Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, June 22, 2010

Kerja.. Kerja

Jarang kan aku tak update blog dan tak balas komen dlm masa yg lama (lama sgt ker??.. jarang sgt ker??.. dulu la duluuuu... zaman dulu aku tuh la, mmg kerap la blog ni berupdate dgn tahap 'tegarnya'.. dan JARANG sgt la komen dibiarkan berhari2 tak berbalas... hihihi)..

Tapi sekarang rasanya makin kerap.. blog kengkawan "tak sempat" melompat mengunjung.. malah blog sendiri pun "tak sempat" nk bukak!!... (ada la sekali sekala singgah kejap2...)

hahaha.. kalau ada perkataan "TAK SEMPAT" tu, hanya ada 2 makna..
1) AKU CUTI..
2) AKU KERJA...


Habis, hari2 lain yg layan blog tu, TAK KERJA KE?..

Hanya yang tahu tugasan kerja aku dan bidang tugas aku yang tahu KERJA aku.. (kan kengkawan kan kan kan...)..

Sekarang ni aku bukan bercuti.. bermakna.. aku tengah ADA KERJA..

....meskipun ada blog kengkawan yg aku sempat jengah, tapi aku tak tinggal komentar (MAAF YA!!.. huhuhu), bukan sebab tak nak komen, NAK SANGAT... (cuma keadaan tak mengizinkan!! huhuhu).. tapi kalau aku baca sekerat2 dan tak baca habis, mmg AKU TIDAK TINGGALKAN KOMEN...

sebab aku tak suka komen kalau tak tahu isi cerita..
aku suka baca keseluruhan cerita yang ditulis...
baru aku tinggalkan komen aku..
'aku nk ada di situ'..
dan komen aku bermakna 'aku ada di situ'..
jadinya kalau aku sekadar singgah lalu,
bermakna aku hanya baca suku suku..
atau kalaupun aku baca semua, tapi tak ada 'jiwa di situ'..
makanya, aku takkan tinggalkan komen aku...
ITU AKU!!..

(jgn pening kepala baca ayat2 aku... aku sekadar nak tulis something di blog ini... ITU SAHAJA!!)... hahahaha..




.

Friday, June 18, 2010

Salam Jumaat


Alhamdulillah... bertemu lagi dengan hari jumaat... Penghulu segala hari..

Cepat sungguh masa berlalu... rasanya baru je menikmati Jumaat lepas... dan macam baru je masuk kerja hari Isnin hari tu.. ni dh masuk Jumaat.. dan esok sabtu... minggu depan dh start sekolah... (hahaha... nureen dh tak buleh bangun lambat... kehkehkeh)..

Minggu lepas balik Muar... minggu ni tak ke mana-mana kot... minggu depan cadangnya nak balik kampung aku kat Kulim dan jalan2 kt Penang plak...

Minggu lepas adik aku si epy (yg kerja kt KK Sabah) balik kampung, pegi lepak umah mak ndak kat balik pulau, siap pak ndak jerat burung punai ngan burung wak wak tuh!!... mak kata lebih daripada 15 ekor!!... pergh....


JELES.. JELES!!..

Pastu plak... hmm.. kan sekarang tgh MUSIM... bukan setakat musin BOLA.. tapi...MUSIM DURIAN!!..

Mak kata dusun mak ndak (adik mak) kat balik pulau tuh, durian lebat dan banyak sgt...

Durian berlonggok kalah yg jual kat pasar malam.. (ini aku tau keadaannya macam mana, sbb mmg tetiap tahun pon mmg mcm nih...)

Ni yang hati aku menggeletis geletis tak sabar nk tunggu minggu depan nih!!... harap2 tak ada aral membujur lalu melintang patah la hendaknya... semoga perjalanannya smooth...
supaya aku DAPAT BALIK KAMPUNG!!!...




... dan jugak.. harap2 durian ada lagik... huhuhu...

.

Thursday, June 17, 2010

Suratan atau Kebetulan?

Hahaha..

Tengahari tadi dapat sms daripada 'sahabat di Penang'.. suruh tgk paper pg. 24.
Terus aku carik paper tu.. dan.. oooo.... namanya tertera di situ.. utk satu court case itu.. hihihihi...

What's a coinciding?. Macam terancang pulak..

May 2010 - nama 'aku' masuk paper..
Early June 2010 - nama 'kawan rapat' kami tu masuk paper..
Mid June 2010 - nama 'sahabat' pulak masuk paper...

hahaha... Adakah tahun ni tahun di mana nama kami bertiga TERTAYANG di dada akhbar???...

Kuasa Allah!!!...

21 years ago, our name 'has been attached together'.. and THIS YEAR.. ON THE SAME YEAR... three of us... appear in the newspaper - dengan cerita tersendiri - di bidang tersendiri... (kenapa tahun ini?.. tiga-tiga orang pulak tuh??.. apa kes babe?... kenapa tak sorang tahun lepas, sorang tahun ni dan sorang lagi tahun depan ker??.. but THIS YEAR... THREE OF US.. hahahaha)...


Sebenarnya, tak ada apa2 pada "pandangan orang biasa".. tapi, bagi sudut pandangan aku yg 'agak tak biasa' nih.. macam nak tergelak... Lucu pun ada...

Dan.. aku sungguh akur dengan Kebesaran Allah.. Subhanallah...


hahahaha...

(aku tau ramai yg tak faham.. buat2 paham atau terus tak paham pon tak per.. tiada yg penting di cerita ini.. sekadar catatan utk diri sebagai ingatan di 'satu hari nanti'... hihihi...)




.

Tuesday, June 15, 2010

Sisa Bisa masih terasa

Alhamdulillah... anak-anak dan abah kepada anak2 dah recover daripada sakit yang berlarutan tu..

Tapi.. si ibu dia ni yg tak sembuh2 gak.. dok sroot sroot lagik.. (dh banyak pantang dah nih.. pantang ais, pantang makanan berminyak, pantang jumpa makanan pon iya jugak laa...).. ubat pon dh makan...

Doktor bagi ubat utk lima hari daripada hari khamis lepas... pon dah makan.. (tapi kenapa ada balance 5 bijik lagik bagi setiap satu paket ubat tu eh??.. hahaha - baru perasan, kotak ubat batuk tu masih tak bukak seal dia.. opppssss)!.

Itula penyakit aku sebenarnya... PENYAKIT MALAS MAKAN UBAT... (pastu menipu diri sendiri pulak tuh...MENGELAT taknak makan ubat..)..

Sedari kecik, kalau sakit, dan bila mak suruh makan ubat.. ayat yang paling "STRATEGIK" akan terpacul keluar adalah:-
"PENYAKIT DATANG DARI ALLAH KEPADA ALLAH IA KEMBALI"..

Pastu siapla mak lazerkan aku plak.. "Allah bagi penyakit utk sedarkan manusia supaya beringat... Allah wujudkan ubat untuk sembuhkan penyakit... Allah bagi akal suruh cari penawar kepada setiap penyakit.. Allah tak suruh PASRAH dengan TAKDIR!!.. Kalau ada otak tapi takmau pakai, tak guna namanya!!.."

Pergghhhh.... itu ayat mak yang paling pedih aku terima bila mak jumpa ubat-ubat kat bawah karpet masa aku darjah 5 dulu... hahaha... aku ingat sampai sekarang sbb masa tu baru aku tau yang mak MMG TERROR la bab berbahas ni rupanya... hehehe (ampuunn maaakk..)

Dan selepas daripada itu.. aku SENTIASA terima perbahasan demi perbahasan logika (a.k.a LETERAN) daripada mak.. (padan muka aku... nk sangat bersoal jawab a.k.a melawan cakap mak.. kehkehkeh).

Tapi... bila dah jadi mak ni, baru aku tahu yang menjadi mak ini adalah tugas yang AMAT MENCABAR... MENGUJI SEGALA KECERDASAN.. PQ, IQ, EQ, ESQ, AQ.. dan segala bentuk Quotient lah!!... hahaha... dan bukan mudah menjadi IBU!!!...

Pernah masa aku tingkatan 5, tgh tolong mak tumbuk sambal belacan (terasa cam baik la konon sbb tolong mak kat dapur..),

aku tanya mak: "Mak, susah tak jaga Tiny??"..

Mak jawab : Nanti hang ada anak, baru hang tau!!...

aiiiseeehhhh... cam sumpahan si tanggang je mak!!... hahahaha..

Dan.. bila ada anak... BARU AKU AKUR "KEBENARAN" KATA-KATA MAK.. (sumpah mak jadi nyata!!! kehkehkeh...)..

Tapi... ITULAH NIKMATNYA... MENJADI IBU... BERGELAR IBU... sesungguhnya anugerah terbaik Allah... juga, amanah paling mencabar yang dikurnia oleh Allah...

Anak2 aku??... SENANG JE NAK JAGA DIAORG...
SEEEENNNNAAAANNNNGGGG SAAANNGAAAATTT!!!..


(guullpppp!!..)



.

Friday, June 11, 2010

Sakit.. together-gather..


Auchoom... huk huk huk..

koh koh koh...

srooott... srooottt...


Satu rumah batuk ngan selsema.. tapi si ibu paling parah.. sebab tambah ngan migrain lagik..

Doktor cakap.. nak bagi hilang sakit nih, makan ubat dan tido.. mesti cepat sembuh.. kena banyak rehat.. banyak minum air masak.. dan jangan lupa habiskan ubat terutamanya antibiotik tuh..

TAPI PERMASALAHANNYA IALAH...
- time si anak tak leh tido, ibu tak tido..
- time si abah tak leh tido, ibu pon tak leh tido...
- time ibu nak tido, anak ngan abah tak mau tido..

ABIS TU.. BILA IBU BULEH TIDO NIH???... huhuhu...

Amaran daripada BIG BOSS : "Dah tau sakit, lagik nak layan blog la, fb la... cuba bawak2 rehat yang betul betul rehat.. kata nak tidur.. dapat peluang tidur, pi ngadap menda alah tu semua plaks.. dah la ubat MENGELAT nak makan!!.."

Jawapan daripada yang tak makan saman: "Ok bang.. ok... ni jer.. last last.. pasni leen rehat eh... tak bukak blog ngan fb and so on so on dah... jap gi la makan ubat.. opss..."

ok lah.. kena OFF jap.. sampai sembuh nanti.. huhuhu...

Note: Penyakit datang daripada Allah.. kepada Allah jualah ia kembali..
- Semoga dengan penyakit yang diberi ini akan menghapuskan dosa dan memberi lebih keinsafan kepada diri.. amiin..



Have a good weekend yah..






.

Tuesday, June 08, 2010

Anniversary and ESQ Training…


June 06, 2010.. genap 6 tahun Ulangtahun perkahwinan aku…

Hadiah ulangtahun kali ini?.. BERSAMA MENGHADIRI TRAINING ESQ(abang pergi as participant, dan aku pegi to recharge as an alumni..)

Mengimbas kembali ulangtahun ke-5 tahun lepas (06.06.09).. kisahnya DI SINI...

Dan.. MAHA SUCI ALLAH...

Setahun kemudiannya (06.06.10).. baru Allah memakbulkan doa dan permintaan aku..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Surah Al Baqarah (2): Ayat 216)

Abang dengan Mr. Lee (Pak Legisan), salah seorang trainer yg bergandingan dengan Pengasas ESQ – Pak Ary Ginanjar.

Sharing abang tentang ESQ Training menjadi hadiah yang amat bermakna bagi aku utk ulangtahun perkahwinan kami kali ini...

Dan aku dengan sesungguhnya YAKIN AKAN SEGALA HIKMAH dan RAHMAT ALLAH... sememangnya setiap ujian dan dugaan tersimpul rahmat yang cukup besar dan luas... TERIMA KASIH ALLAH.. di atas limpah kurnia-Mu yang MAHA HEBAT... sedangkan sungguh sedikit aku mensyukurinya... ampuni kekhilafan diriku... Ya Rahman, Ya Rahiim.

“Mereka yang mengingati Allah (berzikir) sambil berdiri dan duduk didalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata “Ya Allah tiadalah Engkau menciptakan bumi ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari siksa api neraka” [Ali Imran (3) : Ayat 191].

Di samping poster ESQ..

Selesai training pada 06.06.10 tu, pegilah MINI CANDLE LIGHT DINNER (takde candle pon.. ganti carnation pon oklah.. hehehe)..

Simple Dinner..

Dan… tansformasi serta anjakan paradigma jelas kelihatan…

SYUKUR ALHAMDULILLAH... semoga berkekalan selamanya..
SEMOGA DIREDHAI DAN DIRAHMATI ALLAH SENTIASA..

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?" (Surah Ar-Rahman).


"Demi Matahari dan sinarnya di pagi hari,
Demi bulan apabila ia mengiringi.
Demi siang hari, bila menampakkan dirinya,
Demi malam apabila ia menutupi.

Demi langit beserta seluruh binaannya,
Demi bumi serta yang ada di hamparannya,
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya.”


(Surah As-Syams 91 : Ayat 1-10)





.

Thursday, June 03, 2010

TRAINING...


AM AWAY FOR TRAINING...

FOR 4 DAYS... (Friday to Monday)

Nampaknya, sambut Anniversary yg ke-6 tawon ni (06.06.10) kat tempat Training je laaa.... hahaha...









.


Oh ya.. sistem barter trade aku ngan tijah telah terlaksana (dlm suasana kecemasan dan bergegas sikit.. kehkehkeh... takpo kan jah kan kan kan.. ko x kecit ati eh.. huhuhuhu)...

ini daripada aku..

(sempat jugak aku kirimkan utk hantar kat KAK PAH.. hehehe... thanks Tijah, tulung jadi delivery gegirl.. kehkehkeh)

ini daripada tijah..

- see the freshness of the JAGUNG JAH daripada JAH JAGUNG!!... (JJ tuh.. hehehehe)..


dan paling penting.. menda alah ni...


kad ni yang paling penting sekali.. siap dapat file cover tuh.. KO MMG KELAAAS TIJAH... hihihi... MEMANG REKEMENDED LA.... LUV U.... mak caya sama lu nok!!!... hihihi

.

Tuesday, June 01, 2010

June - setengah tahun sudah...


1 June 2010..

Dah masuk bulan 6.. Bulan 6 ini adalah bulan yang menambahkan bilangan kiraan tahun perkahwinan aku.. secara tepat.. 6 June.. setiap 6 June, aku akan menghitung usia perkahwinan aku... Tahun ini, usianya 6 tahun... (masih angka kecil.. belom pon mencapai 2 angka..)..

Plan untuk meraikan ulangtahun?... hmm... sepatutnya kami ke Kuantan menghadiri kenduri kawen sepupu.. tapi... aku dan abang ada training pada 4hb - 6hb June.. makanya.. PLAN KE KUANTAN - CANCEL!!...

Plan kat KL jer laaaa.....

-----------------------------------------------

Semalam.. first time buat kerabu... teringin nk makan kerabu kerang... hek eleh.. senang jer rupanya.. dulu aku rasa cam susah sangat la nak buat kerabu nih... hihihi..

(tapi, cklah - XIIINAM punya tayang mangga yg dia nk buat kerabu mangga tak jadik tuh, buat aku rasa teringin plaks nk try kerabu mangga.. cklah dh bagi resipi tu - dlm dialog monolog dia di "hayalan kerabu"... hahahaha).

Layan je la menu semalam... simple dan sempoi..
(skrg ni aku belajar minimise jumlah lauk.... abang kata, masak maksimum 3 lauk jer.. setakat 2 mulut nk makan, tak payah masak banyak2, nanti tak tau nk makan lauk mana... lain la kalau ada tetamu... bab ni, aku takleh ikut style mak, yg sekali masak, MINIMUM 5 jenis.. maksimum penah pegi sampai 11 MENU sekali masak - nk plak time puasa - bila ramai2 dtg bukak puasa kt umah..!!!... SERIUS!!... surrender ooo... hihihihi)..

(semalam masak ikan tenggiri masak lemak cili padi, udang sambal goreng garing, dan kerabu kerang.. makan dgn nasi panas... perghh.... tak tambah 2 pinggan mmg saja jer la kan kan kan... hihihihi.. hancus diet!!)..

.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.