Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, August 30, 2010

Merdekakah?..


31 Ogos 2010.
53 tahun sudah tanah kelahiranku ini dikatakan MERDEKA!.

Pengertian MERDEKA di kaca mata seorang aku??

Ya, seperti jawapan ’klise’ atau jawapan ’buku’... MERDEKA DARIPADA DIJAJAH – SECARA FIZIKAL (penjajahan dalam mengawal sistem pemerintahan dan tanahair!!)

Ya!. Malaysia sudah merdeka!. Merdeka kerana boleh ’mentadbir’ Negara Malaysia tercinta ini ’tanpa jajahan orang luar’. MERDEKA kerana para pejuang lampau telah menggugurkan darah dan nyawa demi melepaskan tanah air tercinta ini dari dihuni dan diperintah oleh ’bangsa asing’. Ya.. itulah makna MERDEKA melalui pemahaman ’buku dan pembacaan’.

NAMUN!!!.. Maaf bangsaku... aku secara peribadi menyatakan... kita hanya bersorak riang gembira dengan melaungkan MERDEKA.. mengibarkan bendera... menggantung jalur gemilang dengan bangga dan megah!. YA.. TAHNIAH..

Tapi... lihat dirimu.. (aku melihat jauh ke dalam diriku sendiri)...
MERDEKAKAH SEORANG AKU YANG LAHIR SELEPAS 1957 INI?..
(ini hanya luahan rasa seorang aku yang tidak pernah merasai ketakutan melihat senapang penjajah di hujung kepala, tidak pernah merasa perlu melarikan diri bersembunyi di dalam hutan belukar kerana takut ditangkap penjajah, tidak pernah mendengar bunyi bom dan tembakan ketika sedang nyenyak tidur dan tidak pula pernah tidur beralaskan daun kering kerana rumah di geledah dek musuh negara yang ingin menghapuskan semua penduduk tanahairku DAHULU!!)

Merdekakah pemikiran, perbuatan, tingkah laku, cara hidup, gaya pendidikan, status pandangan aku sebagai INSAN YANG MERDEKA?.

Tidak.. aku sendiri tahu... walaupun aku tidak pernah merasa perit jerih PENJAJAHAN itu.. tetapi aku ahu pemikiranku dijajah oleh anasir2 asing itu!!..

Aku lebih mengagumi tulisan Stephen R.Covey daripada mendalami hadis2 oleh periwayat2 hadis yang mendalami sunnah Rasulullah Sallalahualaiyhi wassalam. Aku lebih mengetahui cerita dan gaya hidup Warren Buffet daripada mengamalkan dan mengenali cara dan gaya hidup Rasulullahi sallallahu ’alaihi wassalam!.
Tidak pernah tahu selengkapnya gaya hidup dan kata-kata Nabi Agung, Muhammad Sallallahu alayhi wasssalam. Sedangkan Baginda Rasulullah adalah MODEL MANUSIA DAN PEMIMPIN AGUNG SEPANJANG ZAMAN!!...

Aku lebih menghafal mutiara kata zig ziglar daripada bait-bait ayat Al-Quran. Sesungguhnya di dalam 6,666 ayat Al-Quran itu sudah terkandung nasihat, panduan, pemikiran, ilmu yang TERLALU HEBAT DAN LENGKAP.. yang tiada seorang manusia pon yang mampu menandingi KEUNGGULAN DAN KESEMPURANAAN QALAM ILLAHI YANG MAHA SEMPURNA ITU!!..

Lidahku lebih menjurus ber ”I” ”YOU”.. ”Good Morning” ”Hello” Good Bye” berbanding ucapan salam selamat ”Assalamualaikum” yang Rasulullah sering ucapkan..
Juga lebih cenderung ber’bicara’ bahasa penjajah daripada mengagumi BAHASA KEBANGSAAN sendiri... (padahal bercakap pun merangkak macam kura-kura.. perasan nk berbahasa omputih!!!)..

Cenderung membeli buku motivasi karya Robert T.Kiyosaki berbanding mengagumi para ilmuan islam dan para ulama di tanahair sendiri!!.. (silap2 tak kenal pon sapa mufti2 negeri...!!). Malah tidak pernah lagi aku membaca tulisan Sheikh Dr Yusuf al Qaradawi! Ulama' Islam terbesar masa kini..

Lebih peka dengan fesyen semasa dari butik Belle, Zegna, Ferrogamo, guess, LV, Gucci, Zara dan segala bagai daripada Abaya dan Jubah busana muslimah yang lebih anggun dan bercirikan muslimah sejati.. seperti yang digariskan menurut syarat Islam.

Lebih terarah kepada mengagumi Albert Einstein sedangkan Einstein menurut kajian yang dibuat oleh Michael Hart - The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, adalah orang yang ditangga ke-10 dalam senarai kajiannya.. sedangkan yang menduduki tangga pertama adalah NABI MUHAMMAD S.A.W.

Kagum dengan bakat American Top segala bagai top top mereka itulah.. daripada kagum dengan bakat para tahfiz, para ulama dan ilmuan islam itu sendiri...

Turut bersedih apabila Lady Diana dan Michael Jackson meninggal dunia.. sedangkan tak rasa apapun bila Ramadhan berlalu pergi meninggalkan diri pada tahun itu dan seterusnya!..

Masih bersikap prejudis, dengki, hasad, iri hati, cemburu, dendam, angkuh, bongkak, berlagak, sombong, takbur, riak....
Masih ada pertelagahan, persengketaan, pergaduhan, perpecahan, pergelutan dan segala macam kemusnahan budaya dan sikap!.

.... dan banyak lagi CARA DAN GAYA HIDUP YANG TIDAK SEIRING DENGAN ”KEMERDEKAAN” itu sendiri...

Jadi.. APAKAH KITA INI MERDEKA WAHAI GENERASI MALAYSIA???...

Aku rasa... penjajah berjaya MENINGGALKAN LEGASI PENINGGALAN PENJAJAHANNYA.. SECARA TETAP DAN KONSISTEN!!!... mereka tidak menjajah bumi.. tetapi menjajah minda dan budaya!... dan MEREKA BERJAYA!!!... dan masih berjaya meneruskan MISI VISI DAN OBJEKTIF PENJAJAHAN YANG TIDAK PERNAH BERAKHIR MESKIPUN 1957 TELAH 53 TAHUN MENINGGALKAN KITA...

Penjajah itu masih bersama kita... bukan dengan kekerasan, tetapi secara halus dan sinis..
Sedang mentertawakan kita yang asyik masyuk melaungkan MERDEKA!!

MAAF MALAYSIA TANAHAIRKU... Bukan kamu yang salah... tetapi AKU DAN GENERASIKU... Kasihan kepada pejuang kemerdekaan!.. Kerana aku dan generasiku TIDAK TAHU BAGAIMANA MENDAULATKAN KEMERDEKAAN ITU!!..

Wallahu ’alam bisawwab!!...






- mempukah kita melepaskan diri daripada PENJAJAH PALING KEJAM DAN RAKUS yang saban waktu tidak jemu menjelajah ke seluruh urat nadi dan darah kita agar HANYUT dan JAUH daripada landasan dan orbit sebenar kita??.. "SYAITAN"!!!... yang ingin menyesatkan kita daripada ISLAM... Merdekakan diri kita daripada belenggu dan hasutan syaitan!!..



.

12 comments:

GDIZ said...

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan.
Walaupun kita tak pernah merasa kehidupan di zaman penjajah (hanya tahu melalui cerita & dari buku2)jomlah sama2 kita kekalkan kemerdekaan/perpaduan yg kita perolehi sehingga skrg hasil pejuang2 terdahulu.
Amat susah memahami di sebalik Merdeka. Sebab tak pernah merasa saat susah payah menuntut kemerdekaan.
Merdekakan diri kita dari segala segi.

Keimanan bagi kita org islam adalah benteng utama. Syaitan dalam diri kita umpama darah yang mengalir dlm tubuh. Tak pernah henti menghasut.

KAKTINY said...

Gdiz > ya ns.. itulah yg kak tiny maksudkan... kita mengibarkan jalur gemilang dgn megahnya.. kita melaungkan merdeka dgn rasa bangga.. tetapi kita tidak benar2 MEMERDEKAKAN dan MENDAULATKAN KEMERDEKAAN TANAHAIR KITA...

Kita hanyut dgn penjajahan minda, jiwa, akal, budaya, gaya hidup malah dlm beragama juga..

Semoga kita semua mampu MERDEKA yang SEBENARNYA...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!.

ckLah@xiiinam said...

MERDEKA!!!



Tak tulis pajang2 kali ni...hari2 dh dok berletiak pasai tu dlm kelas...

:)

Tijah said...

ohh. byk aku kena hadam baca n3 ko nih. tapi betullll. mari merdeka kan jiwa dan diri dulu...

ckLah@xiiinam said...

Tiny....kita berselisih bahu lah tadi...Tiny ke rumah ckLah...ckLah ke rumah Tiny.....


Sampai rumah ada tanda mata tiny....




:D

KAKTINY said...

cklah > oklah.. tolong sorakkan je la.. MERDEKA!!.. "."

KAKTINY said...

Tijah > aku tgh menganalisa diri.. huhuhu...

KAKTINY said...

cklah > ye laaa... hehehehe...
tak sempat nk pass sebalang tart nenas masa selisih kt traffik tadik.. kehkehkeh

Mak Su said...

merdekakan diri kita dari belenggu nafsu.....

blackcardomompods said...

perghhh panjangnya ulasan merdeka,...kekeke..bagus2,kita suka baca,cara kak tiny tulis mcm cara pemikiran kita jugak..betul tuh,kita selalu agungkan yg bukan islam dr islam.kenapa ya?byk betul minda kita di jajah termasuk saya.huhuhu...abis kena jajah smpi takde identiti langsung pun adoooo...smpi omputih tgk pelik pasal omputih pun takde stail gitu.hahahha

anjang said...

jangan sampai bumi dipijak mikik orang

KAKTINY said...

Maksu > ya... dan itulah yg paling sukar utk dilakukan.. dan yg paling banyak yang hanyut kerananya.. huhuhu...


blackcardomompods > kekadang masyarakat kita ni plak yg terlebih 'mat salih' daripada 'mat saleh' tu sendiri!!.. huhuhu...


anjang > tapi kalau menengokkan aksi 'generasi merdeka' di dataran merdeka pada malam hari kebangsaan tempohari, apa petandanya ya??.... Allahu Akhbar!.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.