Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, October 31, 2008

ESOK!! 2 cerita

Esok aku akan berhadapan dengan peperiksaan yang TAK PERNAH AKU TERFIKIR AKU AKAN DUDUKI... STATISTIK!!!...

dulu matematik pun aku suku nyawa nak lulus (mujur lulus...) dan bila amik Degree.. sejauh mungkin aku cuba elakkan yang ada bab pengiraan... dan syukur DEGREE IN LAW tak memerlukan matematik dan tak ada subjek PENGIRAAN!!!.... dan syukur jugak aku grad ON TIME... sebab subjek law kesemuanya memerlukan pemahaman, hafal, analisa dan KARANG!!!... oooo... bab tu aku suker...

TAPI .. STATISTIK?... pe ke hal ler HR pakai statistik bagai nih?.. tak leh guna method lain ker?.. hish.. tensen betull..
oh ya.. tajuk entri kata ada 2 cerita... aah...

1) STATISTIK... esok FINAL EXAM STATISTIK.. (semoga aku buleh buat dengan tenang, mudah dan betul...)

2) Dr. I - platonic friend aku tuh... AKAD NIKAH ESOK...
Dr.I bakal menjadi suami orang... alhamdulillah... aku doakan beliau berbahagia sebagaimana aku bahagia dan inginkan kebahagiaan itu berkekalan...

hmm.. tahun depan seorang lagi 'sahabat' bakal melangsungkan perkahwinan.. J.. AKHIRNYA... benar2 beliau menyatakan kepadaku yang beliau akan menamatkan title bujangnya... dan gadis pilihannya org Johor.. (aik.. Johor gak... leh ler balik beraya ngan aku gak bila aku balik kampung abang nanti.. hihihi)...

Insyaallah andai ada rezeki, aku ingin mengadakan "reunion" kami bertiga bersama pasangan masing2... (dah sah2 aku menang.. sbb aku dah ada 2 orang anak... hahahhahahhahaha...)

J - aku - Dr. I.... hehehhe... lucunya mengenangkan zaman persekolahan... dan kini kita semua mempunyai haluan yang berbeza dan tidak seorangpun ditakdirkan bersama.... pasangan kita adalah YANG TERBAIK UTK KITA... aku yakin itu... telah Allah catatkan di Luh Mahfuz.. walau pelbagai kisah dan cerita antara kita bertiga.... namun kini... segalanya tinggal sebagai KENANGAN...

AKU DOAKAN KEBAHAGIAAN MILIK KITA SEMUA... aminnn.....

Monday, October 27, 2008

STATISTIK lagi

Seharian dari kul 11 pagi tadik aku ngan kaklong berhempas pulas menyiapkan assignment statistic yang ke 8 dan 9.. sedar tak sedar jam dah kul 5.30pm masa abang buat check up call..(alah.. bukan nak check pun.. sebab paksu aku datang beraya.. gelabah ler tu aku takder.. hohohohoho..).

Kaklong pun dah janji ngan kandanya nak pegi open house kul 6.. so, apa lagi.. packing ler kami nih... tapi alhamdulillah.. asgmt tinggal sikit jer lagik.. and esok review class.. NAK KENA COMPLETE AND COMPILE before saturday.. waaa waaa waaa... SABTU EXAM...

AKU TAKUT... serius AKU TAKUT... (exam lain aku tak pernah takut.. TAPI.. STATISTIK?...
(reen... tolong bakal kakak ipar awak nih.. hihihihihi.... hahahahha..... - tersedak reen aku panggil dia adik ipar... hahahhahahah.... - buleh ke reen?.. wink wink hehehhehe).

Saturday, October 25, 2008

OH STATISTIKKU...

Risaunyer memikirkan exam yang tak berapa hari lagi nih..
semalam kaklong dtg umah.. nak buat SPSS punya latihan.. tapi godek punyer godek.. tk dpt apa yang dikehendaki.. end up.. buat asgmt lain plak.. pun jenuh kira kali kuasa dua bagai.. pun cam confuse gak.. last2 kaklong kata.. kita sambung nanti2 lah.. lagi 15 minit kul 12tengahmalam.. tak larat dah weh..

nak buat hari ni, AKU FULLY BOOK sampai tengah malam ni (tokma, jadik yer kita hantar si reen tu ke KLIA)... nak buat esok, pun ada TUGASAN penting ke SEREMBAN tuh.. mujur isnin CUTI DEEPAVALI.. dapatlah habiskan seharian utk completekan asgmt statistik sampai asgmt ni. 9... (sembilan okeh... waaawaaawaaaa...)....

hari selasa ada review session... sah kena amik cuti.. hari rabu kerja.. khamis dan jumaat cuti... SABTU EXAM!!!... Oh... risaunya hati... STATISTIK oh STATISTIK...

(p/s : reen, camner ko leh amik PhD statistik dik oiii??.. meh ler ajar kakak ipar ko ni.. hahahhahahha)

Malam ni si reen dh nak berangkat balik UK.. khamis malam haritu dia dtg rumah.. tokma gi jemput.. tokma kalau bab "buru" org.. mmg laju.. dicari sampai jumpa.. heheheh... kagum betul dgn semangat tokma.. thanks reen, singgah ke alam yang damai ini.. hehehhe... (gambar tak upload lagik ler.. nanti lah kaktiny bubuh kat sini... heheheh)

Friday, October 24, 2008

Mohon Kemaafan

Aku tau raya dah nak habiss... hehehhe...
Entri hari jumaat.. macam baik skit ler kan.. hahahha.. (semalam punyer entri aku dah puas KEBABOM akak unibers kita tuh.. sapa lagi.. kak ungku @ diva unibers mmelatop hot pot soup tuh.. hahahhah)

Aku rasa (agaknyalahkan.. aku kan suka main teka semborono jerk an.. kalau betul tu betullah.. kalau salah.. lantak akulah kan.. hihihi)… start dari aku tutup blog sementara masa bulan 9 hari tu dan takde lagi komen2 aku ditempat kawan2 jugak aku LAMBAT atau TAK BALAS langsung komen rakan2 blog membuatkan RAMAI YANG KECIK HATI (MUNGKIN) dan terasa hati kat aku… agaknyalahkan…

Ada pihak yang tahu cerita dan ada pihak yang TAK TAHU MENAHU kenapa dan mengapa aku TETIBA DIAM.. pada teman yang rapat, ada yang call, sms, email, bertanyakan sebab dan kisah… mana yang aku rasa nak cerita, aku ceritalah.. pada yang tidak.. buatlah spekulasi sendiri.. (jgn kutuk sudah.. berdosa tau.. hahahhaha).

Oklah.. hari ni aku NAK MINTA MAAF kepada SEMUA orang... yang membaca, terbaca, curi-curi baca, sengaja baca, mmg minat nak baca, TERPAKSA baca (sbb nak JADIK penyampai berita..), dan sesapa sajalah yang lalu-lalang kat sini..

“AKU MOHON KEMAAFAN”.. tak kiralah samada aku sengaja, tidak sengaja, “ter”sengaja atau buat-buat tak sengaja, MENGECILKAN HATI KALIAN juga MEMBAWA SALAH FAHAM pada kalian semua...

Kepada teman-teman blogger... rentetan dari episod aku menutup blog sementara, aku ingin memaklumkan kepada kalian.. MASA AKU TERHAD... TIDAK SEPERTI DULU (zaman aku giler mengular cam nak mampus dulu tuh...), sekarang aku ada limited time utk berblog.. MAINTAINING PERSONAL BLOG NOT WITHIN OFFICE HOUR.. itu sahaja yang aku nak bagitau korang… (tapi bila waktu malam.. asal nak masuk internet jer.. si nureen tu akan mengaruk nak main komputer gak... dan kekadang CIK WIRELESS BROADBAND tuh.. akan BUAT HAL.. kejap2 semput.. geram tul.. penat taip entri panjang2.. dah ter’spoil’ tgh jalan…!!

Aku terima komen2 sahabat2 blog.. di antaranya RATU HATI.. (who are you my dear?)..
Sepanjang aku ‘tutup’ blog aku dulu.. mmg aku bermuhasabah diri… memikirkan kenapa dan mengapa semua ni terjadi.. END UP aku PENAT.. dan AKU MALAS nak fikir (fikir exam lagi bagus…)… tapi komen dari RATU HATI buat aku tersedar.. mungkin jugak ini kifarah, peringatan atau pengajaran utk aku…

Dulu.. (ni kisah kat kompeni lama aku dulu…), aku pernah baik dgn satu group nih… then, oleh kerana ‘seseorang’ ni agak ‘berpengaruh’ kat situ makanya kami ni ‘menurut perintah’ sahajalah… sehingga ‘seseorang’ ni ‘ada affair’ ngan ‘seseorang lagi’, makanya keadaan jadik sikit huru-hara bilamana ‘seseorang lagi’ ni tak suka ‘sapa-sapa’… dan aku yang group dalam ‘seseorang dan seseorang lagi’ hanya “menurut perintah” pada sapa yang mereka suka dan tak suka… dan aku pernah jugak kerana ‘berada dalam group mereka ni”.. ‘mem****kan’ seseorang (walaupun kononnya budak ni mmg problem lah apa lah itu lah ini lah… biasalahkan, org kalau tak suka..).

Betullah kata2 WHAT GOES AROUND, COMES AROUND… baru aku rasa bagaimana perasaan ‘dip****kan”… kesian.. (tapi lagi kesian kat budak tu sbb dia mmg takder sapa2 masa tuh... tapi aku at least.. BOSS IS ALWAYS ON MY SIDE… ALWAYS.. ALHAMDULILLAH…. ).. so, pasni.. aku nak kawan dgn semua org.. walaupun kalau org taknak kawan dgn aku…aku tak kisah.. janji, bukan aku yang mulakan segala tohmahan dan persengketaan (dulupun bukan aku yang mula, aku cuma pengikut yang mambabi-buta.. BODOH BETUL!!)…

Tapi, setiap yang berlaku, aku yakin.. ADA HIKMAHNYA… walaupun aku dah agak “KURENG” dgn bebudak **** tapi ALLAH ANUGERAHKAN AKU KAWAN2 BLOG yang hebat… (dan tika dan saat ini KAKLONG masih setia disisi aku.. sentiasa… I LUV YOU KAKLONG!!!)… dan jugak aku jadi lagi rapat dgn AKAK UNIBERS kita tuh.. sapa lagik kalau bukan kak ungku dan peminat2 FANATIK dia yang lain-lain tuh… (aku dah ada teman geng melayan tekak kat Johnny tu nanti.. yeehaaaa…)

Dan lagik.. AKU JADIK JIRAN TOKMA… dan kawan2 aku LAGI RAMAI.. sampai ke UK, US.. tak lupa gak yang kat JB dan merata pelusuk mesialah.. (oh akak suka-suka ku.. lama tak dengar berita..- tu cikgooden merajuk ler tu kalau aku tak sebut nama dia tu..)

Meskipun aku tak sebut nama sorang2 kat sini.. tapi percayalah.. kalian yang membaca, meninggalkan komen, menghantar sms dan email, benar2 menceriakan hati dan hari seorang aku… aku TERAMAT MENGHARGAINYA… cumanya AKU MOHON MAAF kerana tidak membalas atau meninggalkan komen pada kalian… mungki nanti.. bila LUKA ku SUDAH TERUBAT… (POYONYER AYAT)..

DAN AYAT TERAKHIR AKU…

SAPA NAK KAWAN DENGAN AKU SILAKAN..
SAPA TAKNAK KAWAN SUDAH!!!..
Aku tau korang tak perlukan aku dalam hidup korang.. kan kan kan…

Ingat tak lagu masa kecik2 dulu.. “tak nak kawan sudah, nama kau bedah, laki kau dolah, t**** kau sebelah…” wakhakahkahkahkahkhakhakhakhakhakkah…

(cis.... ayat kat atas, cam baik jer.. ayat last.. cam hampess....)

SEKALI LAGI…
AMPUN DAN MAAF DIPINTA ATAS SEGALA DOSA SAMAADA SENGAJA ATAU TANPA SEDAR TELAH DAN PERNAH DAN “BAKAL” DILAKUKAN… hihihihihi

Wednesday, October 22, 2008

Ngan Akak Unibers...

Mentang-mentang aku dah terror skit meng’upload’ gambo.. ni aku nak buat entri cerekarama bergambar plak.. hihihihi Aku pi detin ngan kak ungku.. (dia yang pada dasarnya nak gi interview tapi ’sekerat jalan jer’.. – tak jadik pegi ler tuh..).. Janji nak amik dia kat depan Isetan KLCC... 7 kali gak ler aku tawaf jalan KLCC tu sementara aku menunggu MISS DIVA UNIBERS kita tuh turun dari KLCC.. (akak pegi watson beli barang ker or pegi interview?.. lama bebenor org menungg weh...). Ini ler ropa org yang TAK NAK PEGI INTERVIEW tuh… (kak ungku nak pi interview pakai baju kurung?.. KAK UNGKU???...oh TIDAK!!!!).. wakhakhakhakahkahkahkahka…


Dek kerana janji nak makan asam pedas linda onn.... dan… dah janji ngan kak sepi gak sebenarnya... makanya pi ler ke ampang.. Sementara tunggu kak sepi dtg, ronda2 kat tesco.. masuk ler satu kedai nih.. dalam menengok bantal2.. di rak di bawah.. ada org tu teringin nak ”TENGOK” bantal rak atas.. kak unibers kita dok menilik bantal di rak2.. (BACA : perhatikan kedudukan bantal pink)..

Gambar di atas adalah kedudukan bantal yang disusun di rak… diikuti gambar dibawah.. orang itu tengah “memikirkan”.. APA YG DIFIKIRKANNYA??.. mungkin… “camner aku nak amik bantal kat atas tu HAH?”… wakahkahkahkah…


Ok.. habis bab ukuran ketinggian rak.. kengkonon nak makan kat asam pedas.. tapi kak ungku kata ada teman blogger yang sentiasa meracuni fikirannya dengan cerita-ceriti KLUANG STATION kat tesco.. makanya.. kami beralih arah.. (aku dh suntik racun lain sebenarnya kat akak unibers kita nih.. hahhahahha... tu yang dia ubah fikiran gak tuh..). Makanya, makanlah kami di sini...


Kak Sepi datang.. lihat sipi2 gambar mereka itue..

Oklah.. oleh kerana tadi gambar sipi… ni aku BUBUH GAMBAR BELAKANG… Apa yang anda lihat? Apa pandangan kali pertama anda? Aku nampak... TAK BALANCE.... bila Erra Fazira jalan ngan Mila.... WAKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH....

Berakhir hantar kak sepi.. kami menerjah tempat IDAMAN KALBU aku.. tempat di mana aku ni PEMEGANG SAHAM utamanya!!!... (tempat yang aku dah racun kak ungku supaya jgn makan byk kat kopitiam tadik... hihihi) Nak tau kat mana?.. hihihihi... ni ler dia...


Mmg feveret aku... nak wat camner.. kan kan kan.. walaupun utara selatan perjalanannya.. sanggup ku terjah jua.. Dan ini aksi BLOGGER OTAI.. setia ngan henpon kamera dia tuh...

Ni mangkuk dia yang ketiga.. percaya cakap aku.. jgn percaya ckp dia.. ni mmg mangkuk yang ketiga dia tambah… SUNGGUH!!!!...

Dan ini plak… MASA NI BARU DIA OFFER AKU SHARE?.. tinggal sudu jer.. chessss……. Konon perisa coklat 2, vanilla 1 (sebab aku tak makan ice-cream coklat… TAPI TIGA-TIGA DIA BALUN SORANG… bluweaakkkkk…).

Dah settle bayar-membayar.. kak ungku korang tu kata nak gi “femes the emes” tuh…, kuar dari Johnny.. MENONONG jer dia ke arah escalator.. aku pun confuse.. tanya dia nak pi mana?.... aku rasa tadi dia nak ke femes emes.. tapi naper dia nak naik escalator?.. nak pegi parkson ker?.. dengan muka CONFIDENT LEVEL TAHAP DIVA TERLAMPAU.. dia kata.. “nak ke situ lah”.. aku kata, “famous amos kat depan tu ler.. bukan kat atas, akak nak pi mana?”.. then dgn SELAMBA DIVA TAK BERSALAH nyer.. dia berjalan straight menuju ke femes emes tuh... BENGANG SIOT aku tgk muka CONTROL DIVA AYU AKAK UNIBERS tuh!!!.. sikit pun takder rasa “BERSALAH”.. aku plak yang rasa aku SILAP tunjuk jalan... PEHGH.. konfiden level yang amat memberansangkan betul.. MMG DIVA LAH!!.. (kakpiah.. ko setuju ngan kak tiny kan kan kan… hahhahahahhah)…

Abis kuar dari ALAMANDA POJAAN HATI BETA tu.. makanya kami pulang ke alam yang damai dan tenteram tuh.. HAH.. kali ni kak ungku berjaya LEPAK di umah no.23.. Tengok lah aksi DIVA MELEPAK CAM TAPIR KENYANG TUH... HAHHAHAHAH...(henpon ttp ditangan melayan ’peminat dan pengikut’ setia.. hihihihi).
Anyway.. best ler kuar ngan DIVA UNIBERS kita nih... hihihihi


Monday, October 20, 2008

Open House Raya - Sabtu punya story

Adoihaii.. mana aku nak mula yek.. banyak cerita oooo..... (kaklong kat depan aku ni dok khusyuk buat statistic – oleh kerana aku dah siap asgmt tuh, makanya aku maleh nak pikir .. hari ni otak aku penat gilersss... jadinya aku aahh.. ye ye.. dak dak kan jer lah apa yang kaklong cakap.. dia pun cam letih jer aku tgk...) – kasimpulan study malam ni.. info ciput gilers... BADAN DAN OTAK AKU PENAT WEH!!!.. (maunyer tidak... sabtu, open house umah aku dari kul 12 pagi – 12 malam; ahad, open house umah boss, aku dari kul 9am sampai 7pm; hari ni, open office... tak ke rasa cam nak melayang atas katil beralaskan bantal yang empuk cambulu dove jer rasanya... aci tak?.. aci lah kot kan.. uish.. ngantuknyer...)

Oklah... entri ni, aku citer pasal Open House umah aku sabtu lepas...

Jemputan aku start jam 12 tengahari… tapi masa kul 12 tuh, abang ngan adik ipar still dok menukang lagik alas meja kat luar tuh.. aku dah rimas dan lemas dah… (tu ler.. bukan nak buat awal2… - isy aku nih.. diaorang nak buat tu pun syukur dah.. byk songeh sgt,… hang pi ketuk sendiri.. entah bila tahun buleh siap… ni semua gara2 pakcik canopy tu tak hantar alas meja sekali.. grrrrr....)

Tapi selamat jam 12 pm tuh, still kosong lagik.. (yang kat dalam umah masih dok kelam kabut carik bekas kuih… adoihaiiii…)…tak lama pastu, satu battalion sampai… syahadan, elly, (dan anakku sufi itu…) dan family datang… sian elly… tak pasai2 kena jadik buruh paksa-rela mak dan kakak aku – mintak tulun lap botol dan masukkan kuih.. (ampun elly.. ampun…).. tengokler elly yang rajin tue.. dah jadik ala-ala tuan umah dah.. shahadan tetap setia ngan laptop dia...

Dah siap.. depa pi depan bantai makan apa yang terhidang.. pastu kawan opis aku lak sampai.. (skip kawan opis…opsss…).. aku citer pasal kawan blog jer lah yer… hihihi…

Lagi yang hadir… abang wafa (pengantin baru itu…), yang sikit hari lagi macam berhajat nak jadik jiran aku jer.. (abg wafa, umah hujung tu kosong lagi… nak tak?... ok tuh.. leh berjiran.. mas pun cam dah jatuh hati kat area umah aku nih.. hihihi… jom ler berjiran… jom ler…).

Tgh layanz abg wafa.. dpt calling dari cik puan unibers ala super top hot diva dan beg tangannya serta lascar chintanya yang dua ketui jer ikut (selamat si buah hati perut gendut… oppssss… jgn mare anjib… pun ikut sama.. aku mmg dah lama teringin jumpa anjib in-person.. mana tau kot dpt jadik besan kak unibers kita tuh.. hihihi... alamak.. anak pompuan aku sorang jer.. aku nak berbesan ngan tokma gak.. nak kena beranak lagi ler camnih... HAHAHHAHAHAH...), kak unibers tu tepon aku… kengkonon nak bgtau takleh mai.. (tapi dlm tepon bunyik cam dlm kete jer.. takpelah, diorang kan mmg dah ‘kemaruk’ nak kena kebabom aku.. dah sedas dua aku bagi.. nampak tersengih ‘madu’ merah cik puan diva unibers kita tu parking baiiikk jer kat depan umah jiran aku..… pastu turunler VVVVIIIIPPPPP tuh.... sapa lagik kalau bukan kak ungku and ady tuh…

Depa dari umah kaklong rupanya.. (aku dah agak, mesti kena tahan ‘imigresen’ kat simpang tadik.. tuan umah no. 1 – tokma - mesti blok laluan punyer… sib baik diorg pandai ngelat.. mai umah aku dulu… hihihi.. ).

Kak Ungku membawa bersamanya KEK LAPIS DIVA UNIBERS HOME MADE yang MAHA KARYA MARBELES DAN UNIBERS yang AMAAAATTTTTT HEBAAAATTT rasanya...!!!!!...bukan nak bodek tapi mmg kenyataaaaaannnnn sesangaaatttt.... (p/s : abah najwa, kalau ain buleh buat cam kak ungku buat kek lapis ni, mmg satu liverpool tu beli punyerlah... SEDAP YA RABBI... ) - sedar tak sedar, aku ngadap sorang jer 1/2 daripada yang kak ungku bagi kat aku tanpa gangguan org lain.. wakhakahkahkahkah.... meh aku tayang gambonyer kat bawah ni... (tahun depan aku nak RAYU DUMBA LAGIK.. kalau tak jalan rayuanku.. AKU NAK MENGANDUNG.. coz, kalau ngidam.. SURE KAK UNGKU TAKLEH SAY "NO" utk TAK BUATKAN AKU KEK MARBELES NIH!!!... hahahhhahahah)

Dah habis sessi simpan kek lapis aku tuh... aku suh kak ungku ke depan... menjamu perut.... dan aku biarkan mereka menikmati juadah.. aku layanz ler yang dtg bertandang cam cendawan membiak tuh.. satu group per satu group… cis.. patut cik abang steady jer… semua yang datang tu kawan aku jer weh… wakahkahkahkahakha.. AKU GILA KAWAN WEH!!!!...

Then, group kak sri diah sampai bersama-sama en.basri (aku dh salah ‘faham’ – tu ler pekdahnya kalau nama blok lain dari org…) – ropanya, si dugongsenyum… sib baik perkenalkan diri.. ok ler tu kan.. ampun en.dugongsenyum.... borak ngan kak sri diah.. (aku minat gilers buku-buku citer dia nih...) and layanz en.dugongsenyum and the family makan…

maksu anak beranak datang... patutler maksu dok 'berayang anje cuppy cupcakes strawberry' segala dgn paksunyer.. paksu sporting giler... baby w pun ada.. best tul...

Habis satu group nih.. dtg plak si masy and the group anak dara- anak dara vogue (nak tgk gambar.. silalah pergi ke blog masy..)..

Kebetulan masa si masy dtg, jiran aku – warga Nigeria tuh pun dtg… aku nak suruh ler semua makan..

aku nak sebut 1) Help Yourself; (2) Self Service…

Ya Rasul.. gegara letih, langsungnyer TERSYAHSYUL AKU SEBUT…. “SELF YOURSELF!!!!” dengar dek masy yang kecoh gamat tuh.. di bahannya aku sampai senak-senak perut bebudak lain mendengarnya… siap dia kata TEMA AKU IALAH “SELF YOURSELF”.. (siot ko masy.. memang ko nak kaktiny hadiahkan 8 biji M16 kat ko tow!!!..)

Dah jenuh berkuntau berkarate berperang mulut ngan bebudak sumer tu.. diorang pun mintak diri.. dlm gadis2 melayu terakhir tu dok melenggang ala mak limah balik dari pasar tani ke arah sebelah kanan jalan.. datang pulak satu group tetamu baru – kak piah and family + satu group tetamu lama – sapa lagik, kalau bukan kak ungku (yang kureng dah kedivaannya petang tuh), datangnya mereka dari arah sebelah kiri jalan…

Makanya berjumpalah ketiga-tiga group tetamu tu.. (chek ler gambo kat kakpiah..)

Suasana alam damai petang tu “tercemar dgn suara-suara gemilang” dari wakil dari setiap group tadik.. (KONON KATA AKU SORANG PA SYSTEM HIGH VOLUME JENAMA SAMSUNG FIRST CLASS DEGREE KOONNNOOOONNN....rotweiller sebelah umah aku tu pun takut nak melalak kat ‘group nih’.. mesti dia kata “buang karen aku melalak, kalau sora depa semua lagik power dari sora aku.. aku melalak pun bukan diorang dengar...” ) – patut aku tak dengar sora rotweiller sebelah.. wakahkahkahkah...

Habis beraraknya group si masy.. kak piah anak beranak start makan... ditemani oleh battalion gegar gempita tuh.. yang anjib matanya aku tgk dah suku nyawa ikan dah.. dan

Akak unibers korang… SUNGGUH - mmg rambut nya.. dah tak unibers beb….nampak 4 5 helai rambut dia melekat – sebab terlekat air liur basi, gara2 ‘landing’ baieekk kat umah tokma…- tak percaya, korang check kat ler kat blok kakpiah dan masy…

Ady ngan kak ungku siap ingatkan aku ‘janji melayu aku’ – nak tapaukan kat sapa yang datang.. (biasalah kan, kalau dah janji ngan diorang ni.. bukan nak BUAT-BUAT LUPA atau MALAU-MALU KUCEN!!!... siap nak ‘check balik entri aku tuh.. nak buktikan janji aku!!.. p/s : taknak printkan terus?.. hahahahhahahahhahhaha)

Aku, mmg dah awal2 siapkan bungkusan utk nak menapau nih.. tak caya.. ni aku letak gambar nya… mmg dari dapur umah aku K…


Layanzler aksi org menunggu bungkusan tuh.. hahahhahahhahah….. wakahkahkah…




Habis part diorang… malam skit datang pulak kaklong dan kandanya… terharu aku kaklong datang jugak walaupun umahnya pun dah diserbu adik beradik dan sahabat rapat sepetang tadik.. aku GERENTI… balik umah, kaklong dan kandanya.. salin baju tido, terus.. ZZZZZZZZZZZZ….. tul tak kaklong?..

Habis kaklong balik.. aku sibuk melayanz sedara2, bebudak opis abang jugak kawan2 lain yang datang…

Dah kul 11.30 malam… trip family last dah balik.. elok aku bai bai bai.. jer... langkah masuk umah.. abang panggil aku, si biru datang.. kata abang.. sapa lak?.. MASYAALLAH!!!... Aliff dan si motor birunya datang!!.. kesiannyer aku tengok dia... LENCUN.. TERHARU BAGAI NAK NANGIS aku tengok dia... kesanggupannya meredahi belantara hujan yang waima lebat dari tempat dia (ntah dari pelusok dunia mana dia ni terbit hah?!!) - lencun selencunnya.. basah kuyup.. menggigil dia... matanya disebalik spek matanya itu, aku tgk DIA PENAT!!.. aku rasa, banyak PENAT budak nih..

Aku suh dia makan.. TAKNAK!!..SEJUK MENGGIGIL katanya.. aku bagi air sirap tu jer lah.. minum sambil sembang.. sian plak aku kat budak sorang nih.. walaupun mata aku dah bagi “times up 18 kali dah”.. tapi kesayuan dan keterharuan aku melihat kesanggupannya datang, buat aku gaghkan mata dan hati melayan cerita dia… (Aliff.. ko memang BETUL-BETUL kenakan kaktiny yer… nak jadik org terakhir.. mentang2 kaktiny bukak sampai kul 12.00 tengahmalam… betul2 ko jadik penutupnyer yer… )

Kul 12.30am baru dia balik.. kul 1.30am baru aku dapat sms dia kata dah sampai umah.. ALHAMDULILLAH...

ITULAH SEDIKIT SEBANYAK PERJALANAN RAYA OPEN HOUSE AKU...

Tapi AKU BERSYUKUR SANGAT.. sebab semuanya BERJALAN LANCAR..

Hohohohoo.. TAK HABIS LAGIK LER!!!...

Aku dapat SMS dari beberapa org… (takyah ler aku sebut, korang tau sendiri ler.. kalau dah nama korang tak der dalam senarai yang datang di atas..)... memberi seribu juta ratus billion zillion trillion ALASAN tak dapat datang... aku OK kan jer lah… takder jodoh nak jumpa.. nak wat camner kan kan kan…) - blueeakkk... blueaaakkkk... hohohohohoohoho.... hehehehhehehe...

OK … DAH HABIS.. heheheh

TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA KAU PERMUDAHKAN DAN LANCARKAN MAJLIS KAMI…

Terima kasih wahai tetamu-tetamu yang sudi singgah di teratak santai kaktiny korang yang rasanya SOUND buleh dengar sampai umah tokma nih... (sukalah kak ungku dengar aku ngaku sendiri tuh.. cis cis cis..)


Bak kata ustaz yang bagi ceramah hari tu.. “ tetamu yang datang membawa 2 perkara:

1) membawa masuk rezeki dan rahmat kepada tuan rumah...

2) membawa keluar dosa tuan rumah..

jadinya aku nak berterima kasih sesangat kepada semua yang hadir.. terima kasih sangat-sangat... (eh.. aku tuan rumah kan... betul kan.. syukur syukur..).. aku teramat menghargainya.. TERAMAT-AMAT....

Kepada yang datang… JANGAN SERIK YER...

kepada abang bear : tak kuasa tiny nak post gambo menu2 tu semua... sapa suruh tak datang... hahahhahahahha.....

PENATTTT!!!!!!!!!!!!!!

AKU ADA BANYAK STORY NAK DICERITAKAN... BANYAAAAKKKKKK... PASAL BANYAK BENDA.. (TERUTAMANYA PASAL RAYA DAN OPEN HOUSE LERRRRR!!!!...)

TAPI AKU PEEENNNNAAATTTTTTTTTTTTTTTT....

MALAM NI LAH AKU UPDATE!!..

(eh eh .. kaklong nak datang umah study statistik.. takpelah.. aku menyelit taip entri sambil study.. buleh dak kaklong?.. hehehehhehe)...

Friday, October 17, 2008

JANGAN LUPA - JEMPUTAN RAYA

JANGAN LUPA DATANG ESOK TAU!!!!...

KEPADA YANG TELAH DIJEMPUT DAN YANG SINGGAH DI SINI SECARA SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA... YANG MANA KENAL BLOG KAKTINY ATAU MELINTASI, SILENT READER, ANYNOMOUS, ATAU KENAL MELALUI BLOG TEMAN-TEMAN BLOGGER LAIN...

SILALAH JEMPUT DATANG KE RUMAH YER...

Thursday, October 16, 2008

fakta atau auta

Hari tu aku kata nak menamatkan 'cerita' dan nak berkawan dengan semua semula... memang aku tekad nak jumpa pihak-pihak yang 'jauh di sudut hati aku - aku 'mengesyaki' mereka.. dan aku memang minta maaf pada mereka tak kira sapa betul sapa salah...

AMAT MEMERANJATKAN!!!... apabila aku bersemuka dengan pihak-pihak ini, satu-satu cerita yang aku dengar... membabitkan pulak pihak lain yang MMG AKU TAK SANGKA terlibat dan juga pihak lain lagi YANG MEMANG TAK LANGSUNG (AKU RASA) ADA KAITAN DENGAN KISAH SEMUA NI...

betul kata abang.. adakalanya TAK PERLU TAHU KEBENARAN... kerana IA BOLEH MENYAKITKAN... AGGHHHHHHH..... TENSION....

tapi oleh kerana aku dah set dalam kepala HOTAK aku ni yang aku akan dengar jer apa cerita dari pihak-pihak lain tu.. makanya aku dengar jer lah dan aku taknak DENDAM pada sesapa.. cumanya.. apabila NAMA-NAMA pihak lain yang TAK ADA DALAM SENARAI 'SYAK' aku at the first place tu keluar... AKU JADI BINGUNG.... YA RABBI.. ramai ker yang tak suka kat aku?.. teruk sangat ker aku nih????... kaklong, kak ungku, ady, aliff, tokma, akak Pah, Kak Sepi, kamar, maksu dan yang lain-lain yang pernah jumpa aku 'in-person'... teruk sangat ker aku nih?.. (pada yang belum kenal aku tuh.. kalau korang taknak kawan atau taknak kenal aku, masih belum terlambat utk tarik diri.. )...

AKU JADI TAKUT UTK BERKAWAN.. sebab aku kalau kawan dgn org.. aku ikhlas sgt dan aku sayang kawan2 aku.. (kalau tidak mak aku tak ler buat ayat "hang, kalau demi kawan, JILAT P****** pun sanggup"... oooo bisa oooo...).

Cumanya.. bila benda ni jadi.. aku semakin bingung sangat... bila lagi banyak FAKTA yang aku dengar.. lagi banyak AUTA yang aku kenalpasti... perkara yang tidak.. di ada-adakan.. dan perkara yang lain maksud, diputarbelitkan jadi maksud dan pemahaman yang lain dan difahami dengan cara yang lain... YA ALLAH... apa semua nih?...

Entahlah.. aku tak paham.. betul-betul tak faham.. aku yang pada dasarnya 'merasakan' yang ada pihak-pihak tertentu cuba nak 'jatuh' kan aku dan 'bencikan' aku... TURN TO.. kononnya aku yang bencikan seseorang dan 'menganiaya' seseorang.. YA TUHAN...

UNTUK SESEORANG ITU... AKU NAK NYATAKAN DI SINI:
"SUMPAH DEMI ALLAH AKU TAK PERNAH TERNIAT MACAM TU DAN TAK PERNAH ADA NIAT UNTUK ITU... TAK PERNAH!!!... kalaupun apa yang 'you' dengar pasal cerita-cerita tu.. TAK PERNAH TIMBUL MAKSUD MACAM ITU... TAK PERNAH... (you are one of my best friend and I'm so sincere to befriend with you, never come across my mind to do spmething "STUPID" as what 'per-say'... I'm not that CRAZY to do that kinda 'bullshit' things... HELLLOOOO)..
(patutlah dlm rules of law kata - hearsay evidence is not an evidence..)

Betullah kata org... cerita 'mulut ke mulut' ni mmg bahaya... FAKTA boleh jadi AUTA.. dan mendengar cerita dari satu pihak juga BAHAYA.. kerana banyak FAKTA tersembunyi maka AUTA yang dipercayai... ASTAQFIRULLAH...

CUKUPLAH... aku dah tak nak tahu apa-apa FAKTA atau AUTA.. lagi banyak yang aku tahu.. lagi 'seksa' perasaan aku... (dan aku takut aku timbul dendam)... NAUZUBILLAH!!!....

SUDAH KAKTINY... hidup mesti diteruskan.. warna kehidupan kan pelbagai.. dan hitam juga kelabu tak terkecuali... mungkin sekarang musim 'jerebu' dalam diari kehidupan aku... aku nantikan cerah di hari esok...

SUDAH SUDAH.. AKU TAKMAU TAU APA-APA DAH!!!.... aku nak pi buat kerja dan nak kena buat preparation untuk event (rumah terbuka aku.. datang ler... datangler... datangler...)... juga nak completekan assignment statistik aku dan juga aku nak study (lepas ni ler..) statistik aku.. (kita set time ya kaklong... ) dan habis exam.. aku nak ENJOY dengan KAKLONG!!!... yeehaaaa.. an-grey an-grey.. yeeebbaaa yeebbbaaaa... (eh eh.. belum boleh horraaayyyy lagi.. exam belum lagi daaaa....)....



Tuesday, October 14, 2008

Cakaran Beruang

(JEMPUT DATANG RUMAH RAYA KE-18 - Sabtu.. lihat JEMPUTAN RAYA).

Ustazah N******* bagi ceramah pasal ‘cakar rimau’ yang boleh mengundang ‘bahagia’ antara suami isteri..

Aku pulak nak bagi story pasal ‘cakar beruang’ (bukan abang bear tau.. bukan bukan bukan.. tidak ada kena mengena dgn abang bear yang cute lagi comel lagi baik lagi hensem tuh.. hihihi)…. yang mengundang perit di hati aku…

Story aku pasal ‘cakar beruang’?.. hihihi.. aku terkena ‘cakar ber’orang’…. apa cerita yer?.. oleh sebab aku PASTI DAN TERAMAT pasti.. ada ‘org org dan org’ lain selain daripada kengkawan blog aku yang MENGIKUTI PERKEMBANGAN BLOG aku.. makanya.. aku KIV sesetengah perkara... aku remain ‘belayar dalam kesamaran’... (cam tak kena jer ayat aku tuh.. agh.. lantakler...)...

Cumanya.. aku nak tulis jugak skit... utk kenangan aku ‘suatu hari nanti’ dan untuk renungan aku ‘ setiap hari’ dan sebagai ‘peringatan’ kepada aku setiap minit saat dan ketika..

‘cakaran’ yang sakitnya sampai tulang temulang... tak sakit sangat kalau teddy bear atau panda gumuk yang cakar.. tapi kalau datang daripada yang dipercayai dan yang dihormati, pasti sakit kan... umpama cinta dikhianati, umpama kasih diracuni (tapi itu semua lagi sakit dari kena cakar nih.. kan kan kan...).. tapi ada iras2 ler.. cumanya aku bersyukur sebab.. mengajar aku erti sebuah “HUBUNGAN RAKAN, KAWAN, TEMAN dan SAHABAT..”, sama makna, berbeza maksud.... tafsirlah sendiri... pastinya ramai yang pernah merasainya... bukan aku sorang...

Allah lebih mengetahui.... kepada Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali.. so, apalah sangat setakat manusia manusia hipokrit dan tak ‘bertamadun’ camtuh utk difikirkan dan dikenangkan.. sedangkan aku ada ramai lagi yang mengasihi aku dan yang perlu aku kasihi dan beri perhatian…

Yang PALING PENTING tika dan saat ini… AKU NAK KENA SIAPKAN ASSIGNMENT STATISTIK… dan AKU NAK TUMPU PADA EXAM yang JUST AROUND THE CORNER… awal bulan 11…. kaklong.. kompem mai umah aku k… (aku tau hang takleh buat asgmt kalau aku takdak.. kan kan kan... hihihihi...) – lepas tu kaklong... KITA ENJOY k....

Friday, October 10, 2008

kutuk

(JEMPUT DATANG RUMAH RAYA KE-18 - sabtu.. lihat JEMPUTAN RAYA).
Aku bukan nak kutuk sesiapa hari jumaat bulan mulia ni..

aku cuma sedih.. dan sedih dan sedih lagi.....
sedih mengenangkan apa yang jadi.. lately, bila hari jumaat, mesti aku rasa camni.. sbb dulu, hari jumaat, hari yang panjang rehatnya, aku akan 'berjoli' katak di luar.. tapi sekarang.. hari jumaat aku ditemani "Mr.Leapord dan Ms. Top" berdua lebih baik... (mujur tengahari line maxis nih okeh skit.. kalau tidak, nak jer ngadu kat anak tokma... hihihi)

kesedihan dan kemurungan aku... huhuhuhuhu..
aku tak tahu nak cerita pada sapa.. akhirnya.. aku hanya nampak sorang je utk cerita pasal ni.. ABANG...

sembang dgn abang buat aku realise byk benda.. (kalau aku 'the motivator'/counselor', sure aku cakap benda yang sama gak.. tapi sebab aku yang berada di keadaan "murung" nih.. makanya, aku jadi pendengar setia jer lah....)

Antara kata2 abang...
1- 'redha dgn apa yg jadi..'
'2- 'dugaan Allah pada kita mungkin hidayah kepada ibu bapa, anak-anak, atau adik-beradik kita..'
3- 'pada orang yang 'menganiaya' aku dengan NIAT tuh, mungkin balasannya bukan pada orang tu, tapi kena pada anak2, isteri, ibu bapa atau kerjaya dia..' - yang penting aku tak der niat macam tuh..
.... dan banyak lagi yang aku rasa.. setiap pakar kaunseling akan cakap benda yang sama... aku pun cakap benda tu gak kalau nak advice orang...


tapi satu yang aku suka ayat abang.. katanya.. lepas ni kalau nak cerita apa2 (@ kutuk / mengumpat atau mengata ler tuh.. ), jangan dengan kawan.. dengan abang jer.... biar kalau kena balas esok, abang ada dengan leen jugak.. sebab abang dengan leen yang mengumpat... nak kena makan daging orang tu pun, abang share dengan leen... so, pas nih.. nak cerita apa2 pun dan pasal sapa2 pun.. dengan abang jer.. tak yah dengan orang lain.. (phegh.. terus aku jadi takut weh.. azab NERAKA mengumpat tu kan 'perit'.. huhuhuhu... abang 'smash' aku dalam diam siottt...)

sekarang aku nak bina semangat baru.. bak kata seseorang1 dulu.. YANG SUDAH TU SUDAHLAH!!!... jadinya.. aku benar2 nak SUDAHKAN benda nih.. aku taknak cari "SAPA PUNCA MASALAH".. tapi.. aku nak cari "Jalan Penyelesaian Masalah".. meskipun kalau aku yang terpaksa menebal muka memohon maaf.. aku redha.. asalkan aku tak terbawa dengan api dendam yang tak berkesudahan ini...

aku nak berkawan dengan semua semula.. (kalau diorang taknak kawan dengan aku.. takperlah.. JANJI BUKAN AKU YANG MULA - dan PART AKU DAH SETTLE!!! - selebih tu "LU PIKIRLAH SENDIRI!!!").. aku lagi takut balasan Allah daripada nak kenangkan dan sedihkan pada apa yang org buat pada aku... (kalau tak wujudnya aku, maka tak jadi le masalah ni kan.. jadinya, aku penyumbang kepada permasalahan ini jugak dan aku punca yang buat org org atau org tu tak suka dan benci atau dengkikan aku.. - kalau aku TAK WUJUD.. tak der lah masalah ni berlaku... betul tak?..).. setiap orang ada bahagiannya masing2.. nanti kan sahaja.. (sekurang-kurangnya AKU INSAF DIRI.. bukan lempar batu sembunyi tangan...).

aku sayangkan kawan2 aku.. sebab bagi aku, setiap pertemuan ada keindahannya.. dan setiap perpisahan, adalah keperitan... (yang pasti kita semua akan berpisah.. tapi bukan sengaja "memisahkan"..)...

Monday, October 06, 2008

JEMPUTAN RAYA

SALAM SEMUA..

(TERISTIMEWA kepada nama yang tertera : abang long, ady, Akak (Kak Pah) , aliff , Dr.Shah , en. Bear , kak sepi , kaklong (m) , kamar , maksu , Ros , rudy bluehikari , tokma, ungku nor , Wafa , jowopinter ,ladylikeme ,Liyana , maklang , mamaranggie (iera) , sastri , si ahmoi cute , fahmi , ikmal , izwan - khai , abahnajwa , bashri , chinta (UK), cik ayu , cik azza , cik bunga rampai , cikgooden , cikgujawe , cikguzue , combi , danielle_corleone , Dr. Hannan , dugongsenyum , dukeamienerev (citer seram) , eedany , eisraa , en.13may , en_me , fahmi , flurryblurrybubbly, g.o.r.o , gdiz (ns) , genies , goboklama (qisst) , hazelsyd , hertiny , iina , Intanizani , intanrosnita , kadok , kak kamsiah (kulim) , kak sri diah , Kak Teh, Kaklady, kakzue , kamato , King , kingbinjai , KV , Lady potpet , LaTahzan , mabrood , madulebah , manje , marjerin , masni qisrinie , masy , miim , Mr. Po , mr.ad3ck , nat , neezashahril , neezie , OD , omong bozzo , pencintabuku , penyubiru , reen , ryann , saudagar garam, scarlett (cikgu) , bima-sakti , Suara (Su) , suemuim , tasikmerah , thafiexq , ctnik, tie, tokrimau , tongkangbocor , ustadz , whitetulip , xmud , Zabs (Uncle) , Zino, hidayah) - HAH!!.. tuh nama dah ada.. kalau tak datang mmg KENA KEBABOM NANTI!!!!....

Terlebih dahulu kaktiny nak ucap SALAM AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pembaca-pembaca blog kaktiny dan kepada rakan-rakan blog yang dihormati dan dikasihi dan disayangi dan dirindui dan macam2 ler...

Sebulan "berdiam diri" mencari cahaya keinsafan dan datangnya syawal membawa sinar dan harapan baru.. (macam poyo jer ayat weh.. gelakkan aku.. hahahhahahhaha - tapinyer.. mmg rindu giles oit nak memblog.. setiap hari rasa cam duduk ngan cacing kerawit jer nak kembali aktif cam dulu.. tapi mmg keadaan sesangat tak mengizinkan.. nanti-nantilah kaktiny sambung 'mengecohkan' keadaan cam dulu2 balik yer.. cumanya sekarang mmg SLOW THE MOTION (ker emotional..??? bluweaak...) utk memblog ni.. pssttt... JANGAN LUPAKAN KAKTINY YER... huhuhuhu.. sob sob sob.. layan jiwang karat ler plak time2 raya nih... podah 14 kali...)

Oklah.. malas nak karang lebih2.. nak staright to the ampang point jer..

InsyaAllah kaktiny cadang nak buat OPEN HOUSE untuk semua kengkawan (merangkap House Warming ler tuh..), kepada semua yang jadi dan sudi nak jadi kawan kaktiny... (yang rasa2 nak jadi musuh tu pun WAJIB gak datang sebab ni ler peluang nak BERMAAF-MAAFAN.. kalau tidak lain hari tak tentu lagi leh nak minta maaf secara TERBUKA.. kan kan kan...).

Bawakler sekeluarga, sekampung sebandar pun takper.. (duit raya eden tak janji okeeeehh....)

Tarikh : 18 Oktober 2008 (Sabtu)
Jam : 2pm hingga 6.00pm (nak datang 2 pagi pun buleh gak.... leh tulun basuh pinggang mangkuk periuk belanga terus..)

(psstt... abah najwa, chinta, iina, kak neeza shahril, cikpuan kesum, lady pot pet, ikmal, dan lain-lain yang jauh2 di mata di seberang laut bukit bukau gunung ganang tuh.. KALAU BOLEH.. KALAU BOLEH ler.. jemputler datang yer... walaupun harapan tu nampak cam TIPIS jer kan.. tapi nak gak jemput... jemput-jemput cokodok ke jemput ayam ke, jemput penyu ker.. tak kiralah... nak jemput gak..)

Yang dekat dekat ni (setakat seremban, sebelah tesco ampang, ulu langat, tasik permaisuri, tasik selatan, bandar tun razak.. nak plak jiran umah no.1 tuh..), yang kat banting tu pun bukanlah jauh sgt pun kan kan kan... KALAU TAK DATANG.. MMG LER.. MMG LER.. MMG LER... MMG NAK KENA BOM ATOM 14 DAS..

Yang dah ter'lanjur' datang ke KL ni.. (plak tu datang area cheras..).. tak kiralah yang duduk melaka ker (kalau ko nak hamper ko, datang umah aku weh.. hihihihi), muar ker, ipoh ker, sarawak ker, sabah ker.. bawak2 ler merajinkan diri anda utk singgah ke rumah no.23 tu yer..

Seandainya kalian wahai teman, rakan dan sahabat.. sudi kiranya utk menghadirkan diri, silalah forwardkan e-mail anda kepada ciktiny@gmail.com - NAK BAGI PETA (tak tau ler korang paham ke tak peta umah aku tuh weih... hihihihi)....

PERINGATAN : sila masukkan nama blog anda di e-mail yang dihantar.. (tauler korang glamer kan..) tapi kalau e-mail address ngan nama blog tak sama.. mampuih den nak me-miss-matchkan empunya e-mail tuh.. eden bukan pakar godam yang buleh trace no. orang weh..

(ps : amir, thanks tulun postkan entri nih dari PC + internet hang... berapa upah?... kfc buleh?... hihihihi)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.