangisan kedua slps statistik dulu...) terisak-isak dibahu aku… mungkin dia tak sangka agaknya… kerana ABANG TAHU!!... SELEPAS APA YANG AKU LALUI – AKU MASIH BULEH KENTAL MENGHARUNGI DETIK-DETIK PEPERIKSAAN DAN BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG SGT CEMERLANG… (it is my spirit abang.. my revenge and my doa’s… huhuhu)... cheh.. tetiba.. bluweakkk...

AKU AMAT BERTERIMA KASIH..

1- Kepada Allah kerana memberi aku kekuatan mental, emosi dan fizikal utk mengharungi segala rintangan dan cabaran… juga menganugerahkan kejayaan secemerlang ini kepada aku..

2- Kepada mak, ayah, abang, anak-anak juga in-law yang tak putus2 berdoa utk aku… dan memberi sokongan padu…

3- Kepada sahabat.. kaklong… susah senang menempuh perjalanan study sehingga detik menjawab peperiksaan… kau sentiasa bersama... huhuhu.. (I LUV U)… alah.. ni time aku plak nak merasa dapat 4 flat.. kaklong laaagggiiikkk awal duluuu dah dia merasa dapat 4 flat nih… masa first sem, dia lagik awal dah score 4.00 pointer…

4- Kepada kengkawan blog.. yg tak putus beri harapan, doa dan ingatan.. amat ku kenang..

5- Buat ‘mereka2 yang pernah menjadi kawan’.. terima kasih kerana “MEMBAKAR” jiwa dan raga aku utk lebih berjaya…

Dan paling tak lupa… KEPADA MY BOSS… inilah penyemarak semangat dan cita-cita aku… I WANT YOU TO FEEL PROUD OF ME.. MY DEAR BOSS…

Bukan aku nak menunjuk riak.. NEHI NEHI NEHI.. sekelumit pun tidak.. tapi ini utk motivasi diri aku dan anak2 aku nanti2.. KALAU AKU YANG ‘SENGAL’ (kan kak ungku kan.. hihihi) dan ‘HAMPES’ ni buleh buat dapat camni... KENAPA TIDAK KALIAN WAHAI ORANG YANG HEBAT-HEBAT!!!... itu pesanan aku…

Dan aku yakin.. ini bukan semata2 kerana ‘USAHAKU’.. tapi mungkin lebih kepada ‘AKU TERANIAYA’ (aku percaya kepada KIFARAH, DUGAAN, dan RAHMAT… ala-ala hukum Karma gitue…) - kehkehkeh… what goes around comes around dan itu yang aku pegang!!!!…. dan utk ini.. aku taknak elaborate panjang2.. sbb aku dh cuba utk TUTUP KAMUS ini.. dan aku ingin ‘SENYUM’ seperti saranan sahabat yang jauuuhhhh… (iina… I Luv U..)..


Aku tahu jugak.. pasti ada yang 'cemburu' dan tak senang dgn result aku ini... AKU MOHON.. jgn dicemburukan kejayaan aku... aku juga seperti kalian.. INGIN BAHAGIA dan GEMBIRA.. selagi hayat dikandung badan... aku doakan kalian juga BAHAGIA dan GEMBIRA dengan perjalanan hidup kalian.. TOLONGLAH.. jgn BENCI aku...

AKU MASIH MEMANJATKAN SYUKUR KE HADRAT ILLAHI... tanpa henti... ALHAMDULILLAH.. semuanya dengan kuasa Allah jua adanya... Amiiinnnnn...

Sunday, December 21, 2008

Hari minggu yang pack...

Adoilaarrrr... hari minggu ku amatlah pack nyer...

Sabtu:

Pagi pegi amik kunci umah 'Nureen'.. alhamdulillah.. dapat gak 'bagi umah' kt nureen.. esok2 kalu nureen majuk ngan laki dia, dia ada tempat nak 'lariiikkk''.. kehkehkeh (apa punya mak.. ngajar anak perangai majuk2 nih.. hampes tul..)

(paham ke nak oii.. apa yg diterangkan dek building management tuh?...)

(muke hepi jer bukan sbb 'nak amik kunci' pun... tapi sebab 'dh nampak something...')

ni hah... yg disenyum sengih sumbing tuh... nampak kolam ni hah.. dah...dah... lenkali.. takdak masa nak pi.. nk wat inspection umah nih..

hmm.. dari dalam umah... bukak tingkap depan dan tingkap bilik.. nampak taman tasik... buleh nureen pi jogging pagi2.. (hmmm... jogging ker?...hahahaha)

Alhamdulillah... umah utk Nureen dah tersedia.. tahun depan InsyaAllah dimohon agar murah rezeki, utk Zaqwan pulak.. dh 'ricky' kt area bangi... doakan abah ngan ibu murah rezeki dan kita sekeluarga diberkati dan dirahmati Allah dunia akhirat yer anak-anak ibu yer... AMIIINNNNN....

"Umah skrg ni?.. IBU PUNYEEER!!!!!!!! kalau ibu MERAJUK... ibu leh pi lepak kat tepi kolam umah tokma... mengadu nasib sambil bersantai-santai kat 'danau' dlm taman tokma yang aman damai tuh... warghkahkahkah..."

....
Tengahari, sebenarnya ada janji nk ke satu tempat dgn seseorang.. tapi TERPAKSA DIBATALKAN sebab MIL & FIL tetiba MUNCUL... (masuk ke perkarangan umah jer, tgk kete depan cam kenal jer.. lah.. my in-law rupenyer..) ter'kansel' second plan hari tu.. layan diorang kat umah jap.. (sorry yer adik sayang yer... ampuuunnnnn.... huhuhuhu...)

Lepas zohor jer.. bergegas ke 'tesco' ampang.. janji ngan kakak2 ex-UiTM (kolej delima duluuu...) nak pi kenduri umah anak Datuk Jalaluddin Hassan... (serba unggu tema ko yer Nurul yer.. hehehhe...)..

Nurul Halina diapit oleh kakak2 ex-UiTM Kolej Delima dulu (Kak As and kak Ita.. thanks sebab sudi nk berkonvoi dgn hamba.. huhuhu.. terharu ada yg sudi menelefon...) and thanks dan Tahniah utk Nurul Halina yg dh selamat menjadi isteri orang.. (kawin jugak ko dik yer... dulu masa kat kolej - brutal gilers... heheheh - jgn mare.. nanti cik abang mare...kehkehkeh)

buah tangan dari pengantin...

Kak As dan Kak Ita bergambar dgn "Datuk Jalaluddin Hassan" (banner sponsor beb...).. warghkahkahkah... (elok2 buleh tangkap gambo dgn tuan punya badan.. banner gak yg dicarik.. kehkehkeh...)

Datuk Aziz Sattar... byk permintaan minta Pak Aziz menyanyi... the mic is yours.. hehehhe...

Dan thanks to Untie.. opss.. Datin (dh kena cubit sedas...kehkehkeh) di atas layanan yg superb.. hehehhe....

Ni.. takkan tak kenal kot... yg baju melayu hijau tuh.. (hohohoho... pasai tu aku dtg 'bujang' jer... taknak ajak abang gak.. .. takut kekalau abang minta Tok ni 'perturun ilmu'..).... OH TIDAAAAKKKK... nehi nehi nehi.... hihihi

.......
Balik dari kenduri Nurul, dah bergegas bersiap nak pi Port Klang plak.. (ni kes menyelit jer ngekor ikut abang bawak anak2 buah dia gi makan... kehkehkeh...)

Dh lama tak pegi (dulu masa deting meting - 9 TAHUN LEPAS TUH!!!.... mmg terror jalan nih.. tapi skrg.. puiiii.... bluweaak... dh 2 kali dtg.. 2 kali sesat barat.. chehhh....) Semenara nak sampai sini... sempat ler sesat barat... (patutnya ikut sign board pelabuhan UTARA... bukan BARAT... kan dh sesat barat.. grrr grrr grrr...) bluweaaakkkkk....

Akhirnya tiba jugak.. setelah tawaf 'seluruh port klang' tuh.. aparaaaaa.... mcm tak penah pegi.. cheh...


Tu dia.. boss dok lawat kawasan... (tetiba aku rasa cam 'b***' jer duduk kat situ.. semua ngelat taknak duduk semeja ngan kami ... betullah... what goes around comes around.. dulu aku selalu 'NGELAK" taknak duduk semeja ngan BOSS.. skrg aku plak kena bahana anak2 buah abang taknak duduk semeja ngan kitaorang... huhuhuhu...) - masa ni aku rasa nak jer jerit kat kak ungku & kak piah ajak pi makan kat jonis!!!..... takpon.. terbang pi kat iina ker... nak ikut pi makan kat kedai 'lemon tree'.. hihihi...

tapi.. yg untungnya... hidangan utk 6 orang.. kami balun 4 org jer... puas aku meratah lauk malam tuh... 8 jenis lauk... (tu ler.. rugi sapa taknak duduk semeja ngan kami... lauk banyaaakkkkk ooooo... heheheheh)

***************************************
***************************************

Ahad plak..

Pepagi dh sibuk buat puding coctail (request by sahabat.. hhehheee...)...

Ini puding custard nyer...


Ini utk buat kuahnya....


dan ini HASILNYA... (ada sesapa 'ter'teringat dessert raya umah aku dulu?...kehkehkeh)

Sempatler gak menghulur setupperware utk jiran hujung umah no.1 tuh...hihihi...


Then lepas zohor gi umah ayah sedara abang kat puchong yg baru balik dari mekah...

Malam plak... taip entri nih.. kehkehkeh...


Pssttt..... minggu depan minggu yg amat padat bagiku...

- anak boss bertunang..
- adik ipar kahwin
- year end..

Nampak gayanya HUJUNG TAHUN NI ATAU AWAL TAHUN DEPAN BARU KITA BERJUMPA kembali yer... huhuhuhu... (kalau sempat mencelah waktu.. gue nak gak update and jalan2 blog kengkawan.. I'm gonna miss u alll....)

Skrg tgh sibuk buat persiapan bertunang anak Boss and persiapan kawin adik ipar...

sempat gak adik ipar aku 'pow' aku mende alah ni.. ooo.. pandai ko yer adik ipar sayang oiii... ko 'pow' tak hengat yer.. mentang2 org kata nak sponsor.. and bagi 'kebebasan' memilih...

takper takper.. yg penting ko nak kawin dik oiii.. setakat cadar pengantin.. takder hal babe.. hehehhe...

(ppssttt... kak unibers and kakpiah.. kalu korang tak kawin lagi, mau gak gua bagi adiah ni kat korang.. tapi opsss.... korang dh 'terlepas waktu'.... warghkahkahkah.... jgn mareeee.... jonis jom jom jom... hehehehehe.... iina.. ko minat bear bulu2 jer kan.. ko tak minat cadar2 ni kan.. hihihihi... gurau jer... hahaha...)


Thursday, December 18, 2008

Citer Hari Minggu - siri 2

Pagi tu kengkononnya bangun jer dari tido.. dh berazam nk masak segala mak nenek menu yang TERPAHAT KEMAS DI HATI DAN SANUBARI aku sejak kak unibers menyatakan hasratnya utk "BEREHAT" kat alam damai tuh.. hehehehee...

So.. nak kuar pegi pasar bali barang ler.. nk buat breakfast.. tetiba masa dlm kete tu.. kak unibers bleh plak buat statement SPONTAN..

kak unibers : eh.. cuaca cerah jer kan.. taim tak plan nak berkelah, cuaca cerah jer..
aku : nak gi berkelah kak?.. kita gi sg. congkak nak...

... dialog pastu aku dh tak ingat.. yang aku ingat.. kitaorg pi pasar.. beli bahan2 utk buat BEKAL BERKELAH!!!... hahahaha

Balik umah jer.. terus ke dapur.. berkuntau apa yang patut.. dan roger abang.. bagitau plan.. abang kata "SET".. so, siap sumernyer.. (adanya kak unibers yang EXPERT giler bab2 berkelah ni.. kejap jer kami siapkan sumer barang...) abang sampai umah jer (balik dari cuci kete).. terus angkut barang masuk dlm kete..

Ini wajah2 insan yang penuh pengharapan menantikan perjalanan ke tempat yang direncanakan..

masing2 landing tak landing jer mata tu.. hihihi.. masa ni cik abang tgh buat call.. roger pasukan penunjuk arah utk mencari port yang baiikkk punyer...

dan kami DINASIHATKAN UTK TAK KE SG.CONGKAK sebab crowded.. TAK BEST... ada satu lagi port VIP yang exclusive - kata si penunjuk arah... hehehe....


Dan akhirnya sampailah kami ke NUR LEMBAH PANGSUN - ulu langat... (kak piah.. ko mesti bengang kan.. sebab dah dekat sgt kalu kami nak singgah umah ko hantarkan puding karamel semangkuk dua kan kan kan... kahkahkahkah...)

anjib dh tak sabar dah tuh.. terus terjun ler..

menu EXPRESS yang sempat disediakan.. (piknik tak dirancang... camni ler jadiknya.. hehehhe)

.............
Untuk gambor di bawah ini...Best gak kalu buat kuiz utk gambo2 kt bwh nih.. Soklan : Apakah yg dicari oleh kak unibers itu?.. hahahha... kenapa ada kopok kacang hijau tu?.. siap ada 'googel' anjib gaks.. hahahha

ni.. di arahnya anjib buat "EMPANGAN KENYIR" supaya memudahkan "PEMBURUANNYA".. dan kopok kacang hijo tu sebagai 'umpan'nya...

Sungguh bersungguh 'meneropong ke 7 lapis petala bumi' - ke dasar lautan api.. kehkehkeh.. tengoklah kesungguhan yg terlalu bersungguh2 tuh.. hehehehee...


Inilah MENDENYER yang dicari bagai nak juling air bijik mata memasing tuh...


UDANG

tapi mmg kagumler.. berkat kesungguhan tanpa talian hayat dan bantuan mana2 pihak.. kak ungku dgn kedrat tangan dua keratnye... berjaya 'menuai' hasil tangkapan sebanyak 2 ekor udang ciputtt... heheheh

dan ini.. hehehe.. baca dialog ni..

kak ungku : anjib.. carik batu 2 3 ketul.. nak letak dlm bekas udang nih..
aku : aahhh... anjib carik batu yang kecil kecil jer..
anjib : carik batu?.. batu apa mak?.. BATU KARANG ker?!!...

wargkahkahkahkah... BATU KARANG???... tak tahan aku ngan kak ungku menggelakkan anjib.. dan itulah hasil "batu karang' yang diperolehi anjib dari dasar sungai.. hahaha...

bahagianyer mereka-mereka ini bersuka ria dlm air yang SEEEJUUUKKKK GILERS tuh weh... tak tahan aku beb..


Dan ini wajah2 KELETIHAN KEKELEPETAN... (cam ala2 sama jer gaya pos perjalanan pegi dan balik dari BERKELAH kat NUR LEMBAH PANGSUNG "ULU LANGAT" nih.. nureen masih terkelepek kat sebelah ketiak MIL dia tuh.. kahkahkahkahkah...)

(pssttt.... kakpiah.. ko rerasa saat ni panas tak tinga, badan, kaki waima tudung pabila mengetahui LALUAN PERJALANAN KAMI BERKELAH ADALAH DEKAAAAATTTT SGT NGAN AREA UMAH KO!!!!!.... kahkahkah... kona simpang skit jer dh sampai umah ko.. kan kan kan..kehkehkehkeh...)

Dan petang tu.. mmg LETIH GILERS.. balik jer.. TERBONGKANG dalam bilik masing2.. dan malam tu.. becanda ria ngan tokma plak... makan2.. borak2.. sambil tgk THE IRON CHEF.. sampai kul 12 tengahmalam tu.. hehehe...

pendek kata ringkas cerita... HARI MINGGU YANG MERIAH LER...

Wednesday, December 17, 2008

Citer Hari Minggu - siri 1

Minggu lepas.. kak unibers bagitau nak dtg "BEREHAT" kat ALAM YANG DAMAI itu.. weiii... best gilers weh.. aku jemput diorang kat Komuter then terus ke sini.. (hehehhe... mesti ada yg menggeleng kepala kan... iina.. ko mesti tak sabar2 nk balik mesia ikut aku makan kat sini kan kan kan... takper takper.. aku tunggu ko balik... hehehhe..)

Nampak tak kelibat nureen?.. dikejar dek anis dan disusuli oleh anjib?.. tak nampak?.. mmg ler tak nampak.. sbb dia dh melintang pukang ke depan dah... nureen pun dh hafal jalan ke sini dah.. dah tahu arah tujuan hidup ibunya.. mana lagik kalu bukan JOHNNY's kan..kan..kan.. hehehheee...

Biasalah kan.. stimbot JONIS masih pojaan hati pertama beta.. hahahahaa...

tgk anjib tuh.. menengokkan dia makan.. rasa puas hati sgt.. bersungguh-sungguh... berbaloi oii...

ni dh perjalanan balik... hamek ko.. letihnyer lah... terbongkang terkelepek anak teruna kak unibers ngan anak dara aku tuh.. (ni buleh kena tangkap basah tak nih?...hihihihi...)

tadik masa dlm kete.. si anak terbongkang.. dh sampai umah.. si MAK nyer plak yang tergelepang... penat naik komuter weh.. jauuuhhh tuh... dari seremban.. hehehhheee.. (anjib masih leka ngan jam Ben-10 nyer... suka tak anjib?.. hehehhee..)

Lihatlah aksi kesukaan anjib.. yang buat aku dok gelak2 golek2 guling katil weh.. korang tgk perut dia tuh... weiii... (nureen kata "abang azib seksi.. buat perut gendut gendut".. kehkehkeh...)


ni citer sebelah malamnya pulak...

mana lagi kalu tak ke tempat kedua teratas di hatiku.. PAPPA RICH.. hehehheeee....

kak diva unibers sedang melayan 'pappa toast' yang ku war war kan sebelum ini.. (tapi kak ungku kata dia lagi gomar roti yg dibakar dgn arang tuh.. hihihi...)

lihat kesungguhan anjib melayan menu nyer itu.. aku mmg suka tul ler tgk anjib kalu bab makan2 nih.. humpphhh... suker sgt.. heheehe.. dan terselit sebelah tu muka TUKANG SETTLE BILL.. cik abang sayang.. kehkehkeh.... tenkius tenkius.. hehehhe...

tapi... alaahhaaaiiii... ini air yg diordernya... TEH TARIK JER?.. punyalah byk lagik yg best2.. cam air yg aku order ker.. yang nureen ngan mak mentua dia order tu ker.. (sehati sejawa plak nureen ngan MIL dia malam tuh.. mintak milo ais tabur serbuk milo tuhh... kehkehkeh...)


dan lihatlah aksi anjib yang sudah 'serender' dah... ini pun aksi yang aku suka gilers ni.. aksi 'menyungkil gigi' selepas menu semua 'salamaaaatttt'... lihat aksi anjib... bersahaja jer.. hihihihi...


(psstt... kak piah.. entri ni takder lagik citer yg buleh buat ko rasa nk terbakor.. ko tunggu esok nyer plak yer.. warghkahkahkahkah... hihihi)



YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.