Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, April 26, 2010

MALU!!!...

Semalam kat masjid Alam Damai, ada ceramah Palestin.. yg bagi ceramah adalah wakil NGO's Malaysia ke Palestin dan juga seorang Pejuang Palestin - Abu Mukmin.

Mendengar cerita dan kisah di bumi Palestin, aku jadi sebak, sedih, debar dan MALU!!...

YA.. MALU... malu sangat bila aku kata "BERTUAHNYA AKU DI BUMI MALAYSIA"!!...

BERTUAH KA AKU???... bertuah kerana dapat tidur nyenyak di tilam empuk dalam rumah batu dua tingkat di bilik berhawa dingin?.. bertuah kerana pulang pergi ke tempat kerja dengan kenderaan beroda empat dengan penghawa dingin dan radio menemani perjalanan?... bertuah kerana di dalam dompet dan di bank setiasa ada RM dan ada pendapatan tetap pada setiap 24 haribulan?... bertuah kerana dapat menikmati makan minum sewenangnya di rumah, di kedai tepi jalan, di restoran makanan segera, di hotel mewah.. (juga di Johnny's!!)???...

Andai KENIKMATAN DUNIA YANG DIJADIKAN KAYU UKUR... YA BENAR... AKU BERTUAH!!! SANGAT2 BERTUAH!!!... kerana aku menikmati segala NIKMAT DUNIA INI TANPA SUKAR DAN TANPA LELAH!!.. (tanpa perlu berhujan bom dan bermandi darah!!)

Bumi para anbiya - Palestin, dihujani darah sepanjang masa, darah PARA SYUHADA... rumah mereka bertiangkan gerigi besi dan berdinding dan bumbungnya hanyalah KANVAS (kata penceramah, kanopi majlis kahwin tempat kita luas dan lebih selesa daripada rumah mereka)... terakhir berita yang aku dengar semalam, anak2 di bumi Palestin MAKAN RUMPUT sebagai alas perut bagi meneruskan HAYAT di BUMI PALESTIN..

MALU!!... SUNGGUH AKU MALU!!!..


MALU sebab ORG PALESTIN BANGGA HIDUP SUSAH DI DUNIA (kerana yakin akan ganjaran di akhirat kelak), sedangkan aku, bangga hidup MEWAH dan SELESA di BUMI MALAYSIA (di 'sana' esok tak tentu lagi MEWAH dan SELESA sebagaimana di 'sini')!

MALU sebab mengaku bertuah dan beruntung di BUMI MALAYSIA, tapi tak tentu lagi BERTUAH dan beruntung di sana nanti (akhirat)!.

MALU sebab aku saksikan dengan mata aku sendiri, semalam, ada seorang kaum HAWA bertindak melucutkan semua barang kemas di badannya untuk disedekahkan kepada KONVOI ke-3 Palestin, sedangkan aku mengira-ngira untuk membuka seutas rantai di tangan!!.. dapatkan rantai tangan itu ku bawa ke kubur???..

MALU sebab org Palestin YAKIN akan fisabilillah dan yakin akan SYAHID ke jalan Allah.. tapi aku??.. Mati dalam HUSNUL KHATIMAH juga belum tentu!!!..

MALU kerana kaum WANITA/ISTERI Palestin BANGGA jika suami dan anak2 mereka MATI di medan perang... (dan mereka mencela kaum keluarga yang pulang tanpa cedera dan masih hidup setelah keluar BERJIHAD)... sedangkan aku.. ORG LAIN YG MENGAMALKAN POLIGAMI, aku dah berderau darah, dan siap buat entry dengan keluar hadis segala!!.. (astaqfirullahal aziim!!)..

DAN... lagi aku MALU, apabila aku bercerita kepada MAID aku tentang isi ceramah, dan aku khabarkan pada MAID bahawa aku nak TIDUR AWAL sebab KONONNYA aku nak bangun utk solat tahajud (kira2 jam 2-3 pagi)... Apabila aku naik bilik utk tido, anak aku (zaqwan) nak susu, jadinya, aku turun ke dapur utk bancuh susu, dan AKU TERDENGAR.... MAID AKU MENGAJI AL-QURAN!!!...

YA ALLAH... aku lebih pentingkan TIDOR (dan tahajud yang BELUM TENTU aku TERJAGA paginya), sedangkan aku sia-siakan amalan membaca Al-Quran yang sah-sah boleh aku lakukan dengan KADAR SEGERA!!!..

YA ALLAH!!.. SUNGGUH AKU MALU!!!...



(dan lebih aku MALU.. sebab, JUJURNYA, aku tidak berani berhadapan dengan situasi seperti DI PALESTIN!!!... huhuhuhuhu....)




17 comments:

Mak Su said...

tq utk malu, maksu pun malu

Masy said...

pun sama termalu2 di sini huhuhu

m.q said...

malu nya aku dgn ALLAH (-_-)

zue said...

mmg terasa malu kita disisi Allah...janjji nak sembahyg tahajud dan ngaji tapi x dibuat juga.
nak2 bila bln puasa brkobar2 le ngaji kononnya nak khatamkn dibln puasa akhirnya tinggal janji.

KAKTINY said...

maksu > mmg malu sgt2.. huhuhu..

masy > kalau dengar ceramah dia laaaggiii malu gilos... huhuhu..

m.q > malu dgn Allah tu dh tentu.. malu dgn pejuang palestin tuh, yg tak penah kisah dgn NIKMAT dan KESELESAAN dunia.. huhuhuhu...

kak zue > kita ni kan kak.. (saya laa...) jgn kata nk berjuang angkat senjata.. nk TOLAK SELIMUT (tahajud) pon terasa payah.. nk buat tasbih apatah lagik... huhuhuhu....

kak ina kl said...

akak pun malu jugak..

wah cedapnya tgk nasi ayam berlada tu..

poligami..mungkin enak bagi lelaki tapi tidak bagi orang perempuan.

iina said...

Biar kita ada rasa malu.. dari ada rasa buat tak tahu dan tak tahu malu ;)

KAKTINY said...

kak ina KL > wah.. akak bg komen mcm trilogy la plak... rumus setiap entry dlm satu komen... terror terror.. hahaha..

iina > betul la iina.. aku setuju bab 'daripada TAK TAHU MALU' tuh.. sesuaii sgt ngan sikap penduduk bumi nih.. huhuhuhu...

AHMOI said...

berasa malu adalah lebih baik dr rasa tak malu tu...kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada di bumi Allah ini...bersyukur kerana m'sia tak jadi seperti negara arab tu...tapi sayang...ramai mengaku islam tapi tak laksana perintahnya

KAKTINY said...

ahmoi > hmm... bab bersyukur nih.. kaktiny ada persepsi lain skit lepas dengar Abu Mukmin bercerita.. depa sgt2 BERSYUKUR sebab BERPELUANG MEMPERTAHANKAN SYIAR ISLAM di PALESTIN dan GUGUR (MATI) sebagai SYAHID...

jadinya.. kita kat Malaysia ni... BERSYUKUR sebab 'senang' di DUNIA??.. tapi, kalau SENANGNYA kita di BUMI MALAYSIA ni tapi mati esok TAK TENTU SENANG DI AKHIRAT.. BERTUAHKAH KITA?? SYURGA MANA KITA KEJAR??.. SYURGA AKHIRAT ATAU SYURGA DUNIA??? huhuhuhu.. (itu persoalan yg ditimbulkan pejuang Malaysia di Palestin utk rakyat Malaysia fikirkan..)

GDIZ said...

tq kak tiny sbb kongsi kat sini.

KAKTINY said...

ns > terima kasih sbb sudi berkongsi rasa..

Uncle Lee said...

Hello Kaktiny, from what little I understand of your posting here, I guess what happened must have been uncomfortable for you.
Anyway, you stay easy and keep well, Lee.

Jalal said...

Penah dgr kisah hamba Allah yg bertaubat berpuluh2 tahun hanya disebab beliau melafazkan "alhamdulillah".. Ermmpelik tapi benar.. Dalam satu kejadian kebakaran dimana kebanyakan rumah hangus terbakar kecuali rumah hamba Allah ini. Apabila melihat rumahnya terselamat maka terpacul dari mulutnya "..Alhamdulillah rumah aku tak terbakar.." ...Hampir samakan ceritanya jika dibandingkan dgn Malaysia dgn Palestin..??

kayteeze said...

Insafnya, kak tie ni dapat dugaan sikit pun dah meraung minta diringankan...hu hu..

KAKTINY said...

U.Lee > just to remind myself that life is only a journey - not a destinastion...


Jalal > Umpama konsep memandang "GELAS DENGAN SEPARUH AIR"... It is either "HALF FULL or HALF EMPTY" (penah dengar?)..

- terpulang kepada penerimaan dan interpretasinya...
tepuk dada tanya iman...

anyway.. thanks for sharing the story...

mmg sentiasa kena bersyukur walau di mana sahaja kita berada.. susah atau senang.. kerana Allah menjadikan setiap sesuatu itu bersebab dan bermusabab (serta adakalanya berakibat..)..
Wallahualam..

KAKTINY said...

kak tie > sesapa pun camtu kak.. maka, apa juga keadaan - mmg kita kena bersyukur...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.