Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, April 09, 2010

Pengalaman..


Bila sahabat aku menyatakan bahawa dia hanya takut kepada dirinya sendiri tetapi tidak pada yang lain (kecuali Allah, itu sudah pastinya!!..)… di situ aku terkedu, terpaku dan terpegun.... BENARLAH.. PENGALAMAN MEMATANGKAN, MENDEWASAKAN DAN MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN DAN BERANI MENERUSKAN KEHIDUPAN!!!.....

Pengalaman diri sendiri.. pengalaman mereka yang disekelilingnya….

Aku tahu, ia tulus dan benar.. aku tahu dia kan kotakan yang dikata.. kerana aku tahu ITU DIA!!.. dengan semangatnya yg cekal dan kental...

Aku ingin curi sedikit semangatnya, aku suntik dlm diri sedikit kekentalannya, aku ingatkan diri kisah dan ceritanya… dan aku mahu rasa ‘tidak takut kepada apa sahaja kemungkinan!!’ itu ada dijiwa!..

Hidup ibarat roda.. berputar dan terus berputar.. di atas dan di bawah… diuji susah, senang, susah, senang... YA!.. BENAR!.. AKU SETUJU AMAT!!!....

Surah Al-Baraah @ at-taubat: ayat 116: .. Dan kamu tiada mempunyai pelindung dan penolong, selain Allah....

Surah At-Taubat: ayat 129 : …cukuplah Allah pembelaku (sebagai pelindung).... kepada-Nya aku menyerah diri...

Surah Yunus: ayat 62: Sesungguhnya org yg mematuhi Allah, tidak akan merasa takut dan berdukacita..


Perjalanan hidup dan pengalaman juga membuatkan kita boleh menjadi inspirasi kepada orang lain.. kan kan kan... cerita dan kisah pengalaman itu boleh membuatkan orang lain ketawa, bersedih juga bersemangat utk meneruskan kehidupan...

DAN.. aku akui.... apabila aku sering mengikuti kisah2 teman2 blog lain.... banyak pengajaran yang aku kutip sepanjang penceritaan dan pengalaman kalian.. and....

It’s so valuable...

Quote of the day (by U.Lee):

'Destiny grants us our wishes, but in its own way, in order to give us something beyond our wishes'.

'Happiness lies for those who cry, those who hurt, those who have searched, and those who have tried. For only they can appreciate the importance of people who have touched them'.



. at this age, I have found, the little meaning of happiness.. in my own way...!!.. Terima Kasih Allah...



.

8 comments:

Tie said...

Pengalaman mematangkan diri... hidup kak tie ni dah macam rojak. Segala-galanya ada...

Masy said...

sbnrnye bila kita takot mende lain, itu tandanya kita x pcaya diri. mcm sy laa... takut itu ini, sbnrnye diri sndiri yg penakut - bkn salah mende yg ditakutkan tu.

aaaaa akak paham ke apa org ckp ni? hehe

Yunus Badawi said...

Saya hanya insan kerdil kalau dibandingkan dgn mereka yg hebat2. TINY dan hubby antara yg hebat!

Kak Long said...

Tak takut apa pun kecuali Allah s.w.t.

Lee said...

Hi Kaktiny, regret my jurassic bahasa ta'berapa faham your this posting, so I will not comment, takut nanti silap mistake for marriage proposal, itu da lecheh kan? Ha ha.
Thanks for the mention, no wonder I was coughing here, ha ha.
Have a nice day, jangan lupa tu chilli merah whatever, Lee.

Kaktiny said...

Tie > betul kak tie... bila bermacam perkara kita lalui.. baru kita jadi kuat dan tahu menghargai org di sekeliling yg bersama kita.. kan kan kan..


Masy > ayat ko tu mmg TEPAT dan JITU.. PADAT dan PADU… tersurat penuh makna tersirat… setuju sgt dgn maknanya.. hihihi....


Yunus Badawi > kita semua hebat.. makhluk Allah bernama manusia adalah sehebat2 ciptaan Allah… tiada beza di mata Allah... semua makhluk insan kerdil.. APA UKURAN HEBAT??.. duit berkepuk?... ada kereta bently? Banglo 4 juta?.. NEHI NEHI NEHI... kalau iman ZERO.. anak2 berterabur... diri sendiri goyah.... habuk pun tarak guna...
Semoga kita semua hebat.. di dunia dan akhirat... amiin..


Kak Long > betul… aku teringin sangat nak sampai ke RASA itu.. rasa yg aku tak takutkan apa sahaja kemungkinan di dunia ini.... kerana aku tahu ALLAH bersamaku.. SENTIASA!!...


Uncle Lee > hahaha… it’s ok for you not to comment.. I takut nanti you bagi PANTUN which related to something else… hahaha…

Mak Su said...

ambil yang elok yg tak elok buat sempadan perenggan dan teladan :)

Kaktiny said...

maksu > ye benaaarrrr....

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.