Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, April 30, 2010

PEMBALASAN AKHIRAT!..


“Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, merekalah isi neraka dan kekal di dalamnya (diberi pembalasan dengan kejahatan itu).” :~ surah Al-Baqarah : 81.

Sesudah mendengar firman Allah itu, sahabat-sahabat Nabi dan umat Islam lainnya berasa keberatan dan susah hati kerana mereka mengetahui tabiat nafsu yang ada dalam diri manusia tidak terlepas daripada berbuat kejahatan sebagaimana baik pun orang melakukan kebaikan.

Kalangan sahabat menyedari hakikat diri mereka yang tidak sunyi daripada kekurangan dan kelemahan yang disebabkannya akan terlanjur melakukan kejahatan apabila kadang kala dikuasai nafsu sedangkan setiap kejahatan akan dibalas. Inilah yang menyebabkan mereka gementar dan takut menghadapi balasan itu.

Dalam konteks ini, Al-Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Bakar bin Abu Zuhair, katanya: “Diceritakan padaku bahawa Abu Bakar as-Siddik berkata: “Wahai Rasulullah! Bagaimana hendak melepaskan diri daripada ayat ini… di mana setiap kejahatan yang kita lakukan akan dibalas?”

Lantas Rasulullah menjawab: “Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosamu hai Abu Bakar. Tidakkah engkau pernah sakit? Tidakkah engkau pernah keletihan? Tidakkah engkau pernah dukacita? Tidakkah pernah engkau ditimpa bencana? Jawab Abu Bakar: “Ya, pernah mengalami semua itu.” Lalu baginda bersabda: “Maka itulah balasannya terhadap kejahatan itu.”

Dalam satu riwayat lain daripada Abu Hurairah, katanya: “Apabila turun ayat tadi, orang Islam berasa berat. Lalu baginda bersabda: “Bersikap luruslah dan hampirkanlah dirimu kepada Allah. Sesungguhnya pada setiap apa yang menimpa seorang Muslim itu adalah sebagai kifarat (denda untuk menghapuskan dosa) sehingga sebarang duri yang mencucuk kaki dan sebarang bahaya yang menimpanya.”

Daripada dua hadis di atas, dapatlah disimpulkan bahawa balasan terhadap kejahatan itu kadangkala dikenakan di dunia ini dalam bentuk sakit, letih, bala dan seumpamanya.

Tidaklah semua kejahatan itu dibalas di akhirat. Oleh itu, apabila sakit dan ditimpa bala hendaklah kita bersabar kerana itu satu daripada cara penghapusan dosa daripada Allah.

Seterusnya untuk melahirkan keadilan-Nya, Allah menegaskan bahawa sesiapa mengerjakan amal salih, sama ada lelaki mahupun wanita, asalkan mereka benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat, tentu akan dapat masuk syurga. Mereka tidak akan dizalimi sekalipun amalannya hanya sedikit.


-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya Allah... SESUNGGUHNYA AKU REDHA DENGAN SEGALA UJIAN, MUSIBAH, BALA, KESEDIHAN, KESAKITAN yang KAU berikan kepadaku Ya ALLAH.. AKU REDHA...

Aku mohon, HAPUSKAN DOSA-DOSAKU YA ALLAH... tak sanggup mendengar apatah lagi merasai azab nerakamu...!!! (sungguh aku takut Ya Allah!!)..

(sumber google : sekadar ilustrasi gambaran neraka ~ bayangkan jika yg dibakar mentah itu adalah kita.. ASTAQFIRULLAH HAL AZIIMMM... NAUZUBILLAH HI MIN DZALIIK!!!)...

YA ALLAH... Pintaku.. BERKATI UMURKU, REZEKIKU, KEHIDUPANKU.. DUNIA AKHIRAT... AMPUNI DOSAKU... REDHAILAH AKU... matikan aku dalam Husnul Khatimah.. dan jauhkan aku daripada API NERAKA-MU..

YA ALLAH... TEMPATKAN AKU BERSAMA HAMBA2-MU YANG SOLEH/SOLEHAH.. amiinnn...

Thursday, April 29, 2010

Berskandal dengan YB Tijah.. hehehe...

Panggilan telefon TERGEMPAR TERKEJUT hari selasa telah menetapkan temujanji di luar jangka dengan YB Tijah.. (DIVA ratusan pengikut yuuu... kehkehkeh... oppssss... hahaha)..

"Kenal" dh lama (biasala.. blogger..), tapi nk berjummpaaa... aduhaaaiii... ADA JE HICCUP nyer di sini di sana.. (hmmmm???... hihihihi)..

Di pendekkan cerita.. lepas tijah call hari selasa, set nak jumpa hari rabu... maka, berlakulah pertemuan yang kononnya bermula jam 11 pagi hingga ke lunch... (maklumla.. YB.. ada 2 appoinment di tempat lain lagik.. hihihi) - so, takleh la aku tamak haloba nk hasut dia duduk dgn aku sepanjang hari kan kan kan...

(ni ler YB Tijah.. oleh kerana DIVA, maka takleh nak tonjolkan identiti.. nanti berlaku berita skandal berleluasa plaks.. hahahaha)...

Kengkonon, lepas makan tengahari si Tijah nk ke appointment seterusnya pukul 2.00pm.. takpelah kan... gi lepak makan tengahari...

TAPI... ditakdirkan JODOH AKU PANJANG ngan si Tijah nih... appointment dia DIBATALKAN di saat akhir.. kahkahkahkah...

Lepak lah lagi sambil layan 'ketupat rendang daun palas' (oppssss...)...

Dh nak dekat kul 4pm - aku turun solat zohor, angkut gak minah ni turun sbb nk hantar ke parking... TETIBA... dpt panggilan bahawasanya appointment kul 4pm JUGA DIBATALKAN... uish.. SESUNGGUHNYA niat murni itu membuka ruang luas utk silaturahim berpanjangan (warghkahkahkahkahkah)..

Maka, dudukla lagi Tijah berskandal bergossip bersama aku.. hihihii... tapi kali concentrate kisah "Indahnya Hidup Berumahtangga".. hohohohohohoho... (sharing is caring kankankan.. kehkehkeh)...

Kebetulan hari ni laki aku hantar (sbb dia tolong bawak kete aku pegi tukar cermin kete..), maka, aku roger cik abang, takyah amik.. tijah volunteer nak hantar aku balik.. hahahaha...


Akhirnya, aku berjaya menyalurkan racun halus ke pembuluh darah YB utk DATANG LEPAK UMAH AKU!!!!... kuang3x... (gambar: masih mempertahankan gambar aras bawah sahaja utk tatapan umum.. hehehehe)..

Memandangkan jam hampir menunjukkan angka 7malam.. tijah mmg TERPAKSA bergerak kerana PERLU MEMENUHI APPOINTMENT seterusnya (malaM punya agenda.. agenda yang ni mmg aku TAK MAU HALANG!!..)..

APPOINTMENT NI.. MMG YB TIJAH TAKLEH NAK CANCEL!!.. WAJIB!!... (aku sendiri tak MAU halang.. malah amatlaaah menggalakkannya..) warghkahkahkahkahkahkah

Anyway... thank tijah.. sebab ko sudi mensia-siakan sehari hari ko dengan aku.. kehkehkeh...

Jangan serik datang lagik eh.. hihihi..


Monday, April 26, 2010

MALU!!!...

Semalam kat masjid Alam Damai, ada ceramah Palestin.. yg bagi ceramah adalah wakil NGO's Malaysia ke Palestin dan juga seorang Pejuang Palestin - Abu Mukmin.

Mendengar cerita dan kisah di bumi Palestin, aku jadi sebak, sedih, debar dan MALU!!...

YA.. MALU... malu sangat bila aku kata "BERTUAHNYA AKU DI BUMI MALAYSIA"!!...

BERTUAH KA AKU???... bertuah kerana dapat tidur nyenyak di tilam empuk dalam rumah batu dua tingkat di bilik berhawa dingin?.. bertuah kerana pulang pergi ke tempat kerja dengan kenderaan beroda empat dengan penghawa dingin dan radio menemani perjalanan?... bertuah kerana di dalam dompet dan di bank setiasa ada RM dan ada pendapatan tetap pada setiap 24 haribulan?... bertuah kerana dapat menikmati makan minum sewenangnya di rumah, di kedai tepi jalan, di restoran makanan segera, di hotel mewah.. (juga di Johnny's!!)???...

Andai KENIKMATAN DUNIA YANG DIJADIKAN KAYU UKUR... YA BENAR... AKU BERTUAH!!! SANGAT2 BERTUAH!!!... kerana aku menikmati segala NIKMAT DUNIA INI TANPA SUKAR DAN TANPA LELAH!!.. (tanpa perlu berhujan bom dan bermandi darah!!)

Bumi para anbiya - Palestin, dihujani darah sepanjang masa, darah PARA SYUHADA... rumah mereka bertiangkan gerigi besi dan berdinding dan bumbungnya hanyalah KANVAS (kata penceramah, kanopi majlis kahwin tempat kita luas dan lebih selesa daripada rumah mereka)... terakhir berita yang aku dengar semalam, anak2 di bumi Palestin MAKAN RUMPUT sebagai alas perut bagi meneruskan HAYAT di BUMI PALESTIN..

MALU!!... SUNGGUH AKU MALU!!!..


MALU sebab ORG PALESTIN BANGGA HIDUP SUSAH DI DUNIA (kerana yakin akan ganjaran di akhirat kelak), sedangkan aku, bangga hidup MEWAH dan SELESA di BUMI MALAYSIA (di 'sana' esok tak tentu lagi MEWAH dan SELESA sebagaimana di 'sini')!

MALU sebab mengaku bertuah dan beruntung di BUMI MALAYSIA, tapi tak tentu lagi BERTUAH dan beruntung di sana nanti (akhirat)!.

MALU sebab aku saksikan dengan mata aku sendiri, semalam, ada seorang kaum HAWA bertindak melucutkan semua barang kemas di badannya untuk disedekahkan kepada KONVOI ke-3 Palestin, sedangkan aku mengira-ngira untuk membuka seutas rantai di tangan!!.. dapatkan rantai tangan itu ku bawa ke kubur???..

MALU sebab org Palestin YAKIN akan fisabilillah dan yakin akan SYAHID ke jalan Allah.. tapi aku??.. Mati dalam HUSNUL KHATIMAH juga belum tentu!!!..

MALU kerana kaum WANITA/ISTERI Palestin BANGGA jika suami dan anak2 mereka MATI di medan perang... (dan mereka mencela kaum keluarga yang pulang tanpa cedera dan masih hidup setelah keluar BERJIHAD)... sedangkan aku.. ORG LAIN YG MENGAMALKAN POLIGAMI, aku dah berderau darah, dan siap buat entry dengan keluar hadis segala!!.. (astaqfirullahal aziim!!)..

DAN... lagi aku MALU, apabila aku bercerita kepada MAID aku tentang isi ceramah, dan aku khabarkan pada MAID bahawa aku nak TIDUR AWAL sebab KONONNYA aku nak bangun utk solat tahajud (kira2 jam 2-3 pagi)... Apabila aku naik bilik utk tido, anak aku (zaqwan) nak susu, jadinya, aku turun ke dapur utk bancuh susu, dan AKU TERDENGAR.... MAID AKU MENGAJI AL-QURAN!!!...

YA ALLAH... aku lebih pentingkan TIDOR (dan tahajud yang BELUM TENTU aku TERJAGA paginya), sedangkan aku sia-siakan amalan membaca Al-Quran yang sah-sah boleh aku lakukan dengan KADAR SEGERA!!!..

YA ALLAH!!.. SUNGGUH AKU MALU!!!...



(dan lebih aku MALU.. sebab, JUJURNYA, aku tidak berani berhadapan dengan situasi seperti DI PALESTIN!!!... huhuhuhuhu....)




Tuesday, April 20, 2010

Nawaitu..

Betul.. apa pun yang kita buat mesti dengan NIAT.. betul niat, maka betullah jalan kerjanya, salah niat, maka salahlah jalan kerjanya..

TAPI INGAT... NIAT TAK MENGHALALKAN CARA!!.. kalau cara kerja itu salah.. ia tetap salah.. tak kira betapa murni NIAT kita..

Tapi, andai NIAT BETUL, jalan kerja betul... tapi ada mulut-mulut (suara sumbang orang) nak kata SALAH.. ITU TERPULANG PADA ORANG ITU... mungkin NIAT HATI DIA YANG TAK BETUL!!.. (maafkanlah dia...!! kehkehkeh...)

p/s: .... maafkan aku juga jika penulisanku dibaca dgn nada berlainan rentak dengan tempoku dan ada menyinggung sesiapa... ia cuma sekadar meluah rasa!!...

(banyak benda nak tulis, tapi tetiba rasa MALAS dan BOSAN plak nak tulis hari ni.. kui kui kui... esok esok la tulis lagik.. hihihi)


Wednesday, April 14, 2010

POLIGAMI…. JANDA…. IBU TUNGGAL…


Entri sahabat buatkan aku berminat juga utk mengulas tajuk ini...

Tajuk yang akan buat ramai isteri-isteri MELOMPAT!!.. lompat katak @ lompat galah @ lompat kijang.. silap2 lompat tingkap!!.. kehkehkeh…

Syok sebenarnya tajuk poligami nih.. hahaha.... perbahasan demi perbahasan takkan penah putus.. dan takkan pernah capai kata sepakat.. ibarat membahaskan “MANA DATANG DULU.. TELUR @ AYAM!!”.. kahkahkah…

Janda dan ibu tunggal... perit, pedih, sedih, sakit... semua rasa yang tidak enak terkandung di dalamnya... dan siapa yang tahu RASA ini?.. hanya mereka yang mengalami... siapa yang mampu komen tentang ini?.. hanya mereka yang merasainya... siapa yang mampu membahas perihal ini?.. hanya mereka yang ’bergelar itu’...
....dan bagi yang lain.. BOLEH SEMBANG je laaaa...

Ya.. aku tahu... takkan mudah utk mana2 WANITA BERKAHWIN – BERGELAR ISTERI menerima tamparan satu di antara 3 perkara ini atau berada di mana2 situasi dalam 3 perkara ini... TAKKAN MAHU.. TAKKAN MAHU dan TAKKAN MAHU!!..

Kebetulan!!... Baru semalam aku berbicara dengan abang soal poligami.. (semalam, dalam pembacaan aku tentang surah-surah terjemahan Al-Quran, terbawa kepada kisah tentang poligami.. serta HEBATNYA seseorang yang bergelar IBU!!)

Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ :

Mafhumnya :

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.
"Dan tidak ada seorang pun di antara kamu yang mampu berlaku adil walaupun kamu bersungguh ingin melakukannya!.."

Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat.

Jelasnya di sini walaupun bahasa yang digunakan di dalam ayat di atas berunsur perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.

(di antara intipati pembacaan aku tentang terjemahan surah An-Nisa ayat 3 dan jugak ayat2 lainnya.. aku dh pernah berbicara panjang di sini dulu... hihihi...)

Aku nyatakan pada abang.. AKU IZINKAN... JIKA DIA INGIN BERPOLIGAMI!!... SUNGGUH (wah, buleh percaya ke ayat aku nih??.. hahahha...). BETUL!!..

Tapi.. dengan syarat... (kan dh kenaa.. kehkehkeh)..

Syaratnya...
1) Jika abang mampu untuk kejutkan aku dan anak2 setiap hari utk bangun malam dan imamkan Qiyamullail.
2) Jika pendapatannya benar2 cukup utk tanggung dua 2 (atau lebih) keluarga TANPA mana2 keluarga mengeluh ’TIDAK CUKUP’ atau TANPA si isteri terpaksa mengeluarkan belanja daripada pendapatannya sendiri.
3) Jika abang YAKIN bahawa anak2 (daripada mana2 isteri) tidak akan mengeluh menyatakan "MANA ABAH?.. ABAH LECEHLA, TIME NI TAK ADA DENGAN KITA. BENCILAH DEKAT ABAH!!".
4) Jika abang yakin benar bahawa ABANG MAMPU MEMBIMBING, MENDIDIK DAN MENJAGA KAMI SEMUA ke arah kebaikan, AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR.
5) Terakhir: Abang YAKIN mampu berlaku adil dan mengamalkan
ISLAM IS THE WAY OF LIFE.

Juga, syarat tambahan.

Yang nak dijadikan isteri adalah YANG BENAR-BENAR perlu diselamatkan dirinya, dibimbing akhlaknya, dijaga agamanya dan DILINDUNGI MARUAHNYA..
Begitu juga perempuan itu… yang FAHAM HUKUM POLIGAMI, TAHU HUKUM ISLAM DAN SEDAR BATASAN AKHLAK DAN MARUAHNYA…


Jika semua itu abang PENUHI… SERIUS!!.. aku tidak teragak2 untuk MEMBENARKAN POLIGAMI ITU BERLAKU… MALAH... aku juga RELA PINANGKAN WANITA ITU!..

TAKUT?.. RIAK??.. TAKBUR?... TIDAK SAMA SEKALI... sekelumit pun tidak pada ketika ayat2 ini aku tulis.. kerana aku sedar dan insaf... BAHAWASANYA...
SUAMI ADALAH ANUGERAH ALLAH... BUKAN HAKMILIK HAKIKI!!...

Siapa yang lebih aku perlukan?.. Suami atau Allah?.. Siapa yang lebih aku sayang? Suami atau Allah.. Siapa yang lebih menjamin kehidupanku dunia dan akhirat?.. Suami atau Allah?... Apa yang lebih aku takuti?.. Poligami atau Neraka Allah?..

Dan aku bersyukur kerana masih berpeluang BERGELAR ISTERI DAN IBU!!..
Mengutip pahala di dalamnya dan merasai nikmat kemanisannya..

Dan, bukan dunia yang aku kejar... AKU DAMBAKAN SYURGA ALLAH.. akhirat yang abadi...
Juga.... aku masih kuat memegang kata2 Imam Nawawi : "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka, hilanglah cintaku padamu."

Sebenarnya wahai kaum suami, jika anda benar2 faham maksud SURAH AN-NISA sepenuhnya dan maksud surah Al-Quran keseluruhannya ..
ANDA AKAN TERLALU TAKUT UNTUK MENYEBUT POLIGAMI... bukan sahaja mengamalkannya, malah menghampirinya juga ANDA AKAN CUBA ELAKKAN..
Jika syurga Allah yang kalian kejar...

WAHAI SANG SUAMI, Jika kalian tidak cukup KUAT untuk ”menolak sehelai selimut di tengah malam hari, dalam kesejukan bilik berhawa dingin” seterusnya mengejutkan isteri dan anak-anak bangun menunaikan QIYAMULAIL (tahajud, tasbih, taubat, hajat dan witir), memahami dan menginsafi makna bacaannya... MAKA.. JANGANLAH NAK SEMBANG PASAL POLIGAMI!!... MEMALUKAN DAN MEMUALKAN!!.. bluwaeaaaakkkk!!!!....

... dan aku juga ’mencemuh’ si lelaki yang menceraikan isterinya semata-mata mengikut hawa nafsu yang inginkan perkahwinan seterusnya... (selamat menempuh 'pembalasan' Allah.. kerana gagal menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan!!!...)

- bagi yang "mampu".. dan yang mengamalkannya... sekalung tahniah.... jagalah dengan sebaiknya.. semoga ganjaran pahala diperolehi, syurga Allah dinikmati.. (andai bisa mendapatkannya..!!!)... aminnn..

dan... ALHAMDULILLAH... Allah anugerahkan aku SUAMI yang TERBAIK untuk DIRIKU.. terima kasih Allah..

ABANG.. terima kasih kerana menerima aku menjadi isterimu dan dengan itu aku berpeluang merasai nikmat menjadi ibu kepada anak-anak kita.. SYUKUR...


Friday, April 09, 2010

Pengalaman..


Bila sahabat aku menyatakan bahawa dia hanya takut kepada dirinya sendiri tetapi tidak pada yang lain (kecuali Allah, itu sudah pastinya!!..)… di situ aku terkedu, terpaku dan terpegun.... BENARLAH.. PENGALAMAN MEMATANGKAN, MENDEWASAKAN DAN MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN DAN BERANI MENERUSKAN KEHIDUPAN!!!.....

Pengalaman diri sendiri.. pengalaman mereka yang disekelilingnya….

Aku tahu, ia tulus dan benar.. aku tahu dia kan kotakan yang dikata.. kerana aku tahu ITU DIA!!.. dengan semangatnya yg cekal dan kental...

Aku ingin curi sedikit semangatnya, aku suntik dlm diri sedikit kekentalannya, aku ingatkan diri kisah dan ceritanya… dan aku mahu rasa ‘tidak takut kepada apa sahaja kemungkinan!!’ itu ada dijiwa!..

Hidup ibarat roda.. berputar dan terus berputar.. di atas dan di bawah… diuji susah, senang, susah, senang... YA!.. BENAR!.. AKU SETUJU AMAT!!!....

Surah Al-Baraah @ at-taubat: ayat 116: .. Dan kamu tiada mempunyai pelindung dan penolong, selain Allah....

Surah At-Taubat: ayat 129 : …cukuplah Allah pembelaku (sebagai pelindung).... kepada-Nya aku menyerah diri...

Surah Yunus: ayat 62: Sesungguhnya org yg mematuhi Allah, tidak akan merasa takut dan berdukacita..


Perjalanan hidup dan pengalaman juga membuatkan kita boleh menjadi inspirasi kepada orang lain.. kan kan kan... cerita dan kisah pengalaman itu boleh membuatkan orang lain ketawa, bersedih juga bersemangat utk meneruskan kehidupan...

DAN.. aku akui.... apabila aku sering mengikuti kisah2 teman2 blog lain.... banyak pengajaran yang aku kutip sepanjang penceritaan dan pengalaman kalian.. and....

It’s so valuable...

Quote of the day (by U.Lee):

'Destiny grants us our wishes, but in its own way, in order to give us something beyond our wishes'.

'Happiness lies for those who cry, those who hurt, those who have searched, and those who have tried. For only they can appreciate the importance of people who have touched them'.



. at this age, I have found, the little meaning of happiness.. in my own way...!!.. Terima Kasih Allah...



.

Wednesday, April 07, 2010

JAWAPANKU...


Sequel daripada persoalan semalam.. (APA JAWAPAN ANDA???)

(chait.. ngada je kan aku ni.. bersequeal bagai.. tak.. aku nak kenangkan kisah ini utk hari2 mendatang nanti.. hmmm....)

Bila abang kembali tanya pada aku... "APA YANG LEEN TAKUT/ TAKNAK ABANG BUAT ATAU JADI?".. Leen takut abang duakan leen ye??.. hihihi.... (katanya sambil ketawa...)





Aku geleng.. (ku lihat dia mengerutkan keningnya melihat aku menggeleng......)

Perlahan aku memberi jawapan..


JAWAPANKU...

"LEEN TAKNAK ABANG MEMBELAKANGKAN AGAMA DAN MENGABAIKAN AMANAH ALLAH DALAM SETIAP TINDAK TANDUK ABANG!!.."

sambung aku: 'SEPERTI KATA IMAM NAWAWI: "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, MAKA, hilanglah cintaku padamu."











.

Tuesday, April 06, 2010

Apa jawapan anda?

Sembang2 ngan abang.. aku tanya soklan..

Selalunya kalau kita tanya pasangan bercinta atau suami isteri, kita akan tanya, APA YANG ANDA SUKA PADA PASANGAN ANDA?.. kemudian kita akan dengar pelbagai jawapan2 manis..

Si lelaki, akan kata: Saya suka pasangan saya / isteri saya sebab, dia baik, dia berbudi bahasa, dia cantik, dia pandai masak, dia pandai ambil hati saya dan keluarga saya, dia itu.. dia ini.. dia begitu dan begini…

Si perempuan pulak, akan kata : Saya suka pasangan saya sebab dia ikhlas menerima saya, dia jujur, dia lelaki yang sangat bertanggungjawab, bla bla bla bla…. (bluweak.. hihihi)

Cuba kita terbalikkan soalan… kita tanya…

APA YANG PALING ANDA TAKUTI DAN TAKNAK PASANGAN ANDA BUAT @ JADI???...

Aku kata kat abang… kalau tanya mana-mana isteri, aku yakin benar, tanpa bagi pilihan a, b, c atau d.. 99 daripada 100 isteri akan jawab “SAYA TAKNAK SUAMI SAYA CURANG @ MAIN KAYU TIGA @ ADA PEREMPUAN LAIN!!”… (betul tak wahai kaum isteri???.... hihihihi)

Then, aku tanya kat laki aku… APA YANG KAUM LELAKI PALING TAKUT DAN TAKNAK ISTERI DIA BUAT @ JADI???...

Hmm…. Ambil masa 7 minit jugak la utk dia diam berfikir… hahaha.. pun masih tiada jawapan…

Then, aku bagi pilihan – objektif:

a) takut @ taknak isteri dia gemuk..
b) takut @ taknak isteri dia tak terurus..
c) takut @ taknak isteri dia berdandan (make up / dress up) depan orang.. (abang pernah sound aku, jgn make up lebih2, dia tak suka tengok.. kehkehkeh)

Pun takdak jawapan gak… (sambil mimic muka ligat berfikir.. kehkehkeh – patutnya aku snap gambar masa tuh.. hahaha)

Pastu, aku ckp lagi… “Okeh… sekarang ni, tanya diri abang…. APA YANG ABANG TAKUT @ TAKNAK LEEN BUAT @ JADI?..”

Hmm.. pun tak dapat jawapan dengan segera… hahaha.. (cheh… confius aku kenapa dia susah sangat nak bagi jawapan… !!!!?????!!!!...)

Aku dh boring la nak tanya… aku kata kat dia..

“Ke, abang tak kisah leen buat atau jadi apa?”..

Then baru dia nak jawab… katanya:

“Tak… bukan abang taknak jawab… tapi memang betul abang tak tau nak jawab apa bila leen tanya macam tuh..”

Sambungnya lagi: “Kalau leen tanya apa yang abang TAK NAK LEEN BUAT @ JADI.. jawapannya adalah.. ABANG TAKNAK LEEN TINGGALKAN ABANG!!..” (masa ni aku ada sikit nak muntah hijau!!.. bukan sebab apa, sebab aku rasa cam tiru jawapan aku jer… hahaha….kahkahkah… hihihihi… ampuuuunnn bang!!... kahkahkah)…

Terus aku gelakkan dia… aku kata… ‘pehal plak leen nk tinggalkan abang…. Leen bukan buleh buat apa poooon…’

Ke, sebenarnya lelaki tidak pernah ada ‘ketakutan atau kerisauan’ terhadap isteri mereka?... nampak sangat kaum isteri ni semua kaum yang baik dan tak bermasalah… hahahahaha.. (nak berdebat??.. takyah la… buang karan jer… jawapannya tetap sama jugeks.. hihihihi)…


Apa jawapan suami anda atau anda sendiri???... (tetiba aku bersoalan plak.. la haaaaiii…)


Aku rasa, kalau aku buat survey, jawapan daripada pihak perempuan statistic dia mudah jer.. tapi kalau lelaki mesti jawapan bercampur baur kan.. (sure takleh nak guna kaedah kuantitatif pakai SPSS nih..hihihi…)






Monday, April 05, 2010

Nasi Ayam Berlada..

Ahad semalam.. cik abang teringin nak makan NASI AYAM BERLADA... katanya hanya org "Johor" je yg terkenal dgn nasi ayam berlada nih... (iya la kot.. sebab, sejak aku kawen ngan abang baru aku tau wujudnya nasi ayam berlada nih... aku selalu tahu nasi ayam biasa ngan nasi ayam hainan jer....)

Jadinya... keletung keletang kat dapur.. yang seawalnya ditemani bebudak berdua lebih baik tu (nureen ngan zaqwan la...) sehingga aku jerit "ABAAAAAANNNGGG!!!... tolong tengok bebudak nih!!.... hah.. baru aman aku buat kerja kat dapur... kehkehkeh...

Oh ya.. masa awal2 tu, mmg aku berkuntau solo la kat dapur.. DAN BIASALAH... tapi bila hujung2 tu, bila ayam sekadar nak disalutkan dengan lada dan dipersembahkan ke dalam pinggan yang dihias indah dengan salad, timun dan tomato.. datangla cik abang sayang nk menolong bagai... (pastu SEPERTI BIASA jugak... dia akan claim dia yg masak... bagus betui tektik suamiku tersayang ini.. hihihihi...)

Dan inilah hasilnya... taraaaaaa...... (kawan aku kata meriah ngan hiasan.. hahaha - mestilah.. ingat muka je nak make up.. makanan pun kena make up lawa-lawa, barula tergoda selera.. tapi yang penting.. RASANYA la.. sama gak macam org.. kalau lawa muka jer, tapi hati tak 'cantik', tara guna oo... eh eh.. apa punya melalut nih..sorry sorry.. hihihi!!)

(Nasi Ayam Berlada...)

Dan, takkan makanan saja kan.. mestila ada dessertnya.. pencuci mulut hari ini ialah... PUDING LAICI (tapi tukar dengan longan.. lagi umpphhh..)

Ini feveret adik adik ipar dan biras biras aku nih... kalau tunjuk kat diorang, srue terliur nih.. hahahaahaha... (resipi ni aku amik daripada adik ipar no. 2 aku.. dia lagi 'sifu' bab buat puding nih.. hihihi)

(PUDING LONGAN!... makan plak dgn ais.. sejuk sesedap rasa... terasa licin di tekak.. yummyyyy.... ummpphhhh....)

Inilah hidangan makan tengahari semalam... hihihi.... layan gambar sajalah yer... nak jamu pon, makanannya dah habis.. hihihi..


(okeh tak modal aku nak bercerita??.. bukan nak menunjuk reti masak ke tidak, SENENARNYA, nak buat entri lain, tak dak idea.. huhuhu... buat je la entri makanan.. itu entri paling mudah... kan kan kan... lagipun, TIAP-TIAP HARI KITA MAKAN kan.. jadinya, entri "makanan" ni amatla senangnya!!.. kahkahkah)..

Friday, April 02, 2010

Pemberian terindah...


Hadiah daripada jiran tersayang... tokma... (kata tokma, ia pemberian balas daripada juadah-juadah yang berkunjung ke rumah no. 1 itu.. hihihi...) - SAYANG TOKMA!!... hihihi...

Kalau tiap2 juadah di balas hadiah buku... aku sanggup je hantar juadah tiap2 hari ke rumah tokma.. kehkehkeh... (kak, tiny gurau jer...)..

Tapi sungguh aku gembira sangat.. sebab READING IS MY PASSION.. and membaca buku mendamaikan jiwaku... memberi satu kepuasan apabila minda dan jiwa dilimpahi ilmu daripada bahan bacaan...

terima kasih juga kepada tokma sebab ajak aku pegi Pesta Buku (pada hari terakhir - syukur sebab Allah beri izin dan kesempatan utk aku sampai ke situ.. ingatkan dah tak dapat pegi dah.. huhuhu...), dan aku memborong dengan sesungguhnya... nak start balik BUDAYA MEMBACA yang agak suram dalam diri sejak kebelakangan ini (jelas ketara sangat, terutamanya selepas CONVO MASTER!! mentang2 dh habis study.. buku cam letak ke tepi jer.. TERUK BETUL AKU NIH!!)...

...cerita di Pesta Buku.. nanti2 la cerita... banyak kenangan menarik.. sebab berjumpa dengan penulis2 yang diminati serta dapat diskaun yang banyak dan juga DAPAT BUKU2 YANG BEST!!..

(kalau 'sebut' atau nampak buku La Tahzan.. automatik kepala aku terbayang ckLah, iina ngan kaklong.. hihihi).

Thursday, April 01, 2010

My First Try - Prawn Mee...

Waaahhhhh.... menjadi jugak aku nak buat Prawn Mee sendiri...

Petang selasa hari tu, dlm kepala hotak dh ternampak mee, kangkung, taugeh, udang dalam peti ais.... call abang tanya apa dia makan tengahari... abang kata dia makan nasik.. PEEL abang sekarang ni, kalau tengahari dia makan nasi, malam tak nak nasi lagi dah.. kalau tengahari dia makan mee (atau yg sewaktu dengannya..), malam dia carik nasi..

so.. godek2 resipi.. campur kiri kanan depan belakang, cedok sini sana sikit... dapat resipi Penang Hokkien Mee + Mee Udang... so, gabungkan kedua-duanya.. maka.. terhasil la Prawn Mee ala kaktiny...

- lihat mejaku.. meriahkan kan kan??... hihihihi...


Mak, kakak, ayah semua ada kat rumah... apa lagi.. jemaah ramai2 la...

Mak kata.. "SEDAP"

Kakak kata.. "WAH, TERROR HANG"

Ayah kata.. "hmm.. kalau tambah tulang daging lagik sedap!!!" (pastu 'dibantai' keras oleh mak.. mak kata "tu dah tak jadi mee udang.. tu dh jadi mee tulang.. apa la ayah hang ni.. semua nak dicampurnya".. kehkehkeh... mak backing aku babe.. cayalah.. hihihi)..

Tapi yang paling penting...

Cik abang kata - "MARVELOOOOUUUSSS.. especially for the FIRST TRIAL!!.." (kembang kuncup dada babe.. kuang3x..)


dan inilah wajah model sepanjang zaman kalau aku buat acara masak memasak nih.. (merangkap FOOD TESTER tanpa tauliah!!..).. hahahah.... yang penting abang senyum sebelum dan selepas makan.. kehkehkeh...

ada sesapa nak try my PRAWN MEE??.. sila datang rumah..

(pssttt..... kaklong + tokma.. ampuuunnn maaf dipinta sbb tak dapat nak kirim semangkuk dua.. KAKAKKU DAH BUNGKUS BAWAK BALIK SEMUA... hihihi - nanti2 I buat lagi khas utk you all k.. hihihi)..


YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.