Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Wednesday, April 07, 2010

JAWAPANKU...


Sequel daripada persoalan semalam.. (APA JAWAPAN ANDA???)

(chait.. ngada je kan aku ni.. bersequeal bagai.. tak.. aku nak kenangkan kisah ini utk hari2 mendatang nanti.. hmmm....)

Bila abang kembali tanya pada aku... "APA YANG LEEN TAKUT/ TAKNAK ABANG BUAT ATAU JADI?".. Leen takut abang duakan leen ye??.. hihihi.... (katanya sambil ketawa...)





Aku geleng.. (ku lihat dia mengerutkan keningnya melihat aku menggeleng......)

Perlahan aku memberi jawapan..


JAWAPANKU...

"LEEN TAKNAK ABANG MEMBELAKANGKAN AGAMA DAN MENGABAIKAN AMANAH ALLAH DALAM SETIAP TINDAK TANDUK ABANG!!.."

sambung aku: 'SEPERTI KATA IMAM NAWAWI: "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, MAKA, hilanglah cintaku padamu."











.

12 comments:

aNIe said...

Tapi kalau ditanya kebanyakan isteri2 sekarang...mesti jawapannya seperti yang diteka oleh cik abang tiny tu...hehehe

Mak Su said...

best :)

xiiinam said...

Boleh insaf abang dengar ni......

KAKTINY said...

kak anie > tu mmg jawapan 'standard' kak.. 99 daripada 100 bini akan jawab tuh.. hihihi...


maksu > tgk reaksi cik abang time tu lagik best maksu.. hihihi...


cklah > harap2 cik abang pegang + ingat kata2 tu sampai mati.. hihihi...

iina said...

Alhamdullilah.. Hidup berpasangan kena saling ingat mengingati.. saling berkongsi rasa.. sama2 susah senang.. Paling utama jangan sesekali suruh kita berpaling tadah pada agama..

TOKMA said...

Betul...memang betul.

Tapi bebudak skang nih...berapa ramai yang punya ilmu yang begini. Tiap hari tokma sumbat telinga anak2 dgn ilmu yg tak seberapa nih...tapi risau gak berapa banyak yg masuk dlm hati dorang. Allah saja yg mengetahui.

Uncle Lee said...

Hi Kaktiny, Langit cerah bertukar malap,
Hujan lebat ribut pun derus.
Ambil khemah bukalah kajang,
Otak terang bertukar gelap.
Hati lembut menjadi keras,
Hilang pedoman dosa berpanjang.
Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati, Lee.

kayteeze said...

Err.... kalau kak tie laaa, kak tie takut suami kak tie mati dulu.. sebab kak tie bergantung penuh padanya.. sekurang-kurangnya kalau nak mati pun (macam la boleh tangguh!) kena tunggu anak2 bekerja dan berdikari.

KAKTINY said...

iina > betul iina.. bagi aku kalau suami dan isteri ingat agama, ingat amanah, takdenya jadi kes 2,3,4 atau perang poligami… tapi masalahnya skrg, tak kira la laki ke bini ke.. ramai lebih menurut nafsu daripada mengamalkan yg wajib.. aku ingatkan diri aku jugak.. dan aku suh laki aku ingatkan aku jugak.. jgn tersasar dan aku mohon agar Allah tak bolak balikkan hati aku!..



TOKMA > akak untung sebab anak2 duduk dengan akak.. boleh lagi nk dibebel dan ditegur.. dan paling untung akak dh melepasi garis2 kritikal dugaan hidup dlm berumahtangga.. tokpa mmg wonderful husband.. and kakak is such a lovely wife and mother.. bahagia tengok akak ngan tokpa.. (setenang landskap umah akak.. hihihihi)


Uncle Lee > waaaaaahhhhhh….. Lee, U bukak buku nota lama ya.. hahahaha…
GOOD.. you may find one great pantun related to the issue… YOU ARE THE MAN, dear…. YOU ARE GREAT!!!....

Always keep one song in my heart… hihihi…
Have a nice day to you Lee..


kayteeze > semoga doa akak dimakbulkan.. amiinn…
Pssttt.... tapi kan kak… jgn fikir camtu tau.… (surah al-baraah @ at-taubat ayat 116: .. Dan kamu tiada mempunyai pelindung dan penolong, selain Allah.... ayat 129 : …cukuplah Allah pembelaku.... kepadanya aku menyerah diri... – surah Yunus : 62: Sesungguhnya org yg mematuhi Allah, tidak akan merasa takut dan berdukacita..)..
Semoga ceria selalu.. hihihi...

Masy said...

menginsofkan betoi jawapan akak ni. org pon terinsof sekali sambil feel2 isteri mithali. feel dulu, jadi isteri kendian. hihihihiihihih

Kak Long said...

hm....aku takut diri sendiri jer...takut tak dapat nak jadi sebaik dan setabah yang aku harapkan....lain2 aku tak takut...

KAKTINY said...

masy > takper.. ada feeling tu dh cukup bagus tuh.. nanti dh betul2 jadi buleh praktikkan.. hihihihi...


kaklong > hmmm.. yang tu betul la.. aku pon risau memikirkan hati dan belenggu diri aku nih.. kalau kalau aku sendiri yang tak dapat kawal, bentuk dan tetapkan iman dan amal aku... huhuhuhu...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.