Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday

PEMBALASAN AKHIRAT!..


“Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, merekalah isi neraka dan kekal di dalamnya (diberi pembalasan dengan kejahatan itu).” :~ surah Al-Baqarah : 81.

Sesudah mendengar firman Allah itu, sahabat-sahabat Nabi dan umat Islam lainnya berasa keberatan dan susah hati kerana mereka mengetahui tabiat nafsu yang ada dalam diri manusia tidak terlepas daripada berbuat kejahatan sebagaimana baik pun orang melakukan kebaikan.

Kalangan sahabat menyedari hakikat diri mereka yang tidak sunyi daripada kekurangan dan kelemahan yang disebabkannya akan terlanjur melakukan kejahatan apabila kadang kala dikuasai nafsu sedangkan setiap kejahatan akan dibalas. Inilah yang menyebabkan mereka gementar dan takut menghadapi balasan itu.

Dalam konteks ini, Al-Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Bakar bin Abu Zuhair, katanya: “Diceritakan padaku bahawa Abu Bakar as-Siddik berkata: “Wahai Rasulullah! Bagaimana hendak melepaskan diri daripada ayat ini… di mana setiap kejahatan yang kita lakukan akan dibalas?”

Lantas Rasulullah menjawab: “Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosamu hai Abu Bakar. Tidakkah engkau pernah sakit? Tidakkah engkau pernah keletihan? Tidakkah engkau pernah dukacita? Tidakkah pernah engkau ditimpa bencana? Jawab Abu Bakar: “Ya, pernah mengalami semua itu.” Lalu baginda bersabda: “Maka itulah balasannya terhadap kejahatan itu.”

Dalam satu riwayat lain daripada Abu Hurairah, katanya: “Apabila turun ayat tadi, orang Islam berasa berat. Lalu baginda bersabda: “Bersikap luruslah dan hampirkanlah dirimu kepada Allah. Sesungguhnya pada setiap apa yang menimpa seorang Muslim itu adalah sebagai kifarat (denda untuk menghapuskan dosa) sehingga sebarang duri yang mencucuk kaki dan sebarang bahaya yang menimpanya.”

Daripada dua hadis di atas, dapatlah disimpulkan bahawa balasan terhadap kejahatan itu kadangkala dikenakan di dunia ini dalam bentuk sakit, letih, bala dan seumpamanya.

Tidaklah semua kejahatan itu dibalas di akhirat. Oleh itu, apabila sakit dan ditimpa bala hendaklah kita bersabar kerana itu satu daripada cara penghapusan dosa daripada Allah.

Seterusnya untuk melahirkan keadilan-Nya, Allah menegaskan bahawa sesiapa mengerjakan amal salih, sama ada lelaki mahupun wanita, asalkan mereka benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat, tentu akan dapat masuk syurga. Mereka tidak akan dizalimi sekalipun amalannya hanya sedikit.


-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya Allah... SESUNGGUHNYA AKU REDHA DENGAN SEGALA UJIAN, MUSIBAH, BALA, KESEDIHAN, KESAKITAN yang KAU berikan kepadaku Ya ALLAH.. AKU REDHA...

Aku mohon, HAPUSKAN DOSA-DOSAKU YA ALLAH... tak sanggup mendengar apatah lagi merasai azab nerakamu...!!! (sungguh aku takut Ya Allah!!)..

(sumber google : sekadar ilustrasi gambaran neraka ~ bayangkan jika yg dibakar mentah itu adalah kita.. ASTAQFIRULLAH HAL AZIIMMM... NAUZUBILLAH HI MIN DZALIIK!!!)...

YA ALLAH... Pintaku.. BERKATI UMURKU, REZEKIKU, KEHIDUPANKU.. DUNIA AKHIRAT... AMPUNI DOSAKU... REDHAILAH AKU... matikan aku dalam Husnul Khatimah.. dan jauhkan aku daripada API NERAKA-MU..

YA ALLAH... TEMPATKAN AKU BERSAMA HAMBA2-MU YANG SOLEH/SOLEHAH.. amiinnn...

18 comments:

Yunus Badawi said...

Amin.

Terima kasih di atas tazkirah ini. Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 kita dan memberkati hidup kita.

KAKTINY said...

YB > Tazkirah Jumaat... semoga kita saling ingat mengingati.. amiiinn...

GhOsToNe said...

takotnye balasan akhirat...

KAKTINY said...

ghostone > maka itu sama sama kita BERAMAL MAARUF dan NAHI MUNGKAR.. juga saling pesan memesan sesama kita..

zue said...

setiap perbuatan jahat sudah tentu terima balasannya di akhirat oleh itu kita yg hidup di dunia ni perbanyakan amal ibadat.

KAKTINY said...

kak zue > betul kan kak zue.. tapi kan.. masih jugak manusia berani mengamalkan kemungkaran.. masih jugak tak takut maksiat.. dan masih juga senang lenang melakukan dosa..
dosa besar pun pakat redah sesuka hati jer.. (kes buang anak, zina, bunuh..)

sama gak dosa2 lain - mengumpat, mengata (oppsss.. ini saya terasa sgt weih.. sbb dok kerap gak lidah nih terbabas.. huhuhuhu)...

kakpah said...

Amin... Amin.. kakpah amin dari mula sampai akhir...

KAKTINY said...

kak pah > amiiinnn utk semua dan mohon keberkatan Allah utk semua perkara yg baik2 kan kan..

tasekM said...

amin

KAKTINY said...

tasek > sesama kita berdoa yg baik2 utk kita semua.. amin..

kayteeze said...

Amin... macam kena atas batang hidung kita je... kak tie insaf gak. Mekasih Tiny...

KAKTINY said...

kak tie > selagi kita ni bernama manusia, mana kan ada tak penah buat silap kan kak tie kan..

mujur Allah bagi kelonggaran utk ringankan beban akhirat dengan bagi sakit, musibah, sedih dsbgnya kat dunia nih..

kalau taaakk... entah berapa lama le kita nk kena "panggang" cam tuh eh.. huhuhuhu..

iina said...

InsyAllah sebab itu kita jangan sesekali bersangka buruk dengan Allah.. setiap yang terjadi ada hikmah dan sebabnya..

kak ina kl said...

nak gelak ada..gerun pun ada tgk gambar kat bawah sekali ni..

sekarang ni kan kalau buat jahat Allah swt bayar cash..betul tak?

terima kasih bagi takzirah ni..semuga dijauhkan kita semua dari api neraka .

xiiinam said...

...menginsofkan!

Uncle Lee said...

Hi Kaktiny, real scary picture you have here. I guess it has to mean something to your posting.
Best regards, Lee.

KAKTINY said...

iina > nak betulkan hati ni kekadang payah kan - nafsu cepat jer nak menerjah.... huhuhu..


kak ina KL > skrg mmg cash betul kak.. bonus bonanza plak kekadangnya.. takut mmg takut, tapi kekadang insaf tu sekejap.. tu yg risau tuh.. huhuhu...

KAKTINY said...

CkLah > huhuhu... tiny takut la cklah.. huhuhu...


ULee > just a little advice for my ownself... huhuhu...

YA.. NI AKU NI..

My Photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.