Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, August 27, 2010

Nuzul Al-Quran

HARI NUZUL Al-QURAN.

Ya!. Hari ini dah 17 Ramadhan. Sambutan Nuzul Quran rancak dijalankan sana sini.. termasuk di Masjid kawasan kejirananku ini... (marilah datang beramai-ramai malam ini untuk berbuka puasa, bertarawikh serta mendengar ceramah sambutan Nuzul Quran ini).

Tengahari nanti, sekitar jam 12.oo tengahari hingga 1.00 petang, perasmian Masjid Al-Mukhlisin akan di adakan... DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong akan datang merasmikannya.. (semalam sebahagian kawasan parking dh kena block utk kenderaan RTM.., pentas dan kerusi kuning pun dah tersedia..).. hihihi..

Alamak.. tersasar daripada tajuk cerita sebenar!!.. Oppsss... Astaqfirullahal'adzhiim..

Dikisahkan bahawa Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah (baca lanjut di sini).
(dan.. semalam adalah hari khamis malam jumaat.. malam 17 ramadhan... oh!..)..

Sedetik lagi, kita bakal melangkah ke 10 malam terakhir... MALAM KEMUNCAK!. Malam-malam yang amat dinantikan oleh yang menghayati Ramadhan... mencari satu malam yang TERLALU ISTIMEWA yang bernama "MALAM LAILATUL QADAR".

Bagaimana 'rupa' Lalilatul Qadar itu?. Sungguh aku terlalu ingin "MERASAINYA, MENIKMATINYA DAN MENGHAYATI KEHADIRANNYA".. DAN, ianya KEKAL SEBAGAI MILIK ALLAH YANG MAHA AGUNG...

Ya Allah... apakah aku mampu merasai kehadiran Lailatul Qadar-Mu itu Ya Allah?..

Samada aku mampu atau tidak untuk 'memperolehi nikmat Malam Lailatul Qadar' itu, ianya adalah rahsia Allah... dapat atau tidak, urusan Allah yang Maha Menetapkan segala sesuatu...

"YANG AKU MOHON, POHON DAN DOA TANPA PUTUS ADALAH KEAMPUNAN DARI ALLAH... KEREDHAAN-NYA kepada kehidupanku dunia dan akhirat... hidup dalam landasan Iman Islam yang bahagia.. mati dengan husnul khatimah... dijauhkan dari fitnah dajjal dan fitnah kubur... dilindungi dari azab api neraka.. DAN AKU MOHON DITERIMA ALLAH UNTUK MENJADI PENGHUNI SYURGA ALLAH serta dapat bersama kekasih Allah, junjungan umat, Nabi Muhammad Sallalahu alayhi wassalam bersama memberi dan menyambut salam Allah di akhirat kelak... AMEEN.. "

"YA ALLAH HU RABBI... MAKBULKAN DOAKU, KABULKAN HAJATKU DAN PERKENANKANLAH PERMINTAANKU INI YA ALLAH... AMEEN... AMEEN... AMEEN... YA RABBUL 'ALAMIN.."



16 comments:

anjang said...

bagaimana agaknya rasanya menemui lalitalul qadar...

Kak Anie said...

Semoga di Ramadhan kali ini segala dosa-dosa kita diampunkan...

zue said...

sy ada pernah dgr citer..klu pokok2 bergoyang2 dan seakan tunduk..dikatakan lailatul qadar sedang lalu. betul atau tidak waallahualam.

Mak Su said...

amiin... hati yg ikhlas, insyallah akan tertunai ingin nya...

Kaktiny said...

anjang > wallahu'alambisawwab... jawapan hanya pada Allah dan bagi mereka yang pernah merasainya...
- semoga kita berpeluang 'bertemu' lailatul qadar itu dan merasainya.. ameen.

Kaktiny said...

Kak Anie > ameen.. ameen ya rabbul 'alamiin.

Kaktiny said...

Zue > tiny penah dengar jugak camtu.. tapi.. wallahu'alam.. tak pernah saksikan sendiri, jadi, tak tahu la benar ke tidak..

Kaktiny said...

maksu > ameen.. semoga Allah perkenankan.. ameen.

iina said...

Salam nuzul quran.. Semoga kita perolehi apa yang kita hajatkan.. InsyAllah.. raya tahun nie.. aku suspek ko mesti raya sakan kan kan hehehe... wei nk tanya bungkusan aku ko dah pos ke?? bkn apa just nk tau jek ;)

ibundo said...

aminnnn...
semuga doa2 kita diperkenankan.

blackcardomompods said...

ada yang kata,mlm tu rasa tenang je bila lihat langit.harap2 kitapun dpt mlm tu.

selamat menunggu mlm istimewa itu!

@xiM said...

saya pun nak pohon keampunan dari Allah..semoga Dia mengampunkan dosa dosa kita..

Astaghfirullahalazim..

Kaktiny said...

iina > salam.. ya.. semoga semua yg kita hajatkan dimakbulkan Allah.. amiin..
Taaakkk… raya ni aku paling kurang persediaan… sgt2 kurang.. bungkusan ko tu esok baru laki aku poskan.. tgh tunggu satu ’mende’ yg akudh order.. lambat sgt tibanya..
Huhuhu... kalau tak sampai jugak hari ni, aku poskan jer la parcel ko tuh..

Kaktiny said...

kakpah > amiin kak..

Kaktiny said...

blackcardomompods > wallahu ‘alam bisawwab.. semoga kita menemuinya..
Amiin.

Kaktiny said...

@xiM > sama-sama kita dik… semoga Allah perkenankan semua doa kita di bulan mulia ini... aminn.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.