Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, April 14, 2010

POLIGAMI…. JANDA…. IBU TUNGGAL…


Entri sahabat buatkan aku berminat juga utk mengulas tajuk ini...

Tajuk yang akan buat ramai isteri-isteri MELOMPAT!!.. lompat katak @ lompat galah @ lompat kijang.. silap2 lompat tingkap!!.. kehkehkeh…

Syok sebenarnya tajuk poligami nih.. hahaha.... perbahasan demi perbahasan takkan penah putus.. dan takkan pernah capai kata sepakat.. ibarat membahaskan “MANA DATANG DULU.. TELUR @ AYAM!!”.. kahkahkah…

Janda dan ibu tunggal... perit, pedih, sedih, sakit... semua rasa yang tidak enak terkandung di dalamnya... dan siapa yang tahu RASA ini?.. hanya mereka yang mengalami... siapa yang mampu komen tentang ini?.. hanya mereka yang merasainya... siapa yang mampu membahas perihal ini?.. hanya mereka yang ’bergelar itu’...
....dan bagi yang lain.. BOLEH SEMBANG je laaaa...

Ya.. aku tahu... takkan mudah utk mana2 WANITA BERKAHWIN – BERGELAR ISTERI menerima tamparan satu di antara 3 perkara ini atau berada di mana2 situasi dalam 3 perkara ini... TAKKAN MAHU.. TAKKAN MAHU dan TAKKAN MAHU!!..

Kebetulan!!... Baru semalam aku berbicara dengan abang soal poligami.. (semalam, dalam pembacaan aku tentang surah-surah terjemahan Al-Quran, terbawa kepada kisah tentang poligami.. serta HEBATNYA seseorang yang bergelar IBU!!)

Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ :

Mafhumnya :

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.
"Dan tidak ada seorang pun di antara kamu yang mampu berlaku adil walaupun kamu bersungguh ingin melakukannya!.."

Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat.

Jelasnya di sini walaupun bahasa yang digunakan di dalam ayat di atas berunsur perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.

(di antara intipati pembacaan aku tentang terjemahan surah An-Nisa ayat 3 dan jugak ayat2 lainnya.. aku dh pernah berbicara panjang di sini dulu... hihihi...)

Aku nyatakan pada abang.. AKU IZINKAN... JIKA DIA INGIN BERPOLIGAMI!!... SUNGGUH (wah, buleh percaya ke ayat aku nih??.. hahahha...). BETUL!!..

Tapi.. dengan syarat... (kan dh kenaa.. kehkehkeh)..

Syaratnya...
1) Jika abang mampu untuk kejutkan aku dan anak2 setiap hari utk bangun malam dan imamkan Qiyamullail.
2) Jika pendapatannya benar2 cukup utk tanggung dua 2 (atau lebih) keluarga TANPA mana2 keluarga mengeluh ’TIDAK CUKUP’ atau TANPA si isteri terpaksa mengeluarkan belanja daripada pendapatannya sendiri.
3) Jika abang YAKIN bahawa anak2 (daripada mana2 isteri) tidak akan mengeluh menyatakan "MANA ABAH?.. ABAH LECEHLA, TIME NI TAK ADA DENGAN KITA. BENCILAH DEKAT ABAH!!".
4) Jika abang yakin benar bahawa ABANG MAMPU MEMBIMBING, MENDIDIK DAN MENJAGA KAMI SEMUA ke arah kebaikan, AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR.
5) Terakhir: Abang YAKIN mampu berlaku adil dan mengamalkan
ISLAM IS THE WAY OF LIFE.

Juga, syarat tambahan.

Yang nak dijadikan isteri adalah YANG BENAR-BENAR perlu diselamatkan dirinya, dibimbing akhlaknya, dijaga agamanya dan DILINDUNGI MARUAHNYA..
Begitu juga perempuan itu… yang FAHAM HUKUM POLIGAMI, TAHU HUKUM ISLAM DAN SEDAR BATASAN AKHLAK DAN MARUAHNYA…


Jika semua itu abang PENUHI… SERIUS!!.. aku tidak teragak2 untuk MEMBENARKAN POLIGAMI ITU BERLAKU… MALAH... aku juga RELA PINANGKAN WANITA ITU!..

TAKUT?.. RIAK??.. TAKBUR?... TIDAK SAMA SEKALI... sekelumit pun tidak pada ketika ayat2 ini aku tulis.. kerana aku sedar dan insaf... BAHAWASANYA...
SUAMI ADALAH ANUGERAH ALLAH... BUKAN HAKMILIK HAKIKI!!...

Siapa yang lebih aku perlukan?.. Suami atau Allah?.. Siapa yang lebih aku sayang? Suami atau Allah.. Siapa yang lebih menjamin kehidupanku dunia dan akhirat?.. Suami atau Allah?... Apa yang lebih aku takuti?.. Poligami atau Neraka Allah?..

Dan aku bersyukur kerana masih berpeluang BERGELAR ISTERI DAN IBU!!..
Mengutip pahala di dalamnya dan merasai nikmat kemanisannya..

Dan, bukan dunia yang aku kejar... AKU DAMBAKAN SYURGA ALLAH.. akhirat yang abadi...
Juga.... aku masih kuat memegang kata2 Imam Nawawi : "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka, hilanglah cintaku padamu."

Sebenarnya wahai kaum suami, jika anda benar2 faham maksud SURAH AN-NISA sepenuhnya dan maksud surah Al-Quran keseluruhannya ..
ANDA AKAN TERLALU TAKUT UNTUK MENYEBUT POLIGAMI... bukan sahaja mengamalkannya, malah menghampirinya juga ANDA AKAN CUBA ELAKKAN..
Jika syurga Allah yang kalian kejar...

WAHAI SANG SUAMI, Jika kalian tidak cukup KUAT untuk ”menolak sehelai selimut di tengah malam hari, dalam kesejukan bilik berhawa dingin” seterusnya mengejutkan isteri dan anak-anak bangun menunaikan QIYAMULAIL (tahajud, tasbih, taubat, hajat dan witir), memahami dan menginsafi makna bacaannya... MAKA.. JANGANLAH NAK SEMBANG PASAL POLIGAMI!!... MEMALUKAN DAN MEMUALKAN!!.. bluwaeaaaakkkk!!!!....

... dan aku juga ’mencemuh’ si lelaki yang menceraikan isterinya semata-mata mengikut hawa nafsu yang inginkan perkahwinan seterusnya... (selamat menempuh 'pembalasan' Allah.. kerana gagal menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan!!!...)

- bagi yang "mampu".. dan yang mengamalkannya... sekalung tahniah.... jagalah dengan sebaiknya.. semoga ganjaran pahala diperolehi, syurga Allah dinikmati.. (andai bisa mendapatkannya..!!!)... aminnn..

dan... ALHAMDULILLAH... Allah anugerahkan aku SUAMI yang TERBAIK untuk DIRIKU.. terima kasih Allah..

ABANG.. terima kasih kerana menerima aku menjadi isterimu dan dengan itu aku berpeluang merasai nikmat menjadi ibu kepada anak-anak kita.. SYUKUR...


18 comments:

Mak Su said...

benar ulasan kaktiny ni... maksu sokong

KAKTINY said...

maksu > yei yei.. ada penyokong.. kehkehkeh... hihihi...

Yunus Badawi said...

Banyaknya syarat. Macam tak ikhlas aje nak kasi hehehe

kayteeze said...

Kak tie pun sokong gak! Hi hi hi...

KAKTINY said...

YB > nak dapat project pon banyak syaratnya.. inikan pulak nak masuk syurga Allah kan.. pun banyak gak terms and conditions nya kan kan kan... hehehehe..

- alah.. syaratnya tu mudah jer.. (tapi nk praktikkannya tuh.. tepuk dada tanya IMAAAANNNN... hihihihi)


kak tie > yeepieee.. ada penyokong lagik!!.. kehkehkeh...

tasekM said...

betul tu yang. ai setuju.



.

KAKTINY said...

tasek > sayang you sbb sokong I.. kehkehkeh...

kak anie said...

Tiny...poligami itu dibenarkan...tidak boleh kita larang apa yang ALLAH telah benarkan...

Cuma apa yang membuat poligami itu tidak molek ialah sikap suami yang ingin berpoligami...keluarga yang satu pun tak boleh dibimbing diberi nafkah secukupnya ada hati untuk menambah bilangan ...mau tak orang perempuan melompat...

Cuba kalau apa yang telah diaturkan oleh ALLAH diikut sebaik mungkin ...Insyaallah...segalanya menjadi indah...

KAKTINY said...

kak anie > betul kak .. tiny setuju..
(mengikut terjemahan, surah an-nisa ayat 3 tu turun apabila ketika itu berlaku tinggalan janda-janda dan anak2 yatim yg banyak kerana suami/ bapa mati di medan perang.. maka itu Allah menurunkan ayat itu utk dipraktikkan pd masa itu..) - tapi konsep kekdah poligami sekarang, dh MENYIMPANG jauh.. tu yg masalah tu.. pastu porak peranda dan abaikan tanggungjawan.. tu lagi Allah marah!!.. tul tak kak?..

Sebab tu tiny berani katakan yg tiny sanggup pinangkan pompuan utk laki tiny, kalau benar2 dia ikut seperti yg ditetapkan.. SUNGGUH KAK!.

xiiinam said...

He..he...he....

(Itu je komen cklah)




:)

Kak Long said...

hidup tiny!

TOKMA said...

Satu dalam seribu....susah nak dapat nih..!!!

Uncle Lee said...

Hello Kaktiny, what you commented in my pondok, several readers want to do things your way, and even my friend the Police Chief say tangkap "send to Kaktiny", arhaaaaa ha ha ha.

Now saya takut nak pegang your tangan, ha ha, habis cherita! Ha ha ha. have a nice day....
Your idea very dangerous, ha ha, Lee.

ElyaElmo said...

sy setuju kak!!!
1st time sy komen kat blog akak :)

KAKTINY said...

ckLah > okeh okeh.. understood.. hahahha


Kak Long > bab suh tulih, mmg ‘HIDUP’.. bab practice tu.. MAMPUIIIHH.. kehkehkeh…


TOKMA > susah nak dapat apa kak??.. setuju POLOGAMI??... lagi SUSAH nak dapat SUAMI YANG BULEH PENUHI SYARAT TU KAK!!.. (ni baru kena dgn namanya IKHLAS TAPI JAUH.. hahahaha) kahkahkahkah…


Uncle Lee > hahaha.. U.Lee, nanti suh Che Fima simpan pisau dapur.. dh takmau pakai pisau dapur dah.. pakai cara baru.. new trendy mode…

Pegang my tangan??.. Jangan U.Lee, nanti kena ACID.. kahkahkah..
(the new trendy method is more dangerous!!... kahkahkah)..


ElyaElmo > hehehe… ada lagik penyokong.. hahaha..
Thanks singgah dan tinggal komen kat sini ye dik..

Masy said...

tpaksa laa pikir panjang lg klu nak jadi 2nd wife sape2 ni hehehhe

KAKTINY said...

masy > pk.. pk.. pk.. pk..
panjaaaaaaannnnngggg panjaaaaaaannnnngggg...
kehkehkeh...

musa wardi said...

maaf..
Pemahaman ayat yang saya dapatkan beda dengan pemahaman diatas, dari yang saya pelajari maksudnya seperti berikut:
"...Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..." ayat ini menunjukkan pentingny adil terhdap para istri.
Tapi para lelaki yang memang pantas berpoligami, jangan takut/khawatir utk poligami, hanya karena merasa tak sanggup adil, karena Allah sudah menyatakan "Dan tidak ada seorang pun di antara kamu yang mampu berlaku adil walaupun kamu bersungguh ingin melakukannya!..". jadi kalau udah pantas berpoligami, poligami aja! Ingat tu, perbandingan wanita dg laki2 sudah jauh selisihnya, ntar banyak wanita yg nggak kebagian lho. Ini bakal membuat para wanita tersiksa dan mudah terjerumus pada dosa. Jangan kwatir soal adil, yang penting berusaha dg sungguh2 utk adil. Tuhan sudah menyatakan bahwa laki2 itu takkan sanggup adil (sebenar2 adil), itu semua lelaki.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.