Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, October 01, 2009

Cerita Raya: Siri 2 – Open House Raya kedua dan Gathering


Ini memang acara wajib setiap tahun… OPEN HOUSE RAYA KEDUA..

Sejak kami berpindah balik ke kampung pada tahun 1988, mak start buat Open House pada hari raya ke-dua… dari time aku sekolah rendah, menengah, university, bujang dan berkahwin.. memang mak tak pernah miss utk buat open house raya kedua..

Menu wajib.. LAKSA PENANG, MEE HOON SUP, KETUPAT PALAS RENDANG DAGING, dan kek trafik light mak yg marbeles tuh (tapi mak buat sebijik jer.. sapa dtg awal sempat ler makan.. sapa lambat.. sorry.. NOT AT HOME.. dan biasanya, ayah ler org pertama yg merasmikan diikuti kami semua.. tu saja dh tinggal ¾.. kehkehkeh…)

Sedari kul 11 pagi sampai ke 1pagi.. orang tak putus-putus.. peak hour, masa kul 1 tengahari sampai kul 6 petang.. pastu sambung pulak lepas maghrib (bagi sedara2 yg puasa enam, biasanya diorang akan berbuka puasa di rumah mak-ayah nih…).. sampai penutupnya pukul satu pagi (kekadang kesian kat jiran sebelah menyebelah, takut nak singgah sbb org dtg tak putus2.. tunggu punya tunggu last sekali pukul 1 pagi baru tetamu reda.. hihihihi…)

Tapi utk raya tahun ni.. memandangkan kami semua (family sebelah adik-beradik mak aku) buat “SISTEM GILIRAN” (dek kerana ramai sangat yg kawin ngan orang luar dari negeri nih kan kan kan…) – makanya, sejak tahun 1999, kami semua berpakat dan bersatu hati untuk menjadikan setiap 2 tahun sekali sebagai tahun GILIRAN dan PERJUMPAAN KELUARGA HASHIM-CHIK.. (arwah wan-tok sebelah mak aku..)

Ia dituruni sampai ke peringkat kami anak-anak nih.. (semoga berkekalan sehingga cucu-cucu cicit-cicit nanti.. ammiiinnn...).

Jadinya, tahun ni adalah tahun PERJUMPAAN KELUARGA HASHIMCHIK (FAMILY GATHERING – HASHIMCHIK FAMILY CLUB)…

Biasanya, kami buat malam hari raya pertama tapi atas permintaan seorang mak sedara aku nak menunggu anaknya (sepupu kami ler..) pulang dari luar negara (sampai hari raya kedua), makanya, tarikh dianjakkan ke malam hari raya kedua..

Clash pulak dengan open house umah kami nih.. tahun ni, dengan hati yg terpaksa rela…pukul 6 dh kemas-kemas barang dan pukul 7 dah tutup lampu (ramai sedara mara ayah yg tepon tanya pegi mana, umah kosong.. huhuhuhu… ampuuuunnn….)

Malam tu apa lagi… berkumpullah kami semua di kediaman baru Mak Teh (adik mak no. 7).. TUAN TANAH KEDAUNG yang telah mensponsor sembelihkan seekor ayam pirunya yang kami jadikan “PIRU GOLEK”, menu utama BBQ mlm tu… kehkehkeh….
Gambar: AYAM PIRU GOLEK.. yang disponsor oleh tuan tanah kedaung... (Mak Teh Ton + PAk Teh Aziz)..

Dan “PENGATURCARA” wajib perjumpaan tidak lain tidak bukan adalah.. “AKU LER”… segala susun atur permainan, makanan, susunan tempat, hadiah .. dibawah kelolaan aku dengan group sehati berdansa yg diketuai oleh Pak Su (anak bongsu tok dan wan – adik mak aku ler..), Kakak (cucu sulung) dan Abang Ely (cucu lelaki sulung).. dan ramai lagi yg membantu nih weh.. setiap org punya tugas dan tanggungjawab yg perlu dipikul… itu untungnya keluarga ramai…

Anak arwah tok-wan 10 orang.. + menantu = 20 orang… setakat hari ni anak-anak, cucu-cucu + cicit-cicit tok-wan berjumlah “87” orang… dan pertambahan dan pertumbuhan masih rancak berjalan dengan pertunangan, perkahwinan dan sessi ‘pertandingan’ menambah bilangan ahli keluarga.. kehkehkeh…

Rupanya dalam sedar tak sedar, tahun ni dah perjumpaan ke-6 dah.. daripada tahun 1999 (masa tu arwah tok dan wan masih ada..).. 1999, 2001, 2003, 2005, 2007, 2009...

Dah lebih 10 tahun rupanya GATHERING ni berlangsung..
SYUKUR ALHAMDULILLAH...


Dulu, tahun 1999, hadiah 'hampes' jer.. maklumler..bajet ciput.. kami semua sekolah lagi.. sekarang ni.. dunia dh MAJU.. zaman dh berubah... maklumlah.. peringkat cucu2 (level2 aku ler..), semua dah kerja + dh kawin... jadinya sumbangan bertambah...

Hadiah yg dulunya setakat cawan RM2.. (tapi yg penting... semua maintain HAPPY!!!)...

tapi tahun ni... Grand Prize adalah OVEN, HANDPHONE dan PUNCH BOWL...

InsyaAllah, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, kami akan berkumpul lagi pada tahun 2011… (lepas ni, kita buat kat ballroom hotel pulak ok tak???.. beli hadiah lagi grand.. kereta sebijik…. buleh??.. warghkahkahkah…)

Semoga tahun2 akan datang akan lebih meriah… dan semoga ukhwah kekeluargaan HASHIMCHIK FAMILY CLUB (HCFC) akan sentiasa berpanjangan berkekalan... amiiinnnn…

p/s: penghujung tahun ni akan menyaksikan pertambahan seorang lagi ahli baru.. (kakak aku bakal beranak InsyaAllah bulan 11 ni..) menjadikan JUMLAH AHLI HASHIMCHIK FAMILY CLUB MENJADI "88" orang... ada ONG nih.. kehkehkeh....

7 comments:

ladylikeme said...

uiks..wat open house xjemput no....

Kaktiny said...

ladylikeme> oppssss... hihihi... 2 tahun lagi jgn lupa datang umah kaktiny kat kulim yer.. hah, ni jemput awai2 ni.. in advance.. jgn tahun 2011 nanti hang kata kaktiny tak jemput plakss.. kahkahkah...

Cikgooden said...

aku suka laksaaaa.....

kamar hati said...

tak dan nak menghala ke Kulim nunn...padat, penat, peluh2 raya ni....hihihi...

ada rezki nanti nak bg smpi gak ke sana...hihihi... (",)

Yana Ismail said...

sonokkknye kak open house..huhuhu slmt hari raya, maaf zahir batin:)uhuhu

AHMOI said...

wow..bestnyerrr...ni lah bertuahnya bila family besar kan??

Kaktiny said...

cikgooden > nak makan laksa?.. mai umah.. hihihi

kamar > tahun 2011, singgah beraya umah kaktiny k.. kehkehkeh

yana> penaaat yana oii.. hihhi

ahmoi > mmg best.. + happening + pening lalat pun ada gak.. seribu satu perangai.. nak plak yg cinonet2 tuh.. aduuuhhh...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.