Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, October 16, 2008

fakta atau auta

Hari tu aku kata nak menamatkan 'cerita' dan nak berkawan dengan semua semula... memang aku tekad nak jumpa pihak-pihak yang 'jauh di sudut hati aku - aku 'mengesyaki' mereka.. dan aku memang minta maaf pada mereka tak kira sapa betul sapa salah...

AMAT MEMERANJATKAN!!!... apabila aku bersemuka dengan pihak-pihak ini, satu-satu cerita yang aku dengar... membabitkan pulak pihak lain yang MMG AKU TAK SANGKA terlibat dan juga pihak lain lagi YANG MEMANG TAK LANGSUNG (AKU RASA) ADA KAITAN DENGAN KISAH SEMUA NI...

betul kata abang.. adakalanya TAK PERLU TAHU KEBENARAN... kerana IA BOLEH MENYAKITKAN... AGGHHHHHHH..... TENSION....

tapi oleh kerana aku dah set dalam kepala HOTAK aku ni yang aku akan dengar jer apa cerita dari pihak-pihak lain tu.. makanya aku dengar jer lah dan aku taknak DENDAM pada sesapa.. cumanya.. apabila NAMA-NAMA pihak lain yang TAK ADA DALAM SENARAI 'SYAK' aku at the first place tu keluar... AKU JADI BINGUNG.... YA RABBI.. ramai ker yang tak suka kat aku?.. teruk sangat ker aku nih????... kaklong, kak ungku, ady, aliff, tokma, akak Pah, Kak Sepi, kamar, maksu dan yang lain-lain yang pernah jumpa aku 'in-person'... teruk sangat ker aku nih?.. (pada yang belum kenal aku tuh.. kalau korang taknak kawan atau taknak kenal aku, masih belum terlambat utk tarik diri.. )...

AKU JADI TAKUT UTK BERKAWAN.. sebab aku kalau kawan dgn org.. aku ikhlas sgt dan aku sayang kawan2 aku.. (kalau tidak mak aku tak ler buat ayat "hang, kalau demi kawan, JILAT P****** pun sanggup"... oooo bisa oooo...).

Cumanya.. bila benda ni jadi.. aku semakin bingung sangat... bila lagi banyak FAKTA yang aku dengar.. lagi banyak AUTA yang aku kenalpasti... perkara yang tidak.. di ada-adakan.. dan perkara yang lain maksud, diputarbelitkan jadi maksud dan pemahaman yang lain dan difahami dengan cara yang lain... YA ALLAH... apa semua nih?...

Entahlah.. aku tak paham.. betul-betul tak faham.. aku yang pada dasarnya 'merasakan' yang ada pihak-pihak tertentu cuba nak 'jatuh' kan aku dan 'bencikan' aku... TURN TO.. kononnya aku yang bencikan seseorang dan 'menganiaya' seseorang.. YA TUHAN...

UNTUK SESEORANG ITU... AKU NAK NYATAKAN DI SINI:
"SUMPAH DEMI ALLAH AKU TAK PERNAH TERNIAT MACAM TU DAN TAK PERNAH ADA NIAT UNTUK ITU... TAK PERNAH!!!... kalaupun apa yang 'you' dengar pasal cerita-cerita tu.. TAK PERNAH TIMBUL MAKSUD MACAM ITU... TAK PERNAH... (you are one of my best friend and I'm so sincere to befriend with you, never come across my mind to do spmething "STUPID" as what 'per-say'... I'm not that CRAZY to do that kinda 'bullshit' things... HELLLOOOO)..
(patutlah dlm rules of law kata - hearsay evidence is not an evidence..)

Betullah kata org... cerita 'mulut ke mulut' ni mmg bahaya... FAKTA boleh jadi AUTA.. dan mendengar cerita dari satu pihak juga BAHAYA.. kerana banyak FAKTA tersembunyi maka AUTA yang dipercayai... ASTAQFIRULLAH...

CUKUPLAH... aku dah tak nak tahu apa-apa FAKTA atau AUTA.. lagi banyak yang aku tahu.. lagi 'seksa' perasaan aku... (dan aku takut aku timbul dendam)... NAUZUBILLAH!!!....

SUDAH KAKTINY... hidup mesti diteruskan.. warna kehidupan kan pelbagai.. dan hitam juga kelabu tak terkecuali... mungkin sekarang musim 'jerebu' dalam diari kehidupan aku... aku nantikan cerah di hari esok...

SUDAH SUDAH.. AKU TAKMAU TAU APA-APA DAH!!!.... aku nak pi buat kerja dan nak kena buat preparation untuk event (rumah terbuka aku.. datang ler... datangler... datangler...)... juga nak completekan assignment statistik aku dan juga aku nak study (lepas ni ler..) statistik aku.. (kita set time ya kaklong... ) dan habis exam.. aku nak ENJOY dengan KAKLONG!!!... yeehaaaa.. an-grey an-grey.. yeeebbaaa yeebbbaaaa... (eh eh.. belum boleh horraaayyyy lagi.. exam belum lagi daaaa....)....



21 comments:

sepi said...

hmm... kalau nak citer pasal manusia yg dipanggil "kawan" akak letihla tiny...

dipendekkan citer - dulu masa akak masih "berempat" duduk aman damai, gelak tawa, kawan ramai keliling. tapi bila akak tetiba jadik "solo" - kwn ramai yg entah kenapa "menjauhkan diri/melarikan diri" dan bila akak tanya WHY, WHY mereka2 memberi berbagai alasan yg kalau didengor mau pecah TAIK TELINGA akak ni...

kesimpulannya - mcm org tua2 ckp [bukan akak ckp eh] - berpada-pada dlm segala hal.

sampai ari ni, tarikh ini, waktu ini - akak dah buhsan nak ada SAHABAT, yg manis didepan tapi PAHIT di belakang. wat akak sedar diri tiny...

jadikk.... laporrr arrr tiny....
:-)

AniM said...

mesti kak tiny btl2 dlm dilema yg melemaskan kan?putaran idup kak..sy pon penah rasa mcm y akak rasa skrg ni.benda2 mcm ni slalu bt sy terpikir apa yg ada dlm hati mereka2 tu sebenarnya..

apa2 pon..life must go on (^_^)

oh ya..thanks eh jemput g open house akak..sy dok jauh la xleh p..huhu

Tie said...

Memang betul kata sepi tu..berbuat baik biarlah berpada2..begitu juga berkawan..

Tie dah rasa..perit sungguh...dah tak percaya pada sesiapa kecuali hubby. So jadilah tie seorang melankolik(ada baca tak??)kadang2 macam kera sumbang..dgn jiran pun jumpa bila ada function..mls laa..baik dok dpn pc ni..boleh berkawan ...tanpa orang tahu siapa kita...

Intan Rosnitta said...

Kesian pulak bila akak baca permasaalahan Tiny ni...

Since Tiny dah terangkan segalanya, terpulanglah pada 'dia' nak terima atau tak. Part Tiny dah lepas.

* Akak teringin nak jumpa Tiny sabtu ni tp tak sure boleh cilok ke tak hari tu. Full schedule beb!

Nanti akak email Tiny ek.

:D

Mak Su said...

awat ni Tiny? sapa auta sapa? meaning ada blogger yg hot kat hang ka?

maksu hot gaks, bila rasa panas, trus bukak kipas gitu, eden layan yo...

mamaranggie said...

sabar yo kak..dlm dunia ni memag ade bermacam2 rupa manusia..yg penting kite ikhlas..mama x jumpa akak lg pun dah tau akak kepala best!dorang x nak kawan dgn akak,x per..mama kan kawan akak jugak!

amirhisham said...

atiny salah statement pembetulan bukan "demi" kawan - "pasai" kawan.
Mak mana ada cakap key el ngan anak dia.

Wakakaka....

Sorry terover.. hehehe..

ahmoi said...

akak..standard lerr klu kn tikam..carik dr belakang ni..mulut ke mulut memang bahaya..ani kalau bab berkawan ni sama cam kak sepi..dah penat kena macam2 ni..rasa2nyer story akak ni ani dah penah kena gak..tak perlu tahu apa puncanya..buat tak tahu sahaja..cz sikap manusia..lama2 dia sendiri yang akan ok..dia sendiri yg dtg minta maaf pada kita..tak payah dipikirkan sangat kak..biarkan saja..banyak lagi org lain yg bolh dijadikan kawan..

tentangseseorang said...

duhai akak tiny ku yang masam sebab tak mandi pagi. janji kerja kita tiptop. kita tak nyusahkan idup org sekeliling kita. apa2 yang org ngutuk kita tuh. abaikan jer laa. kalau org tuh ikhlas, dia bgtau kita depan2 dgn cara yang elok. bukan kata kat belakang.

takyah la akak nak jumpa sorang2 semata-mata nak tahu kebenaran.

tembak je email ke semua staff yang berkaitan kata akak minta maaf kalau ada salah dan silap. full stop.

bab berkawan tuh...

huishhhhhhhhh nyesal giler berkawan dengan kaktiny. muahahahaha! sampai la dok terpk apa la yang ady buat sampai terasa mcm akak melekat kat ady. (ayat perasan jap) :P

tasikmerah said...

hang ni konflik kt tempat kerja ke hape nih?






.

Akak said...

Salam Tiny...

Akak setuju dengan kata2 Sepi tu, bab berkawan nie kita kena berpada2 dalam semua hal sebab hati manusia nie bukan boleh kita selak page by page mcm kita menyelak buku, apa yg tersirat didalamnya kita tak tau..

Akak dah pernah mengalami benda2 mcm nie, my so called "best friend", yg kita percaya dengan segala rahsia hidup pi becerita satu dunia, rasa robek jantung..

La ni senang, akak kawan ngan semua org tapi nama kata nak berbest friend akak dah tak kuasa.

Akak harap Tiny banyakkan bersabar, Tiny yg akak kenal ok jerr tak der plak mengumpat or suka citer2 hal org lain...

Sayang Tiny, sbb kalau dekat ngan Tiny mmg riuh rendah lerr dgn gelak tawa dia...

benjamin said...

jangan takut untuk berkawan cuma jangan salah pilih kawan

GDIZ said...

napa ni kaktiny. ishh..jauh dh ns ketinggalan nih. apa yg terjadi nih?apa2 pun sabar ye kak tiny. tumpukan pada statistik kak tiny tuh ye..heheh

iina said...

Tiny..

uih aku nak bebel lak kat ko.. apa hal nak kisah apa orang cakap pasal ko.. yang penting ko mesti ada keyakinan diri.. tahu mana ko letak nilai dan niat diri ko tu.. yang penting ko tahu ko buat dgn ikhlas.. niat ko baik.. cerita ceriti org nie tak yah layan.. kalau aku pun takde dah p jumpa diorg2 tu minta maaf.. sebab kalau lagik layan.. lagi p jumpa lg macam2 keluar.. lebih baik kita diam diri dari byk ckp sebab kdg2 benda tu jd lebih teruk..

yg penting ko teruskan hidup ko.. mulut org nie mana leh tutup.. lepas satu hal.. satu hal lain lak.. tak sudah.. pasal pe nak takut org lain nak kawan ngan ko atau tidak?? pada aku.. ko ok.. ko ikhlas.. walaupun aku tak jumpa ko lagi aku leh tahu hati ko camna.. so kuatkan semangat ko.. tabahkan hati.. keraskan jiwa jgn layu sangat.. dah jgn layan dah mereka2 tu.. minta maaf sekali pastu dah.. tak yah layan lagik.. exam tu lagi penting.. baik ko pulun fikir study habis-habis.. skor baik2.. ko lupakan hal2 tu.. dlm mind tu ko blok benda2 nie.. ko buat solat hajat minta allah tenangkan jiwa ko.. kuatkan semangat ko..

uihh panjang sungguh bebelan aku kali nie ekk hehehe..kalau depan mata aku memang dah kena kokak dah.. ;)

Take care k

ratuhati said...

Salam!
Dear akak :)
as fr me.. wht comes arnd goes arnd!
Life is Karma. I dnt hv any idea wht has happened btw u and ur frnds but i blieve i faham skit frm ur stories. Smtime, apa yg terjadi merupakan ujian dan juga kifarah utk kita. Kita mungkin rasa kita cukup ikhlas tapi Allah swt lebih mengetahui+ingin duga sejauh mana keikhlasan yg kita sering laungkan.
mungkin juga kita pernah (Past tense yer) buat perkara yg sama pada sesiapa sblm ini..?? who knws lah kan.. kita mungkin lupa tapi Allah tidak pernah lupa+ Allah mahu kita sedar dgn kesalahan. Bagi saya, semua orang perlu muhasabah diri.. Insyaallah semuanya akan ok.. ;)
Personally, saya pernah berada dlm situasi akak. Saya telah kehilangan ramai sahabat kerana sesorang.. sudahnya 'seseorang' itu jadik sahabat karib kpd salah sorang drp sahabat2 saya..
Moralnya ialah, 'sendiri mau ingat' + 'lu pikirlah sendiri'... hehehehehehe..
oklah akak.. jaga diri+may Allah bless u.

fusarium solani said...

"Melayu itu orangnya bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu masih bersopan
Jika mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak "

Ungku Nor said...

"teruk sangat ker aku nih?"

ngko memang teruk.
tahap kebisingan ngko tu laaa..
terlampau okeh!!!

hahahahaha..peace bebeh.
camne pun awak, apa pun awak, akak tetap sayang awak sampai bila2 insyaAllah.

suara said...

Salam tiny...
Keadaan paling menakutkan bila orang buat cerita ttg kita. sedikit salah faham ttg sesuatu boleh buat hubungan sahabat dan saudara terputus. Mungkin segalanya bermula dari salah faham dan kemudian merebak menjadi barah sbb ada hati yg terluka walaupun bukan niat tiny nak buat begitu.

Su tak tahu apa cerita sebenar dan tak jugak tahu siapa yg terlibat. Apapun tiny maafkanlah dia samada dia mintak maaf atau tak. Moga segalanya akan pulih. Sayang pada persahabatan dan persaudaraan yang pernah terjalin.

HERTINY LAIMAN said...

Salam Kak Tiny..
Tiny sokong iina punya statment tu..tiny pun kak malas nak amik tau apa org dok asyik anyam ketupat pasai tiny..sebab kalau nak fikir buat sakit otak ooo..byk keje tiny boleh buat dr fikir manusia2 hipok mcm tuh..udah le kak paling penting open house akak masak sedap2 yer...n makan kan utk tiny sekali..minta tokma tolong wakil kn utk tiny...
SELAMAT BERUMAH TERBUKA

ctnik said...

salam kak tiny,

bg ct salah satu caranya nk elak menda gini-jgn ada hubungan ym or sms,calling antara kwn yg baru kita kenal.bila kita terlalu rapat,maka jadikla menda ni.

ct pun ada kena mcm akak.so akak bukan keseoranganla

whitetulip said...

cam tuh la adat dunia...kaktiny.

lam dunia nih mmg terlalu ramai yang guna topeng 'hand made'. Pelbagai rupa dan bentuk. Lahiriah dan batiniah kita tak kenal sangat. Yang penting, yakin pada diri..kita tak wat salah kat owang. Biarlah apa owang nak kata, lantak doranglah. Penat karang, senyap jugak tuh. Kalau asik pikir benda nih, badan yang merana, fikiran tak tenang. Owang lain dapat per??Dah tentu gembira, tak pernah fikir pun perasaan kita. Oleh itu, adalah lebih afdhal kita memohon keampunan dari Allah, agar lidah kita terpelihara, dilindungi dan dijauhi dari sifat2 tercela (mazmumah). Sapa lagi yang nak mendengar bisikan hati kita kalau bukan Dia, Tuhan seluruh alam. Yang mencipta setiap kewujudan dan kejadian yang ada di alam maya ini. Biarlah hati kita sakit saat di dunia, jangan kita sakit semasa di liang lahad.Wallahua'lam.

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.