Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, April 06, 2010

Apa jawapan anda?

Sembang2 ngan abang.. aku tanya soklan..

Selalunya kalau kita tanya pasangan bercinta atau suami isteri, kita akan tanya, APA YANG ANDA SUKA PADA PASANGAN ANDA?.. kemudian kita akan dengar pelbagai jawapan2 manis..

Si lelaki, akan kata: Saya suka pasangan saya / isteri saya sebab, dia baik, dia berbudi bahasa, dia cantik, dia pandai masak, dia pandai ambil hati saya dan keluarga saya, dia itu.. dia ini.. dia begitu dan begini…

Si perempuan pulak, akan kata : Saya suka pasangan saya sebab dia ikhlas menerima saya, dia jujur, dia lelaki yang sangat bertanggungjawab, bla bla bla bla…. (bluweak.. hihihi)

Cuba kita terbalikkan soalan… kita tanya…

APA YANG PALING ANDA TAKUTI DAN TAKNAK PASANGAN ANDA BUAT @ JADI???...

Aku kata kat abang… kalau tanya mana-mana isteri, aku yakin benar, tanpa bagi pilihan a, b, c atau d.. 99 daripada 100 isteri akan jawab “SAYA TAKNAK SUAMI SAYA CURANG @ MAIN KAYU TIGA @ ADA PEREMPUAN LAIN!!”… (betul tak wahai kaum isteri???.... hihihihi)

Then, aku tanya kat laki aku… APA YANG KAUM LELAKI PALING TAKUT DAN TAKNAK ISTERI DIA BUAT @ JADI???...

Hmm…. Ambil masa 7 minit jugak la utk dia diam berfikir… hahaha.. pun masih tiada jawapan…

Then, aku bagi pilihan – objektif:

a) takut @ taknak isteri dia gemuk..
b) takut @ taknak isteri dia tak terurus..
c) takut @ taknak isteri dia berdandan (make up / dress up) depan orang.. (abang pernah sound aku, jgn make up lebih2, dia tak suka tengok.. kehkehkeh)

Pun takdak jawapan gak… (sambil mimic muka ligat berfikir.. kehkehkeh – patutnya aku snap gambar masa tuh.. hahaha)

Pastu, aku ckp lagi… “Okeh… sekarang ni, tanya diri abang…. APA YANG ABANG TAKUT @ TAKNAK LEEN BUAT @ JADI?..”

Hmm.. pun tak dapat jawapan dengan segera… hahaha.. (cheh… confius aku kenapa dia susah sangat nak bagi jawapan… !!!!?????!!!!...)

Aku dh boring la nak tanya… aku kata kat dia..

“Ke, abang tak kisah leen buat atau jadi apa?”..

Then baru dia nak jawab… katanya:

“Tak… bukan abang taknak jawab… tapi memang betul abang tak tau nak jawab apa bila leen tanya macam tuh..”

Sambungnya lagi: “Kalau leen tanya apa yang abang TAK NAK LEEN BUAT @ JADI.. jawapannya adalah.. ABANG TAKNAK LEEN TINGGALKAN ABANG!!..” (masa ni aku ada sikit nak muntah hijau!!.. bukan sebab apa, sebab aku rasa cam tiru jawapan aku jer… hahaha….kahkahkah… hihihihi… ampuuuunnn bang!!... kahkahkah)…

Terus aku gelakkan dia… aku kata… ‘pehal plak leen nk tinggalkan abang…. Leen bukan buleh buat apa poooon…’

Ke, sebenarnya lelaki tidak pernah ada ‘ketakutan atau kerisauan’ terhadap isteri mereka?... nampak sangat kaum isteri ni semua kaum yang baik dan tak bermasalah… hahahahaha.. (nak berdebat??.. takyah la… buang karan jer… jawapannya tetap sama jugeks.. hihihihi)…


Apa jawapan suami anda atau anda sendiri???... (tetiba aku bersoalan plak.. la haaaaiii…)


Aku rasa, kalau aku buat survey, jawapan daripada pihak perempuan statistic dia mudah jer.. tapi kalau lelaki mesti jawapan bercampur baur kan.. (sure takleh nak guna kaedah kuantitatif pakai SPSS nih..hihihi…)






8 comments:

S.C.H.A said...

saya sangat setuju ....

iina said...

Yelah fikiran org perempuan nie kan kreatif.. sebab nafsu dia ada 9.. Dulu pakwe aku pernah cakap ngan aku.. kalau hati aku jauh dari dia.. maka nanti habislah semuanya.. masa dia cakap tuh nak nangis pun ada gayanya wakakakakah.. terkedu kejap aku..

iina said...

Ok aku tadi fikir gak camna nak jawab soalan tuh.. tapi puas gak fikir jawapannya..

Kalau benda2 major dalam hidup tuh cam takde jek.. tak nak dia tinggalkan aku?? tak nak dia kwin lain?? tak nak dia main kayu 3 4 5 6?? Tak sayang aku lagi?? Aku tak takut semua tuh sebab aku dah lama prepare kemungkinan begitu sepjg hidup aku.. Kasih sayang pada aku.. takde nilainya.. sesiapa pun tak suka kasih sayang dimain-mainkan.. baik suami atau isteri.. Aku cuma nak dia terima kelebihan aku dan juga pada masa yang sama kekurangan aku.. cukuplah..

Tapi kan.. kalau bab2 minor tuh banyak gak yang aku tak nak dia buat.. hahahaha..

Jangan lupa basuh pinggan mangkuk lepas makan..
Jangan lupa buang sampah yang dah bertimbun tuh..
Jangan lupa masak nasi bila dah abis makan sorang-sorang..
Jangan lupa top-up duit elektrik bila kredit dah kurang dari 1 pound.. Aku prnah kena dia xtopup.. aku balik rumah bergelap takde lektrik.. tension aku..
Paling utama.. Jangan marah kalau aku buat-buat lupa tak masak wakakakah..

Sila masuk statistik menggunakan SPSS ok..

Aku gila kuasa ari nie hehehehehe ;)

Uncle Lee said...

Hello Kaktiny, ha ha, I love your lively sense of humour.
Saya fikir you jangan tanya sama saya apa apa, nanti saya jawab, tentu you blush merah macham lobster masuk kwali, ha ha....what with my sebelum Merdeka bahasa, tentu silap....might sound like marriage proposal, ha ha....or kita pergi dudok tepi laut tengok bulan naik, arhaaaa ha ha.
Have a nice day and simpan satu lagu dalam hati, Lee.

AHMOI said...

lelaki mmg sukar nk jawab soalan mcm tu sbb nye senang jer....bini boleh dicari..hanya anak2 jer sukar dicari (moi cedok ayat drpada lelaki yg bini dia hampir curang )...

KAKTINY said...

S.C.H.A > let’s join d club.. hahahaha….


iina > ye.. aku setuju.. bab kreatif tu.. sbb kita lebih emosional dari rasional.. tapi kalau bab rasional, kita mmg jitu dan mantap (wah, tetiba menaikkan nama wanita plak.. hahahaha)..


iina > lecturer dan soal-jawab mmg tak dapat dipisahkan.. TERBUKTI!.. hahahhaha….
Betul iina… kita mungkin tak takut (dan bersedia berhadapan dgn kemungkinan).. tapi KITA TAKNAK kan kemungkinan-kemungkinan tu JADI KENYATAAN!.. mcm kata ko.. “sesiapa pun tak suka kasih sayang dimain-mainkan”.. itu maksud aku.. BAB TAKNAK TUH!!... tapi kekadang lelaki tak fikir benda tu.. sbb diaorg tahu ’chances’ utk BINI buat camtuh amatlah LESS nya!!..

BAB MINOR TUH... kalau ko suh AKU listkan... 1 RIM A4 PAPER pun tak tentu cukup.. (kan pompuan nafsu 9.. kahkahkahkah...) – jadinya.. kalau nak buat kajian BAB MINOR... latest version SPSS pun still tak leh run data.. kahkahkah…


Uncle Lee > I DARE NOT TO HEAR YOU COMMENT regarding this topic!!.. hahahaa…. KEEP YOUR COMMENT till kita sembang kat tepi laut sambil makan LOBSTER!!... (But not in Tahiti Island k!! Because my bodyguard ’terukbetol’, my askar ’cincanghabis’, and my secret agent ’dyingsoftly team’ with their iced coffee are still there.. Pulau Perhentian sounds nice… hahahahaha…

U.Lee.. You stay young forever ya… hihihi…


Amoi > betul moi.. tapi bila dia dapat bini lain.. baru dia nak compare bagai... sian bini baru nanti.. kehkehkeh...

EIZAM said...

tu tanda lelaki penyabar, tak suka cakap bukan bukan...

KAKTINY said...

eizam > iyolah tu biras oii... lelaki, kalau tak cover lelaki, tak namanya lelaki.. kehkehkeh..

sapa lagi nk tolong cover abang ipar, kalau bukan adik ipar sendiri kan kan kan.. hahahahhaha...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.