Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, August 23, 2010

Peringatan Untuk Diri : KEAMPUNAN @ RAMADHAN!


Sudah masuk 10 hari ke dua di bulan Ramadhan... Bulan penuh keampunan dari Allah... hari-hari yang telah Allah janjikan rahmat yang tiada taranya bagi yang tahu dan yang mahu!.

Kata abang, khutbah jumaat lepas yang dihadirinya menyatakan, dikisahkan bahawa Iman As-Syafie pada ketika hayatnya, apabila masuk bulan Ramadhan, ditinggalkan segala urusan dunia yang tidak penting baginya, dan beliau khatam Al-Quran sebanyak 2 KALI SEHARI!!.. (Allahu Akhbar!.. wallahu 'alam).

2 kali sehari??.. AKU??.. dua helai mukasurat sehari pon tersangkut2!! (astaqfirullahal 'adzhim).

Sudah-sudahlah cerita pasal makanan (berkata kepada diri!!)... terlupa pulak nanti memohon keampunan Allah di bulan barakah ini...

Untuk meminta keampunan Allah, aku mesti terlebih dahulu memohon keampunan daripada sekalian makhluk Allah terutamanya yang bernama manusia... untuk memohon keampunan manusia2 ciptaan Ya Rabb, aku wajib terlebih dahulu memberi maaf kepada setiap manusia yang pernah dan masih bersamaku..

Untuk itu, dengan hati yang paling dalam, aku menadah tangan berdoa kepada Ya Rabb memohon pengampunan dan mengharapkan redhanya Illahi.


"Allahu Akhbar!. Wahai Dzat Pentadbir Alam. Aku mohon sebenar-benar mohon di bulan Ramadhan-Mu ini, bulan yang penuh keberkatan ini, bulan yang mana Kau buka pintu keampunan-Mu seluas-luasnya bagi umat kekasih-Mu Nabi Muhammad S.A.W, AMPUNI DOSA-DOSAKU YA ALLAH. LEPASKAN AKU DARIPADA FITNAH KUBUR DAN AZAB NERAKA. JAUHI AKU DARIPADA TERGELINCIR KE LEMBAH MAKSIAT YANG HINA. JAUHKAN AKU DARIPADA FITNAH DAJJAL DAN TERIMALAH TAUBATKU YA ALLAH. AKU MOHON PENGAMPUNAN DARI-MU YA RAAB.

Ya Allah.. sesungguhnya dengan berlapang dada, aku ikhlas mengampunkan dosa dan kesalahan kedua ibu bapaku sekiranya ada perbuatan dan perkataan mereka yang menyinggung hatiku (mana mungkin aku menjatuh hukum kepada mereka Ya Allah, sedangkan hitungan kebaikan mereka mengatasi zarah kelemahan mereka kepadaku!..), aku juga dengan tulus mengampunkan segala salah laku dan kesilapan suamiku sama ada yang aku ketahui dulu dan kini atau yang disembunyikan di belakang pengetahuanku yang pastinya bertujuan untuk menjaga kemaslahatan keluarga kami dan pastinya ia lebih baik bagi aku untuk tidak mengetahuinya daripada mengetahuinya yang mungkin mengundang dosa aku kepadanya. Begitu juga kepada anak-anakku dan saudara-maraku Ya Allah.

Aku juga dengan merendahkan jiwaku yang kerdil ini mengampunkan segala kesalahan dan kesilapan mereka-mereka yang pernah menyakiti hatiku, yang berbuat salah kepadaku samaada secara sengaja atau tidak, secara mereka sedar atau tidak, sama ada dengan kemahuan atau tanpa kerelaan. Sungguh aku rela melepaskan segala dendam dan marah, sakit hati juga sikap mengungkit!.


Aku sedar Ya Allah, syaitan sentiasa hidup dalam setiap setiap nadi dan urat darah untuk menanam dan menghasut nafsu amarah ini. NAMUN!, Sedangkan Kau wahai Dzat yang Maha Pencipta lagikan MAHA PENGAMPUN DAN PENERIMA TAUBAT.. SIAPALAH AKU HAMBA-MU YANG HINA INI UNTUK MEMBAWA DENDAM DAN MARAH INI?.

Maka itu Ya Allah, aku mohon, agar ibu ayahku, suamiku, anak-anakku, saudara-maraku dan semua sahabat, kenalan dan mereka-mereka yang telah dan pernah aku sakiti, zalimi, aniayai, lukai, kasari, atau berbuat tidak baik akan sudi dengan ikhlas memaafkan aku dan tidak membawa dendam kesalahanku dihadapan-Mu nanti Ya Allah.

Hitungan dosa diriku pada-Mu lagikan aku tidak tertanggung, apatah lagi mahu menanggung beban dosa yang aku lakukan kepada makhluk-Mu. Sungguh aku tidak mampu Ya Allah.

YA ALLAH.. AMPUNI AKU.. AMPUNI AKU.. AMPUNI AKU.. JANGANLAH AKU KELUAR DARIPADA RAMADHAN-MU INI DENGAN TIDAK MENDAPAT PENGAMPUNAN DARI-MU!!.. AMPUNI AKU HAMBA-MU YANG KERDIL DAN HINA, YANG PENUH NODA DAN DOSA INI YA ALLAH. AKU MOHON SESUNGGUHNYA!.

Selawat serta salam buat manusia Ummi yang mulia lagi maksum, Nabi Junjunganku Nabi Muhammad Sallallahu alayhi wassalam. Sejahterakan Baginda dan keluarga Baginda Ya Allah. Ameen.. Ya Rabb... Ameen Ya Rahman... Ameen Ya Rahiim.

Ameen Ya Rabbul ’alamiin."



Semoga sahaja 'kalian' semua memaafkan aku dan semoga pintu rahmat Allah terbuka untuk kita semua... Ameen.





"Ya Allah. Ampuni dosaku.. Terimalah doaku, terimalah taubatku, aku mohon keampunan dari-Mu Ya Allah.. berkati kehidupanku dunia dan akhirat.. redhoi aku sbg hamba-Mu Ya Rabb... Allahu Akhbar!."







.

15 comments:

ckLah@xiiinam said...

Minta maaf.....

Sebab datang juga...

Rindulah...


*** Mesej yang sangat baik. Rugi kalau ckLah tak datang...

anjang said...

same-same le memohon dan memberi maaf

blackcardomompods said...

betul tu..kak tiny,tq kerana sudi mencoretkan sesuatu,itu pahala besar utk eps utk yg tak tahu kan.

aiikk..dh takde menu berbuka da?????hehehehe...ala..tak syok aa...kekekek...

pe kata buh menu syawal lak..hehehe..jom aaa

Catwoman said...

Salam Kak tiny.....

TQ very much kerna share something yg baik2 cenggini di bulan Ramadhan.

Semoga yg baik2 buat Akak Tiny & family.

:)

tasekM said...

amin.

Mak Su said...

tq kaktiny, inspirational

salam kemaafan dari maksu untuk salah dan silap

kak Erna said...

tiny..amiiin..semoga segalanya dipermudahkan..dan diberi keampunan allah s.w.t..

KAKTINY said...

ckLah@xiiinam > rindu cklah jugak.. mesej utk peringatan diri sendiri ni cklah.. yg asyik laqa’ lupa dan alpa.. asyik kejar nikmat dunia hingga lupa ramdhan bulan pengampunan... .. asyik dok tayang pemberian anugerah-Nya, tapi leka dan lalai dlm memohon ampun dan redha Allah.. huhuhuhu....

KAKTINY said...

anjang > ye ye.. sama-sama… berlapang dada utk memberi dan menerima maaf… tanpa dendam, tanpa ungkitan..

KAKTINY said...

blackcardomompods > redha Allah jua yg dipohon… andai dpt dikongsi rasa itu dan dpt mengingatkan diri yg seketika tersasar daripada mengejar ganjaran ampunan Allah di bulan penuh rahmat ini…

Tak mau dh letak menu berbuka… takut timbul riya’ dan berlebih pulak nanti.. huhuhu…

Menu raya?... ko ni kan!!... kalau dapat bertemu raya, maka, kita akan kongsikan bersama k… hehehe…

KAKTINY said...

tasekM > ameen..

KAKTINY said...

Catwoman > zyma... just a reminder to myself… and as an alarm for those who want to take note of it..

KAKTINY said...

Mak Su > saling membantu dlm memberi peringatan maksu… takut tak sempat berbuat demikian… tak ada apa yg tiny nk bawak salah maksu pd tiny... kita bersaudara..

KAKTINY said...

kak Erna > semoga segalanya dipermudahkan-Nya ya kak.. ameen.

Qaseh said...

alhamdullilah...kita perlu sentiasa beringat soal kematian supaya kita sedar dan insaf

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.