Ya… kini kita telah memasuki FASA TERAKHIR BULAN RAMADHAN…
10 malam terakhir yang dinanti para sufi serta umat yang bertakwa.. mencari LAILATUL QADAR di sepuluh malam ganjil yang dijanjikan GANJARAN UMPAMA 1000 bulan yang terlalu istimewa..
Lailatul Qadar... bagaimana rupamu?... apa rasanya ‘berhadapan’ denganmu?... mampukah aku merasai kehadiranmu??... Wallahu ‘alam.. hanya pada Allah jawapan segala perkara ghaib ini...
Aku tidak boleh memastikannya... akan Lailatul Qadar itu... Namun, sesuatu yang pasti... aku boleh terus melakukan ibadah secara beristiqamah tanpa henti.... ITU PASTI!!...
Ya Allah... aku pasti merindui Ramadhan-Mu... ITU PASTI!!..
"Ya Allah.. Aku masih mengharap dan memohon... KEAMPUNAN-MU.. KEBERKATANMU... RAHMAT DAN REDHA-MU...
Ampuni dosa-dosaku.. dosa kedua ibu-bapaku.. dosa suamiku.. dosa anak2ku.. dosa guru-guruku... dosa kaum-keluargaku, dosa saudara-maraku... dosa sahabat handaiku... dosa jiran tetanggaku, dosa sekalian umat Muhammad samaada yang masih hidup juga yang telah pergi mendahului kami... Ya Allah... Janganlah Kau bolak-balikkan hati kami setelah Kau luruskannya... terimalah taubat kami.. dan tempatkanlah kami bersama-sama hamba-hamba-Mu yang soleh-solehah.. Ameen.... "
Aku teringat ceramah kuliah subuh qiyamullail jumaat lepas..
Ustaz Jemputan (Ustaz Masjid Saidina Abu Bakar – Bangsar).. bagi ceramah pasal sikap manusia pada akhir-akhir Ramadhan..
Katanya.. manusia dengan Ramadhan ni macam perlumbaan ARNAB dengan KURA-KURA... dalam cerita Arnab vs. Kura2, (seperti yg kita semua tahu)... Arnab YAKIN HEBAT dia akan menang... sehingga pada waktu perlumbaan dia PECUT dulu.. dan tinggalkan kura-kura di belakang... kerana PERASAN HEBAT dan merasakan kura-kura LEMBAP... arnab TIDO dan pengakhirannya menyaksikan kura-kura memenangi perlawanan dan arnab TEWAS di atas kesombongan, riak dan berlagaknya...
Sama juga macam manusia nih... MASA AWAL2 RAMADHAN... BEREBUT-REBUT penuhkan masjid dan surau utk berjemaah tarawikh... tapi bila dah hujung2... daripada 50 saf... tinggal 5 saf... daripada saff pompuan tingkat 2, turun duduk dibelakang saf lelaki – pon ada la sebaris dua.. yang lain2 sibuk dgn tiket balik kampung... (amik la tiket siang, buleh sampai kampung dan buat terawikh)... masa ni la kalut dengan lagsir, kuih raya, tudung meja raya, kusyen raya, lampu kelip-kelip raya (siang tu tak mau dok pulun, dok kalut nk buat time malam gaks.. huhuhu)..
Akhirnya... bila ramadhan TERLEPAS begitu sahaja... KEKALAHAN DAN KERUGIAN YANG DIPEROLEHI... MESKIPUN DH PECUT awal2 tapi yg hujung-hujung tu BERLALU BEGITU SAHAJA... isy isy is,... rugikan...
Oleh itu... aku dan abang berazam utk MENGHABISKAN TARAWIKH sehingga ke detik terakhir ramadhan... Samada dapat atau tidak Lailatul Qadar itu.. bukan hak aku... ianya HAK MUTLAK ALLAH.. yang aku kejar adalah keredhaan-Nya melebihi ganjaran-Nya...
Dan, adik-adik abang-abang... jgn putus mengerjakan tarawikh... setidak-tidaknya pon, ajak berjemaah di rumah...
Dan, kakak-kakak makcik-makcik... nanti2 sambung kuih muih, ketupat lemang, baju dan langsir raya tu... 10 malam terakhir ini adalah hari-hari pembebasan azab neraka.... mari kita rebutnya...
Allahumma innaka 'afuwun qareem. Tuhibbul afwa.
(Ya Allah, Engkaulah Pengampun, suka mengampuni. Ampunilah hamba).
.
13 comments:
salam tiny. rugi sapa yang taknak rebut..
raya mana tahun ni. datang le ke rumah..
Salam Tiny.
Sebaik2nya kita beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir ni. Tapi semalam imam Masjid Muaz yg jadi juri Imam Muda tu ada menyebut kalau tak mampu nak iktikaf sebelah malam jgn lupa niat iktikaf setiap kali masuk masjid pada hari2 terakir Ramadan ni. Sekurang2 adalah juga kita beriktikaf. Dan setelah masuk masjid banyakkanlah amalan.
psst - bukan ke ko akan ber'cuti' tak lama lagi? Tapi takpe. Yg penting niat ko nak cari keredhaan dariNya.
salam kak tiny:
moga berjumpa dgn apa yang dihajati...selalunya, malam2 akhir ramadhan...org dah jadi kurang mengejar lailatul Qadar..tetapi dah memburu lalilatul Kamdar...SOPINGGGGG!!!.
betul kata ustaz tu...ahkir ramadhan org sibuk buat biskut raya.sebab itu Allah bg ganjaran tinggi pada ahkir ramadhan sebab bukan semua org buleh kekal sujud di ahkir ramadhan.sibuk duk tekap biskut.kekeke
aku ni qiamullail tak buat. persiapan raya pun tak buat. cemana tu yang....? ha ha.
.
like!
cam dalam FB plak...
hehhe hehhe
selamat hari raya!
kakpah > betul kan kak pah.. raya tawon ni balik kampung hubby.. nanti tiny roger akak bebila nk pegi bangi eh.. hihihihi…
Yunus Badawi > sesiapa yang berkesempatan tu, baiklah pergi setiap waktu.. yang bekerja ikut ofis hour tu, jadilah kalau dpt maghrib, isyak dan terawikh.. jgn tinggal jemaah nk plak dh 10 malam terakhir nih.. (ajak mak adam, dan anak2 pergi terawikh dan solat jemaah.. subuh sampai maghrib, ko ajakla semua berjemaah kat umah… isyak ngan terawikh kat masjid.. ko keje sendiri, lagi senang atur masa…). Bwk quran pegi masjid.. sementara tunggu org solat, buleh baca semuka dua..
Pssttt…. Ye ye.. aku dlm ‘proses’... huhuhu… dapat tgk laki aku pegi terawkih dan dapat dengar dan amikan dia baca doa setiap kali lepas solat pon jadilaaah.. huhuhu….
Cikgooden > Salam… setuju tu.. time ujung2 ni org dok bergelut dgn nk balik kampung la, ketupat rendang la, nk tukar langsir cadar baru, bakar kuih kek segala bagai.. (aku dulu pon camtuh gakss.... huhuhuhu... malah lagik teruk, terawikh hari pertama dan kedua je.. lepas tu sayyyuuuuupppp.... huhuhuhuhu...) – tang ujung2 tu mmg BERLAILA D’ KAMDAR le yg lebih!!!... nauzubillahhhh...
blackcardomompods > patutnya tang last2 ni kita banyak bersujud mohon ampun dan mohon redha Allah… tapi banyak pulak yg sujud nk tgk kuih / kek dh masak belum.. bersembah sujud tgk api ketupat menyala ke tidak.. huhuhu… (setiap tahun melalui pengalaman sebegini.. skrg ni la yg baru nk tersedar!!.. huhuhuhu)..
tasekM > tak pe tasik.. yg penting solat wajib tu ko buat.. puasa ko buat.. zakat ko suh laki ko bayar.. baju baru si MC ko belikan.. itu dh raya la tuuhh.. hhihi…
Allah bukan tgk persiapan raya kita.. tapi niat dan doa kita… tak semestinya yg pegi terawikh dan qiyamullail tu dapat lailatul qadar… yg penting kita sendiri tahu kesungguhan kita nk dptkan redha Allah… (aku yg tulis berkajang ni pon tak tentu lagik Allah pandang, takut tetiba niat aku mewar-warkan terpeson ke.. nauzubillah… huhuhuhu).
Mak Su > kan maksu kan..
13may > salam.. lama tak nampak.. terima kasih muncul sini.. hihihihi… dalam FB takleh bebel panjang2.. limited.. kat sini buleh karang berkajang2.. hihihihi…
Post a Comment