Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, August 06, 2010

PENJELASAN.. (entri ini panjang.. sila abaikan emosi aku hari ini!)

Kelmarin dan semalam kecoh dalam paper pasal kes “kemalangan dan kematian” Bekas Adun dan bekas Setiausaha Adun ‘tuh’.. banyak pihak buat spekulasi.. banyak pihak minta PENJELASAN…

Hari ni kes rumahtangga Kak Engku (raja Azura) pulak yang hendak diberikan PENJELASAN...

Aduh... membaca dan bersembang dengan cik abang buat aku buat kesimpulan bahawa ”ADAKALANYA SESUATU PERKARA ITU TIDAK PERLUKAN PENJELASAN”... kerana dengan penjelasan itu hanya akan mengundang lebih banyak masalah dan musibah!!... dan juga... adakalanya sesuatu perkara itu TIDAK PERLU DI WAR-WARKAN kerana lebih banyak UMPATAN, FITNAH, DAN MALAPETAKA YANG AKAN TIMBUL!!..

Untuk kes Bekas Adun itu buat aku jadi kasihan pada yang masih hidup... yang dah mati dah tentulah MATINYA... yang hidup tu yang kasihan.. menanggung beban pandangan dan pertanyaan orang sekeliling...

Aku terbayang apa perasaan anak2 bekas adun (ada di antaranya yang merupakan pensyarah) apabila berhadapan dengan anak didiknya di dalam dewan kuliah.. dan apabila mereka berjalan di koridor2 Universiti.. sungguh kasihan!. (ini ujian Allah kepada mereka... semoga mereka tabah dan lebih mendapat rahmat dari-Nya)

Aku terbayang apa perasaan anak-anak bekas setiausaha adun tersebut apabila mereka berada di dalam kelas dan di kantin sekolah.. pasti ada mulut kawan2 dan guru2 yang ’memperkatakan’ sesuatu!. Sungguh kasihan!.(ini ujian Allah kepada mereka... semoga mereka tabah dan lebih mendapat rahmat dari-Nya)

Semalam dan hari ini pulak, kecoh pasal rumahtangga Kak Engku (Raja Azura)..
Aduhaaaiiii.... setiap rumahtangga ada pasang surutnya.. ada ujian ombak badai dan onak durinya... kenapa perlu dikorek dan diselidik?. KENAPA PERLU PENJELASAN?.. biarlah mereka selesaikan sendiri.. bukan apa.. takutnya apabila terlebih penjelasan akan lebih mengeruhkan keadaan...

Adalah normal apabila kita di dalam masalah tidak dapat berfikir dengan tenang (EVEN A MOTIVATOR ALSO CANNOT MOTIVATE THEMSELVES WHEN THEY ARE FACING A HUGE PROBLEM / DILEMMA IN THEIR LIFE)!.. jadinya, jika mereka-mereka itu dilanda masalah.. biarlah mereka mencari jalan fikir dengan tenang dan jalan damai.. jangan diasak dengan persoalan demi persoalan yg akan lebih memburuk dan mengeruhkan keadaan...

YA , mereka 'selebriti'.. SO??.. adakah semua hal ehwal dlm kain mereka perlu digembar-gemburkan?. Bagi ruang utk cerita peribadi terutamanya yg berkaitan dengan rumahtangga juga anak2 itu hanya kepada pihak mereka sahaja yg menguruskannya... (wallahu’alam)..

Bagi kes Kak Engku.. sungguh aku kasihan!.. (ini ujian Allah kepada dia... semoga dia tabah dan lebih mendapat rahmat dan hidayah dari-Nya)

Jika PENJELASAN dapat merapatkan silaturahim dan lebih mengutuhkan lagi hubungan persaudaraan.. ALHAMDULILLAH... tapi... andai PENJELASAN itu bisa membawa kepada kehancuran.. APAKAH PENTING PENJELASAN ITU????!!!... ADUHAAAIIIII........

Adakah kita bersedia memberi PENJELASAN setiap tindak tanduk kita di dunia ini kepada ALLAH??... Pada ketika mulut dan lidah kita terkunci dan hanya tangan kaki serta anggota tubuh badan yang lain yang memberikan PENJELASAN di atas setiap tindak-tanduk kita... ADAKAH KITA BERSEDIA MENDENGAR PENJELASAN itu??..

Adakalanya biarlah sesuatu perkara itu TERGANTUNG tanpa PENJELASAN daripada PENJELASAN itu akan MEMBAWA KEPADA KEHANCURAN dan PERMUSUHAN!. DI MAHKAMAH ALLAH NANTI... segalanya akan terjawab...

TAK PUAS HATI??? TIDAK ADIL?? KENA JUGAK TAHU CERITA!! BARU ORANG SEMUA TAHU!!.. (itukah suara hati anda yang berkata-kata???)..
MAKNANYA, BUKAN KES ITU yang perlu diberi PENJELASAN... tapi DIRI DAN HATI YANG TIDAK PUAS ITU (NAFSU) yang perlu diberikan PERHATIAN!!!.

Pandangan peribadi aku... kes Kak Engku dan kes bekas adun itu... aku rasa... PENJELASAN hanya akan lebih mengundang musibah daripada manfaat!.

SIAPA AKU UTK DIBERIKAN DAN MENDENGAR PENJELASAN TENTANG CERITA MEREKA??.. aku tiada hak utk mencampuri urusan mereka... itu di antara mereka sesama mereka dan ALLAH sebagai saksinya...

Biar mereka yang terlibat sahaja yang tahu... biar mereka yang berhak sahaja yang menyelesaikannya... Bagi orang luar seperti aku.... "Ada mata - pandang, ada telinga - dengar, ada mulut (utk kes ini) – DIAM, dan, ada hati – doakan kesejahteraan semua, termasuk diri sendiri – dunia dan akhirat".

Aku doakan agar kita semua beroleh redha, rahmat, nikmat dan hidayah Allah - jauh dari dosa mengumpat juga dosa menfitnah!.. (aku sedang mengingatkan diri sendiri... adakalanya lidah yg tidak bertulang ini terlalu laju menutur kata tanpa sempat di cakna dek minda dan sering terlepas dari tapisan iman dan takwa... bait ayat keluar lancar dengan dipandu arah oleh nafsu yang beraja, oleh tiupan syaitan yang menggoda... ASTAQFIRULLAHAL'AZHIIM)...

”Ya Allah... di pagi Jumaat penghulu segala hari ini.. aku dengan penuh tawaduk memohon kepada-Mu Ya Allah... kuatkan iman kami, tabahkan hati kami berhadapan dengan setiap ujian dan dugaan-Mu Ya Allah... terimalah taubat kami dan berikan pengampunan kepada kami... Jangan kami Kau aibkan dan jangan kami kau sisihkan... perhatikan kami.. pimpin kami dan tunjukkan kami jalan yang Kau redhai.. Bersihkan hati kami agar kami berasa lebih dekat dengan-Mu Ya Allah...” amin.



.... sedikit sambungan - aku petik dari entri Puan Norazlina:-
Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabat baginda..
“Mahukah kalian aku tunjukkan satu amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan berpuasa?” Baginda bertanya. ”Tentu saja, wahai utusan ALLAH” jawab para sahabat. Lantas baginda menjelaskan :

“Engkau damaikan orang yang bertengkar, menyambung persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, dan ‘membina jambatan’ (berhubung) dengan berbagai kelompok dalam Islam serta mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah dia menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahmi).” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )




.

21 comments:

aNIe said...

Betullah Tiny...rasanya Kak Engku tak perlu menjelaskan apa2...sebab kalau orang boleh terima...takpe...takut ada yang mencemuh...taulah manusia ni ada masa cuba mencari kesilapan org...bagaimana pun dijelaskan kecacatan orang juga yang mereka nampak...jadi lebih baik senyap dan selesaikan hal rumahtangga dalam rumahtangga itu sendiri...

Kaktiny said...

Kak Anie > itulah kak.. itu yg tiny rasa.. sebabnya.. HASAD manusia ni, dia nk dengar yang "buruk" jer.. kalau benda elok pon, dia nk carik yg tak elok jugak.. puas agaknya kalau boleh sebut "hah!.. kan aku dh kata.. PADAN MUKA DIA"... itu yang bahaya nih.. HASAD orang...
org yg nk dengar cerita baik rumahtangga kita, tak ramai kak.. tapi yg nk dengar berita buruk.. BERSEPAH.. waima yg tak kenal kita pon sibuk nk tahu.. kalau ditanya kenapa.. mungkin ada yg jawab "saje suke-suke"... haish... manusia-manusia...

elok2 buleh selesai masalah, takut lagik tibul masalah... masa2 time masalah menerpa ni, setan pon dok semarak panaskan baranya.. BAHAYA weh.. huhuhu..

Tijah said...

tu tak heran babe. sbb org dah tanya maka kena la kasik penjelasan biar org tak tertanya2 lagi dan yg kabur jadi teghangggg.

tapi yg herannyer kan. kadang2 ada gak jenis yg kita tak tanya tapi dia plak yg suka2 nak bagi penjelasan. ala2 annoucement gittew. caner tuh?

Kaktiny said...

Tijah > kalau yg kabur jadik 'terghang benderghang merghelip merghelap' takpa nok.. kalau terus 'kusam malam padam' tu yg risau tuh.. huhuhu..

ye ye ye.. betul tuh.. bab tu lagik FENIN otak den ni hah!!.. aduishh... camner nk pikul 'amanah penjelasan' camtuh eh??.. adoiyaaarrr...

... ni aku nk bagi penjelasan nih.. pentol hanya akan dpt mlm ni.. (setelah aku berjaya pujuk rayu akak cleaner opis aku suh dptkan gak... gara2 sms kak pah yg mendayu jiwa aku.. hihihi)...
ko nak tak? tp esok ler baru buleh bagi kat ko... kehkehkeh....

Acik Erna said...

tiny..akak tak mau ulas n3 yang panjang lebar tu..tapi akak suka baca dan setuju ngan pandangan tiny..akak cuma nak tau pentol tu apa.dah banyak kali rasanya kak pah tanya hal pentol ni..muskhil ni..tiny rupanya tuan pentol ye..apakah dia itu..

ckLah @xiiinam said...

Baru2 ni, anak jiran ckLah kemalangan semasa berdating dengan teman lelakinya (Dua2 tingkatan 5, dua2 meninggal)..dalam keadaan yang agak mengaibkan.

Yang mati tu matilah. Kesian maknya, yang ditanya soalan2 celupar, diumpat dan diperli saat sedang bersedih, tatkala jenazah sedang diuruskan. Dan kesian juga dengan penyoal2 soalan celupar itu kerana tidak tahu adab-adab menziarahi keluarga si mati...

Kaktiny said...

kak erna > pentol tu bebola daging utk buat bakso kak... yg kak pah ngan si tijah dok kecohkan pasal pentol tu sbb pentol yg tiny kirim tu sedap berbanding ngan pentol (bebola daging) yg dibeli kt supermarket.. pastu plak tiny bagi resepi yg tiny olah-cipta sendiri.. masing2 dok try buat.. tu yg heboh pasal pentol tu...

kalau akak nk tgk gambar baksonya, ada kt link tiny di:

http://kaktiny.blogspot.com/2010/05/hari-sukan-nureen-bakso.html


kalau nk tgk gambar pentolnya, ada di link sini:

http://kaktiny.blogspot.com/2010/05/cuti-dan-kenduri.html

itulah kisahnya pentol ni kak erna.. kehkehkeh...

Kaktiny said...

cklah > itu yg kesian tu cklah... kesian pada yg masih hidup dan yg nk teruskan perjalanan kehidupan..
kebanyakan org ni nk dengar cerita bukan pasal NAK SIMPATI sangat pon.. tapi lebih kepada NAK KEPOCI.. pastu buleh la jadik bahan nk buat "resepi sambal daging orang"... kasihan sungguh!!..

Cik DIA said...

yang lepas biarkan berlalu...
usah ditanya...
usah dipersoalkan
setiap yg terjadi pasti ada sebab dan musababnya...
jadikan panduan dan pengajaran...

yg pasti, tnya diri sendri....
apa perasaan kita, klau berada ditempat merela????
tentu tak mau ditanya disoal dan dijadikan bahan bualan kan???

Masy said...

T___T panjangnye komen sume org. tatau nk komen ape uhuhuh

Kaktiny said...

cik dia > kita amik iktibar dan pengajaran...


masy > ko takyah komen.. kaktiny dh jenuh balas komen dah.. dh buleh jadik entri dh pon komen2 kaktiny tuh.. (ko bukan tak tau kaktiny ni kan.. kalau dh start enjin 'menulis'.. kehkehkeh)..

iina said...

Bab2 penjelasan nie xyah bgtau 1 dunialah.. lagipun siapa kita nak ambil tahu hal org nie.. hal diri sendiri pun xtentu sudha lagi.. tapi yelah kan bila dah seleberiti tuh.. mmg jadi prhatian jek.. sebab itu cerita sensasi yg best nak promosi akhbar.. majalh dan tv.. biasalah kan.. ;)

zino said...

kes mereka biar le mereka selesaikan ..

Catwoman said...

Salam Kak Tiny.......

Siapalah kita utk m`hukum manusia.
Sesuatu yg t`jadi itu pasti ada sebab & musababnya.

Jika kita ingin m`jadi masyarakat yg prihatin & peka pd sesuatu keadaan itu, biarlah ianya b`tempat & tak menyukarkan keadaan org lain.

**Akak tiny sihat ke?? Jaga diri ye. TQ 4 the advce ye. I truly appreciate it.**

:)

Kaktiny said...

iina > ya benaaar... hal sendiri pon tak abis selidik lagik kan kan... kalau cerita kita org sebarkan, mesti larik masuk gua kot.. haish...


zino > betul tuh abah... setuju sgt..


zyma > betul dik.. kalau kita berada di tempat org org tu, mesti kita tertekan kan.. diaorg pon manusia, yg tak lepas dari dugaan... sama gak dgn cleaner ker org jual nasi lemak ker.. sama jer... mesti tak suka org korek hal rumahtangga sedalam-dalamnya kan... kesian diaorg..

ibundo said...

tiny, err.. sori lambat masuk konferens hehe..
tapi nak mintak penjelasan sikit.. kenapa akak tak tau cerita pasal kak ungku ni. adakah akak seperti katak bawah pasu? (kat belakang rumah akak ni katak selalu nyuruk bawah pasu...)

tapi tak tau tak tau pun nak cakap jugak lah..
kak ungku tu tak payahlah nak jelaskan apa-apa. cuma orang yang bizibodi je yang suka nak tau perihal orang. kak ungku duk diam2 je dahlah dan setelkan masalah secara diam2. Tak ada untungnya nak canang sana sini...

Yunus Badawi said...

Kadang selepas "penjelasan" keadaan bertambah kabur. Mungkin tak telus semasa memberi penjelasan. Kalau mcm tu aku setuju dgn ko - tak semua perkara perlu diberi penjelasan.

tasekM said...

aku sgt setuju dgn kamu tiny. kepala hotak kita ni sama.

aku percaya polis tak akan dedahkan apa2 hasil siasatan kes tu. nk buat mende bgtau pun. yg mati tu tetap dh mati.

pendedahan hanya akan mengaibkan. tak payah!

.

Kaktiny said...

kak pah > akak bukan sebab ketinggalan keretapi.. akak banyak mende lain lagi nk buat.. nk tgk sekolah, nk tgk umah, nk tgk anak2 ngan cucu.. nak tgk tetamu ngan buat bun sosej lagik.. hahahahaa...
(dan nk tunggu romainoor ngan umi kalthum jugaks.. kehkehkeh)..

betul kan kak.. org buzi bodi nk tau yg buruk kita jer.. yg elok taknak dengar.. sbb dengki, jeles, cemburu, sakit hati..

bila ada cerita buruk.. buntang la biji mata dan besar lobang telinga diaorg nk tau cerita.. kan kak kan kan kan...

Kaktiny said...

YB> betul.. ada perkara yg MMG KITA PERLUKAN PENJELASAN.. tapi ada sesetengah perkara, BIARKAN SAHAJA.. TAK PERLU TAHU.. nk plak yg melibatkan HAL ORANG LAIN.. dan kita TAK ADA KENA-MENGENA dalam kes itu... TAKYAH NK AMIK TAU!.. buta2 je dapat dosa mengumpat.. sesilap memfitnah.. aduhhaaaiii..

Kaktiny said...

tasek > ya.. aku tau kepala hotak lutut kita ada persamaan.. kehkehkeh...

aku cukup tak berkenan kalau ada org luar sibuk nk amik tahu kisah rumahtangga org lain... (kecuali kalau org tu sendiri yg nk minta nasihat atau perlukan rujukan..).. biarlah diaorg selesai sendiri hal diaorg.. org luar duduk diam2 sudahla kan kan kan..

kesian kak engku ngan keluarga Allayarham berdua tuh..

sudah-sudahlah kes2 tu!.. TUTUP!!..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.