Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, January 28, 2010

REST TIME..

Aduuuuhhh...


Selsema dan batuk ni masih bermaharajaranilelamanjun.. huhuhuhu..

Migrain pun tetiba hinggap balik nih.. huhuhu...
Nak rehat jap laaaa....



I'm taking a REST for a while... uhuk uhuk.. srooot.. srooottt... kohkohkoh...

********************************************

Tuesday, January 26, 2010

HAPPY BIRTHDAY UNCLE LEE and TOKMA...

Today is Uncle Lee Birthday.. yang ke?????.... I put 40 coz, people says that man's life begin at 40.. hahahahaha... (I luv to read his blog coz the memori, the writing.. feel like being in Taman Inderaloka.. hahaha... you know what is Taman Inderaloka ULee???... hihihi..)



And, January, 23 adalah birthday tokma - pun yang ke-40 (jangan marah tokma.. hahahha).. sebabnya, tokma sentiasa ceria dan gembira.. bahagia dan tenang bila bersembang dengannya..

Jom tokma and ULee, I treat both of you .. MEE UDANG!!.. yum yum... (no steak or lobster k..)

and... minum air KELAPA MUDA (and ULee... I know you love Ice Coffee, but, this is a MUST TRY... SEDAAAAPPPPP!!!.. hihihi - tak percaya??.. tanya tokma.. hahaha..)

AND.. I wish both of you a long life and much happiness with a lovely people around you who loves you so much and you love them very very very much..


HAPPY BIRTHDAY..

(still deman selsema and batuk... NAK TIDOOOO rasanyaaa.... huhuhuhuhu)...

Monday, January 25, 2010

DEMAM SELSEMA


Habis satu umah kena demam selsema.. batuk dan sakit tekak..


Jap lagi rasa nak gi klinik laaa.. tak tahan dah.. kepala berat sangat...

hidung terasa merah berair.. dan tekak rasa perit.. huhuhu..

waaa...waaaa.... NAK TIDOOOO rasanya!!!!....

(credit gambar to en.google)

Thursday, January 21, 2010

Ulam sambung nyawa...


Dah!!... tak mau tau dah pasal citer laki bini tuh.. (cukup la 2 entri tuh.. kang kalau si isteri atau si suami tu baca entri aku nih.. sesilap, kena saman plak aku weih..)
.... kan skrg ni nak tulis di laman web sosial ni pon kena berhati-hati… silap taip kena sama.. silap taip, kena banned, silap tulis.. KENA BUANG SAUDARA ATAU PUTUS SAHABAT ... huhuhuhu.... PARAH!!! DAH DAH DAH!!.... stop tuh!!...

Balik pada tajuk di atas...
Tengok tajuk macam best kan... korang penah dengar tak??...
aku tak pernah dengar, tak pernah tengok apatah lagi makan...

Tapi, ahad lepas, jiranku yang baik budi... yang pengasih.. yang prihatin.. yang amat baik dan mulus orang nya (amboi panjangnya.. cam nak bodek plaks... tak tokma tak.. IKHLAS nih.. betuuuullll.. hihihi)... tokma tersayang... telah ’menggantung’ sepeket ULAM SAMBUNG NYAWA di pintu grill umah aku (masa ni aku takdak, pi pasar beli ikan – nak buat gulai ikan kering.. kehkehkeh...)

Menu hari ahad tu adalah... gulai ikan kering, sambal belacan manggis, ikan selar goreng, serta daun pucuk ulam sambung nyawa.. PERGHHH TERANGKAT BABE!!!...

Kengkonon nak snap gambarnya.. tapi.. sekali ngadaaaappp.. LICIIIINNN!!!!... (mak ngan ayah pon ada kat umah... lagiiii la lajuuuuu sessi melantak di perbincangan meja bulat tuh!!... kahkahkah)..

Pada yang tak penah tengok, ini lah rupa bentuknya.. (ni pon aku dpt kat en.google... yg snap tak sempat nk upload.. hihihi)


Rasanya ada lemak, ada mint, rapuh dan mmg umphh lah.. (tapi aku tak pandai berulam sgt, cuma cuba rasa jugak 2 keping... ) - yang selebihnya mak ayah ngan abang ler berulam.. (tapi masih banyak lagiiikk... ) hihihi...

Cuba la rasa.. lawan plak ngan sambal belacan letak limau kasturi hiris halus2 ngan kulit dia gaul plak lagi ngan buah manggis - perrggghhh... mengecur liur weiihhh... hihihi...

malam ni nak balik kampung.. kulim.. yeee haaaaa.....

Wednesday, January 20, 2010

Lah.. Sambung lagiikk??


Hari ni topic hot.fm sambungan daripada topik semalam...

Hmm.... main sambung2 pulak eh.. setakat yg aku dengar hari ni, katanya si suami dh bagi ’pelepasan’ kepada si isteri utk kuar selama 2 jam tanpa gangguan semalam... dan si faizal ismail pegi jumpa si suami dan tanya pendapat suami tu sendiri..

Di antara yang aku dengar adalah si suami berkata.. ”dh saya tak ke mana-mana, jadinya saya tak rasa isteri saya perlu pergi mana-mana..”..

Menurut si suami, dia tak ‘berkawan’ sgt (setakat yg aku dengar la), jadinya, bila dia ada di rumah, dia nak bini dia pon ada di rumah... hmmm... ada setuju gak aku kat situ.. (pandangan peribadi aku yer.. no right and wrong answer..)..

Tetiba dh dtg otak jahat bila memikirkan ’kebebasan’ yg si isteri dia tu nak dan si suami plak yang CUBA MENIRUNYA...

cuba dibuatnya si suami tu pon START BERKAWAN DAN DAH MULA KELUAR NGAN KAWAN-KAWAN.. dan NO PHONE CALL ANYMORE... nak plak ada kawan si suami yg sengaja ’membakar halus pemikiran’ (setan la nihhh!! Hamik ko!!)... dan mengajak melakukan perkara yg tak sepatutnya... HAH!!... masa tu, jangan nak mintak ler "ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA!!!"....

8 tahun mereka berkahwin dan mereka bahagia dengan cara begitu... jangan hanya kerana 1 PHONE CALL di radio... berjaya mengubah ’bahagia’ sementara (isteri dpt keluar tanpa kongkongan) dan mengundang tidak bahagia apabila dugaan lain yang muncul...

Sebab tu aku selalu ingatkan diri aku, perjalanan yang di aturkan kepada kita adakalanya sudah cukupcantik, jangan nak pandai2 ubah utk memenuhi KEHENDAK sendiri... takut timbul yg lain pulak nanti...

KEPERLUAN dan KEHENDAK... hanya terpisah dengan satu garisan halus senipis kulit bawang yang membezakannya... tepuk dada tanya selera...

.... dh la.. kalau ada sambungan lagi esok, aku tukar channel lain... malas nk dengar cerita hal rumahtangga orang.. baik aku jaga rumahtangga aku sendiri... CHOW!!..

dan.. aku SOKONG 100% apa yang kak anie kata dlm blognya... (tiny jadikan pengajaran dan ingatan kak.. thankssss.... hihihi)..

Tuesday, January 19, 2010

MEREKA BAHAGIA..


Pagi ni dengar hot.fm.. ada kisah sorang pendengar ni, katanya suami dia sgt la mengongkong pergerakan dia sampaikan nk join annual dinner ofis pon laki dia tak bagi.. dan any event ofis laki dia, mesti laki dia ajak dia ikut sama.. meskipun begitu, MEREKA BAHAGIA...

Pastu, banyakla komentar pendengar ni semua.. ada yg kata laki dia kuat cemburu, ada yg kata laki dia ni yang curang sebab tu dia takut isteri dia curang jugak, ada yang kata laki dia ni tak percaya dia.. ada jugak yang kata laki dia ni sayang sangat kat dia.. macam2 komen la yg ada..

Pastu katanya, farah ngan faisal NAK call laki pompuan tu sendiri and tanya kenapa dia terlalu mengongkong (seperti yg diperkatakan oleh isterinya..).. jawapannya selepas jam 8 pagi!!!.. AAARRRGGGGG..... tak dapek nak dengar sebab aku dh sampai OFIS... walaupun aku dh try round tawaf pusing 3,4,5 kali, tapi tetap iklan dan lagu yg berkumandang.. belum sampai seru diorang On Air kan jawapan laki dia.. melihat jam di tangan, oh tidak.. tak leh tunggu lagik, tak pasai2 kang, aku yg terlepas waktu punch card ofis.. huhuhuhu..

So, aku tak dengar apa kata suaminya?.. ada sesiapa yg dengar???...

Dalam ramai2 pemanggil yg bagi komen, aku tertarik pada satu panggilan daripada seorang wanita ini.. katanya, bagusla suami pompuan tu kuat mengongkong, itu tandanya laki dia sayang kat dia.. tak macam laki dia (pengomen wanita itu) yg laki dia langsung tak kisah.. bukan tak bahagia, MEREKA BAHAGIA, tapi laki dia ala-ala mcm tak ambil berat.. ko balik ke tidak ke.. takdak hal.. wanita pemanggil tu rasa teringin sangat nak ’dikongkong’ seperti pengadu wanita itu.. terasa seakan diri dihargai.. ’katanya’...

Inilah ragam dan warna kehidupan.. bila kita diberi merah, kita harapkan biru, bila kita dapat kuning, kita nak ungu.. bila hitam atau kelabu melanda, kita terbayang putih yang berseri... bila putih yang menjelma, kita inginkan ada warna.. ITUKAN KITA!!.. manusia biasa... yang tak lari daripada nafsu MENGINGINKAN sesuatu sehingga adakalanya kita LUPA UTK BERSYUKUR ANUGERAH YANG DIPEROLEHI.... (tengah tazkirahkan diri sendiri sebenarnya nih!! huhuhu - kehkehkeh)

Sebenarnya... apa jua warna yang kita dapat, adalah bersesuaian dengan kita.. dan Allah lebih mengetahui kenapa dan mengapa WARNA kehidupan itu yg kita terima.. sedangkan kita sendiri tak tahu jika kita menerima warna yg kita mahu, adakah kita benar2 mahukannya dan mampu berhadapan dengannya...

Dan lagi, dalam komen si pengadu dan si pemberi komen wanita tadi, walaupun keadaan diri mereka berdua VICE-VERSA.. tapi kan mereka kata .. MEREKA BAHAGIA.. jadinya... cukuplah kebahagiaan itu sandaran kepada kesyukuran...buleh???.. jgn mengeluh.. DOSA TAU!!.. hihihi...

Aku ingatkan diri sendiri.. supaya sentiasa bersyukur.. terutamanya dalam BAB RUMAHTANGGA... sebelum aku nak menilai kekurangan dan kelemahan cik abang aku, aku kena terlebih dahulu melihat ke dalam diri aku... BAGUSKAH AKU??.. nehi nehi nehi... aku juga manusia yg serba kekurangan... adanya insan yang sudi menjadi suami dan dengan redha melafazkan akad dan sah aku menjadi isterinya merupakan anugerah Allah yang amat aku syukuri... THANKS MY DEARIE HUBBY!!...

Kalau org tanya aku resepi utk bahagia???... sungguh aku tak ada jawapan!!... sebab aku pon BARU SGT dlm alam rumahtangga.. baru nak masuk 6 tahun.. apa sgt yg aku buleh katakan??.. cumanya, aku ingat pesan mak.. "SABAR... dan PUJUK HATI SENDIRI".. (itu formula mak kot!!..hihihi...)

Bab lain dlm rumahtangga aku mengaku aku TAK HEBAT sgt pon.. masih belajar.. tapi ...aku YAKIN aku ni mmg HEBAT dlm bab merajuk dan berleter... (kehkehkeh.. amppuuuunnn bang!!! Hahahahaha...)..

hmmm... nak tanya skit...

Untuk wanita yg bergelar isteri..(utk aku la niiihh...),
"Andai impikan suami sehebat Muhammad S.A.W, mampukah persiapkan diri setanding Khadijah a.s???...”"

Dan untuk sang suami di luar sana... "Andai mahukan bini yang ’sempurna’... sudahkan anda sediakan ’kesempurnaan’ bagi dirinya untuk ’menyempurnakan’ kehendak anda??.. adakah cukup sempurna bahtera yang anda kemudi itu utk mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T??..."


(eh.. saje la nak tanya...)

Teringat lagu KU BAHAGIA - Melly Goleslow

Di atas bumi ini ku berpijak
Pada jiwa yang tenang di hariku
Tak pernah ada duka yang terlintas
Ku bahagia

Ingin ku lukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah
Masa muda yang tak pernah kan mendung
Ku bahagia

Dalam hidup ini
Arungi semua cerita indahku
Saat-saat remaja yang terindah
Tak bisa terulang

Ku ingin nikmati
Segala jalan yang ada dihadapku
Kan kutanamkan cinta tuk kasihku
Agar ku bahagia

Friday, January 15, 2010

Hello Pak Cik Teksi..


Pepagi start kete, bunyi lain macam jer.. AAARRRGGGGG!!!... kete tak leh start… BATERI KONG rasanya… huuhuhuhu…

Dah la kelam kabut pagi ni siapkan barang abang yg nk kena gi outstation ke Kuantan… siapkan si budak sekolah tadika tuh lagi.. dan siapkan bekal nak bawak utk makan tengahari nanti..

Patut tetiba hari ni aku terasa cam nak bawak bekal jer pegi office... bawak mee hoon sup tuuhhh.. semalam buat mee hoon sup kuah merah.. so, hari ni bawak bekal utk lepak makan kat pantry.. malas nk kuar makan sbb MALAS nak kuar.. lepak pantry lagi syok..
rupanya tu antara petanda awal yg aku mmg TAK DPT kuar hari ni.. sbb kete takder.. huhuhuhu.....

Dh gelabah puyuh kete tak leh start.. apa lagi, terus call pak cik teksi.. suh amik... naik je teksi, terus aku cakap kat dia.. "Pak Cik, ikut terowong smart eh... saya takut sampai ofis lambat".. dh siap sms HR/Admin bagitau kot2 aku termasuk lambat sbb kete tak leh start...

Tapi syukur Allah permudahkan... aku sampai ofis awal.. jalan tak berapa jammed sangat (berbanding hari2 biasa kalau aku keluar rumah jam sebegitu, silap haribulan kul 9.00am baru sampai ofis!!!)..

.....................

Kat ofis, kawan aku bagi buah duku dan cempedak... (macam tau je kawan aku sorang ni yg aku tgh meroyan nk layan buahan tempatan...).. so, sepetang tadi, aku dok layan duku.. sedap siot.. fresh from kebun ayah dia... (dan adalah daripada hasil usaha dia panjat sendiri utk petik buah2 tuh!! perghh.. cam tak caya... kehkehkeh)..
yummmyyyy.... duku tuh, dh separuh aku hadap... yg cempedak tuh, cadangnya nak buat goreng petang esok... hihihi...

.................

Hmm... abang outstation utk 2 hari.. ke Kuantan (abang ajak teman dia semalam.. tapi tak leh la amik cuti hari ni, sbb pagi ni Boss ada mtg...).. kete aku plak tak leh gerak dan sure tak bergerak sementara menunggu abang balik.. huhuhu.... alahaaaaiiii... takkan hari minggu pon aku nk berhello-hello ngan pak cik teksi???!!... huhuhu...

Wednesday, January 13, 2010

Advance tapi Belated.. hihihi

Alhamdulillah... pemberian sahabat jauh sudah pun berada di genggaman...

TERIMA KASIH SAHABAT.. di atas pemberian yang amat best sekali...

Maid aku yg sambut parcel tu semalam.. dia cakap, tengok daripada tarikhnya, bulan 11, tapi kenapa sekarang baru sampai?.. (oh ya, ini maid baru, bukan markonah yg duluuuuu tuuuuhhh!!... yg ini baguuuss sangaaattttt.... wonderful..)

Aku ckp kat dia.. salji lebat punya pasal ler nih, tu yg lambat.. kan kat UK skrg tgh ribut salji.. banyak sekolah dan servis department yg tutup.. tak buleh nk beroperasi pon.. (sahabat aku tu pon berapa kali dh nak tergelincir jatuh.. kan iina kan kan kan...)

Sbb tu aku cakap.. ADVANCE tapi BELATED... sahabat aku hantar bulan November 2009 tapi sampai nya bulan January 2010.. dan besday aku, bulan 12.. hahaha.. tak ker advance dia siapkan hadiah utk aku.. tapi aku dpt dh belated.. hihihi.. (ingatanmu itu sahabat, yg paling mahal nilainya... terima kasih..)
Inilah parcel yg sampai... tgk daripada kotak bungkusannya jer aku dh tau dari mana.. (mende yg sama aku 'nyaris terlepas tahun lepas' - kisahnya di entri ini.. huhuhuhu)..

Di bawah ni, yang last year punya... (sempat lagik tuh, menggodek gambar lama.. hahahhaha..) Dalam pada bagi hadiah utk aku... ada gaks tuh dia selitkan hadiah utk anak2 angkat dia tuh... (coklat kali ni lagi besar kotaknya.. suka bebudak tuuhh...).. kehkehkeh... gurau jer.. hihihi...

Bebudak tu, tgk coklat2 yg berona-roni tuh.. apa lagi.. dok membahagi warna sama banyak laaa... hahahaha...

Dan di bawah inilah isi di dalamnya...


Anyway.. thanks iina.. for the lovely birthday present.. anak2 pon cakap thanks to mama iina.. for the sweetie chocolate... hihihi... (ko tak marah kan aku 'tertayang' hadiahnya kat sini.. kalau ko marah pon, aku dh upload dah.. oppsss.... kehkehkeh...)

Friday, January 08, 2010

2010: PERSEKOLAHAN PERTAMA NUREEN

Alhamdulillah… dah masuk 2010..

Tahun ni my dearie princess dah 5 tahun… dan membuka lembaran baru dalam hidupnya.. PERSEKOLAHAN... (TADIKA je pooonnn... hehehehe)

Seronok bukan kepalang dia dapat pergi sekolah (setelah menjadi pengikut setia GBS – Geng Bas Sekolah utk beberapa dekad.. kehkehkeh..)

Hari pertama ke sekolah.. SHE’S SO EXCITED!!... bangun awal... bersiap dan mengikut arahan.. hihihi..
Zaqwan pon turut bangun awal nk hantar kakak dia ke sekolah.. hehehe… (pinjam beg barbies kakak dia sbb dia xdak beg.. huuhuhuhu)..



Nureen dgn penuh kasih sayang bagi susu kt adik dia... baguuusssnyaaa kakak nih… (time bagus mmg la camni.. cuba tgk time bercakaran... buleh pecah umah oooo!!!..)

Sampai sekolah.. masih mengikut arahan.. suh duduk dia duduk.. suh bangun dia bangun.. suh simpan beg dia pegi simpan beg.. tertib lendit jeerrr.. hihihi.... bagusss anak ibu...

Tapi.. bila time rehat.. dh kenal member... hmmm... kaki dh melunjur... dh tergolek2 dh .. (weit.. hang buat apa tu nak oiii!!...)


Time balik... aku bagitau dia.. "Esok kakak naik van nih tau..".. terus dia jawab...
"Kakak nak naik hari ni... Ibu balik la.. kakak naik van dengan kawan kakak".. (chais!!... dia halau ibu dia balik.. perasan sangat ler ko dpt naik van tuuhhh!!!.... bluweaaakkkk!!!)

Suka hati dpt naik van.. aku ngan abang ikut bontot van.. tapi malangnya.... kitaorg terlepas pandang.. (untie suri.. jgn le bawak laju2.. i ngeriii youuuu....).. so, kami patah balik.. kehkehkeh..

Tunggu depan umah jer...



Zaqwan lagi kalut daripada kakak dia..
....

Ni plak aksi zaqwan di sekolah kakaknya... aduuuiiii.. lagi seksa kawal dia daripada kakak dia..
Sempat snap aksi sorang budak lelaki ni yg nak ‘lari’ dari sekolah.. zaqwan dok ralit tgk budak tu nangis.. huhuhu...

Dah sampai umaaaahhhhh.... happy nureen ngan abah ngan adiknya.... hehehheee..

Dh makan tengahari.. lepak tgk tv... dan... ALAHHHHAAAAAIIIII.... siannya anak ibu.... LETIH EH!!!.... hahahahaha...

Syyyy... dia penat tuuuuhhh... hari ni kan first day sekolaaaaahhhh... wakakakakaka...

Sampai ke hari ni... (setakat hari ni laaa kan kan kan.. we cannot predict the future RIGHT!!!).... Nureen masih setia bangun sendiri tanpa perlu di kejutkan... dan bangun seawal 6.30pagi, mandi dan bersiap... kul 7pagi dh terpacak depan pintu menanti van sekolah yang datang PUKUL 8.00 PAGI!!!.... OH ANAK!!!...


Syukur alhamdulillah... Nureen tak banyak ragam..
Semoga berkekalan begini hendaknya.. amiiinnn...

"Ibu sentiasa mendoakan kebahagiaan dan rahmat Allah utk anak-anak ibu.. amiiinnn"..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.